Quantcast
Channel: VISUAL DIARY
Viewing all 132 articles
Browse latest View live

CONVERSION DISORDER

$
0
0
Conversion Disorder....ha ni dia penyakit yang banyak ada pada sebilangan orang KINI yang mereka sendiri tak sedar telah terjangkit sama. Penyakit ni berpunca dari krisis mental dan emosional...."a scarry or stressful incident of some kind and converts to a physical problem...and cannot be explained by medical evaluation."

Kalau bahasa simple nya la ialah macam orang yang mengada-ada yang berperangai berlebihan atau di pantai timur di kenali sebagai 'GELNYA'.

Histeria juga adalah sebahagian dari sindrom penyakit ni. Biasanya orang yang menghadapi penyakit ni adalah terdiri dari golongan:

-mereka yang menghadapi krisis rumah tangga...samada keluarga, ibubapa atau mereka sendiri....

-tidak berpelajaran tinggi.

-inferiority complex.

-extrovert.

- kurang cantik dari segi paras rupa.

-gagal dalam hidup.

-kurang ilmu/pendedahan ugama.

Kalau kita lihat daripada krietria di atas maka kita dapat tafsirkan bahawa mereka ini bukannya datang dari golongan yang bertuah dalam hidup. Apa lagi yang dapat mereka lakukan...untuk yakinkan orang dengan ilmu pengetahuan, mereka tak berpelajaran tinggi, nak kata ada kejayaan material dan spiritual, mereka adalah hasil dari keruntuhan rumahtangga, dengan sendiri akhlak kurang baik kerana tiada pendedahan ugama, nak kata lawa tak juga, jadi terpaksa lakukan yang opposite dengan apa yang dia ada agar di harapkan perbuatan mereka dapat menghapus kekurangan yang ada pada diri mereka buat masa itu.

Orang yang jenis macam ini banyak  terdapat di kalangan kita...kawan-kawan sepejabat, kaum keluarga, anak beranak....nampak macam normal tapi kalau kita perhatikan perangai mereka ni macam weird pun ada...orang jenis ni sukakan lebih perhatian dari orang lain, jadi dia akan terdorong untuk melakukan benda-benda ganjil asalkan menjadi tumpuan  orang. Malu tu tak ada dalam kamus hidup mereka.

Sebagai contoh lah...

-dia suka memakai bau-bauan yang berlebihan.

-bergaya secara seksi. 

-berkelakuan mengada-ngada...manja-manja yang keterlaluan.

-posing gambar yang seksi-seksi - tunjukkan body parts yang mengghairahkan

-cepat melenting yang menakutkan.

-susah kawal emosi bila marah.

-menggoda yang berlebihan.

-suka menunjuk-nunjuk dan menonjolkan diri di tempat yang salah.

Dan macam-macam lah perangai asalkan yang dapat menjadi perhatian/tumpuan orang ramai. Manusia jenis ni banyak yang pernah kita jumpa juga mungkin ada di kalangan kawan atau keluarga kita. Dia orang ni kena menjalani terapi sebenarnya. 

Banyak contoh yang kita lihat hari-hari di sekeliling kita...sebagai contoh... orang yang 'balut badan' dan bila posing nampak segala bentuk kontor badan yang menjadi kelihatan seksi, ghairah dan menggiurkan....mereka yang ada penyakit ni seronok yang teramat- tersengih tersenyum terkikih-kikih bila saja ada yang memuji....tu la mereka ni bukan 'tutup aurat' sebenarnya tapi hanya balut badan sahaja untuk tujuan tertentu. Jangan marah kaum Hawa ye...ni realiti...

Kalau ada orang puji cakap seksi dan cantik... lagi lah menjadi-jadi di posingnya, di pakai lagi seksi di tambah bauan yang se kilometer boleh bau...happy sangat la dia...tapi sebenarnya mereka ni berpenyakit, patut ditolong dengan terapi. Yang suka dok puji-puji tu pula adalah bukan kaum sejenis tapi yang opposite...kalau wanita yang terkena sindrom yang suka puji-pujinya orang lelaki la ...maka bertambah lah lagi penyakit tu kerana dia fikir orang suka dengan apa yang di lakukan dan kononnya berjaya menarik perhatian orang....kesian kan pada mereka-mereka yang terkena penyakit ni....jadi awas lah mungkin kita juga tergolong sama. Balik nanti dok depan cermin fikir-fikir dan muhasabah balik diri sendiri samada kita pun juga telah terjangkit penyakit ni...kalau rasa ada tu cubalah ubah dengan terapi diri...

Oleh kerana perangai yang mengada-ada berlebihan, kadang-kadang keadaan fisikalnya ok tapi  mentalnya telah sakit yang menjadikan dia betul-betul sakit...contohnya kata la dia jatuh dari atas kuda, secara fizikal ok tapi kerana sikap mengada-ada maka mentalnya telah mempengaruhi diri dan dia jadi betul-betul sakit...juga akhirnya berlarutan kepada masalah pendengaran, penglihatan, percakapan dan lain-lain anggota badan.

Bukan saja ni merupakan penyakit mental yang memakan diri macam api dalam sekam tapi dalam ajaran ugama pun memang tak digalakkan..... nampak macam tak bahaya tapi bahaya bila penyakit ini menular dan tak dapat di kawal yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pesakit dan juga orang lain....

Wooo...jaga-jaga kerana saya juga pernah berhadapan dengan manusia-manusia di dalam kategori ini. Bila ingatkan balik ngeri pun ada. Takut wooo mata merah badan gigil bau lak sedap ngalahkan harum sundal malam. Balik ni 'check' pasangan anda...kalau agak-agak lain macam jer...terapikan dia...Check masa isteri ke suami tengah tidur tu, tenung muka betul-betul kalau rasa ada simpton penyakit ni baca lah apa-apa ayat yang tahu dan pagi esok nya pujuk lah dia pergi terapi...tapi kalau dah dua-dua pun sama penyakit jawabnya bukan terapi lagi tapi BERAPI-BERAPI...

Hanya untuk renungan dan di sampaikan secara bersahaja untuk senang faham. Ni bukan bidang saya tapi dari pembelajaran dengan teman-teman di bidang ini. 

yang ni tak ada sambungan...


MALAM PENUH BINTANG ...a fiction..(14).

$
0
0


Jam 8 pagi kami sekeluarga sudah berada di coffee house untuk sarapan.  Di luar tingkap saya dapati pagi masih berkabus. Penduduk di kawasan ini ramai yang  keluar untuk mencari rezeki. Kelihatan juga kelompok burung berterbangan, juga untuk mencari rezeki.


Teringat saya tentang pesan ibu saya bahawa kita hendaklah mencontohi unggas dan binatang yang keluar pagi. Di situlah rezeki  kita bermula. Tuhan menciptakan haiwan bukan saja untuk makanan dan membantu manusia mencari nafkah sebaliknya untuk menjadi iktibar kepada kita yang bernama manusia.


Kita di fardhukan untuk menunaikan solat subuh juga adalah sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang memberi kita peluang untuk hidup seterusnya. Kita digalakkan berdoa untuk dirahmati dan sentiasa dilindungi dan dikurniakan rezeki yang halal. Indahnya aturan Tuhan untuk makhluk di bawah jagaanNya.


Gerai-gerai di tepi jalan besar masih belum ada yang di buka. Mungkin di buka sekitar jam 9-10 pagi setelah berpenat lelah sepanjang hari dan malam berniaga untuk sesuap nasi. Melihat ini semua saya merasa satu kedamaian yang tak tehingga. Betapa kehidupan di pedalaman ini menjanjikan satu kenikmatan berbanding kita yang di kota berlumba-lumba mengejar kekayaan material yang mungkin menjadikan seseorang lupa tanggung jawabnya sebagai hamba kepada Allah.


Kami memilih tempat duduk di sudut kanan coffee house untuk membolehkan kami menikmati keindahan pemandangan di lembah dan juga di pergunungan yang masih kelihatan membiru. Hari ini nampaknya kami bernasib baik kerana awan hanya sedikit sahaja melindungi puncak Gunung Kinabalu. Masih tiga perempat puncak gunung yang kelihatan cerah dan sebahagiannya berwarna keemasan oleh simbahan cahaya suria pagi.


“Selamat pagi….silakan,” tegur Suzanna sambil Monica membuka pintu.


“Pagi….sihat kamu?” Balas saya.


“Abang ni nape, selsema ke?” Suzanna bertanyakan pada Amer yang kelihatan memekup hidungnya dengan tisu.


Amer tak jawab sepatah pun cuma tersengih-sengih, malu ke poyo entahlah.


“Tanya abang ni saja , adik-adik abang ni tak tanya ke?” Sambil menuju meja, Amer tiba-tiba membalas pertanyaan Suzanna.


“Adik-adik ni memang sihat sentiasa dan cantik macam ibunya, putih melepak, kalau jadi orang dusun pun sesuai,” kata Suzanna merujukkan kepada Nisa dan Alia.


Untuk sarapan pada pagi ini, menunya secara ala carte kerana buffet tidak disediakan. Masing-masing membuat tempahan sendiri mengikut selera. Saya seperti biasa tak suka heavy breakfast. Yang lain-lain ada yang minta mee hoon goreng, mee goreng dan cereal. Minum waktu pagi begini mestilah yang panas-panas kerana cuaca sejuk.


Sementara menunggu sarapan di sediakan saya beredar kearah tingkap untuk melihat kalau-kalau ada sudut yang sesuai dan bagus untuk saya merakam gambar. Semakin ramai tetamu resort yang datang untuk sarapan. Nasib baik kami datang awal jadi boleh lah memilih tempat dan sudut yang terbaik untuk merakam gambar yang bagi saya sangat bernilai. Setiap hari keadaan panorama berubah mengikut keadaan cuaca dan awan serta matahari yang banyak mencorakkan wajah persekitaran Bundu Tuhan ini.


“Uncle ...Suzanna nak jumpa uncle jap.”  Monica menyatakan pada saya tentang hasrat Suzanna.


Saya pun berjalan sambil menuju ke arah meja cashier tempat Suzanna.


“Ya ada apa panggil saya…?”


“Bukan apa uncle…tak jump Lia ke?…Pagi tadi dia ada kat sini, dia datang minum kat dapur jam 7 tadi…katanya dia saja tak balik semalam, pagi ni nak jumpa uncle, nak ucapkan selamat tinggal.”


“Belum lagi jumpa Emilia, lepas sarapan nanti saya cari dia.”


“Ada apa-apa perkembangan ke uncle dengan dia ni?”


“Eiish kamu ni...dia tu dah pangkat anak atau cucu lah…jangan buat cerita sensasi kat sini pula.”


“Takde saya melawak je, cuma saya heran kenapa dia beria-ia sangat nak jumpa uncle.”


Sebenarnya saya tidak boleh menyalahkan Suzanna berfikiran demikian kerana dia tidak tahu kisah sebenarnya di sebalik keakraban di antara saya dan Emilia. Memang patut pun Suzanna hairan kenapa dan mengapa tiba-tiba saja Emilia sanggup tak balik rumah semata-mata ingin ketemu saya di hari saya sekeluarga ingin berangkat pulang.


Selepas sarapan, anak-anak dan Mem balik ke bilik untuk berehat serta berkemas kerana jam 12 atau 1 tengah hari nanti kami akan check out untuk balik ke KK bermalam sementara menunggu penerbangan pada hari berikutnya.


“Uncle, yang abang ni biar la dia tinggal lama lagi di sini,” kata Suzanna merujuk kepada Amer.


“Kamu tanya lah dia sendiri…kalau takut macam mana nak berkenalan.”


“Uncle ni orang minta tolong dia…di kenakan kita pula.”


“Awak datang KL nanti boleh cari saya, nanti saya boleh jadi tour guide kamu,” tiba-tiba Amer bersuara. Kelihatan merah padam muka Suzanna mungkin tak percaya apa yang baru didengarnya tadi.


“Pandai-pandai kamu lah lepas ni…saya ni ok je…kamu orang muda,” kata saya seolah-olah merestui tindakan mereka.


“Terujanya…seronok sangat ni…bila la dapat peluang boleh pegi KL ni...tapi nombor tak kasi…mana nak contact?”


“Kena la guna kreativiti,” Amer bersuara sekali lagi sambil keluar dari pintu yang separuh terbuka, macam jual mahal dan tunjuk macho la konon.


“Macam mana ni uncle?” Sahut Suzanna.


“Macam mana apa nya…kamu ni...kalau dia cakap macam tu  maknanya kena lah guna kepandaian kamu macam mana nak hubungi dia. Green light dah ada tu.”


"Saya tahu tapi macam mana?”


“Kamu ni…kan kamu boleh dapatkan contact number saya kat Liz, kan semua info sampai kan ke K/P pun ada situ.”


“Aduh.. bodohnya saya.”


“Bukan bodoh tapi panik la tu.”


Dan kami sama-sama ketawa kelucuan.


Sementara anak-anak dan Mem berehat di bilik, saya seperti selalu mengambil masa untuk merokok sambil menikmati pagi yang indah di sekitar reception counter. Saya nampak Elizabeth dan Emilia berada di sana. Elizabeth masih dekat kaunter sementara Emilia sedang duduk di atas pangkin di ruang rehat reception counter.


“Morning girls…dah sarapan ke lom ni…muka berseri je.”


“Banyak lah seri, mendung dan hujan dah nak datang ni,” jawab Elizabeth.


Saya berjalan kearah Emilia yang masih duduk ketika saya menghampirinya.


“Semalam ok boleh tidur nyenyak ke?” Sapa saya pada Emilia.


“Ada orang boleh tidur nyenyak sampai dengkur uncle, maklumlah selepas bercengkerama malam tadi,” kata Elizabeth semacam perli kami berdua.


“Tu di tujukan khas kepada siapa?” Tanya saya pada Elizabeth.


“Kepada sesiapa yang berkenaan...ada yang terasa ke?” Sahut Elizabeth.


“Tuduhan berasas ke tuduhan palsu tu?” Jawab saya balik.


“Asas yang kukuh…”


“Buktinya!” saya terus menyoal Elizabeth.


“Ada orang menangis pagi tadi…tu lah buktinya,” selamba jawab Elizabeth.


“Mungkin dia sakit kaki sekali lagi kot? “ Kata saya sambil menjeling kearah Emilia yang masih tunduk mendiamkan diri.


“Kaki dan hati sekali gus.” Elizabeth semacam memperli Emilia.


“Kamu pandai-pandai reka cerita,“ kata saya sambil melirikkan mata kearah Elizabeth.


“Dari raut wajah pun dah dapat baca yang orang tu sedang menderita.”


Begitulah dialog antara saya dengan Elizabeth sementara Emilia senyap saja melihat kearah kami berdua. Sepatah pun perkataan tiada yang keluar dari mulutnya.


“Nape diam je ni?”


“Dah uncle tengah berdrama dengan Liz tak nak lah Lia enter frame.”


“Oo… kira tunggu giliran lah ni ye.”


“Pandai pun uncle ni…”


“Cakaplah puas-puas Lia, kejap lagi dah tak boleh nampak muka uncle ni…kalau nak apa-apa nak cakap pun sekarang ni la.”


Tiba-tiba keadaan menjadi bening dan sunyi. Samada Elizabeth  atau Emilia dan saya semua terdiam tanpa sesiapa yang membuka kata. Mungkin mereka berdua sedang memikirkan sesuatu yang saya pun tak tahu puncanya, mungkin ada kena mengena dengan tutur kata Elizabeth sebentar tadi. Betul kata Elizabeth tadi entah berapa jam lagi kami semua akan berpisah. Entah bila bisa ketemu lagi.


“Saya akan datang lagi dan harap-harap kamu masih di sini,” saya berkata memecahkan kesunyian.


“Mana lagi kami nak pegi uncle, di sini lah tempat kami,” celah Elizabeth.


“Kamu di sini pun tak lama.”


“Kenapa uncle cakap macam tu?” Emilia bertanya semacam teruja.


“Ada la sebabnya…kamu berdua akan saya culik dan bawa lari.”


“Uncle tak payah nak culik kami…dengan rela hati kami ikut uncle...ooopps, Liz akan ikut uncle tapi tak tahu dengan seorang lagi yang sedang sugul tu nak ikut ke tak?” Kata Elizabeth macam memerli Emilia.


“Sebelum kau ikut uncle aku dulu yang dah sampai kat pintu rumah uncle,” tiba-tiba Emilia mencelah.


“Eloklah tu Lia nanti kena pelangkung kepala kau tu…”


Emilia tersengih mungkin kerana tersilap cakap nampaknya.


“Nape terdiam...betulkan cakap aku tu?” Sahut Elizabeth.


Masa ni tak ada orang check in kerana ramai yang nak check out daripada yang datang kerana check in. Check out time ialah jam 12 tengah hari. Jadi waktu ini banyaklah masa terluang bagi pekerja dekat reception counter, boleh lah mereka berehat sementara menunggu tetamu  check in. Kebiasaannya waktu selepas tengah hari sampai petang mereka ini akan sibuk. Elizabeth, selepas mengemaskan meja dekat kaunter terus datang ke tempat saya dan Emilia berada.


“Duduk lah Liz, masa orang tak ramai ni boleh lah cerita-cerita,” pelawa saya pada Elizabeth.


“Jual mahal la tu uncle,” kata Emilia.


“Mesti la, tak kan murah kot macam sayur lelong,” balas Elizabeth.


“Tak semesti benda murah tak elok,” kata saya membuka perbualan untuk melihat apa reaksi mereka berdua.


“Liz suka yang mahal…ada kelas.”


“Kamu Lia mana satu kamu suka …murah atau mahal?” Soal saya pada Emilia yang nampak sedikit keliru.


“Liz… dengan uncle ni kau kena berhati-hati cakap, silap sikit jer habis kau kena jual.”


“Saya tanya apa pandangan kamu…mungkin kamu ada pandangan berbeza…saya tak tau,” soal saya lagi kepada Emilia.


 “Lia pun sama juga macam Liz, yang mahal la ada kelas…apa saja rumah, kereta, apa saja lah kalau yang mahal tu mesti terbaik.”


“Kalau saya kata yang murah tu terbaik…macam mana?”


“Reasoning…?” Tanya Emilia.


Saya teringat semalam semasa bersembang dengan Lia saya ada sebut perkataan reasoning. Rupanya cepat pandai Emilia ni…


“Reasoning nya ….mana yang terbaik orang kaya yang kedekut dengan orang kaya yang pemurah…?” Jawab saya seolah melontarkan balik persoalan.


Masing-masing Elizabeth dan Emilia tercengang sambil melihat ke arah satu sama lain.


“Aku dah cakap Liz kita kena berhati-hati dengan mangkuk hayun ni…akal dia panjang…..yang salah boleh jadi betul kerana dia hebat dengan reasoning nya.”


“Saya tak cakap benda yang mahal tu tak bagus tapi kena tengok penggunaannya…kalau mahal dari segi material yang boleh buat orang jadi sombong, bongkak tu dah masuk bab yang tidak baik buat manusia semua.”


“Maksud kami tadi mahal yang positif la..,” kata Emilia.


Emilia seolah-olah ingin menguatkan hujah bahawa jawapan mereka itu betul.


“Kalau yang tu tak apa lah…kamu pernah dengar CSR.”


“Apa dia tu uncle?” Elizabeth bertanya kerana tak tahu apa yang saya maksudkan.


“CSR…..Corporate Social Responsibility…macam buat amal jariah lebih kurang  macam tu la.”


“Apa kena mengena dengan apa yang kita cakap ni?” Sekali lagi Elizabeth bertanya.


“Kamu pernah dengar Oprah, Bill gates, Mark Zuckerberg?”


“Tahu, kita tahu lah siapa dia orang tu.” Emilia pula berkata.


“Dia orang ni lah orang-orang yang banyak buat kerja-kerja philantrophy…menderma.”


“Uncle jangan kelentong pulak….dia orang tu billionaire lah uncle,” jawab Elizabeth macam takut sangat saya menipu dia.


“Betul billionaire…tapi dia orang bagi balik harta dia orang melalui CSR la...dia orang bina sekolah, bantuan kesihatan dan lain-lain untuk negara-negara miskin, kebanyakannya di Afrika,” lalu saya meneruskan lagi penerangan saya berkenaan perkara tersebut….


“Ada kamu pernah dengar billionaire kita yang buat CSR ni…saya tak tau la mungkin ada secara diam…kalau ada bagus lah.”


“Ya tak ya juga…ada lah mungkin tapi tak ramai.”


Elizabeth seperti mengiakan apa yang saya katakan.


“Kekayaan dia orang dapat tu datangnya dari mana?…Mesti dari bumi ini…bermakna tu bumi kita semua…tapi selepas kekayaan tu di raih mula lah lupa diri….memang sifat manusia jadi tamak dan sombong…..macam Qarun…”


“Qarun tu sapa uncle?”


Saya dapat mengagak yang Elizabeth tak tau siapa Qarun ni…saya pun kurang pasti samada cerita Qarun ni ada ke tidak dalam kitab Injil.


“Zaman dulu ada cerita dalam Quran…Allah bagi Qarun ni jadi sangat kaya sampai dia bongkak dan akhirnya di telan bumi…samalah dengan kes Firaun yang mengaku dia Tuhan…ni semua jenis manusia yang tak tahu bersyukur.”


“Hairan juga ya...orang kaya ni duit banyak, tapi dia nak buat apa sebenarnya...mati tak bawa pun duit tu, kalau derma kan bagus ada gak orang yang ingat kan kita.” Keluhan Elizabeth itu ada kebenarannya.


“Ada sorang billionaire dari Negara China...saya pernah baca pasal dia…falsafahnya senang saja…katanya kalau kita ada segelas air, maka air tu diminum sendiri, kalau ada sebaldi, air tu dibawa balik rumah untuk keluarga, tapi kalau air tu dah macam sungai maka air tu hendaklah di kongsi ramai-ramai…dia ni, hasil kekayaannya banyak digunakan untuk CSR dan cuma sebahagian saja diperuntukkan untuk keluarganya,” terang saya kepada mereka berdua dengan panjang lebar.


“Panjang tapi syok...berfaedah sangat ilmu ni,” kata Elizabeth.


“Kamu cakap elok-elok, jangan tersalah cakap nanti keluar lah yang triple meaning dia tu…”


Mendengar kata-kata yang di lontarkan oleh Emilia itu, terasa benar lucunya dan kami semua ketawa.


“Tu kamu yang cakap, bukan saya…masalahnya susah dengan kamu berdua ni kerana cepat sangat pandai...apa yang saya cakap kamu guna pakai…boleh kalah saya,” jawab saya kepada statement daripada Emilia tadi.


“Ke mana tak tumpah kuah mesti lah ke nasi walau pun nasi tu nasi beli bukan yang di masak sendiri…boleh faham ke tu uncle?”


Saya dapat meneka yang maksud Elizabeth dengan kenyataannya itu bahawa ilmu tertumpah kepada mereka walau pun mereka bukan lah ahli keluarga saya.


“Kesimpulannya tak semesti benda murah itu tak baik…malah sangat baik…kalau kita berdoa untuk rezeki…apa doanya...mestilah Ya Allah murahkan lah rezeki hamba mu ini, tak pula orang minta…mahalkan lah rezeki hamba mu ini…ada ngerti?”


“Kan aku dah cakap Liz, setiap benda yang kita musykilkan mesti ada saja jawapannya….dalam kelakar pun mesti ada yang logik boleh akal kita terima…mana lah ilham yang dia dapat ni?”


“Satu lagi kita jangan jadi orang jenis extrovert tapi hendaklah introvert…ni mesti tak pernah dengar...dah nampak macam orang bengong kelu…hahaha…”


“Bengong kelu di katanya kita Lia…memang lah tak pernah dengar tapi ini dah lebih mengata…tu kira extrovert la macam tu…main teka jer tu.”


“Hebat kamu ni ye Liz…tepat jawapan tu…ok biar saya terangkan…introvert ni adalah orang yang selalu berhati-hati dalam perbuatannya macam kalau berbelanja dia berkira dan di hitung dengan kemampuannya, tidak membazir sebaliknya extrovert ni jenis yang berlebihan dalam segala hal. Kalau berpakaian, bersolek, berbelanja mesti buat benda yang membazir dan menunjuk-nunjuk…”


“Kira tekaan kau tu Liz tepatlah menggambarkan uncle ni jenis extrovert…padan muka…teka pun kadang-kadang mengena target…bulls eye lagi tu. Bertuahnya kita hari ni Liz, bukan senang nak kenakan uncle ni.”


“Eewah makin pandai kamu ni…kalau sebulan dengan saya boleh khatam.”


“Khatam tu apa uncle?...Bukankah orang yang masuk Islam kena khatam dulu,” kata Elizabeth dengan selambanya.


Kami ketawa termasuklah Elizabeth yang bertanya tadi. Dia nampak kehairanan kenapa Emilia dan saya ketawa berdekah-dekah.


“Kamu jawab Lia,” saran saya kepada Emilia.


“Cik Liz oooi…khatam ni maknanya macam dah tamat, dah graduate la…kalu khatam Quran tu maknanya dah tamat dah pandai baca dengan betul…yang maksud kau tadi tu bukan khatam tapi tu berkhatan…bersunat…potong lembu,” jelas Emilia.


“Ooh kalau orang nak potong lembu kita panggil khatan lah ye?” Elizabeth bertanya, saya tak tahu lah samada dia saja-saja main atau dia betul-betul tak tahu.


Sekali lagi saya dan Emilia ketawa kerana tak dapat ditahan-ditahan kelucuannya.


“Maksud Lia tu bukan potong lembu betul….potong muncung lembu…Lia nanti malam kamu explain kat dia…” kata saya pada Emilia yang masih menyeringai menahan kelucuan.


“Ya tak ya …takkan kau nak suruh uncle tunjuk pula…,” jelas Emilia dengan selambanya sambil tersenyum bila memandang kearah saya yang sedang mengerutkan muka.


“Aaik sudah lebih kau ni Lia…tapi pastikan Liz faham nanti dia silap cakap kat orang lain boleh malu kamu.”


“Ya besar kemaluannya,” kata Elizabeth, saya tak tau samada dia sengaja atau tak tentang perkataan kemaluan ni.


“Kamu tahu ke apa erti kemaluan tu Liz?” Saja saya bertanya untuk kepastian.


“Malu besar la…apa lagi.”


“Lia, nanti malam  kamu bagi tahu dia apa maknanya,” kata saya kepada Emilia yang juga nampak seperti orang yang sedang keliru.


“Lia pun fikir macam Liz juga uncle.”


“Oh  ni dah berat..dua-dua besar kemaluan kamu.”


Saya tak dapat menahan geli hati bila teringatkan saya tersalah cakap tentang besar kemaluan mereka berdua. Kalau mereka faham mesti kena lepuk lagi saya. Kali ini kalau lepuk kiri kanan mahu demam di buatnya.


“Kenapa uncle...salahkah perkataan kami tu…?” Elizabeth semacam tak puas hati.


“Lucah,” ringkas saja jawapan saya.


Sambil mereka berdua berpandangan sama sendiri.


“Kemaluan tu maknanya bahagian sulit lelaki dan perempuan...kalau kamu tak faham lagi, susahlah nak terangkan.”


Tiba-tiba Emilia dan Elizabeth ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.


“Tapi dalam sinetron Indonesia selalu kami dengar di sebut perkataan tu...abih macam mana tu?” Elizabeth ni rajin sangat bertanya.


“Mungkin betul kamu cakap tu…contohnya kalau di Indonesia jika dikatakan perkataan butuh itu bererti perlu…butuhkan sesuatu maknanya mahu atau perlukan sesuatu tapi kalau kat KL itu perkataan sangat lucah.”


“Kenapa uncle?”


“Kenapa kamu kata…butuh tu di maksudkan…atau benda yang  di rujukkan kepada bahagian sulit untuk lelaki…faham?”


“Peliknya kan…,” kata Elizabeth.


“Sama juga kat Kelantan kalau bahagian bawah/base periuk…orang Kelantan panggil pantat periuk, kalau menyelam kat sungai dia orang cakap menyelam sampai pantat sungai….tapi bagi orang di luar Kelantan perkataan pantat tu di rujukkan kepada bahagian sulit kaum wanita…silap cakap orang ingat kita kurang ajar.”


“Oooooh…macam-macam lah  ya…,” ujar Elizabeth semacam kehairanan sedangkan Emilia terkelip-kelip tanpa sebarang kata.


“Tu yang buat saya teringat, bila salah sorang kamu bagi tahu saya bahawa kita kena pandai sesuaikan dengan adat budaya setempat, silap cakap orang boleh kecil hati atau sampai bermasam muka pada hal tidak di maksudkan seperti apa yang orang fikirkan.”


Elizabeth melabuhkan punggungnya di sebelah kanan saya sementara Emilia pula di sebelah kiri saya. Saya kini di apit oleh dua orang bidadari Bundu Tuhan, geli geleman segala sendi rasanya.


“Semalam kamu kata ada tragedi berlaku..,” saya bertanya kepada Emilia untuk dia sambung balik ceritanya sementara masih ada waktu.


“Tragedi apa tu?” Tanya Elizabeth yang semacam kehairanan tak tahu hujung pangkal cerita.


“Oh semalam ada aku ceritakan pasal kita bertiga…kau, aku dan Haikal,” jawab Emilia.


“Macam cerita bersiri saja ni,” balas Elizabeth.


“Kau ingat tak Liz kita bertiga dari resort ni berjalan menuju ke rumah…..kan hari tu kita ajak Haikal minum petang kat rumah…”


“Ingat...ingat…hari tu kita dua–dua cuti kerana nak meraikan Haikal yang nak balik KL beberapa hari lagikan.”


“Tu la yang aku ceritakan pada uncle semalam…masa Andry datang serang Haikal…maksud aku tu la tragedi nya.”


“Kau dengan uncle bercerita sakan la pasal kita ye.?” Ujar Elizabeth yang sememangnya tidak tahu menahu yang kami berdua malam tadi berborak panjang.


“Sebenarnya saya yang minta Lia ni ceritakan kerana saya teringin nak tahu siapa Haikal tu….kamu kata dia tu macam jelmaan saya kan.”


Elizabeth nampaknya teruja dengan apa yang kami, Emilia dan  saya bualkan pada malam semalam lalu dia pun membuka cerita..


“Masa tu kami tengah seronok sembang-sembang menuju ke rumah, Lia pula tak boleh jalan laju kakinya masih sakit….jadi kami berjalan perlahan-lahan, kadang-kadang Lia ni di pimpin oleh Haikal...ya la saja nak menggatal...sakit kaki tu sebenarnya dah kira ok pun…”


“Kau ni aku belum sepenuhnya pulih la…dengki tu dah biasa la buat Liz uncle,” ujar Emilia sambil tersipu-sipu.


“Dah mula la episod anjing dengan kucing ni,” kata saya.


“Kami masih ingat lagi masa tu tiba-tiba muncul dua buah motosikal dengan empat orang budak nakal Bundu Tuhan ni……” Elizabeth memulakan flash backnya.


‘Sekarang kita dah dapat peluang terbaik nak kerjakan orang jauh ni.’


“Begitulah ucap Andry sambil tiga lagi rakannya turun daripada motosikal.” Emilia pula menyambung cerita.


“Apa jadi lepas tu?” Saya ingin sangat tahu kisah selanjutnya.


“Uncle ni sabar la…Haikal masa tu macam terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal,” tambah Elizabeth.


‘Hoi kamu monyet sarkis…datang kat tempat orang jangan nak tunjuk lagak…ni tempat kami punya…lu punya tempat KL sana...ingat kami ni takut sama orang bandar?…Tengok orang la woooi.


‘Saya tak faham maksud kamu orang ni, saya tak rasa buat apa salah pun’


“Begitu lah jawab Haikal yang masih keliru kenapa Andry dan kawan-kawannya marah sangat dekat dia…..kemudian Lia jerit dekat mereka berempat.”


‘Kamu semua ni kenapa.. Andry?…Kamu ni beria-ia benar..dia tak buat salah dengan kamu pun, dia yang banyak tolong masa aku sakit…’ sambil memandang Elizabeth, Emilia meneruskan…


“Macam tu lah Lia bagi tahu si Andry tu supaya jangan kacau Haikal…tapi uncle, si Andry mula naik darah….dia tu memang budak nakal kat sini…Lia pun risau juga takut di apa-apakan Haikal tu.”


‘Kamu dua orang ni tak payah nak banyak cakap….seronok lah kamu kena peluk, ini kampung la bukan nya KL, jangan nak tunjuk biadap kat sini. Hormat lah sikit kat orang sini jangan buat mata kami ni berbulu’


‘Andry…kau tau tak Lia ni sakit, dia mana larat nak berjalan…orang dah nak tolong pun dah kira ok la…kau sakit hati ni kenapa?’


“Macam tu lah Liz jeritkan kat dia orang…sebenarnya Andry dan kawan-kawannya  pernah nak tackle kita orang tapi kita orang tak nak layan..ya la kerja pun tak ada mak bapak dok suapkan, dia orang pagi petang dok ukur jalan…vroom sana vroom sini..orang kampung pun naik menyampah,” cerita Elizabeth lagi.


‘Saya minta maaf lah, tapi cara kamu kata kami ni biadap itu saya tak boleh terima lah’


“Haikal pun menyatakan apa yang dia rasa, kena tuduh macam tu bengang lah dia,” kata Emilia.


‘Oooh kata biadap tak boleh terima ye…ni dia kalau kau nak rasa’


“Masa tu Lia berdiri di sebelah Haikal, terus Andry menumbuk muka Haikal dan Lia pun terhuyung hayang kearah belakang, nasib baik Liz tolong selamatkan dari terjatuh, tapi Haikal ni kuat orangnya uncle…bukan dia yang kena tumbuk sebaliknya Andry yang di tempeleng oleh Haikal.”


Kemudian Emilia menambah…


“Mereka berdua saling tumbuk menumbuk dan tendang menendang…Andry ni pun kuat juga uncle, dia dulu instruktur Tae Kwon Do kat kampong ni…Lia tengok mereka berlawan macam dalam filem Ong Bak tu…Haikal ni macam Tony Jaa pantas betul, dah berapa kali Andry tumbang di kerjakan oleh Haikal.”


‘Saudara, saya tak mahu sapa-sapa yang cedera nanti, kamu serang saya ni pun kerana salah apa, saya pun tak faham, saya tahu kamu marah bila kami bertiga seronok bersiar-siar tapi kami tak kacau orang pun’


“Belum habis Haikal cakap satu tumbukan melayang ke muka Haikal tapi dapat Haikal tepis….Andry memberi isyarat kepada dua orang lagi kawan-kawannya untuk menyerang Haikal, masa tu Lia pun dah mula panik…Lia suruh Liz cepat-cepat telefon uncle Roni..”


Elizabeth mengambil nafas sebelum meneruskan bicara.


“Haikal ni memang hebat lah mempertahankan diri, cuma yang Liz risau masa tu takut-takut Andry dan kawan-kawannya menggunakan senjata, Haikal ni seorang diri, dia orang bertiga masa tu…yang seorang lagi masih kat atas motosikal…Liz tengok ketiga-tiga mereka yang menyerang Haikal jatuh ke dalam longkang…semasa Haikal membongkokkan badan melihat tiga orang tu dalam longkang…tiba-tiba yang atas motosikal tu meluru dengan lajunya melanggar belakang Haikal….masa tu uncle, kami berdua menjerit sekuat hati…Haikal terjatuh dan kepalanya terhantuk tebing pagar…”


‘Lari..lari…lari’


“Begitulah Andry mengarahkan kawan-kawannya lari setelah nampak uncle Roni dengan kawan-kawannya datang ke tempat kami. Lintang pukang mereka berempat lari sambil meninggalkan motosikal yang satunya telah terbalik ke dalam longkang dan satu lagi tersadai di tepi jalan.”


‘Awak ok ke…eh…kepala ni berdarah, Liz kau ambilkan kain ikatkan kat kepala Haikal ni, makin banyak darah keluar ni’


‘Saya ok sikit je ni.’


“Sambil Haikal memegang tempat kepalanya yang masih berdarah. Lukanya agak dalam di sebelah dahi kiri di atas telinga sebelah kening kiri…kesian pada Haikal tak pasal-pasal kena pukul di sebabkan kami berdua.” Jelas Emilia tentang peristiwa yang baru berlaku itu.


‘Bawa dia ke rumah, kita tengok macam mana lukanya’


“Uncle Roni menyuruh kami berdua membawa Haikal naik ke rumah…Lia terpaksa berjalan perlahan-lahan di belakang kami berdua sementara Haikal berpaut kepada Liz dan uncle Roni mengarahkan kepada kawan-kawannya untuk pergi mencari Andry dan kawan-kawannya.”


‘Liz kau tolong ambilkan bantal biar Haikal baring dan bolehlah kita ikat kepalanya ni dengan kain untuk menahan darah mengalir keluar, aku takut nanti kalau banyak sangat darah yang keluar Haikal ni akan jadi lemah dan mungkin boleh pengsan’


“Kami berdua membaringkan Haikal di ruang tamu rumah sementara menunggu uncle Roni tiba untuk tindakan selanjutnya. Kami dah panik tak tau nak buat apa,” kata Elizabeth.


‘Kita bawa dia pergi klinik, tak boleh di biarkan macam ni’


“Uncle Roni meminta bantuan uncle Steven untuk menghantar Haikal ke klinik di Ranau, Liz ikut sama sementara Lia tunggu saja di rumah,” jelas Elizabeth.


“Lia yang kat rumah ni berdoa agar kecederaan Haikal taklah parah sangat dan susah hati Lia memikirkan tentang nasib yang menimpa Haikal sebentar tadi. Dalam keriangan kami bertiga menuju rumah, lain pula yang jadinya. Orang yang baik seperti dia tak sepatutnya menerima nasib sedemikian, Lia terkilan sangat kerana apa yang berlaku kepadanya sungguh menyedihkan, dia sebagai perantau di sini sepatutnya di layan dengan baik oleh penduduk di sini…dia ke sini pun untuk membuat kerja yang bersangkutan dengan masyarakat di Ranau ini. Kurang ajar betul Andry dan kawan-kawannya itu.”


‘Saya terasa pening la…saya nak baring kejap?’


“Haikal dan Liz duduk kat seat belakang sementara uncle Roni dan uncle Steven di depan...Liz memautkan kepala Haikal ke atas bahu Liz, dan Haikal semacam terlena, Liz risau juga takut dia pengsan ke apa, dan Liz minta uncle Steven memecut keretanya agar cepat tiba di klinik…uncle tahu lah jalan ke Ranau tu bengkang bengkok dengan selekoh yang tajam…masa tu Liz pegang tangannya untuk merasa nadinya….risau yang teramat.”


‘Kamu jaga kain pengikat kepalanya tu supaya jangan tercabut, kalau tidak susah nanti darah keluar makin banyak, jaga betul-betul’


“Uncle Roni mengingatkan Liz untuk menjaga kain pengikat kepala supaya tidak terlondeh…dalam perjalanan tu uncle Roni asyik menyumpah pada Andry dan kawan-kawannya dan dia berkata pulang dari klinik nanti dia nak adukan perkara ni kepada ketua kampung, kerana katanya ini adalah satu hal yang sangat memalukan bagi penduduk kampung Bundu Tuhan, sementara uncle Steven pula menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan uncle Roni.”


‘Kita dah sampai ni, kamu kejutkan Haikal tu perlahan-lahan jangan sampai dia terkejut’


‘Haikal…Haikal…bangun…bangun..kita dah sampai di klinik ni..’


“Kami bertiga mengeluarkan Haikal dari kereta, dan uncle Roni menguruskan pendaftaran sementara Liz memegang tangan Haikal untuk memberi semangat dan kekuatan pada dirinya. Liz pegang tangan Haikal tapi tak ada apa-apa niat pun selain membantu….uncle tengok Lia dah mula jealous tu…hahaha…”


Saya lihat Emilia mencebikkan mulutnya kearah Elizabeth sambil berkata.


“Sebenarnya uncle Liz tu saja nak ambik peluang, masa tu lah dia cipta macam-macam cara macam mana nak merasa tangan Haikal yang macho tu…buat-buat tolong konon…dia nak balas dendam pada Lia yang Haikal selalu memegang tangan Lia ketika berjalan pulang ke rumah tadi…menyampah betul lah pakai taktik kotor macam Liz ni.”


“Kau tu asyik dengki manjang dengan aku bila bersama Haikal...kau tahu Lia, saat paling manis dalam hidup aku ni ialah bila bersama Haikal dalam kereta pergi dan balik dari klinik…kita orang kat belakang kereta tu asyik berpegangan tangan dan Haikal dengan manjanya meletakkan pipinya ke bahu aku…itu lah saat manis yang tak terlupakan.”


“Sudah-sudah lah kamu ni…tu kan cerita lama, semua tu dah jadi kenangan…apa nak kecoh lagi,” saya mencelah setelah melihat Emilia mula merah padam mukanya.


“Terbawa-bawa pula dengan kisah silam tu…tapi masih segar segala ingatan…kau Liz jangan nak buat aku naik angin dengan cerita-cerita bodoh rekaan kau tu…”


“Alah Lia, tu memang betul kenangan terindah aku, bukan rekaan tapi yang benar,”


“Cukup lah tu kamu berdua ni…saya nak dengar cerita kamu, kalau asyik nak bertekak macam ni bila nak habis cerita ni.”


“Maaf kan kami uncle…dah jadi macam bodoh pula kami ni ye.” Celah Elizabeth sambil memandang kepada Emilia. Dan mereka berdua akhirnya ketawa semacam geli hati.


‘Apa kata kita buat report polis sajalah…kamu setuju ke Haikal?’


“Uncle Roni memberikan cadangan sambil bertanya kepada Haikal. Lia dah sediakan tilam dan bantal untuk Haikal merebahkan badan setelah kembali dari klinik tadi. Nasib baik tak serius luka di kepala Haikal cuma kena tujuh jahitan saja, tapi doktor menasihatkan Haikal membuat pemeriksaan lanjut untuk mempastikan tiada internal injury yang mungkin akan melibatkan lain-lain organ…takut juga Liz kalau-kalau terjadi perkara yang tak di ingini…”


‘Saya rasa tak payah lah kita buat laporan polis…lagi pun kecederaan saya tak serius...saya ok…saya maafkan dia orang yang serang saya tadi’


‘Mana boleh macam tu…budak-budak tu kena ajar…biar polis datang siasat baru padan dengan muka dia orang’


‘Tak apa lah uncle saya tak nak panjangkan cerita, saya harap dia orang semua tu tak ulangi lagi buat perkara yang sama’


“Lia berdoa sangat supaya tidak ada apa-apa yang berlaku keatas Haikal selepas kejadian petang tadi tu, kalau lah ada apa-apa yang buruk  terjadi, maka Lia akan merasa sangat bersalah dan berdosa pada diri Haikal kerana apa yang terjadi bersangkut paut dengan diri Lia."


“Uncle tau tak, malam tu Lia dan Liz sama-sama ke dapur untuk masak yang istimewa buat Haikal, mula-mula kami cadang nak buat menu Kadazan tapi terfikir balik nanti Haikal tak makan kerana tak terbiasa dengan masakan ala kampung cara orang Kadazan…dan kami berpakat masak yang simple seperti tumis sayur cekur manis, dan goreng ikan sungai…ada ikan kelah kebetulan uncle Roni ada bawa balik pada petang semalam…”


‘Kenapa dengan kamu Haikal? Siapa yang buat hal dengan kamu ni?…Kurang ajar betul’


“Kami dengar suara auntie Mary yang baru balik dari gerainya. Hari ni dia tutup awal mungkin tadi uncle Roni hilang sekejap untuk memberitahu auntie Mary tentang apa yang terjadi.”


‘Tak ada apa-apa auntie sikit jer ni, saya ok’


‘Kamu berehat dulu ye, auntie nak tengok apa budak-budak tu masak’


‘Tak payah susah-susah auntie, saya pun dah nak balik ni, lagi pun pakaian saya ada kat resort tu…saya nak solat tapi seluar saya ni dah kotor dan ada kesan darah pula tu’


“Terdengar apa yang Haikal bualkan dengan auntie Mary tadi, Lia terus keluar kerana takut pula Haikal betul-betul balik ke resort sedangkan dia tu masih belum sihat betul pun.”


‘Haikal awak tak payah lah balik kat resort tu, kat sini pun ada kain pelikat yang Lia simpan, boleh lah guna untuk solat nanti…kita solat sama-sama ye…waktu maghrib pun dah nak masuk ni’


“Lepas tu Lia masuk ke bilik dan keluarkan sejadah serta kain pelikat dan Lia bagi tahu Liz dan auntie yang Lia nak solat bersama Haikal dan minta tolong dia orang teruskan memasak dan Lia akan tolong setelah selesai solat nanti.”


‘Awak tahu kan kita berdua saja solat maghrib ni, saya makmum ye’


‘Lebih baik lah berjemaah, banyak ganjarannya’


“Ketika melihat mereka berdua solat, Liz semacam ada satu perasaan yang tak dapat di gambarkan betapa tenang bila mendengar Haikal membaca ayat-ayat yang Liz tak fahami tapi kemerduan suara dan alunan irama yang di sampaikan sungguh menyentuh kalbu. Bila melihat Lia tunduk sujud di belakang Haikal aduh uncle betapa damainya mereka berdua kala itu menunaikan kewajipan mengikut anutan mereka berdua…yang paling Liz terasa syahdu bila mereka sujud di atas sejadah menyerah diri kepada Tuhan…teringin sangat masa tu uncle untuk Liz jadi sebahagian dari mereka berdua…selama ni Liz cuma nampak Lia solat bersendirian dan tak pernah dengar Lia melagukan ayat Al Quran seperti yang Haikal lakukan. Ni kali pertama Liz lihat macam mana orang solat beramai-ramai.”


“In sha Allah satu hari nanti jika hidayah datang kepada kamu mungkin kamu boleh jadi sebahagian dari apa yang kamu lihat itu. Allah akan membuka kepada sesiapa saja jalan dan pintu hidayah untuk menuju jalan yang di redhaiNya. Tak siapa yang tahu itu semua rahsia Allah.” Kata saya seakan berdoa untuk Elizabeth di bukakan pintu hidayah.


“Tersentuh hati Liz bila mendengar Haikal berdoa…Liz masih ingat beberapa perkataan yang di ucapkan dalam doanya…antaranya di ucapkan selawat ke atas Nabi Muhamad dan para Rasul, bermohon untuk di ampunkan dosa kedua ibu bapanya, di jauhkan dari api neraka, di murahkan rezeki, di kuatkan iman dan di jauhkan apa yang di larang dan minta di ampunkan semua makhluk serta ke atas orang yang telah menzalimi dirinya…mendengarkan doanya itu membuat kita jadi kerdil dan yang menyentuh hati sangat ialah yang Haikal ni bukan lah seorang yang pentingkan diri tapi orang yang mulia hatinya berdoa untuk semua makhluk…beruntungnya Lia dapat sama-sama sujud dengan orang yang dia suka dan…..entah Liz jadi jeles pun ye dan membuat Liz sedar diri betapa kita ni hanyalah hamba Tuhan…sekeping hati yang mulia terletak pada jiwa yang bersih. Liz mengintai dari pintu dapur sehinggalah mereka berdua selesai solat dan tiba-tiba saja air mata Liz menitis kerana sebak, bahagia bersama syahdunya malam.”


Kemudian saya melihat Emilia memegang jari jemari Elizabeth sambil di genggam erat. Tiada lah saya tahu apa yang sebenarnya sedang bermain di fikiran mereka berdua tatkala itu. Bayu pagi yang berhembus menyambut damai hati kami yang sedang bergelora oleh cerita-cerita tentang satu kehidupan di daerah pedalaman yang begitu asing buat saya tapi begitu lumrah buat mereka berdua.


“Setelah Haikal balik ke resort keesokan harinya, ramai staf terkejut melihat kepala Haikal yang berbungkus. Masing-masing kehairanan tak tahu bagaimana dan kenapa boleh terjadi demikian. Suzanna lah orang pertama yang berani bertanyakan pada Lia apa sudah jadi dengan kepala Haikal dan Lia membohonginya dengan menyatakan bahawa Haikal terjatuh semasa panjat gunung petang semalam. Lia dan Liz tak nak dia orang tahu kisah sebenar takut nanti heboh cerita Haikal kena serang di sebabkan kami berdua.”


“Semasa selepas makan tengah hari Haikal datang ke reception counter dan berehat di anjung di atas kerusi buluh ni lah…masa tu kebetulan tak ada guest jadi sempatlah Liz temankan dia dan kami berbual seketika. Haikal tak pergi kerja lagi pun dia kerja sendiri membolehkan dia dapat merancang masanya apa yang perlu di buat.”


‘Semalam ketika awak dengan Lia solat, Liz dapat merasakan sesuatu yang selama ini tak pernah Liz rasakan…sesuatu perasaan yang tak dapat di ukir dengan kata-kata.’


‘Kamu kan tengah masak masa tu, bila masa pula kamu tengok kami solat’


‘Betul la tengah masak, tapi masa di dapur tu Liz intai dari celah pintu…bila tengok awak dan Lia sama-sama sujud…aduhai…terasa sekali syahdunya, kalau lah masa tu Liz pun dapat bersama alangkah manis suasana itu…’


“Rupanya kau mengendap kami solat…aku mati-mati ingat kau masak dengan auntie Mary…baru sekarang aku tahu kau ni rupanya kaki sekodeng…baru aku teringat sebab tu la makanan lambat siap dan kita makan malam lewat…ni kes sekodeng lebih la ni ye.”


“Banyak lah sekodeng kamu Lia, aku teruja nak tengok macam mana kamu berdua solat, tu saja…mana pernah aku tengok orang solat beramai-ramai…kan kau selalu solat pun sendirian…itu sesuatu yang  baru buat aku…salahkah aku buat cam tu?”


Saya merasakan bahawa ada sesuatu di jiwa Elizabeth yang masih dan sedang terbuku. Mungkin dia sedang mencari sesuatu yang dapat mendamaikan jiwanya. Semacam ada satu keajaiban berlaku apabila Haikal hadir dalam hidupnya. Mungkin juga keperibadian Haikal menambatkan hatinya untuk lebih mendalami sesuatu yang selama ini sedang bermain di hati kecilnya.


“Kau tahu Lia bila kamu mengaminkan doa yang di lafazkan Haikal aku menjadi sebak secara tiba-tiba, dan aku sangat merasa bersalah pada kau yang selama ini banyak berkorban dan menjaga aku dengan baiknya…ingin aku waktu tu menjadi sebahagian dari kamu berdua dan sama-sama berdoa untuk kita semua….dan itulah yang membuatkan aku rasa rugi dan miss sangat moment yang sedemikian.”


“Kau ni Liz, sebenarnya nak ikut berdoa ke saja nak duduk belakang Haikal?…Kau tu cemburu tengok aku masa tu dengan Haikal.”


Saya mendengar saja apa yang mereka berdua cuba meluahkan tentang apa yang terjadi saat mereka bersama Haikal di rumah mereka waktu itu. Terfikir dalam hati bahawa Elizabeth ini sebenarnya sedang tercari-cari arah tuju yang dapat mendamaikan hati dan jiwanya. Sekarang saya mulai dapat menyelami hati dan perasaannya bila dia berkata yang Haikal banyak mempengaruhi jalan hidupnya.


“Kau ni Lia aku serius…selama kau tinggal dengan aku sebilik pernahkah kau memberi izin untuk aku mendekati dan merasai damai seperti apa yang kau alami. Aku pun cuma melihat dari jauh macam mana kau menyerah diri kepada Tuhan dan aku tak berani bertanya lebih takut nanti kita berbeza pendapat dan membuat kita bergaduh…tapi aku tahu kau menemui jalan damai setiap kali kau bersujud…aku dapat rasainya itu…”


“Aku pun sebenarnya tak mahu mengganggu fahaman kau…seperti kau juga aku tak mahu mempengaruhi kau dengan apa yang aku ikuti…kalau kau masih ingat suatu waktu dulu kau pernah mengoyak buku-buku ugama aku dan membuatkan aku lari dari rumah…sebab tu lah aku tak mahu lagi bercerita pada kau apa-apa tentang hal aku dan anutan aku…aku takut sangat pisang berbuah banyak kali.”


“Aku melakukan semua tu bukan kerana aku bencikan apa yang  kau anuti…tapi masa tu aku bencikan kau yang selalu di menangkan oleh ibu bapa aku, menjadikan aku terpinggir di rumah sendiri…kau tahu kan kenapa aku berkelakuan demikian…”


“Apa lagi yang kamu bualkan dengan Haikal semasa kamu berdua duduk di sini?” Semacam tak sabar rasanya saya untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang apa yang di lalui oleh Elizabeth dan Haikal pada hari tersebut.


“Semasa kami berdua santai-santai di sini…Haikal duduk di sebelah sana tu yang dekat dengan tiang mengadap ke jalan masuk dan Liz pula kat sini…sini tempat kita duduk ni…Liz tengok Haikal selalu saja pegang kepala dia dan geleng-gelengkan macam dia kurang selesa. Masa tu la Liz rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan kepalanya.”


‘Kenapa awak asyik pegang kepala macam kurang selesa jer…pening kerana kurang tidur tu…oksigen tak sampai ke kepala la tu.’


‘Entah mungkin juga...tapi saya rasa kadang-kadang macam berdenyut dan ngilu pun ye…tapi mungkin kesan jahitan tu kot.’


‘Kalau berlarutan lebih baik kita pergi buat check up kat hospital la…kat klinik tu mana cukup alat…’


‘Tengok keadaan lah…saya pun sehari dua lagi dah nak balik KL...mungkin saya boleh buat pemeriksaan rapi kat sana nanti’


‘Kalau sakit tak  boleh lah kita main tunda-tunda nanti melarat kan susah pula tu...kat hospital Ranau tu ada doktor pakar dan peralatan pun cukup bagus dah sekarang ni…saya tahu kerana pernah di rawat di sana suatu ketika dulu’


“Liz tengok Haikal macam tak percaya yang Liz pernah di rawat di sana. Ya lah muda-muda lagi takkan dah sakit teruk sampai kena warded, tu mungkin yang buat dia hairan kot.”


‘Kamu sakit apa sampai kena masuk hospital…tu mesti kes teruk’


‘Tak de la teruk tapi kerana depression selepas kematian ibu…’


‘Maaf bukan niat saya nak kembalikan kenangan buruk yang mungkin menghantui kamu balik….maaf saya ye…takde niat pun ‘


‘Eh apa pulanya...takde apa…tu cerita lama dan dah awak tanya saya bagi tahu lah kisah sebenarnya...tipu kan berdosa’


“Saja Liz buat kelakar sikit agar dia tidak sangat lah terbawa-bawa dengan sakit kepala dan agar dapat dia menjadi seperti normal…Liz takut gak nanti dia asyik dok fikir sakit saja ….tu pun saikologi boleh buat kita terikut-ikut dan makin parah dibuatnya.”


“Baru aku teringat bila kau cerita semua ni Liz…malam tu masa dinner Haikal tak pun datang kat coffee house…aku ingat masa tu dia saja nak berehat kat bilik, mungkin sakit badan ke atau dia tak nak di ganggu….ya..ya baru aku perasan..”


“Keesokan paginya Haikal minta Liz temankan dia ke hospital Ranau…masa tu Liz minta time off dengan admin…Suzanna yang uruskan kerana Liz bagi tahu ni kecemasan punya hal…dalam perjalanan, semasa dalam kereta Haikal asyik pegang kepala dan Liz pun risau juga maklumlah jalan naik turun bukit dan berliku-liku…banyak selekoh…nanti dua-dua dalam gaung…nasib baik la masa tu pagi taklah banyak kenderaan sangat. Masa dalam kereta tu kami sembang-sembang la, lagi pun memang Liz nak dia lupakan sakitnya…macam-macam cerita lah Liz reka.”


Emilia dan saya mendengar saja kisah Elizabeth dengan Haikal sewaktu mereka dalam perjalanan untuk rawatan susulan di hospital Ranau. Emilia macam pelik pun ada mungkin ini cerita yang tak pernah Elizabeth kabarkan sebelum ini.


“Sepatutnya aku yang sesuai temankan dia kerana aku off duty…yang dia dok cari kau tu yang buat aku bengang masa tu…aku ni shift petang jadi banyak lah masa aku boleh uruskan hal dia…ini kau pula yang di susahkan…aku masa dapat tahu kau keluar dengan Haikal berdesing telinga aku…dah la aku baru nak baik sakit kaki…kau dengan dia pula sakitkan hati aku…sakit hati dengan sakit kaki jauh bezanya tu…”


“Kamu ni tak habis dengan dengki kat dia orang berdua tu kenapa?” Balas saya bila nampak Emilia semacam geram saja.


“Uncle tak faham kisah kami waktu tu…pertarungan sengit uncle..sengit sangat hampir-hampir putus ikatan persahabatan di sebabkan Haikal tu.”


“Masa nak bertolak ke Ranau tu ada Liz tanya Haikal tentang Lia.”


‘Tak ajak Lia sekali ke? Nanti mengamuk dia kan kalau tahu kita berdua keluar ni’


‘Tak pe la saya tak nak susahkan dia biarlah dia berehat. Lagi pun kamu kata dulu kamu yang masuk hospital jadi kamu dah familiar lah dengan urusan di hospital tu’


‘Betul la begitu…tapi kalau Lia tahu semua ni, saya nanti yang kena sembur’


‘Kenapa pula macam tu?’


‘Untuk pengetahuan awak sebenarnya Lia tu sangat berharap semoga dia akan dapat hidup bersama awak satu hari nanti…dia betul-betul menaruh harapan buat masa ni…dia dulu pernah kecewa di sebabkan penglibatan saya dengan seseorang yang dia suka’


‘Ooo macam tu…tapi dia takde pun tunjukkan yang dia sukakan saya…setahu saya kamu yang makin rapat dengan saya…dan saya memang waktu ni pun merasakan hati saya makin terpaut sama kamu’


“Masa tu uncle jantung Liz berdegup kencang bagai nak pecah...memang Liz pun dah mula ada rasa sayang…dan sayang tu sentiasa hadir dalam diri Liz dan perasaan tu lah yang membuat Liz seronok awal-awal pagi untuk pergi kerja.”


“Jealous la pulak dengar cerita kau ni…walau pun dah lama berlalu tapi macam masih segar pula peristiwa ni,” kata Emilia semacam cemburu mendengarkan cerita Elizabeth.


“Ingat lah wahai dewi rimba…ni kisah flash back jangan sangat terbawa emosi…,” kata saya untuk mententeramkan keadaan.


Mungkin Emilia sudah terbawa-bawa dengan perasaannya sendiri. Kadang-kadang pantulan kenangan bisa membuat jiwa jadi kacau.


Kemudian kami sama-sama ketawa sambil Emilia memegang tangan Elizabeth seakan memohon satu keampunan di atas keterlanjuran sikapnya dan Elizabeth pun sama menggosok-gosokkan jari jemarinya ke atas tapak tangan Emilia. Sedih pun juga terasa melihat keadaan mereka berdua.


Kemudian Elizabeth menyambung ceritanya seakan seronok pula dia.


‘Awak tahu lah macam mana hati perempuan….mesti lah segan untuk memulakan…’


‘Kamu berdua ni buat saya betul-betul confuse…pernah satu ketika saya bergurau dengan Lia yang satu hari dia akan jilat muntahnya…kerana masa saya baru sampai dia timing semacam dengan saya…setelah tu saya berazam nak buat dia nyesal…tapi lain pula jadinya bila kamu mula rapat dengan saya….maaf la saya cakap cam ni.’


“Betul tu uncle Haikal pernah cabar Lia yang satu hari Lia akan jilat muntah Lia sendiri….masih terngiang-ngiang di telinga ni teringatkan lagaknya tu…”


‘Saya nak bagi tahu…sebenarnya Lia cedera kakinya tu di sebabkan kita berdua…’


“Masa tu Lia nampak Haikal macam confuse sangat…ye la apa pula kena mengena kaki Lia dengan dia dan saya…mesti kehairanan dia.”


‘Setahu saya tak ada pun salah laku saya hingga dia jadi macam tu…berbelit pula cerita ni ya…saya ingat kan jalan di Ranau ni saja yang berbelit…kisah kita pun tak ubah berbelit macam jalan ni juga…tapi sebenarnya dalam hati saya pun dapat merasakan apa yang terjadi pada kaki Lia ada kena mengena dengan kita semua’


“Liz seronok uncle masa Liz ceritakan hal kami dan Haikal mula menumpukan perhatian dan Liz rasa dah berjaya mengalih tumpuan nya agar dia melupakan kepalanya yang sedang sakit.”


“Bijak juga kamu ni ye?” Ujar saya ringkas.


“Selepas Lia dapat tahu yang sebenarnya hati Haikal telah beralih arah, masa tu Lia rasa kecewa yang teramat. Malu pada diri sendiri pun ada. Sejak hari tu Lia sedaya upaya cuba alihkan arah dan mengasingkan diri dari Liz dan Haikal…masa tu lah Lia banyak muhasabah diri dan sangat berterima kasih pada Liz dan Haikal yang telah membangkitkan Lia dari ego dan mimpi bodoh Lia sendiri. Masa tu memang sukar untuk Lia terima kenyataan yang Lia akan kalah dalam perlumbaan ini…Liz pun sangat perasan perubahan ke atas diri Lia kerana Lia jarang balik rumah dan selalu tidur di resort.”


bersambung di lain keluaran....selamat membaca...

WATER CONVOLVULUS.....APA HUBUNGANNYA DENGAN HANG TUAH DAN MAHARAJA CHINA.(1)

$
0
0

Water convolvulus....ini adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk satu jenis tanaman yang sedang hangat di perkatakan sekarang iaitu 'kangkung'...glamor gak rupanya nama omputih sayuran ini.


Bagi generasi muda yang tak pernah belajar Hikayat Hang Tuah pasti pening fikir yang Hang Tuah ni real ke mitos semata. Tak kisah lah apa pun janji kita ada Legend macam Mat Salleh dok bangga sangat dengan Zorro tu...entah ya ke tidak...tapi ramai orang suka tengok cerita Zorro...sampai gaduh anak beranak bila tukar channel.


Empayar kerajaan China suatu waktu dulu memang terkenal dan merupakan salah satu  empayar yang terhebat di dunia ketika tu...waktu tu juga lah lahirnya nama pelayar terkenal dunia ynag berasal dari China iaitu Laksamana Cheng Ho. Khabarnya mengikut apa yang di catat dalam sejarah Laksamana Cheng Ho ni asal keturunannya ialah dari satu keluarga Islam yang telah lama menetap di satu wilayah di China.


Nama sebenar Cheng Ho ialah Ma Ho, daripada etnik Hui di perkampungan Yunan. Keluarga Hui adalah terdiri dari petani yang berugama Islam. Asal berdarah campuran Mongol-Turki. Dalam kalangan puak Mongol memang ramai yang berugama Islam dan di kenali sebagai Khan dari kumpulan Tartars...Ma Ho boleh berbahasa Arab dan China. 


Semasa tentera China menyerang puak Mongol, kanak-kanak lelaki di jadikan tahanan dan di potong alat kelamin untuk mengelakkan keturunan Mongol dari membiak. Apabila Yunan jatuh dan di bawah jagaan General Fu Yu-te, Ma Ho yang berumur 10 tahun adalah antara kanak-kanak lelaki yang di 'kasi' alat kelamin. Semasa berumur dalam lingkungan 20an, Ma Ho yang tingginya 7 kaki merupakan seorang yang tampan dan bijak dalam strategi peperangan. Beliau mahir dalam taktik perang Sun Tzu dan Sun Pin.


Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo, Ma Ho telah di beri gelaran Ma Sanbao. Oleh kerana penglibatan Ma dalam peperangan dan banyak membawa kejayaan sehingga tumbangnya Nanking Ma Ho telah di beri penghormatan khas dan di nobatkan  sebagai Cheng yang kemudiannya menjadi Cheng Ho. Dia  di beri tugas menjadi Laksamana mengelilingi dunia menjelajahi 37 buah negara.


Perkataan 'junk' berasal dari perkataan Melayu 'djong' membawa erti kapal besar. Pelayaran pertama Cheng Ho mempunyai angkatan 27870 orang bersama 317 djong. Orang melayu dahulu kala memang terkenal sebagai pelaut yang hebat dan banyak pengalaman hingga berkampung  di kepulauan Polynesia. Semasa zaman Cheng Ho banyak terdapat pelaut Melayu yang menguasai  Selat Melaka dan sebahagiannya menjadi lanun. Ada juga setengah daripada lanun-lanun China di tangkap sebagai tebusan. Cheng Ho berperanan dalam melindungi Raja-Raja yang memerintah di sepanjang Selat Melaka waktu itu. Melaka pada waktu itu sangat terkenal sebagai satu pusat perdagangan yang mashyur dan ramailah pedagang asing datang berurus niaga termasuklah pedagang China India serta  Arab. 


Apa yang saya nak ceritakan ni ialah tentang kehebatan kangkung. Eh...apa kena mengena pula kangkung dengan Maharaja China ni...buang tabiat ke ni....sabar...jangan cepat menghukum....tu personal judgement...dah jadi fitnah cepat menghukum orang tanpa fakta...sabar ye....nanti sat lagi tahu lah apa kaitan  kangkung dalam peradaban sejarah silam....ha dah nampak makin interesting kan.


Macam citer kartun pun ada kalau sekali pandang. Tapi sebenarnya ini adalah kenyataan yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah. Tak percaya?....tunggu dah baca seterusnya apa yang akan di perturunkan nanti.


Suatu waktu dulu, masa saya dalam tingkatan 6 sebelum berhijrah ke ITM/UiTM saya sempat lah belajar tentang Hikayat Hang Tuah...tu subjek wajib, ada buku teks lagi pasal Hang Tuah ni, tapi yang peliknya, mesti ramai tertanya-tanya tajuk di atas ialah kangkung, apa kena mengena pula dengan Hang Tuah. Tadi kata kangkung ni ada terlibat dengan Maharaja China, ni tup tap tup tap berkait dengan Hang Tuah pula....apa dah biul ke ni.....sabar...jangan cepat marah....kalau orang cepat marah saya selalu syorkan makan telur goyang....sejenis masakan berasaskan telur yang di popularkan oleh roomate saya sewaktu waktu dahulu...dah kena telur goyang seakan masalah terungkai....tak caya?....cuba la sendiri...


Berbalik kisah Hang Tuah ni...kalau ikut hikayat yang saya belajar dulu, Hang Tuah ni kira hebat gak kepala otaknya....politikingnya terbaik, bukan calang-calang orang yang pernah di kelentongnya. Sampai Panglima Taming Sari yang hebat kesaktiannya dengan keris berjenamanya, brand terbaik waktu tu, bukan cap ayam punya tapi Taming Sari pun dapat di kelentong dan keris bertukar tangan...sah-sah orang punya, keluaran luar negara lagi tu, secret weapon kerajaan Majapahit, last-last jadi hak dia...putih mata Panglima Taming Sari  macam kena pukau pun ye, terkelip-kelip mata tengok Hang Tuah sangkutkan kat pinggang...sure jeles giler la...hebat la tu...tipu helah nak selamatkan diri dan maruah kira boleh di maafkan...IQ kena tinggi, kurang-kurangnya macam Einstein gak la Hang Tuah ni, entah-entah lebih hebat. Kira saya tabik gak la kat wak Hang Tuah ni.


Sebelum kita teruskan dengan kisah Hang Tuah dan Maharaja China kita imbas kembali siapa dia Hang Tuah ni. Mesti ramai gak yang belum tahu atau pernah baca kisah mamat ni. Setelah saya baca, kaji dan fahami Hikayat Hang Tuah ni, secara conclusionnya, pada pandangan intelektual peribadi saya, sebenarnya Hang Tuah ni adalah satu lambang hero bagi kaum lelaki macho Melayu...lambang kehebatan lelaki Melayu dalam menawan hati kaum wanita, juga dia pandai menawan hati golongan bangsawan dalam dan luar negara....dia ada charm dan juga personaliti tersendiri dan PR yang terbaik lah di zaman tu. Dia kiranya di geruni musuh dan di hormati oleh member-member jam sewaktu dengannya. Putar belit kepala otaknya pun hebat gak, benda yang impossible leh jadi possible....mungkin gak dia guna pakai ilmu 'if you cannot convince them, you confuse them or if still you can't do it just kung fu them'...rasanya la dia guna taktik ni...bagi saya lah Hang Tuah ni sebenarnya ialah seorang Cassanova orang Melayu....sabar sikit nanti saya bagi contoh-contohnya la.


Rasa saya tentu ramai yang pernah nonton filem-filem Melayu yang bersangkut paut dengan Hang Tuah ni. Kisah macam mana Hang Tuah tackle awek-awek cun masa zaman tu. Semua awek yang jatuh ke tangan Hang Tuah semuanya glamor habis waktu tu..kira boleh ngalahkan ratu cantik la. Semuanya dari golongan bangsawan, anak raja, tunang orang, anak tok guru silat pun biul dengan dia....bukan saja dalam negeri...kira CKD, tapi yang import dari luar negara jenis CBU pun dia dapat gak....sapa yang boleh challenge sebenarnya...kau ada....tiada...ramai orang dok kutuk Hang Tuah ni tapi orang tak fikir kehebatan dia yang boleh menguatkan jati diri kita orang Melayu...sampai Maharaja China pun pening dan dengan muka selamba dia kelentong Maharaja tu, benda yang impossible jadi possible...jadi kena respek dia jangan dok kutuk-kutuk...lu per citer kutuk-kutuk dia....


Peringkat awal terserlah bakat Hang Tuah ni jadi Cassanova ialah sewaktu dia belajar silat bersama 4 orang geng dia Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu...masa tu menuntut ilmu silat dengan Sifu Adi Putera...kira grammy award winner sifu waktu tu la. Ingat saya la Bruce Lee dan Tony Jaa pun respek dengan sifu ni kalau bersama waktu tu...Chuck Norris pun tabik gak agaknya...tengok Hang Tuah sudah la betapa hebat, kalau sifu mesti lah lebih terror. 


Setelah hampir tamat perguruan seni silat, satu hari Sifu panggil kesemua Hang yang berlima itu dan di beri briefing setelah pengajian tamat nanti.


'Kamu semua ni Tok harap berbakti lah kepada Raja, tanah air dan ugama suci kita. Tugas Tok melatih kamu sudah hampir ke penghujung...Tok dah tua nak berlawan pun tak berapa larat lagi dah, tapi cara dan gaya berlawan tu Tok masih mahir, dan tu lah yang boleh Tok turunkan pada kamu yang muda-muda ni...ada apa-apa soalan ke?'


'Saya mewakili teman-teman sepersilatan ni banyak-banyak terima kasih pada Tok yang sanggup melatih kami siang malam tanpa jemu, kami ni agak nakal sikit harap Tok boleh maafkan perangai buruk kami ni, Tok lah terbaik yang pernah jadi Sifu kami. Budi baik Tok kami takkan lupa sampai bila-bila' 


'Pada firasat Tok, sedih gak Tok nak bagi tau ni...tapi lebih baik Tok umumkan  biar semua beringat dan tahu apa yang akan terjadi di suatu hari nanti. Kamu berlima ni dah macam adik beradik, sakit seorang semuanya akan terasa bahagia seorang semuanya akan bahagia. Dalam kamu berlima ni pada satu hari nanti ada salah seorang dari kamu ni akan terkorban kerana mempertahankan maruah kawan kamu dan terkorban di tangan kawan yang kamu pertahankan. Kira kisah sedih gak la dan akan jadi legenda bangsa. Ada yang mencemuh yang terkorban tapi di akhir zaman yang terkorban itulah di anggap hero sejati'


Hang berlima tu saling berpandangan antara satu sama lain. Tak dapat di bayangkan bagaimana kawan karib mati terbunuh di tangan kawan sendiri. Suspense giler masa tu.


'Kalau betul la kata Tok tu, aku naik seriau gak, takkan sanggup aku bunuh kau Jebat, kiranya perkara tu berlaku antara kita' kata Hang Tuah pada Hang Jebat sambil mereka berlima baring-baring menunggu terlelap mata.


'Walau salah sebesar mana pun tak sanggup aku nak bertikam dengan kau bang Tuah, kau ni dah aku anggap lebih dari saudara ku sendiri' balas Hang Jebat.


'Mu Kasturi sanggup ke bertikam sama sendiri sampai ada yang terkorban di tangan antara kita berlima ni' kata Hang Lekiu.


'Giler kau nak tikam sama sendiri...sanggupkah tengok darah mengalir akibat perbuatan kita sendiri...tak masuk akal la' kata Hang Lekir yang dari tadi diam membisu.


Hang Tuah yang paling senior dalam skuad silat tu mengambil kesempatan memberikan ucapan balas sepatah dua kata mewakili 4 orang lagi Hang yang ikut sama memepelajari seni silat dengan Sifu Sang Rajuna Tapa. Masa tu kira Tok ni adalah trainer silat yang terbaik dan di segani ramai.


Masa tengah belajar silat tu, Hang Tuah sekejap-kejap hilang pergi tepi sungai...mestilah sungai yang ada air terjun, banyak negatif ion, aman damai, dingin, udara bersih...tempat tu pula anak dara Sifu selalu dok basuh kain...mesti romantik abih tempat tu...masa tu la dia ayatkan si Melor tu...sampai tergila-gila tahap gaban la budak tu. 


'Tak lama lagi tamat abang belajar silat kat sini....mesti abang rindu kat Melor, tapi Melor jangan bimbang abang kan sentiasa kasih dan sayang pada Melor tanpa belah bagi'


'Abang ni ayat jer tu, bila dah keje nanti tambahan kalau ada jawatan kosong kat istana kat situ ramai lah dayang-dayang yang cun melecun, akhirnya Melor abang lupakan.'


'Kamu ni Melor suka sangat buat andaian melulu....kasih abang pada Melor ibarat batu gunung ni....walau apa pun terus melekat sampai bila-bila...tak percaya ke?'


'Abang ni kan kacak, hebat bertarung lagi tu, Melor ni minah rimba mesti abang malu nak ngaku sapa Melor ni.'


'Takde nya cam tu...abang setia la...kita tengok nanti sapa yang curang'


'Melor kat hutan nak curang apanya...mana ada orang kat sini takkan nak curang dengan monyet, kera, gajah, rimau...akal ada takleh fikir ke'


'Marah semacam kau Melor....tapi mana tau ada kumpulan baru mari belajar kat sini...tak mustahil kau boleh sangkut'


'Takde nya...ni Melor la bang...Melor anak Sifu nak buat perangai...tak boleh di terima akal lah'


'Janji tak curang'


'Janji lah bang...sampai mati pun Melor tunggu abang malah Melor sanggup mati demi abang...abang ada berani?'


'Eh mesti lah, sayang punya pasal....abang janji yang abang tak mungkir janji dan sayang abang pada Melor takkan padam selamanya'


'Terbaiklah ayat tu...boleh cair di buatnya'


'Ayat kena hebat Melor, nak hidup hahaha'


'Gatal la mamat ni perasan lebih....eh Melor kena balik ni nak masak nanti untuk makan malam'


'Jap la esok lusa abang dah nak kena belah dari sini...nanti payah dah nak jumpa, kalu ada cuti baru leh datang takkan nak cuti kecemasan manjang, tabib istana pun tak berani nak bagi surat cuti sakit manjang.'


'Esok la pula kita sambung nanti ayah marah kan semua gagal nanti...takkan nak ulang belajar kot'


Maksud Melor tu kalau Sifu dah naik angin nanti semua tak boleh nak grad dan silap haribulan kena lak repeat semester, tak ke naya cam tu. Benda cam ni pernah terjadi pada batch terdahulu. 



Melor ni mesti cun kalau tidak takkan Hang Tuah leh terpikat...taste Hang Tuah ni dahsyat gak...dia tak pilih yang average punya...mesti yang tip top...ukuran badan mesti yang tinggi lampai, muka dah tentu yang bujur dengan hidung mancung bak seludang, kulit lak putih kuning dengan muka bagai telur di kupas dan rambut mayang mengurai, betis pula bunting padi...aduuuh...kalau kita pun boleh mengigau....Melor ni bukan jenis plastik punya...mesti ori..kat hutan mana ada make up, lotion ke apa, dah tentu guna barang ori dari hutan hujan tropika yang berusia lebih 150 juta tahun...barang ori mesti terbaik lah wok...untung Hang Tuah tu...urban look sekarang banyak yang plastik...hampeh...jangan mare ye...kenyataan...kiranya kalau wat balik rumah mak bapak tak komplain lah. 


Ni kira stage pertama dia test skill pikat pompuan....mengena lak tu...sampai Sifu restu lah perhubungan mereka tu...yang lain-lain Hang tu mungkin minat gak tapi bagi  laluan kat senior la kot. Melor ni adalah awek Hang Tuah yang paling setia, sanggup mati kerana mempertahankan cintanya yang suci dan tulus mulus yang tak berbelah bagi. Hang Tuah frust la sekejap...ya la awek dia sanggup datang dari jauh, tinggalkan Sifu seorang diri dalam gua...kira kena tanak nasi sendiri lah Sifu, tapi dah Sifu restui nak wat cam mana...basuh kain masak sendiri la jawabnya. Nasib baik kat hutan banyak pucuk paku dan lain-lain sayuran serta buahan. Ikan leh mancing sendiri kat sungai, dapat lak ikan kelah, sebarai, tapah  atau patin kena pula gulai tempoyak...terbaik la. Dulu sungai-sungai bersih, air jernih...takde kegiatan membalak cam sekarang ni semua sungai dah contaminated...ikan pun buta dan berkudis. Sekali sekala kalau nasib baik dapat gak kijang, rusa, napuh, beraya lah sekejap. Dulu takde peti sejuk tapi boleh salai lagi best. Sekali sekala masak lemak cili api daging salai...fuuuh, leh juling mata. Mungkin masa tu ada lah kot kangkung yang di tanam oleh Melor...dah pasti Hang Tuah pun pernah makan sayur kangkung tumis hasil air tangan Melor. Terbaik.


Mesti ramai yang boleh ingat PGL/Puteri Gunung Ledang...mesti ramai yang pernah nonton filem mengenai PGL ni kan...tak kira lah versi Shaw Brothers ke atau versi terkini hasil karya isteri Dato Effendi Norwawi, Tiara Jacquelina tu...janji ada kisah Hang Tuah. Tengok camne Hang Tuah pegi kelentong PGL...di bawa tepi tasik, main-main cinta guna ayat baik punya sampai PGL tu nanang makan tak lalu tidur tak lena mandi tetap basah la...PGL tu bukan calang-calang manusia, mesti cun giler la, kalau tak macam mana Sultan Melaka dok angau siang malam.


'Tuah, beta sebenarnya bukan senang nak jatuh cinta. Dah ramai pun balak-balak yang kacak datang untuk merisik tapi hati tak pernah terbuka, dengan kamu jer hati ni macam berdentum dentam, lain macam sangat la'


'Patik sebenarnya pun dah jatuh hati tahap puncak kat Tuan Puteri, asyik terbayang jer. Apa orang kata wajah ayu Tuan Puteri hadir setiap kali patik bernafas'


'Boleh tahan gak ayat kau ni Tuah. Tak sia-sia beta jatuh hati pada kau, rupanya romantik gak orang yang jadi panglima ni...selama ni beta ingat orang jenis kamu ni kaku semacam bila bercinta'


'Nak hidup Tuan Puteri, kena lah berusaha nak dapatkan apa yang kita idamkan.'


'Beta dah tahu niat sebenar kamu tu. Kamu nak gula-gulakan beta supaya jatuh cinta dengan kamu bila dah ke Melaka kamu bagi beta ni kat Sultan...apa ke jadah kamu ni, kekasih hati boleh lak bagi orang lain pakai...apa dah buang tabiat ke kamu ni'


'Patik serba salah Tuan Puteri, kalau patik balik tangan kosong tanpa Tuan Puteri Sultan pasti murka, bila dia murka dia takdok keje asyik nak tahan gaji jer...berat la patik takkan asyik nak berhutang manjang'


'Beta rasa lah kamu ni kurang cerdik, akal tak berapa sihat, memang kamu ni jenis orang yang paling setia tapi setia kamu tak bertempat, setia yang bodoh. Tak salah nak setia tapi jangan sampai memakan diri sanggup korbankan hak kamu....kamu ingat senang ke nak pikat beta ni...dah beta jatuh hati pada kamu ni pun dah kira satu rahmat....kamu pula buat hal...apa ke bengangnya kamu ni'


'Ni lah pengorbanan namanya'


'Berkorban bodoh cam ni apa faedahnya...kamu tu setia sangat dengan Sultan kamu tu...kalau buat silap sikit kena tahan gaji...apa tu...kamu ye ye lah berkorban dia asyik ugut kamu...cerdik ke kamu ni...sekarang beta naik kesian pula kat kamu...ikut hati dah tak cinta lagi dah'


'Jangan la cam tu Tuan Puteri, main kasar nampaknya ni'


'Kamu sayang beta tak ni?'


'Sangat'


'Macam ni lah...malam ni kamu tidur tempat beta, kita sembang-sembang sambil minum-minum sampai pagi...tu jer la yang kita leh buat...nak kawin dengan beta kamu takut kat Sultan kamu...aduh nape la beta leh jatuh hati kat balak cam kamu ni...tapi ni kira takdir beta lah terpaut kat orang macam kamu ni'


'Ok ke patik tidur kat tempat Tuan Puteri ni? Tak dok orang sekodeng ke? Kalau ada parah patik.'


'Kamu ni penakut sangat lah...ni tempat beta tahu lah beta macam mana tahap keselamatannya...lagi pun dalam bilik peraduan beta tiada sapa yang boleh masuk...kamu ni pun jantan pertama yang beta bawa masuk...apa kamu takut kena cabul ke? Kenapa lah bengap sangat ni...kalau orang lain dah melompat bertempik gembira...ni banyak sangat soalan...takut tu takut ni tapi panglima'


'Tuan puteri...patik takut kena fitnah setakat nak berlawan lima enam orang sekali gus tu kacang jer buat patik, tapi fitnah ni paling bisa...patik risau kalau Tun Mamat nampak dia adu kat Sultan nahas patik'


'Tak yah risau sini selamat punya...ada jaga dan semua kawasan berpagar...apa takut...kamu bilang kat geng-geng kamu tu esok pagi yang kamu berunding dengan beta...kawin dengan beta memang mustahil la, jadi kita kena reka alasan dan permintaan yang Sultan gatal kamu tu tak boleh tunaikan'


'Geliga betul otak Tuan Puteri...tak terfikir oleh patik...bagus gak cadangan tu, patik setuju, jadi bila tak tertunai syarat terlepas lah patik dari murkanya...gaji pun tetap sama mungkin ada kenaikan sikit lah atas usaha patik naik jumpa Tuan Puteri ni...kalau ada surat sokongan daripada Tuan Puteri lagi baik la'


'Kamu ingat ni minta kerja ke?...Takde keje lain asyik fikir hal gaji dan setia bodoh kamu tu'


'Nak hidup Tuan Puteri, kerja kat istana tu bukan boleh di pohon tapi hanya yang terpilih saja...peluang keemasan tak boleh nak dilepaskan...Sultan ada janji kalau kerja bagus kami juga akan di hantar untuk misi keluar negara...mungkin Arab, Parsi, India, China dan banyak lagi negara. Belayar pula guna djong DiRaja, bukan calang orang leh dapat naik djong tu'


'Djong Sultan kamu bukannya berjenama, djong kampungan, apa  ke hal? Lain lah dengan djong Majapahit yang gah tu....banyak la angan-angan kamu...ni tulis syarat-syarat ni bagi kat Sultan gatal tu...pertama sedulang hati nyamuk, kedua setempayan airmata anak dara, ketiga jambatan emas dari Melaka ke puncak Gunung Ledang ni, keempat setempayan air pinang muda dan terakhir semangkuk darah Raja Ahmad anak Sultan kamu tu....sah dia tak boleh tunaikan...ni syarat sebenarnya nak tolong kamu mengenangkan kamu ni orang yang beta sayang....tahu ke idak ni...ngangguk-ngangguk macam mentadak'


'Hebat-hebat orang Majapahit pun kena tipu kat patik gak...pedih sungguh perkataan Tuan Puteri kali ni...tapi apa pun patik terima kasih banyak-banyak kerana tolong patik'


'Jangan nak ungkit apasal kisah lama tu...nanti beta tarik balik kan syarat-syarat ni baru gelabah kamu...kalau tidak kerana cinta dan kasih sayang tahap puncak kat kamu tak mahu nya beta tolong kamu ni...atas dasar simpati dan kesian pun ya juga.'


'Ugut manjang ni yang patik tak tahan...kalau berperang patik takkan mengalah tapi kalu dengan awek-awek cun patik jadi serba salah tambahan bila dah dapat kena bagi kat Sultan...aduh letih wat kerja macam ni...bukan sekali...patik fikir-fikir berdosa gak hancurkan harapan orang kalau ada pengganti patik nak bersara awal dari wat kerja macam ni.'


'Tahu takpe...udah-udah la wat keje sia-sia ni...kamu ni macam patung takde perasaan langsung...ke kamu ni suka kaum sejenis?'


'Berat sangat tuduhan tu...patik punya masih berfungsi dengan baik, badan masih sihat, akal pun sihat mata terang pun telinga bisa mendengar...kira 10/10 la Tuan Puteri'


'Tak guna cerita wat habis ko boreh je'



PGL kira dah syok abih la kat Hang Tuah ni, tapi bila  PGL dapat tahu hal sebenarnya, tu pasal mulalah PGL bagi macam-macam syarat yang tak masuk akal...melopong Sultan Melaka. Tapi kalau dengan Hang Tuah takde syarat apa...dah angau abih, kira on jer...tapi Hang Tuah ni jenis setia, dia dapat bukan nak pakai sendiri pun tapi untuk orang lain pakai....kalau panglima sekarang ni dah tentu pakai dulu...jangan jadi bodoh berkorban tak tentu pasal...dah lunyai baru bagi kat orang lain. 


Itu satu sikap yang saya respek sangat kat Hang Tuah ni...dia lebih islamik...bukan macam kebanyakan orang sekarang ni main bedal jer tak kira halal haram...memang payah nak cari spesies macam Hang Tuah ni sekarang ...patutnya kita kena tiru sifat Hang Tuah ni baru lah kita aman damai...kalau pompuan macam PGL dia tak ngap dah tentu dia tak makan rasuah punya dan gunakan duit negara tak tentu pasal. Orang macam ni lah sepatutnya di ikut dan dijadikan lambang kehebatan orang Melayu tak macam generasi sekarang ni. Hang Tuah guna kangkung ada sebabnya bukan hentam kromo saja.


panjang sangat kita sambung lain kali....di bahagian (2).





WATER CONVOLVULUS..............bahagian (2)

$
0
0

Rasa saya masih ramai yang ingat kisah Tun Teja atau nama sebenarnya Khatijah Ratna Benggala anak kepada Bendahara Sri Amar DiRaja, kerabat Raja juga lah famili ni, kira macam Perdana Menteri lah sekarang ni, di negeri Pahang atau dulu di kenali sebagai Inderaputera, tunang kepada Megat Panji Alam, Putera Mahkota Terengganu. Tun Teja ni kiranya sangat lah cantik zaman tu, menjadi kegilaan ramai anak-anak Raja, dan yang beruntungnya Megat Panji Alam yang berjaya dapat menyuntingnya sebagai tunang.


Di zaman tu Kerajaan Terengganu selalu kena serang oleh tentera Siam dan kadang-kadang sampai ke Pahang sekali Siam dok serang gak sekali sekala. Jadi untuk menguatkan keadaan dua buah negeri tu, maka di gabungkan lah melalui perkahwinan DiRaja agar Siam pun takut lah juga nak serang. Tu la pasal Tun Teja ni di tunangkan dengan Megat Panji Alam. Bengong la puak Siam sekejap. 


Orang Kelantan masa tu tak leh nak tolong dah dia sendiri kena sengkeh kepala kat Siam, tiap-tiap tahun kena bayar ufti duit Emas. Jadi geng-geng Siam kat Kelantan merebak lah nak takluk pula Terengganu....kecut perut la Terengganu, tu pasal cari jalan macam mana nak sekat geng-geng Siam ni jadi terpaksalah bergabung dengan puak Pahang. Tu  cerita yang masuk akal lah.


Berita kecantikan Tun Teja ni merebak sampai ke Melaka. Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah memang playboy, tak leh dengar ada yang dahi licin sikit mula lah nafsunya membuas. Tak kira anak dara mana, tunang orang ke, selamba jer nak di rampasnya...gangster gak Sultan Melaka ni. Tapi sebenarnya dia bukan macho mana pun, kalau takde Hang Tuah jangan harap la dia leh dapat awek cun...bermimpi jer la. Maka Hang Tuah pun dititahkan untuk menjayakan misi nafsu berahi Sultan Melaka tu. 


Hang Tuah ni seperti yang saya pernah citer la...taat setia semacam. Lalu dipikul lah tanggung jawabnya tu untuk mencapai hasrat nafsu buas Sultannya. Nasib baik gak la masa tu geng-geng Siam tak tahu kat Pahang tu ada awek cun comel lote. Kalau tidak melopong lah Sultan Melaka. Bila kat Melaka Siam pun tak berani nak pegi kerana Melaka masa tu kuat ada pula 5 Hang tu, kira hebat mana tomoi Siam pun takleh nak makan silat 5 Hang tu.


Dulu takde highway, jadi kena lah guna sungai dan laut. Naik djong. Kira cruise la. Bukan dekat pun nak pegi ke Pahang tu. Ya la dari Melaka kena turun ke selatan lalu kot Temasik sekarang ni Singapura la pah tu pusing naik balik ke timur lalu ikut Pulau Tioman mudik ke hilir baru sampai ke Pekan. Mengikut riwayat pelayaran tu memakan masa 40 hari. Kalau mabuk laut memang sah muntah hijau. Kalau masa candat sotong pun muntah ini kan pula di tengah lautan gelora.


Nasib baik kat Pahang kalau kat Kelantan naya gak silap-silap belum sampai dah tenggelam banjir. Belayar punya belayar akhirnya mendarat kat jeti sekarang ni mungkin kat Sungai Miang di Pekan la kot...situ sungai besar, kalau sungai sempit mana nak ada jeti. Menasabah lah kat situ tu...Hang Tuah ni pun terror gak ilmu geografi nya. Tak lah sesat pulak sampai ke Kemaman kalau tidak tak pasal-pasal kena turun balik....ye la masa tu mana ada GPS, main ikut panduan bintang jer la...pelaut selalu guna bintang Polaris la. Kira hebat gak la geng-geng Melaka tu tak sesat. Tapi rasanya kalau takde bintang Polaris harus belayar sampai ke pulau Jeju Korea Selatan.


Hang Tuah ni sebelum menjalankan misinya, dia buat research dan homework dulu. Di kajinya kawasan tu dan di mana serta siapa yang hendak di gunakan dalam misinya tu. Kira-kiranya dia ni ada ilmu dalam bidang town planning gak la. Dia kena study layout kawasan istana dan sekitarnya, kalau jadi apa-apa senang nak cabut. Kalau pergi bodoh macam tu memang lunyai lah di kerjakan pengawal-pengawal istana.


Tempat pertama di tuju adalah rumah inang pengasuh Tun Teja. Namanya kalau tak silap lah Dang Ratna,  kira pangkat nenek gak la. Dia ni memang bebas keluar masuk kawasan istana. Rumah Tun Teja ni memang dalam kawasan istana, ya lah anak orang besar takkan nak tinggal kat hujung kampung. Di gula-gulakan nenek tu dengan kain yang mahal-mahal buatan China yang tak pernah nenek tu tengok seumur hidup. Kat Melaka memang banyak kain sutera China yang di bawa oleh pedagang-pedagang China...tak jadi hal setakat sepuluh helai...entah-entah dapat free. Semua orang kenal Hang Tuah. Berani tak nak bagi kalau geng-geng Hang yang minta. Tengok orang lah dulu kalau tak nak bagi pun.


'Kamu ni datang dari mana? Tak pernah nampak pun selama ni'


'Saya ni dari Melaka nek, nama saya Tuah, saja lah ke mari untuk intai-intai peluang kalau-kalau boleh berniaga kat sini'


'Ooo gitu...cam ada makna jer ni...kamu ni berniaga apa?'


'Berniaga kecilan...ada lah kain baju dan juga sutera dari China..'


'Kira saudagar besar la kamu ni...ada gudang dan ramai pekerja lah ya.'


'Takde cam tu la, saya ni berniaga runcit, orang Kelantan kata tok peraih.'


'Karpet takde ke?'


'Tu orang Pakistan, macam geng Bangla ada la jual tu, saya tak berniaga benda tu...kalau semua saya nak pulun berniaga dia orang tu nak berniaga apa pula kan...karpet tu memang kemahiran dia orang...bila jual karpet selalu cakap adik manis ni hutang juga bole, saya tak reti sangat ayat-ayat cam tu'


Sambil di keluarkan lah barangan kain, ada yang berjenama top masa tu lebih kurang Versace, Lanvin, LV lah kalau sekarang ni. Di kebas-kebasnya atas muka  nenek tu biar nenek tu teruja nampak kain sutera China yang memang terkenal halus dan tinggi mutunya. Hebat gak Hang Tuah ni main politik dengan nenek tu.


'Nek tengok la mana-mana yang berkenan'


'Ini mahal mesti nek tak mampu'


'Nek kan keje kat istana, mesti kena pakai yang elok-elok sikit baru ada ummmph jadi pengasuh Tengku Puteri'


'Tapi nek tak mampu la, bayar ansur bole ke, kalau bunga tinggi tak mau la ...tu riba namanya'


'Dengan nenek ni kira cincai jer la'


'Cincai mincai...nanti nenek juga yang muflis'


Hang Tuah dah dapat idea macam mana nak tackle hati nenek pengasuh ni. Bukan susah pun, bagi sikit hadiah yang memang nenek tu minat pasti lepas tu minta apa pun nenek tu tolong. Tinggi gak ilmu putar alam Hang Tuah ni. Kalau sengkek dan lekeh mana leh jadi ayam tambatan Sultan. PR dan putar belit kena hebat. Hang Tuah dah tau kalau nak penetrate istana mesti ada networking, jadi nenek ni lah jadi orang perantaraannya. Geliga betul otak Hang Tuah ni.


'Kamu sekarang tinggal dimana?'


'Belum tentu lagi nek...perantau macam saya ni mana lah ada tempat tinggal...tidur kat surau jer la'


'Surau tepi sungai tu banyak nyamuk...nanti tak pasal-pasal kena malaria lak, sini takde tempat rawatan yang canggih...dukun ada la'


Kelakar juga  nenek istana ni rupanya.


Hang tuah dah mula nak masuk daun. Nenek ni pun jenis orang lurus, bukan susah nak dijinakkan pun.


'Apa kata kamu tinggal saja dengan nenek lagi pun nenek ni sebatang kara bukan ada anak pun'


'Eh...saya tak suka nyusahkan orang...nenek ni buat saya segan pula'
Baik punya ayat Hang Tuah.


'Apa nak segannya...ni nenek ikhlas...'


Hang Tuah  tau jeratnya dah mengena. Memang tu pun tujuannya, nak tinggal kat kawasan istana agar senang mencapai misinya. Nenek tu bukan tau apa pun, dia hanya pandai mengasuh Tun Teja jer la.


'Nek ambik sutera yang warna biru ni, memang sesuai sangat kalau nek pakai...nampak bertambah seri'


Hang Tuah jack kow kow punya nenek tu. Ni kali lah, kalau tak terlepas peluang keemasan nak larikan Tun Teja ni.


'Kamu ni...nek dah tua la...tak payah la'


'Kalau nek tak ambil ni saya pun tak nak tinggal kat sini la...saya ikhlas nenek tolak, saya rasa malu semacam la nek'



Ayat kena baik, kalau silap ayat merajuk nenek tu haru biru jadinya.


'Tak pe la kalau kamu dah cakap cam tu...nek ikut jer la kata kamu'


Sebenarnya tu lah strategi Hang Tuah, bila nenek tu pakai pakaian dari sutera tu mesti Tun Teja tanya mana dapat...masa tu la dia kan dapat jumpa Tun Teja. Hebat betul perancangan nya...forward planning tu.


'Kamu dah makan ke lom?'


'Lom lagi nek...tengah jalan tadi ingat nak pekena sup ekor dengan kangkung goreng belacan, dia orang cakap tukang masak dah balik Siam..tu saja la yang saya biasa makan, saya tak biasa dengan makanan kat sini'


'Nanti selepas balik istana nek akan masakkan kamu boleh kita makan malam bersama.'


'Baik lah nek...sementara tu boleh tak kalau saya merayau-rayau kat kawasan istana ni...nampak sangat cantik laman taman istana ni.'


'Boleh tapi jangan sampai kat kawasan larangan sudah la'


'Tu kat mana lak?'


'Dekat dengan bilik beradu Tun Teja dan Balai Rong Seri...lain-lain tempat ok la.'


'Baik nek...saya ingat pesan nek tu.'


Sementara nenek keluar rumah pergi ke istana Hang Tuah ambil peluang tinjau-tinjau seluruh kawasan istana kecuali tempat-tempat larangan tersebut. Nak bawa lari tunang orang bukan senang tapi demi tugas kenalah juga buat. Entrance-exit dan escape door semua dia kaji dengan teliti. 


'Tun Teja ni mesti cantik kan nek'


'Memang cun giler la, semua anak Raja dok tergilakan dia, tapi ye lah dah bertunang dengan anak Raja Terengganu, tak lama lagi kahwin la dia.'


'Ni nek dah masak untuk malam ni, sila lah'


'Masakan apa ni nek?'


'Ni masak tempoyak ikan patin...ni patin muncung, paling sedap, kat Pahang ni memang terkenal la'


'Kalau cam ni boleh gemuk la saya nanti'


'Kalau kurus kering nak pikul kain tu mana larat.'


'Betul gak kata nek...saya suka ikan sungai...kangkung goreng belacan takde ke nek?'


'Kangkung air yang menjalar kat dalam parit tu banyak, tu masak lain kali la, nenek ni dah tua nak masak semua mana larat. Jangan banyak tanya, makan apa yang ada jer la'


'Maaf nek, bukan apa...kangkung ni kan bagus untuk kesihatan...kempunan pun yer ni...kalau nek masak mesti terbaik la'


Tu kata-kata penyedap nak ambik hati nenek. Pada hal tak pernahnya makan gulai tempoyak ikan patin ni. Sebenarnya Hang Tuah ni mula kemaruk dengan kangkung ni masa belajar silat. Melor, anak Sifunya lah yang mengajar Hang Tuah ni makan kangkung. Selepas tu dia mula gian manjang dengan kangkung...sampaikan kawan-kawannya yang lain-lain Hang tu panggil Hang Tuah dengan nama manjanya Tuah Kangkung.


'Makan lah ye, tempat kamu ada gak ke masakan cam ni?'


'Tempat saya masak asam pedas dan cencaluk memang mashyur la, kena pulak ulam tenggek burung...peergh terangkat'


'Ini budu, kamu cuba la...kena lak cili api, bawang potong dan perahan limau ni...masuk lak isi ikan bakar...terbaik wok...ye la..lain padang lain belalang kan'


Nenek ni kira nerd betul, dia tak tahu putar belit Hang Tuah. Nanti dengan nenek-nenek ni menganggur bila Tun Teja kena bawa lari. Mesti Sultan terminate dia punya kerja lah...tu sudah pasti. Ni kes besar, bukan boleh pandang ringan sebelah mata jer. Anak kesayangan pembesar negeri kena bawa lari, memang lah berita sensasi. Pasti punya nenek tu di tuduh cuai. Masa tu mana ada CCTV, jadi senang sikit lah kerja Hang Tuah. Kalau sekarang belum kuar kuala dah kena tangkap tambah lak dengan fon kamera yang canggih, sekejap jer masuk FB. Tak kemana lah jawabnya. Lokap la.


Dalam masa 2-3 hari tu Hang Tuah ke pekan buat-buat berniaga kain kononnya. Tapi tujuan sebenarnya untuk melihat kawasan persekitaran dan mana-mana jalan pintas yang boleh di gunakan nanti. Otak kena berputar kalau balik tanpa Tun Teja Sultan lak murka, gaji kena hold, parah lah juga nak hidup. Dah banyak kali geng-geng Hang tu Sultan hold gaji bila saja dia buat perangai, terpaksa lah berhutang dengan chettiar kat pelabuhan. Chettiar tu bagi berhutang ada sebab, maklumlah hutangkan pegawai-pegawai istana, kalau ada masalah kat pelabuhan pasti leh settle punya. Hang-Hang tu pun dah tau putar belit chettiar tu, memang kuat belitnya. Tapi takpe lah kira win-win.


'Eh cantiknya baju nek pakai ni...kain sutera lagi tu...mana nek beli ni...'


'Oooh ni hadiah dari seseorang Tengku Puteri'


'Aik bila masa nek keluar istana jumpa orang...nek ada pakwe ye?...ni mesti pegawai istana...kalau orang biasa mana mampu beli...ni berjenama punya'


'Tengku Puteri ni, mana patik ada pakwe....malu lah'


'Baik nek cakap betul-betul, jangan sampai ayahnda tahu nek ada skandal dengan pegawai istana'


'Eeeh sumpah takde Tengku Puteri, ada orang yang hadiahkan'


'Sapa orang tu?'


'Ada kat rumah patik'


'Pakistan ke bangla?'


'Orang kita la Tengku Puteri'


'Tua ke muda?'


'Masih muda dan sangat kacak orangnya.'


'Boleh bawa  orang tu jumpa beta?'


'Patik kena tanya dulu Tengku Puteri'


'Ni arahan mana boleh nak minta izin dia...ni perintah dari beta.'


'Tapi mana orang biasa boleh masuk istana'


'Geliga gak otak nek ni ya'


'Patik akan aturkan janji temu tu...Tengku Puteri sabar jap jer...nanti patik selesaikan semua ni'


'Tau takut....kalau tak buat juga janji temu tu nanti beta suruh ayahnda tangguh gaji...ngerti?'


'Ngerti Tengku Puteri'


Rupanya dari dulu sampai sekarang ayat ugut ni di guna pakai. Memang lemas lah macam ni. Kejap-kejap ugut. Bukan saja ugut silap haribulan kena lucut jawatan. Jadi kena pandai kipas la dan kena jadi yes man. Kalau tunjuk pandai sikit jer siap lah...dah kira pandai lawan tokey...tunjuk pandai sikit jer susahlah nak survive. Tu pasal kalau ada ilmu tinggi sikit tak boleh kerja dalam istana, mesti kena cantas. Masing-masing dok tunggu peluang nak naik atas...kawan sendiri pun tikam belakang...dari dulu sampai sekarang sama jer.


Maka nenek pun bergegas pulang ke rumah untuk mengkhabarkan berita dan perintah Tun Teja kepada Hang Tuah. Ketika sampai di rumah Hang Tuah tak ada mugkin kat pekan tengah berniaga kain. Dengan tak sabar dan hati yang penuh gelisah yang teramat nenek menunggu Hang Tuah di pintu pagar. Berpeluh sakan nenek tu. Dada lak dup dap dup dap bukan main kencang lagi. Kalau kena serangan jantung parah gak. Harap ke dukun pakai akar kayu jer la. Sekarang dah canggih ada gak IJN.


'Assalamualaikum nek'


'Waalaikummussalam...leganya hati nek ni'


'Nape nek nampak macam orang gelisah jer ni, ada apa-apa terjadi kat istana ke?'


'Memang ada masalah besar ni, kamu kena tolong nenek gak ni'


'Bawa bertenang nek, ni berat kain kat atas belakang ni, nanti saya turunkan barang ni pah tu kita citer la.'


'Lupa lak nenek kain kat atas belakang kamu tu....berat gak tu...masa pegi tadi pun cam ni gak, tak laku ke?'


'Dah biasa nek...ada hari bulan terang kalau tak gelap gelita...nama lagi berniaga, takkan nak untung manjang...ni kan tengah bulan, gaji belum lagi la..ramai yang dok belek-belek jer pah tu cabut'


Hang Tuah pun turunkan bungkusan kain dari atas belakangnya dan diletakkan di penjuru beranda rumah. Peluh masih banyak yang mengalir keluar. Dalam hati menyumpah gak kat Sultan Melaka tu, pasal nak puaskan nafsu gilanya tu la dia kena buat semua ni. Dah jadi kuli terpaksalah kena kerja. Jawatan kat istana nak tapi kerja sikit nak merungut. Mana leh jadi. Bila gaji kena hold tau pulak marah.


'Ni semua pasal kain sutera yang kamu bagi ni la...aduh dah jadi hal la pulak'


'Tak faham nek, apa salah ke pakai kain ni kat dalam istana?'


'Tak salah tapi dah jadi masalah besar pada nenek'


'Nenek cakap betul-betul, pening la'


'Tun Teja dah soal siasat nenek...silap haribulan tak bergaji nek ni'


'Aduh, macam mana jadi gini?'


'Tu la dari awal nek tak mau, tapi kamu yang beria-ia'


'Tak pe nek, sabar...oleh kerana saya puncanya biarlah saya yang menyelesaikannnya'


'Memang pun kamu kena bertanggung jawab'


'Apa yang Tun Teja nak, cer citer'


'Nak jumpa kamu'


Terduduk longlai bila mendengar yang Tun Teja nak jumpa. Sebenarnya Hang Tuah berlakon longlai depan nenek, kononnya terkejut sangatlah tapi dalam hati sungguh gembira tak terkata. Lakonan kena baik jangan sampai pecah tembelang. Bab berlakon ni Hang Tuah kira handal gak la. Dah biasa wat keje begini, apa ke heran. Taming Sari senang-senang di kelentong ni kan pula setakat nenek inang pengasuh, memang masak lah kena goreng.


'Apa kata Tun Teja?' Di tanya nenek tu dengan gaya terkejut.


'Dia suruh nek aturkan pertemuan, ni nek tengah fikir ni...di mana yang sesuai...kalau Sultan tahu tiga bulan gaji kena potong tak usah citer pasal bonus lah sah takder punya.'


'Nenek wat pe duit banyak-banyak bukan ada anak pun nak di bagi'


'Kamu cakap sedap la...ingat apa nenek ni pun sekali sekala nak gak melaram kat pekan tu...mana tahu bertemu jodoh'


'Nek ikut saya pegi Melaka saya leh carikan jodoh untuk nek'


'Betul ni?'


'Betul la....macam mana nek punya cita rasa...ada yang mata sepet, yang hitam, yang macam Benggali, Bangla, pedagang-pedagang Arab dan Pak Hitam Afrika pun ada...pilih jer'


'Eish kamu ni biar lah yang sesuai dan romantik sikit...nek ni kan dah tua...kawin bukan kerana nafsu tapi untuk di jadikan teman jer.'


'Chettiar mahu?...Tu kaya orang nya tapi kedekut sikit la'


'Nek bukan tengok harta dan paras rupa tapi lebih kepada yang bertanggung jawab'


'Ceeewah hebat citarasa nek ni...ayat nek ni pun boleh tahan juga rupanya'


'Citarasa-citarasa gak...kes kamu ni macam mana nak selesaikan?'


'Saya takleh pegi istana jadi kena lah bawa Tun Teja datang rumah nek ni..amacam...bagus tak cadangan saya?'


'Geliga gak otak kamu ni yer'


'Peniaga kain biasa lah nek kena tinggi ilmunya...kalau tak camner orang tertarik barangan jualan kita tu.' 


Mereka berdua memikirkan cara terbaik untuk membawa Tun Teja datang ke rumah nenek inang pengasuh. Oleh kerana nenek inang pengasuh adalah orang yang free boleh keluar masuk maka takde la masalah sangat cuma kena cipta sebab kiranya bonda Tun Teja tanya nanti. Tun Teja ni menurut nenek ada gak bertandang ke rumah nenek ni bila nak buat treatment spa dan urut badan...Tun Teja suka di urut di tempat yang ada angin cross ventilation gitu...outdoor spa la kiranya. Kalau dalam biliknya rasa berkuap. Ini boleh gak jadi alasan terbaik untuk Tun Teja datang ke rumah nenek ni. Cuma biasanya Tun Teja datang dengan di iringi dayang-dayang...macam mana nak kelentong dayang-dayang ni pula. Satu hal gak ni.


'Anak muda yang tinggal kat rumah nenek tu namanya Tuah, baik orangnya....dia ke sini sebagai perantau sambil berniaga kain sutera... asal  dari Melaka'


'Pernah dengar Melaka tu tapi tak tau kat mana'


'Nak tau pasal Melaka Tengku Puteri boleh lah tanya kalau jumpa dia nanti. Malam ni lepas maghrib dia ada lah kat rumah, kalau siang hari takde nya dia...biasanya kat pekan lah berniaga.'


'Kalau macam tu kira lepas maghrib lah...'


'Dayang-dayang macam mana lak?'


'Tu kecik punya hal, pandai lah beta kelentong nanti. Nek datang ambil beta karang, beta tunggu kat sini sampai nek datang, amacam?'


'Baik lah Tengku Puteri'


Jam 7.30 malam nenek inang pengasuh dah sampai di bilik Tun Teja. Mereka berdua secara senyap-senyap keluar dari pintu belakang bilik beradu Tun Teja. Takut juga terserempak dengan bondanya nanti banyak pula soal jawabnya, setakat dayang istana tu takde hal boleh lepas lagi.


Malam itu bulan penuh sedang mengambang. Bayu malam berhembus lembut menjadikan suasana begitu syahdu. Mereka berdua berhati-hati mengatur langkah menuju rumah nenek pengasuh. Sekali sekala di toleh ke belakang serta kiri kanan kalau-kalau ada pengawal istana yang perasan langkah mereka berdua. Langkah di atur cepat agar segera sampai ke tempat tujuan. Jantung Tun Teja berdegup kencang, kerana lajunya langkahan serta terujanya untuk ketemu orang yang bernama Tuah.


Ketika mereka berdua menghampiri tangga kelihatan Hang Tuah sedang berdiri di beranda di dalam samar malam. Hang Tuah tak lah berdegup kencang sangat jantungnya...dah biasa lah buat kerja melarikan orang ni...kerja tackle awek ni kira dah sebati dengan jiwanya dan juga merupakan tugas hakiki sebagai penjawat istana. Dia buat selamba jer bila nampak Tun Teja melangkah naik anak tangga menuju ke beranda. Di ruang tamu pelita telah di pasang. Pertama kali nampak wajah Tun Teja secara dekat, baru lah kencang berdegup jantung Hang Tuah. Rupa-rupanya confirm lah Tun Teja ni cantik giler, teruja gak Hang Tuah. Ya lah dia pun lelaki gak macam Sultan Melaka tu, manusia yang segala organ masih berfungsi dengan baik, mesti lah teruja tengok awek cun.


'Duduk la dulu ye...biar patik sediakan air minuman kat dapur'


'Ampunkan patik Tengku Puteri, bukan niat patik nak menyusahkan Tengku Puteri bertandang ke sini'


'Tak mengapa, sebenarnya beta yang beria-ia benar nak jumpa kamu'


'Ampun Tengku Puteri, ada apa yang boleh patik bantu'


Dalam hati Tun Teja berkata bahawa kacak gak orang Melaka ni, kalau jadikan pakwe berjalan-jalan kat pekan tak la malu, bangga ada lah kot. Dah mula tak tentu arah jadinya Tun Teja bila mata bertentangan dengan Hang Tuah mat Cassanova Melaka ni.


'Kamu ke Pahang ni kerana apa?'


'Berniaga sikit-sikit Tengku Puteri...ada la jualan kain dan baju siap'


'Beta tengok kain yang kamu bagi kat nenek tu cantik betul'


'Ooo tu kain sutera China, memang yang jarang ada di jual kat kedai, memang susah nak cari semua ni...kira barangan terhad la... kalau Tengku Puteri nak tengok boleh patik ambilkan'


'Elok juga tu boleh beta tengok kalau ada yang berkenan boleh beta beli'


Lalu Hang Tuah pun masuk ke bilik untuk mengambil sample kain yang di bawa khas untuk Tun Teja sebenarnya. Sementara tu nenek bawa talam yang penuh dengan kuih muih dan air minuman sambil di persilakan Tun Teja minum sementara menunggu Hang Tuah keluar dari biliknya. Sambil menikmati hidangan, Tun Teja tersenyum tersengih macam orang sedang teruja akan sesuatu.


'Tengku Puteri santap la dulu, patik nak masuk ke dalam jap'


'Ni dia contoh kain dan baju yang patik jual Tengku Puteri'


'Wah...cantiknya...cuba kamu selimutkan pada badan beta yang merah jambu ni...mesti cun giler kan'


Lalu Hang Tuah pun buat malu-malu selimutkan pada badan Tun Teja. Bau harum badan Tun Teja buat Hang Tuah kelam kabut dan terketar-ketar. Walhal dah banyak awek cun yang dia dah usha selama ni, tak ada pun sangat masalah. Hebat gak penangan awek Pahang ni, fikir Hang Tuah. Baru dia tahu macam mana kehebatan awek Pahang ni.


Nenek tak kuar-kuar dari biliknya. Kira bagi can la kat Tun Teja dan Hang Tuah ni dok sembang-sembang. Kalau nenek ada kan kacau daun lak nanti. Orang yang banyak pengalaman mesti tau semua ni. Sempoi gak nenek ni.


'Memang kena la dengan Tengku Puteri, cantik yang teramat. Tengku Puteri pakai apa pun cantik kerana memang secara azali lagi Tengku Puteri ni cantik, tak da apa yang cacat celanya, markah penuh 10/10'


'Lain macam pujian kamu ni. Tak payah nak puji-puji beta tak makan pong punya...simpan la pujian kamu tu dalam poket' sambil tersenyum Tun Teja berkata. Tapi dalam hati teruja habis.


Wah memang terbaik ayat Hang Tuah ni, memang boleh melting la hati-hati yang mendengarnya. Power giler ayat tu. Aduh Hang Tuah ni hebat mengalahkan jejaka Lombok main ayat cinta cintan. Boleh jiwang habis. Tun Teja tersenyum hingga hujung bibirnya sampai ke telinga. Seronok benar nampaknya Tun Teja ni. Memang sah dah mula angau.


'Semua barangan dagangan kamu ni bernilai tinggi la...mana dapat bekalan kain ni? Heran gak beta...bukan sembarangan orang yang mampu berniaga barangan bernilai tinggi ni.'


'Patik ambil terus  dengan pembekal China...tak da orang tengah...tu patik dapat barangan tulin dan kualiti tinggi ni...'


'Patut la...ambik terus dari pembekal....beta nak semua ni kamu jangan jual pada orang lain...berapa harga belakang kira'


Terfikir oleh Hang Tuah, biar betul Tun Teja ni nak ambik semua, beribu harga tu...nanti susah kalau misi ni fail, camner nak jawab dengan Sultan...kain dah habis Tun Teja lak tak dapat...lingkup cam ni...pah tu main kira belakang, ni yang tak sedap kalau kira kat depan kan senang boleh terus tahu nilainya. Masalah besar gak buat Hang Tuah.


'Kalau Tengku Puteri ambik semua kira tak berniaga lah patik'


'Habis kamu datang sini nak habiskan jualan...betul tak?'


'Betul tu Tengku Puteri'


'Sepatutnya kamu bersyukur kerana jualan kamu cepat habis, takkan tu pun susah nak fikir, bengap juga kamu ni ye'


Kena sebiji atas muka Hang Tuah. Tersengih-sengih la jadinya. Silap cakap dan cakap pun pakai otak kat lutut memang kena la....Hang Tuah tak Hang Tuah...hang kurang cerdik kena la bantai.


'Maksud patik dah abih la kerja patik...patik sebolehnya nak tinggal lebih lama sambil berniaga di sini'


'Pandai menjawab kamu ni ya...sapa kata kamu tak boleh tinggal lama kat Pahang ni....nak berkampung kat sini pun boleh takde yang larang'


Makin kuat Hang Tuah kena bantai. Tadi dia ingat setakat Tun Teja ni kacang jer la boleh lentuk punya. Sekarang sapa yang lentuk dulu. Memang Hang Tuah tak sangka langsung nak kena hentam macam ni, nampaknya kena tukar strategi.


'Pegi panggil nenek, beta nak balik dah ni, malam pun makin larut, dapat tahu kat ayahnda nanti kena leter la, kamu apa tahu?...Tahu jual kain jer la...bungkus elok-elok nanti esok beta suruh dayang datang ambil'


Hang Tuah pun berlalu pergi panggil nenek inang pengasuh. Tergesa-gesa nenek inang pengasuh datang. Hang Tuah punya muka dah naik biru, malu pun ada. Niat nak usha Tun Teja tak kesampaian. Dia ingat dia hebat semua awek leh jatuh ke tangannya. Tapi Hang Tuah ni tak cepat putus asa, mungkin ni cara Tun Teja saja nak test skill Hang Tuah. Sebenarnya Tun Teja buat macam tu supaya tak nak nampak sangat yang dia sukakan Hang Tuah ni. Mesti jual mahal. Apa kelas pula nak jual murah dengan peniaga kain yang sama standard dengan Bangla....tapi cinta tak kenal siapa. Malam ni adalah malam yang sungguh perit buat Hang Tuah. Malang betul la, tak kesampaian hajatnya.


Masa Tun Teja berlalu dengan nenek Hang Tuah intai kat celah tingkap dengan putih mata. Tak berani dia nak berdiri kat muka pintu. Nanti tak pasal-pasal kena sembur lagi, baik nyorok, pasti selamat. Sempat gak lagi mengintai walau baru kena hentam. Hang Tuah mula memikirkan strategi baru camner nak buat Tun Teja yang timing semacam ni jatuh hati padanya. Dia ada lagi talian hayat yang masih belum di gunakan iaitu dia pandai main seruling dan menyanyi. Suara dia ada kelas tersendiri. Biasanya setelah dengar nyanyian buluh perindunya burung pun berhenti...yang berhenti burung tuli la kot. Malam ni belum boleh lagi guna talian hayatnya ni, kena tengok masa yang sesuai. Tengoklah nanti menjadi ke tak rancangan seterusnya.


Hang Tuah menyumpah dalam hati marahkan Sultan Melaka...ya la tak pasal-pasal kena hampuk dengan Tun Teja...yang seronoknya nanti Sultan Melaka, yang kena hampuk menanggung malunya Hang Tuah. Tak patut betul Sultan Melaka ni. Dan yang kelakarnya di suruh Hang Tuah jual kain tu dah standard Bangla karpet. Kalau jual emas permata baru ada kelas sikit. Tapi susah gak permata ni biasa orang Gurkha/Nepal yang conquer, lagi takde standard main jual tepi jalan kat lorong-lorong. Payah gak nak cari barang glamour nak di jual masa tu. Kalau sekarang boleh la jual jam berjenama macam Patik Phillipe ke...dulu memang terhad...takkan nak bawa cengkih dan lada hitam...lagi la teruk...apa kelas.



'Nek...Tuah tu kacak betul ye. Beta teruja juga dengan wajahnya tu, badan pun sasa memang jadi idaman wanita la'


'Tadi nenek dengar Tengku Puteri cakap semacam jer dengan Tuah tu sampai kebiruan mukannya, ada hal yang Tuah cakap tak betul ke?'


'Takde apa la...saja jer beta cakap cam tu nak tengok reaksi dia, dia nampak ok, jenis sabar orangnya, tu jenis orang yang beta suka.'


'Patik ingat kan apa tadi, kesian gak tengok Tuah tu...nasib baik lah Tengku Puteri tak maksudkan apa-apa yang tak elok'


'Kita dah sampai ni nek....nek balik lah dulu layan Tuah tu...kirim salam kat dia...ingatkan dia suruh nyatakan berapa jumlah semua harga kain tu, nanti beta bayar la'


Semasa nenek tiba di rumah kelihatan Hang Tuah sedang termenung di beranda, nampak macam orang yang sedang di lamun duka. Kira tengah frust sangat la tu. Mau tak duka lara baru kena hempuk dengan Tun Teja tadi...tajam dan pedih masih terasa la tu. Sapa-sapa pun sedih kalau kena cam tu. Kena pula dengan orang nak kita tackle...memang emo la jadinya. Kalau boleh muka tu nak kena sorok dalam kain pelikat. 


'Kenapa dengan kamu ni, macam ayam berak kapur jer'


'Takde apa la nek, tengah pekena sirih pinang ni....nak buang badi'


'Lain macam jer bunyi...sedih sakan nampak'


'Tak sedih mana pun...pedih jer terasa'


'Sebelum nenek terlupa tadi Tun Teja ada pesanan untuk kamu'


'Pesan apa nek...pesan buruk ke baik?'


'Dua-dua'


'Jangan wat kelakar lak nek...ni jiwa tengah kacau'


'Yang tak baiknya dia suruh kemaskan kain yang dia beli tu elok-elok jangan lak sampai dia melenting tengok kamu bungkus cincai-cincai'


'Oh camtu, takde lah berita buruknya tu...bereh nek bisa di atur...yang berita baiknya apa pula'


'Dia suruh kira nanti esok nenek bagi pada dia berapa jumlah semua harganya kalau nak ambik hati dia kamu bagi harga potongan banyak la sikit dan satu lagi dia kirim salam kat kamu'


'Biar betul nenek jangan buat lawak pula...teruja ni'


'Kamu ni...tak percaya tanya la dia nanti'


Tersenyum tersengih Hang Tuah bila dengar Tun Teja kirim salam. Ada can la nak teruskan hajat. Nampaknya kenalah cari soft spot Tun Teja tu, mungkin gak nenek boleh bagi clue...wah seronok betul Hang Tuah.


wah...panjang lagi nak habis ni, nampaknya kena sambung lagi di bahagian (3)...tunggu ye.


















MALAM PENUH BINTANG...a fiction...(15).

$
0
0


Saya melihat Elizabeth menepuk-nepuk belakang Emilia seakan memohon maaf di atas apa yang telah terjadi dan membuatkan Emilia betul-betul jauh hati ketika itu. Saya sangat teruja dengan apa yang saya lihat di depan mata betapa suka duka liku kehidupan mereka berdua yang penuh duri dan ranjau…dan yang akhirnya duri ranjau tersebut mempertautkan kembali kasih sayang mereka. Pilu pun jua datang menerjah hati kecil saya.


“Berbalik kepada kisah Haikal tu, setelah tiba di hospital, Liz menguruskan pendaftaran dan apa yang patut di lakukan. Haikal di hantar ke bilik x-ray untuk membuat pemeriksaan bahagian kepalanya. Liz menunggu dengan penuh debar. Doa Liz biarlah Haikal selamat kerana kiranya terjadi yang tidak ingin Liz dengari maka Liz susah untuk memaafkan diri Liz sendiri. Apa yang terjadi ke atas Haikal Liz yang perlu bertanggung jawab.”


‘Puan ni isteri En. Rafael Haikal ke?’


“Begitu lah pertanyaan oleh seorang jururawat kepada Liz yang sedang menunggu di ruang tamu. Berderau darah dan merah muka Liz dan terfikir apa yang harus Liz jawab. Memang dalam hati teruja benar untuk di panggil puan, isteri kepada Haikal…Liz berkata dalam hati biarlah masin mulut jururawat tu semoga satu hari nanti Liz betul-betul jadi Mem kepada Haikal”


“Liz, terasa panas balik hati aku ni….angin dingin lembah Bundu Tuhan ni tak terasa pula….sabar jer la.”


“Kamu ni asyik emo semacam…ingat ni flashback.”


Dan kami masing-masing kembali tertawa.



‘Kami terpaksa tahan En. Rafeal Haikal untuk beberapa hari lagi untuk membuat pemeriksaan lanjut. ‘


“Dan Haikal pun terpaksalah berada di wad untuk suatu tempoh tak tahu berapa lama. Liz ada bincang dengan Haikal samada nak bagi tahu familinya di KL ke tidak. Haikal minta di tangguhkan dulu bergantung kepada how serious kes nya tu. Liz akur dengan keputusannya. Dan petang tu juga Liz bagi tahu Lia dan uncle Roni serta auntie Mary. Masa di hospital tu Liz berada di sisi katil Haikal sepanjang waktu dan hanya seorang saja yang di benarkan menunggu pesakit…masa tu lah Liz cakap pada Haikal minta Lia temankan dia, tapi dia menolak dengan alasan tak mahu menyusahkan Lia….selepas itu Liz dapat tahu yang Haikal segan ingin bersemuka dengan Lia. Lagi la gila meroyan minah sebelah ni…”


“Lia waktu tu uncle, dah rasa macam dunia ni nak kiamat…ya lah orang tak sudi dengan kita sapa pun melenting…tapi sebenarnya alasan Haikal tu sangat menasabah setelah Lia dapat tahu kenapa dan mengapa dia berbuat demikian.”


“Masa Haikal terlantar tu uncle Liz jaga Haikal macam suami gayanya…apa saja kehendaknya Liz turuti…lapkan badannya, bagi ubat, picit kaki tangannya segalanya lah…dan masa tu Liz rasa sayang sangat dekat Haikal tu…ye lah setiap hari macam tu hampir lima hari dia di wad…tarikh baliknya pun di tunda, nasib baik dia kerja sendiri.”


“Lia dapat datang pun masa melawat saja...tu pun tak lama. Pernah satu hari Liz biarkan Lia bersama Haikal berduaan…tapi Haikal macam tak sangat mahu melayan Lia…masa tu Lia tahu dia sedang sakit kalau tidak mau saja Lia goncang katilnya. Setelah apa yang Haikal buat pada Lia di hospital tu, Lia berlari keluar dan menangis sepuasnya dan Liz perasan semasa kita terserempak kat pintu masuk…”


“Dalam tengah kami asyik dengan adegan drama kami tu…muncul lah pula seorang makhluk yang bernama Anastasia Mastura…lagi lah banyak konflik dalam hidup kami. Anastasia dapat tahu yang sebenarnya Liz ni bukan isteri Haikal….dah tambah lagi kusut masai kepala otak kami masa tu.” Emilia seperti geram bila menyebut nama Anastasia Mastura.


“Siapa pula Anastasia Mastura ni?” Tak sabar pula saya dan sungguh teruja dengan kisah mereka ni.


“Asyik dok bercerita kita ni, uncle dah kemas ke barang-barang uncle?” Elizabeth bertanya pada saya takut nanti saya terlupa dengan barangan saya.


“Sudah…dari semalam lagi. Tak payah nak tukar pakaian lagi cukuplah dengan T shirt dan jean ni…lagi pun kami nak ke KK..dah tak sejuk pun, ni masih awal baru jam 11 pagi…boleh cerita panjang lagi…sempat tamat kisah kamu rasa saya.”


“Liz, kau perasan tak pakaian uncle ni…macam Haikal kan…ringkas tapi menarik sesuai dengan dia yang sedang mem ‘bangka’ ini…kenapa lah ada manusia se iras yang di temukan dengan kita Liz…aku tak faham lah.”


“Macam menyesal jer bunyinya…takpe lah lain kali saya takkan datang lagi kalau hadirnya saya menyusahkan kamu berdua”


Tiba-tiba tak semena-mena kiri dan kanan pinggang saya terasa ada cubitan yang memedihkan…macam telah di choreograph kan…serentak mencubit pinggang saya, kali ni terasa sakit kerana di atas T shirt yang nipis.


“Lain kali jangan nak memandai cuba sakitkan hati kami ni ye…sensitif sangat-sangat perkataan tu…benda yang kami tak suka jangan di mulakan, nanti masuk pula hospital Ranau kan,” marah betul nampaknya Emilia dan Elizabeth pun mengiakan apa yang di ucapkan oleh Emilia sebentar tadi. Kedua-dua tangan masih melekat kat pinggang saya.


“Kamu ni sensitif sangat la.”


“Jangan cuba-cuba nak renggut kebahagiaan kami ni uncle…uncle tahu kan kenapa?” Elizabeth pula memberi hujah menyokong tindakan Emilia.


“Ok…ok saya minta maaf”


“Maaf ni pun kalau selalu di ucapkan dah tak memberi apa makna lagi…yang kami mahu bukan pengucapan maaf tapi kasih sayang wahai uncle ku yang tersayang….ada faham ke atau saja buat bodoh….eeeee geramnya aku ni Liz…kalau takde anak bini mau aku culik kan mamat ni…kita bawa naik Gunung Kinabalu kita biarkan dia menggigil kesejukan,” marah betul Emilia nampaknya.


“Aiiik nak jadi pembunuh pula kamu…lain macam pula perangai kamu ni ya.”


“Janji puas hati,” kata Elizabeth.



“Masa dah tak banyak ni…cerita lah lagi,” saya mengingatkan mereka berdua untuk meneruskan cerita.


“Kalau nak dengar cerita kami, mulut tu jaga-jaga sikit…kalau tak… tak habis cerita kami ni,” kata Emilia seolah memberi amaran kepada saya.


“Ok….ada plaster tak kat sini?” Kata saya sambil menoleh ke arah Elizabeth.


“Buat apa dengan plaster tu..melecet kaki ke uncle?” Kata Elizabeth seraya bangun untuk ke kaunter, mungkin nak pergi ambil plaster.


“Bukan apa, nak plaster kan mulut ni biar diam dan membisu.”


“Lia, kau tengok perangai bangka ni…ada saja jawapannya untuk mengenakan orang…uncle ni kalau kat US dah boleh kaya raya join David Letterman…tersangat lah geram…kalau tak ingatkan dia ni sapa mahu aku gomol dia biar tercungap.”


“Belum tentu sapa yang tercungap…masa sekolah dulu saya ni sprinter…100 meter wakil sekolah lagi…”


“Dulu dan sekarang jauh bezanya…setakat 100 meter 30 second takde maknanya kan Liz…kalau macam Usain Bolt tu lari bawah 10 second baru respect.  Hahaha…geli usus Lia.”


“Kamu berdua ni buat saya geli hempedu la…pahit terasa tahu dengan perkataan keramat kamu tu…geli usus boleh tahan lagi, bau busuk jer ni pahit sangat terasa tu pasal geli sangat hempedu ni.”


“Kau tengok Liz jawapan dia…jawapan paling kreatif yang pernah di dengar…betul la uncle ni.. you’re really something, a God given creature that’s so unique by itself…betul ke English aku ni Liz...salah pun takpe kita bukan professor bahasa pun…we’re going to miss you very much uncle,” kata Emilia sambil menoleh kepada Elizabeth.


“Aduhai…main cakap orang putih pula kamu ye…hebat.”


“Better expression uncle…tiada kata yang terbaik nak di lafazkan untuk describe tentang uncle ni…terbaik la woook…kata orang KL…hihihi..”


Elizabeth ni kepala otaknya pun boleh tahan juga pintarnya.


Saya betul-betul seronok di pagi yang indah permai ini bertemankan dua orang makhluk Tuhan yang memberikan saya satu bentuk keinsafan sebagai terapi diri dan mengenal siapa kita yang bernama manusia. Selama ini saya hanya terdedah akan kehidupan di kota yang mencabar tapi tiada membawa maksud kesedaran untuk menilai secebis dari kehidupan di satu persekitaran yang berbeza. Di sini segalanya sangat bermakna buat saya walau hanya sedetik cuma bersama insan-insan istimewa yang menjengah di jendela hidup saya kini.


“Anastasia Mastura…cantik nama tu…mungkin orangnya secantik namanya,” ujar saya sambil memandang kearah Emilia.


“Memang dia cantik…cantik dengan caranya…kami pun tak kalah juga uncle berbanding Anastasia tu,” Emilia semacam geram bila saya memuji nama Anastasia.


“Macam marah sangat kamu pada dia kenapa?”


“Tak marah pun tapi masa tu uncle memang kami sangat menyampah yang teramat dengan Anastasia tu,” jawab Elizabeth.


“Apa yang telah dia lakukan ke atas kamu berdua sampai benci kamu kepada dia meluat-luat.”


“Mau nya tak marah…dah lah kisah kami berdua dengan Haikal belum selesai dia pula yang enter frame….apa orang kata three is a crowd..” balas Emilia sambil menggigit bibirnya.


Saya tidak dapat untuk mengagak apa sebenarnya yang membuat Emilia dan Elizabeth begitu kecewa dengan hadirnya Anastasia dalam lingkungan hidup mereka berempat. Rasa saya ini mesti berkaitan cinta, hati dan perasaan yang mebuatkan mereka saling cemburu dan bersaing dalam perlumbaan untuk memenangi hati Haikal.


“Satu hari Anastasia bertanyakan tentang biodata Haikal dengan jururawat bertugas yang mengendalikan kes Haikal. Setelah dia mendapat info tentang siapa Haikal sebenarnya mula lah dia cuba masuk daun untuk mendekati Haikal. Liz perasan sangat kerana waktu tengah hari semasa Liz keluar beli makanan Liz berseliseh dengan Anastasia di pintu masuk wad Haikal. Pada mulanya tak lah Liz syak apa-apa dengan dia, tapi setelah Liz pulang dari membeli makanan Liz nampak Anastasia sedang rancak berbual dengan Haikal. Masa tu lah yang Liz rasa lain macam kerana dia bukan doktor kat hospital tu”


“Kalau bukan doktor, juga bukan jururawat siapa dia sebenarnya…susah nak agak ni…yang dok ada kat hospital biasanya jururawat, bidan, HA/ Health Assistant, doktor dan petugas biasa hospital…nak kata dia pemandu ambulan tak menasabah kerana dia perempuan.”


“Tu la pasal…sebenarnya Anastasia tu adalah seorang pharmacist…baru saja bertugas kat hospital Ranau tu…baru tamat belajar kat UIA…” jelas Elizabeth lagi sementara Emilia mendiamkan diri.


“Ooo macam tu ceritanya…kamu dengki sangat dengan dia kerana kamu terasa terancam dengan kedudukan Anastasia tu dan juga dengan kecantikannya.”


“Kalau uncle tengok dia pun mungkin boleh cair juga….memang dia cantik, tu lah yang buat kami berdua ni jadi penasaran semacam. Liz ni yang hari-hari dengan Haikal dan sangat rapat hubungan pun rasa tercabar yang amat…tak gitu Liz?” Sambil Elizabeth menganggukkan kepala tanda setuju.


“Anastasia tu orang Sabah juga ke?”


“Memang…lepas tu kami buat research la siapa minah tu…dia orang Pantai Manis, Papar, kacukan Brunei dan Kadazan…memang cun teramat dia…kalau teringatkan semua tu tersangat lah geram… Liz ni uncle, dah hampir meroyan jadinya,” jelas Emilia.


“Saya pun ada kawan kat Papar, rasanya orang Papar ni ramai berketurunan Melayu Brunei, kawan saya tu pun kerja dengan SLDB/Sabah Land Development Board tu pun keturunan Melayu Brunei namanya pun Awang Saufi…”kata saya tentang kawan saya orang Papar tu.


“Orang Brunei ni biasanya dari golongan berada, yang Anastasia ni pun anak orang berada juga, bapanya ada syarikat yang terlibat dengan forwarding dan juga dalam bidang O&G/Oil and Gas yang beroperasi di Miri…kira anak orang kaya lah uncle…nak banding dengan kami anak-anak yang terbiar jauh dari kasih sayang keluarga. Tapi Lia sangat kagum dengan semangat Liz dalam perlumbaan cinta berangkai ni, tak nak dia mengaku kalah.”


“Orang seperti Liz ni pun berhak untuk jatuh cinta juga uncle…Liz takkan give up selagi terdaya Liz bertahan dengan segala pancaroba untuk memenangi hati orang yang kita sayang…membujur lalu melintang patah kata orang…walau dengan kekurangan yang ada pada diri Liz ini, Liz yakin sekali dengan hati yang tulus mencintai akhirnya kita juga boleh menang,” Elizabeth bersemangat sekali menerangkan apa sebenarnya yang berlaku waktu itu.


“Hebat juga kamu semua ni melayari rakit cinta…nasib baik tak tenggelam…”


“Tenggelam timbul uncle…” Kata Elizabeth semacam kelucuan.


“Sebenarnya perasaan hati kami berdua terhadap Haikal lahir tanpa di rangka semuanya terjadi secara natural…itu yang buat susah kami nak lepaskan begitu saja…perasaan kami ni ori dan kami tahu dan dapat agak yang Anastasia ni saja nak tunjuk lagak dan sebenarnya perasaannya pada Haikal cuma plastik belaka,” beria-ia Emilia bercerita.


“Kami tahu lah uncle…dia saja nak tunjuk action yang dia tu boleh dapat siapa saja yang dia mahu tambahan dengan kedudukannya sebagai anak orang kaya….kami pun tak heran dengan dia…kami tahu jujur, tulus, ikhlas akan mengatasi segalanya…prinsip itulah yang kami pegang.” Emilia tersenyum mendengar penjelasan Elizabeth.


“Tapi yang lucu dan juga menyakitkan hati kami ni pula, tuan badan ia itu Haikal ni pun satu juga, dia layan Anastasia tu habis-habisan, hampir setiap petang mereka berdua keluar bersiar-siar di sekitar halaman hospital…Haikal tak boleh keluar jauh tapi mereka berdua selalu bersembang dekat kawasan kuarters yang mengadap sawah padi…memang lah kat situ romantik habis, tambahan dengan angin lembah pekan Ranau dan sawah yang menghijau…dan di remang petang yang damai mereka berdua memadu kasih…kami tahu kerana di situ juga lah kami berdua dengan Dr Daniel dulu membuat pengakuan tentang perasaan kami dulu…geram sangat uncle…Lia tak lah dapat rasa macam mana Liz rasakan uncle kerana yang berada di situ menyaksikan semuanya adalah Liz…geramnya Liz waktu tu.”


“Habis tu masa mereka bersiar-siar kat tepi sawah tu kamu pula buat apa?...Pandang saja lah.”


“Apa sangat lah yang Liz boleh buat uncle...Liz hanya sekadar jadi penonton tapi dalam hati, Liz pasangkan angan-angan dan menjadikan Liz lebih kuat untuk menguasai situasi dan Liz tanamkan semangat bahawa Haikal adalah kepunyaan Liz…tu pun berangan sorang jer la. Pening juga kepala…masalah dengan Lia belum selesai, di tambah dengan Anastasia lagi.”


“Tapi best juga uncle lepas kita dua orang team up lawan Anastasia…yang peliknya kalau Anastasia give up kira kita berjaya lah halau Anastasia dari hidup Haikal, Lia dan Liz kena berjuang sekali lagi…tak juga selesai masalah…buntu di buatnya,” kata Emilia.


Kemudian Emilia menambah lagi semacam tidak puas hati dengan kenyataannya tadi…


“Tapi uncle, dalam perlumbaan tiga orang kami dalam memenangi hati Haikal tu Lia tau Lia yang tercorot, Lia buat semua semata-mata nak tolong Liz...harapan Lia dah hampir musnah, jadi apa lagi yang Lia boleh buat selain membantu Liz…taktik kotor juga lah tu kiranya,  daripada Haikal jatuh ke tangan Anastasia lebih baik lah jatuh keribaan Liz…puas hati Lia macam tu namun ada juga duka laranya.”


“Satu hari Liz dah bengang sangat dengan tingkah laku mereka berdua, Liz dengan beraninya bersemuka dengan Haikal tentang pertalianya dengan Anastasia tu.”


‘Awak dengan Anastasia tu apa sebenarnya hubungan?’


‘Perlukah saya cerita hal kisah peribadi tentang hati dan perasaan pada semua orang…itu hak saya dan saya harap orang lain termasuk kamu menghormati sempadan dan privacy saya’


‘Jadi saya ni kena jadi penonton dan tak boleh nak bersuara, macam tu.’


‘Apa hak kamu atas diri saya….kita kawan cuma saya ada cakap saya mulai menyukai kamu, tidak bererti saya terikat dengan kamu dalam soal hati dan perasaan’


‘Selama ini saya tersilap rupanya…terima kasih kerana menyedarkan saya dari mimpi buruk ini’


‘Maaf lah…kamu sendiri sebenarnya sering mengelak bila saya tanya tentang hati dan perasaan…kamu masih ingat…ketika saya banyak bertanya tentang Lia untuk saya mendekatkan diri saya padanya, kamu mengatakan Lia sangat sukakan saya tapi bila saya bersama Lia dia katakan yang kamu sedang dalam gelora panah asmara mengimpikan untuk hidup dengan saya selamanya….sandiwara apa sebenarnya ini….bila saya cuba bukakan hati saya pada orang lain, itu adalah hak saya, kamu pula yang rasa terancam…sepatutnya kamu berdua bahagia kerana saya hampir menemukan cinta saya.’


“Panjang lebar Haikal mengeluarkan apa yang terbuku di hatinya. Liz pun rasa bersalah juga kerana tidak berterus terang dalam soal hati dan perasaan Liz…menyesal sungguh bila mendengar penjelasan dari Haikal.”


‘Jadi kami ni sudah hilang harapan lah kononnya’


‘Dulu saya hamparkan luas-luas bidang harapan untuk kamu berdua, tapi kamu tutup hamparan itu, dan setelah saya mula membuka hamparan tersebut untuk orang lain, kamu pula yang ingin duduk di hamparan tersebut…lebih baik kamu cuba cari satu gelanggang baru mana tahu itu lebih sesuai buat kamu’


“Malam itu Liz pulang ke rumah dan tak mau lagi rasanya untuk menemani Haikal di hospital kerana Liz fikirkan tiada gunanya dan biarlah Haikal bahagia bersama orang yang dapat menambat hatinya. “


“Lia terkejut uncle bila tengok Liz balik ke rumah seorang diri tanpa Haikal. Dalam hati tertanya-tanya kenapa, tapi Lia tak nak keruhkan keadaan dan Lia biarkan Liz sendirian dan reda dengan masalahnya. Lia tahu mesti ada masalah di hospital kalau tidak kenapa Liz pulang dengan wajah yang murung dan sugul.” Emilia berhenti seketika sambil memandang kearah lobi, kemudian dia menyambung lagi.


“Malam itu kami berdua sambil duduk-duduk di beranda sambil kami bercerita kisah Haikal dan Anastasia, Liz begitu dukacita sekali dengan perubahan sikap Haikal yang selama ini menjadi idolanya.”


‘Aku tak sangka Lia Haikal begitu sekali berubah dengan hadirnya Anastasia…aku seolah-olah tiada nilai sesen pun buat dia. Kelakuan mereka berdua betul-betul menghiris kalbu aku…kalau kau ada di sana kau pun akan merasai apa yang aku rasakan….mungkin salah kita berdua’


“Masa tu uncle, Lia dah dapat hidu yang cara Lia dan Liz lakukan untuk melindungi antara sata sama lain kian terbongkar walau pun waktu itu Lia dan Liz tidak pernah bersemuka dan berterus terang dengan helah kita berdua.”


‘Kenapa aku cakap salah kita berdua…Haikal perasan tentang cara kita…aku sebenarnya melakukan apa yang termampu untuk kau dan Haikal menjadi pasangan kekasih walau aku sedikit demi sedikit sudah mula menyukainya dan baru aku sedar bahawa kau juga melakukan benda yang sama agar aku menjadi pasangannya….sebenarnya apa yang aku lakukan adalah untuk melindungi kau dan untuk kau menyambut cabaran aku kerana aku tahu kau lebih hebat dari aku dalam apa jua pertandingan…aku saja lakukan semua tu untuk kau lebih jeles dan dengan itu kau menerima cabaran aku untuk mendapatkan Haikal…aku hanya pura-pura Lia…setiap kali dia bertanya kan soal hati aku selalu mengelak..’


“Lia merasa sangat berdosa pada Liz uncle kerana Lia menjadi batu penghalang buat dia…itu fikir Lia dan sebab tu lah Lia buat-buat merajuk lari dari rumah dan tinggal di resort agar dengan berbuat demikain Liz akan bertaut rapat dengan Haikal…dalam kami merencanakan demikian Haikal sudah dapat menghidu semuanya…rupanya dia lebih cekap…Lia dan Liz masing-masing tak menduga yang kami berbuat benda yang sama untuk melindungi masing-masing  walau jauh di lubuk hati sebenarnya kami sudah terpaut pada Haikal.”


‘Kenapa kau berbuat semua ni Liz…aku tak dapat bayangkan ketika aku sedang bergembira dengan Haikal setelah menikah, kau tinggal sendirian di sini tanpa aku…kemana lagi harus kau curahkan segala sengsara kau kiranya aku tiada disisi …aku tak sanggup dan tak sampai hati untuk berbuat demikian. Cuma aku harapkan aku lebih rela kiranya kau yang bahagia bersama orang yang menyenangi kau…tapi yang peliknya dalam berpura dan berlakon dalam kisah ini, kita sebenarnya sudah terbawa-bawa dengan hati dan perasaan yang kadangkala menyukarkan lakonan kita untuk menjadi kenyataan…dan perasaan itu telah memakan diri kita hingga kita terbawa-bawa menjadikan cemburu, benci cinta dan kasih sayang sesuatu yang sukar di bendung menjadi begitu real… aku rasa cabaran dan caranya sangat berlainan dengan Dr Daniel dulu…kali ini aku rasa tercabar dengan sikap Haikal yang jual mahal dan berlagak sombong itu dibandingkan dengan Dr Daniel yang lebih straight forward’


“Dua hari selepas peristiwa itu Haikal pulang ke resort dan setiap petang pula Anastasia datang dengan memandu kereta Mini Cooper nya. Dia anak orang kaya boleh lah dia berlagak begitu. Dan mereka berdua kadang-kadang makan bersama dekat coffee house. Masa kat coffee house tu Anastasia dengan lagak sombong nya menunjukkan kemanjaan yang buat kami nak termuntah. Haikal melayan setiap perbuatan Anastasia dengan penuh romantik…Lia lihat saja lagak mereka di sebalik daun pintu dapur…melihatkan perbuatan mereka berdua, Lia kadangkala menangis teringatkan Liz yang begitu berharap dengan Haikal. Selama di hospital Liz tak habis-habis bercerita dengan bangganya tentang bagaimana dia menjaga Haikal dengan sepenuh hati, walau sebenarnya dia berbuat demikian segalanya untuk kebahagiaan Lia, tapi jauh di sudut hatinya Lia percaya Liz pun sudah terbawa-bawa dengan perasaannya dan di terjemahkan dengan sikapnya yang sungguh gembira, ceria setiap kali dia berbicara tentang Haikal,” panjang betul luahan hati Emilia.


“Yang kamu dua orang ni main pura-pura nak pikat Haikal ni kenapa? Mengapa tidak saja berterus terang agar senang dan dapat membantu satu sama lain tapi lakonan kamu berdua ini akhirnya memakan diri sendiri. Itulah hati dan perasaan tak boleh di jadikan bahan untuk experiment. Kalau saya jadi Haikal pun saya jadi bengang dan bila tahu diri tertipu lagi lah rasa ada dendam. Bila dendam sudah bersarang di dada akhirnya ia menjadi satu bahan untuk membalas balik atas apa yang pernah orang perbuat terhadap kita…”


“Pada asalnya niat kami baik untuk melihat kebahagian hadir dalam diri orang yang kita sayang…silap kami kerana kami tidak mahu berterus terang…tapi yang sukarnya uncle macam mana nak berterus terang sedangkan jauh di sudut hati kami sebenarnya tidak mahu kehilangan di antara satu sama lain…itu lah hakikat sebenarnya….mungkin sukar untuk uncle mengerti pertalian kasih sayang kami berdua yang melangkaui batas-batas melebihi saudara kandung sendiri. Kami seolah tercipta untuk menjadi satu atau pelengkap untuk satu sama lain, tanpa Lia dalam hidup Liz mungkin Liz sudah tersasar jauh dalam melayari bahtera kehidupan yang sememangnya akan hanyut dalam samudera kehidupan yang tak bertepi.”


“Uncle tahu tak, tiap kali Haikal dan Anastasia datang dan mengambil Haikal untuk keluar, Lia selalu melihat mereka melalui tingkap resort ini sehingga lah hilang dari pandangan. Lia merasa marah, geram, kecewa dan dengki dengan tingkah laku mereka, dan teringatkan kalau lah Liz menyaksikan ini semua hatinya mungkin terhiris luka, kerana sekarang Lia tahu Liz bukan lagi berlakon setelah mengetahui yang lakonan dulu itu semuanya telah terbongkar. Dalam keadaan kini Lia sudah berterus terang yang Lia tidak lagi mahu terikat dengan lakonan tersebut malah ingin sekali Lia mahu menolong Liz untuk mendapatkan kembali apa yang telah hilang sejak hadirnya Anastasia dalam hidup Haikal.”


‘Siapa perempuan cantik bersama Haikal tu Lia?’


“Satu hari Suzanna bertanya kepada Lia tentang Anastasia. Masa tu dah heboh lah satu resort ni cerita tentang Haikal. Ada yang mengatakan Haikal ni buaya suka mainkan hati perempuan, ada pula yang cakap kami ni gila bayang, macam-macam tanggapan lah sampai pening, malu dan segala perasaan lah yang timbul dalam diri kami berdua.”


‘Oh..itu kawan lama Haikal masa kat KL, sekarang ni dia kerja kat Ranau…yang kau orang sibuk sangat ni kenapa? Tak dak kerja lain asyik nak jaga tepi kain orang’


“Macam tu lah Lia bagi tahu dia orang yang asyik dok sibuk gossip tentang kami semua. Geram betul lah kat Haikal dan kawan-kawan staf  masa tu.”


‘Mana boleh nak lawan dengan kawan Haikal tu, dia cantik, bergaya dan rasanya anak orang kaya tu, aku rasa pernah nampak dan pernah jumpa dia ni kat kampung Cinta Mata…setiap kali cuti aku selalu nampak dia kat rumah pak cik Jefri’


“Tiba-tiba Monica yang dari tadi membisu membuka kata.”


‘Kau pasti ke dia Mon…atau silap orang atau pun pelanduk dua serupa’


‘Entah lah…pak cik Jefri ni jiran uncle aku, kalau kau nak tau sangat aku boleh tanya kat uncle Douglas atau sepupu aku Sandra’


‘Tak payah nak susah-susah tak penting pun’


“Macam tu la lebih kurang perbualan kami semua tentang siapa Anastasia tu. Bila mendengar pujian kawan-kawan kat resort ni tentang Anastasia memang berdesing telinga Lia uncle.”


Mengikut cerita Emilia dan Elizabeth ini, saya dapat merumuskan bahawa mereka berdua ingin sekali membahagiakan antara satu sama lain dengan bermacam kaedah. Sewaktu bersama dengan Dr.Daniel mereka berterus terang dan membuat pengakuan jujur di hadapan tubuh badan yang terlibat iaitu Dr.Daniel tapi langkah mereka itu menemui jalan buntu dan gagal untuk mencapai matlamatnya.


Maka kali ini di cuba lain cara macam mana mereka berdua dapat membahagiakan antara satu sama lain dengan berpura untuk berlumba dalam larian asmara dan cinta. Semoga dengan berbuat untuk melahirkan rasa cemburu di antara mereka berdua membolehkan diri masing-masing rapat dan jatuh cinta juga mendapat tindak balas yang baik dari Haikal. Tapi mereka berdua menggunakan cara yang salah dan yang sebenarnya mereka masih belum bersedia untuk berpisah, dan ikatan kasih sayang yang terlahir atas pengorbanan keluarga serta lingkungan mereka yang terlibat membuatkan kali ini mereka sekali lagi gagal.


Bagi saya munculnya Anastasia sebenarnya adalah rahmat tersembunyi yang merungkaikan masalah yang membelenggu mereka sekian lama. Tanpa Anastasia mereka masih mampu melakonkan drama kehidupan mereka di atas pentas rekaan mereka yang pada saya mereka sendiri sebenarnya masih keliru dan terkeliru yang akhirnya mejadi perangkap diri sendiri.


Kata orang cinta tak mengenal siapa dan cinta tidak boleh di jual beli. Rasa cinta hadir dengan sendiri tanpa di sedari kadang waktu kita mahu lari jauh dari api cinta yang membara, kiranya tersilap langkah kita sendiri akan terbakar dan kiranya nasib menyebelahi kita maka akan terlepas lah kita oleh bahang panasnya cinta. Dalam soal cinta kadangkala kita memerlukan pihak ketiga atau kunci di luar kotak untuk membuka serta merungkai masalah cinta yang berangkai. Di suatu sudut Anastasia adalah duri bisa yang merosak haruman bunga cinta yang baru sedang untuk mekar dan di satu sudut berbeza Anastasia lah penyelamat cinta mereka. Dan itu lah rasa saya apa yang telah terjadi kepada Emilia dan Elizabeth.


“Sejak Haikal balik dari hospital tiga hari yang lalu, Lia tak pernah bertegur sapa dengan Haikal. Sebenarnya sikap Lia ini merugikan diri Lia dan juga Liz. Dulu niat pertama Lia menjauhkan diri dari Haikal adalah untuk merapatkan hubungan Liz dengan Haikal kerana Lia tiada lagi sebagai galang gantinya. Tapi strategi ini tidak menguntungkan malah merugikan. Yang paling terpalit dengan situasi ini adalah Liz. Bila mengenangkan ini semua Lia rasa marah pada diri sendiri dan sungguh simpati dan belas kasihan pada Liz yang sedikit demi sedikit sudah dapat menerima kehadiran Haikal dalam dirinya…sedang asyik Liz memasang angan Haikal terhidu segalanya dan kebetulan muncul pula Anastasia menyempitkan lagi ruang buat Liz. Lia perhatikan setiap malam Haikal akan keluar dengan Anastasia dan balik lewat malam.”


“Uncle tahu apa Lia buat untuk once and for all demi menyelesaikan kusut masai yang bertakhta di hati kami berdua. Satu malam Lia balik ke rumah dan ajak Liz berbincang tentang kemelut yang sedang melanda kami berdua dan juga Haikal.”


‘Liz, aku rasa kita kena bersemuka kita tiga orang, kau, aku dan Haikal’


‘Tak ada gunanya Lia, aku pun seakan serik dengan semua ni, lagi pun lawan aku kali ini bukan lagi kau tapi seorang yang terpelajar dan anak orang kaya…siapalah kita di mata Haikal sekarang ni…aku malu sangat Lia...malu pada diri aku sendiri...aku seolah-olah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’


‘Belum cuba belum tahu…lagi pun kita tak rugi apa pun…sekurang-kurangnya kita mencuba…mencuba untuk menyatakan yang sebenar…kita dah di malukan sekarang…alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan’


Elizabeth terkebil-kebil mendengar Emilia yang sedang rancak bercerita tentang kisah mereka kepada saya yang dengan tekun memasang telinga.


“Masa  tu uncle, Liz macam terpengaruh dengan semangat Lia yang beria-ia benar untuk ketemu Haikal dan Liz sedar semuanya yang Lia lakukan adalah semata-mata untuk menyelamatkan maruah Liz yang sudah terhakis oleh perbuatan Haikal dan Anastasia.”


Sambil itu Elizabeth memeluk Emilia dengan penuh kasih sayang. Tergambar di wajah Elizabeth betapa sucinya niat jujur dan tulus Emilia yang begitu prihatin ke atas dirinya. Lama sekali mereka berpelukan dan saya juga terbuai dengan rasa kesayuan melihat apa yang berlaku.


‘Tapi macam mana, aku dah ketandusan idea Lia’


‘Aku melakukan ini semua kerana sayang aku pada kau mengatasi kehendak aku sendiri…dan kali ini akulah pelindung kau, sandaran hidup kau…aku hanya ingin melihat bahagia kau Liz…dan akulah orang yang paling bahagia melihat kau di atas pelamin nanti…jadi kau ikut saja apa yang aku rancangkan’


Ucapan Emilia ini menghadirkan kembali saat-saat kedukaan mereka dan imbauan kenangan tersebut begitu terkesan buat Elizabeth. Saya memerhatikan Elizabeth merenung mata Emilia dengan payahnya menahan titisan airmata yang makin tergenang di kedua kelopak matanya. Sayu dan dengan  perlahan Emilia menghulurkan jari jemarinya ke atas mata Elizabeth dan menyapu air mata Elizbeth yang sedang menitis. Saya turut terikut dengan kesayuan tanpa saya sedari.


“Malam keempat setelah Haikal berada di resort sekembalinya dari hospital, Lia dan Liz menunggu Haikal di sini…di pangkin ini…petang tu Lia nampak  Haikal dan Anastasia keluar sama dan sudah pasti malam nanti dia akan balik ke sini. Jam 9 malam kami berdua dengan tak sabarnya menunggu Haikal balik…kami tahu ini lah peluang terakhir kami kerana mungkin satu hari dua lagi dia akan balik ke KL…sementara menunggu Haikal kami berdua mencurah rasa tentang apa yang telah terjadi antara kami berdua…..”


‘Liz kau maafkan aku atas segala kesilapan sekiranya aku banyak melukakan hati kau…bagi aku selagi aku tidak berupaya membantu memulihkan apa yang tercalar kini, aku akan merasa berdosa yang teramat…’


‘Aku lah yang sepatutnya momohon maaf dari kau Lia, kerana aku lah yang memulakan semua ini dengan berbuat yang macam-macam untuk menyakiti hati kau walau niat aku untuk merapatkan hubungan kau dengan Haikal…aku gagal dan aku lah yang menyebabkan cederanya kaki kau itu….’


‘Apalah sangat salah kau itu Liz di bandingkan dengan jasa yang telah ibu bapa kau berikan pada aku semasa hayat mereka. Tanpa mereka tiada lah aku di sini, entah aku sekarang jadi barang dagangan. Hampir setiap malam aku berdoa selepas solat agar kau di pelihara, di lindungi dan di bukakan hati kau oleh Allah dan memilih kau bertemu hidayahnya…aku tidak pernah lupa mendoakan itu untuk kau Liz’


‘Baik budi kau ini tiada terbalas oleh aku…macam mana aku boleh hidup tanpa kau…bagaimana aku boleh bergembira dengan orang yang mencintai aku sekiranya kau aku tinggalkan untuk meneruskan hari-hari kau tanpa aku…aku tak sanggup untuk membayangkan kau tidur sendirian, makan, kerja dan berbuat segala yang selama ini kita kongsi bersama, sentiasa di samping kau susah senang kita harungi berdua dengan sabar walau dalam kepayahan…aku bahagia begitu bersama kau dan aku akan cukup  tersiksa bila terbayangkan derita kau tanpa aku Lia….’


Kata-kata Emilia dan Elizabeth ini walau pun hanya cebisan dari flash back peristiwa mereka berdua, saya rasa sangat terharu lalu saya mendiamkan diri dan tenggelam serta hanyut dalam khayalan menggambarkan kisah duka hari-hari yang mereka tempuhi dengan penuh tabah dan sabar. Elizabeth banyak mendiamkan diri hanya kelakuannya saja mengiringi setiap tutur kata Emilia yang dengan tanpa jemu meluahkan apa yang ada di hatinya untuk saya telan bersama kisah berliku mereka.


“Eh kamu ni buat saya sedih pula, nanti tak pasal-pasal banjir tempat ini. Semalam saja dah berapa kole air mata saya tumpah, harap-harap hari ni dah reda lah hujan hati saya ni…tapi nampaknya mendung makin mendekat…kena cari payung cepat-cepat ni.”


“Auntie...oops Mem tu takpe ke uncle dok rilek kat sini menemani jelitawan rimba ni.”


“Perkataan jelitawan ni sedap gak dengar…kalau silap tafsir jadi ‘jeli tawan’…macam kononya jeli kena tawan...dah kena jual…jeli tu macam agar-agar la atau pun boleh juga di jadikan ‘jelita one’…maknanya seorang saja yang jelita…kamu ni berdua tak betul la guna vocab tu…hahaha….”


“Liz jaga-jaga sikit gila dia dah datang…bila dekat-dekat tengah hari ni mula lah naik sheikh gila tu…lepas ni kena berjaga-jaga nak buat ayat.”


“Apa salahnya kita jadi kreatif sikit…kreativiti ni tak perlu duit tapi kreativiti dan khayalan juga lah boleh buat orang jadi kaya dan masyhur…macam kisah pelukis siri Ninja Turtle, Kevin Eastman dan Peter Laid juga penulis novel Harry Porter, Joanne Kathleen Rowling/JK Rowling tu.. walau dah banyak penerbit yang tak mahu bekerja sama dengan mereka tapi akhirnya..tengok JK Rowling tu apa jadi ….billionaire…saya suka kepada benda-benda yang mencabar minda…kalau benda-benda senang buat apa nak fikir…kita kena fikir yang orang lain tak sampai akal nak capai….dream and think big.”


“Aku semalam dah banyak kali kena dengan dia ni…sampai aku pun rasa macam dah pandai sangat sekarang…pada hal baru tak sampai berapa jam berguru tapi macam masuk kelas dah 2 tahun…kalau kita kata dia tak hebat kita tak berlaku adil pada dia Lia…pasal dia special…sejak kita kerja sini dah berapa tahun tak pernah kita jumpa lembaga aneh macam ni…”


“Sedap mengata orang ni lembaga pula la…ingat ni syarikat ke main lembaga-lembaga….syarikat ye la ada lembaga pengarah…”


“Kan Liz, kira ok la kita golongkan dia dalam kumpulan yang hebat…bukan sebarang orang yang boleh jadi lembaga pengarah hanya yang terpilih saja kan Liz…itu kira dah menaikkan martabat betul tak Liz?”


“Makin geliga otak kamu ye…”


“Kita bercakap dua orang saja kan Lia, yang ada orang terasa sangat tu kenapa pulak…yang sebetulnya kat sini memang banyak geliga…pernah dengar geliga serai, geliga lipan, geliga buaya…dalam batu gunung tu lagi banyak geliga…tu pasal orang gunung ni banyak pandai…kat KL tu mana ada geliga buaya…buaya longkang banyak la…gelinya hujung salbi ku ini…”


“Kamu tahu ke apa hujung salbi tu…main cakap je apa ke bendanya..”


“Kita pun belajar sains la wei…ingat tak Lia subjek biologi…kan ada tulang hujung salbi…tulang tu tak kan hancur sampai bila-bila…entah-entah orang tu hari ni baru tau…kalau kita tak bagi tau kan Lia sampai mati pun dia kelu…aduhai kesiannya kat bangka ni…nak kenakan orang tapi terkena balik”


“Ya lah zaman kita mana ada biologi…ilmu kaji hayat ada lah.”


“Alah...alah kesiannya Liz aku dengar…kau tak simpati ke Liz dengar orang tua bangka dah mula merajuk.”


“Sedih yang teramat Lia…nak nangis pun ye.”


Saya buat-buat tak dengar macam tak ada apa yang  berlaku. Saya sebenarnya sangat gembira dan teruja bila mereka berdua rasa seronok agar dengan suasana demikian mereka lupa akan kesedihan mereka. Saya sangat berharap semoga mereka akan sentiasa mengenang saat-saat indah ini bila saya berada jauh dari mereka.


Sekurang-kurangnya saya tinggalkan tempat bertuah ini dengan satu kenangan terindah buat semua dan saya pasti mereka akan merindui dengan segala kelucuan yang mungkin boleh membuat mereka tersenyum saat mereka teringatkan kehadiran saya.  Saat-saat manis begini bukan sentiasa wujud dan hadir menemani kita, hanya sewaktu-waktu yang tiada di sangka datang menjengah pintu duka mereka. Melihat wajah ceria mereka berdua kadangkala membangkitkan rasa kasihan yang penuh simpati apalagi mereka dengan begitu seronok mencurah rasa kepada saya yang sudah di anggap sebahagian dari hidup mereka.


“Kita tanya kenapa tak jawab…kan kita tanya Mem tu takpe ke uncle takde dengan dia sekarang ni?”


“Kenapa pula kamu risau pasal dia….Mem tu ok punya...ke mana saya pergi kalau saya jumpa kawan-kawan dia yang suruh saya keluar cuma masa balik tu jangan suruh dia buka pintu nanti dah terbangun dia susah nak tidur…biasanya saya bawa lah kunci bilik…”


“Sporting betul Mem tu ya Lia.”


“Dia orang berpelajaran tak kan nak buat perangai macam orang tak sekolah pula…rasa aku la Liz…orang lelaki ni kalau di sekat di kongkong lagi dia orang buat pasal bila ada peluang sikit…tapi kalau yang di lepas bebas tak ada pula dia buat perangai…”


“Aku pun rasa begitu…macam budak-budak kalau yang di larang di kongkong itu lah yang dia orang nak buat bila di biarkan dan bagi reasoning yang logik buat dia orang faham ok pula dia…kalau nak fikirkan apa dia orang buat belakang kita nanti satu habuk kerja pun tak jadi...pah tu stress..sakit jantung…dia orang ok kita pula masuk hospital…..kita pun sama juga lah macam tu…bila orang tua cakap jangan …tu la yang nak di buat.”


“Dah habis ke cerita kamu tadi tu?”


“Dok layan topik bodoh uncle sampai terlupa dah…kau nak cerita ke aku yang kena cerita ni Liz?”


“Kita kongsi lah bercerita Lia…kalau asyik kau jer cerita nanti habis suara tu nanti…kan suara tu nak pakai lama lagi, kalau yang dah bangka tak lama dah la guna pakai suara tu…hehehe.”


“Amboi…amboi…lain macam rasa pedasnya ni…elok lah juga ye doakan saya ni cepat-cepat pergi meninggalkan dunia yang fana ini…terima kasih atas ingatan kamu berdua, semoga kamu berdua sangat bahagia bila saya terus hilang dari pandangan mata kamu macam apa yang terjadi pada Haikal tu…kan saya ni jelmaannya.”


Saya lihat Emilia dan Elizabeth saling berpandangan. Mungkin tidak di duganya dengan apa yang baru di ucapkannya tadi membuatkan saya terasa dan seolah berkecil hati. Saya memandang wajah aneh mereka berdua dengan kehairanan. Saya juga tiada sangka bahawa pengucapan saya yang tidak bermaksud seperti orang kecil hati dan kecewa itu boleh membuatkan mereka terus jadi kaget.


“Uncle..” serentak kedua-dua mereka terus merangkul kiri kanan lengan saya.


“Eh…apa kamu ni…ni siang hari nanti kalau orang nampak kita begini apa pula pandangan dia orang…sudah lah tu, jangan nak emo pula.”


Lalu kedua-dua mereka dengan perlahan melepaskan tangan mereka dari lengan saya. Macam ada satu penyesalan yang terbayang di wajah mereka tika dan saat itu. Mereka hanya bergurau begitu juga saya tapi gurauan tersebut sudah membawa lain erti yang kami sendiri tidak menduga kesannya. Baru saya teringat bahawa gurauan juga dapat merapat dan juga merenggangkan persahabatan yang kian lama terjalin.


“Uncle… minta maaf ye kiranya kata-kata Liz tadi membuat uncle begitu terasa dan berkecil hati….minta maaf sangat-sangat,” sambil tangannya menggosok-gosok paha saya sambil Emilia pun menepuk-nepuk sebelah lagi paha saya.


“Eh, panik juga kamu ye…saya takde la terasa dan kecil hati dengan gurauan demikian…dah terbiasa malah ada yang lebih teruk dari ni…tapi bagus juga kamu berkata demikian sekurang-kurangnya menjadi satu pengajaran tentang batas-batas untuk gurauan…apa orang kata…it’s not funny when you hurt someone’s feeling…”


“Tu pasal kami ni minta maaf kerana gurauan kami tadi terlebih sudah…” ujar Elizabeth menyatakan penyesalannya.


“Saya ok…saya ni kan jenis selamba bantai membantai…tapi ini jadi satu ingatan untuk kamu lain kali supaya pandai mengawal emosi dan melihat situasi…maksud saya dengan orang lain yang baru kamu kenal...semoga peristiwa ini mematangkan kamu…pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran…ingat tak senikata lagu Ameng dari kumpulan Spring.”


“Uncle ni kita serius dan dah kecut perut sangat tadi, sekarang dah mula nak buat kelakar balik,” kata Emilia semacam selesa bila saya cuba meredakan keadaan.


Saya pun tidak berniat untuk menakutkan mereka untuk lebih bebas berbicara dengan saya nanti. Dalam pergaulan bila banyak sangat garis dan dinding pemisah maka kita tidak bebas untuk berbicara dan menjadikan situasi lebih formal dan membosankan. Cuma ingatan saya pada mereka tadi untuk mereka lebih matang dan tahu apa gurauan dan dengan audience yang mana satu. Bukan semua bentuk lawak boleh di guna pakai  untuk semua situasi.


“Bila kita dapat berbicara dengan bebas rasa saya bermakna kita ikhlas, dan kalau terlalu formal makanya hubungan di antara dua pihak masih belum intim…katakan, bila kamu berdua berhubungan secara formal dan terlalu menjaga patah kata, maka kamu rasa asing dan tiada hubungan rapat yang terjalin… kemesraan dan erti kasih sayang pun terhakis…oleh kerana kita ikhlas walaupun kata-kata kita kadang kala semacam keras tapi jika pihak penerima dapat terima seadanya, itu menunjukkan bahawa keikhlasan itu menunjukkan keberhalisan yang tinggi…harap kamu berdua faham dan jangan lah nak control kata-kata kamu bila berbicara dengan saya…dan saya sedar sedikit sebanyak saya lah mengajar kamu melakukan ini semua…jadi mulut laser,” dengan panjang lebar saya memberi pandangan agar mereka faham apa yang saya maksudkan.


“Tadi kami betul-betul kecut perut bila uncle tunjuk reaksi macam orang kecil hati…rasa macam nak pecah jantung ni berdegup kencang…tak pernah selama ini Liz begitu panik macam hari ni…aduuuh  uncle boleh buat Liz kena serangan jantung ni…”


“Kamu tau tak sebenarnya ramai orang yang nak kurus kan badan…betul tak? Dan kamu Liz badan macam kamu ni memang lah seksi, putih, gempal tapi uncle nak ingatkan kalau kamu tak jaga pemakanan lepas satu anak nanti belon lah jadinya…macam Lia ni dia jenis tinggi lampai susah sikit untuk membelon…hahaha…yang pertama lemak suka attack ialah di perut…dah buncit tak elok dah la…muka cantik perut boyot…apa kelas.”


“Uncle ni nak perli Liz la tu.”


“Aku rasa Liz uncle ni ikhlas…dia kan suka pada kecantikan…seniman lah katakan …jadi elok juga dia bagi ingatan…sekarang kita masih muda, uncle cakap tu rasa aku melalui pengalaman kebangkaannya…eh…eh…ada lagi terkeluar perkataan sensitif…ampun uncle ku sayang…”


“Sedap juga vocab kamu tu Emilia…kebangkaan…istilah baru ni…boleh guna pakai…tadi Liz cakap dia kecut perut, tu pasal saya cerita hal badan…jadi untuk menguruskan badan tak payah lah exercise banyak-banyak, duduk jer dengan saya dan saya akan gunakan teknik kecut perut pecah jantung….samada kurus atau terus gol…hahaha terbaik lah..”


Tak semena-mena paha saya terasa perit dengan cubitan daripada Elizabeth. Mungkin tidak di sengajakan kerana sudah terlalu kerap insiden ini terjadi sejak malam tadi. Kalau buka baju seluar nanti mesti lebam-lebam macam kena love bite la agaknya. Silap haribulan boleh gaduh laki bini.


Cerita tentang laki bini ni pun menarik juga kerana banyak sangat salah faham dalam hubungan suami isteri. Contoh nyata seperti apa yang  berlaku ini, mungkin si isteri memikirkan si suami telah melakukan sesuatu dengan lain perempuan sampai lebam love bit look alike…tapi yang sebenarnya lain cuma tuduhan berpandukan syak wasangka yang tidak berasas. Jadi dalam hubungan hati dan perasaan trust adalah perkara teras yang terpenting…bila syak wasangka di tambah adu domba dari pihak ketiga keempat, akhirnya porak peranda yang menanti.


“Kamu tadi cakap kamu orang ni belajar sains kan…pasti kamu tahu apa itu metabolisma…tau ke tak ni wahai dewi-dewi gunung…?”


Emilia mencuit Elizabeth memberi isyarat untuk response kepada soalan saya tadi sambil mencebikkan bibir.


“Ya Cikgu…sikit-sikit tahu lah apa ke benda tu…mestilah yang bersangkutan dengan pamakanan dan penghadaman…betul ke tidak tu Cik gu?”


“Pandai juga kamu ni ya Liz…tapi adakah kamu praktik kan dalam menu harian kamu…soalan ni di tuju khas buat Liz yang rasa saya akan menggempal membelon selepas membalun…hahaha…vocab baru tu….”


Elizabeth menutup mulutnya dan tersipu malu.


“Ya lah kita ni kan gemuk, gempal mana nak sama dengan dewi gunung yang sebelah lagi ni…terasa ni uncle cakap macam tu….menggempal membelon ok boleh terima yang musykil tu apa maksud membalun tu…jangan nak cari pasal pagi-pagi ni.”


“Balun makanan la buat jadi gemuk, balun lain jadi makin kurus…macam ayam kena gigit tungau…kihkihkih.”


“Nasib baik cekap juga dia melepaskan diri dari sepitan ketam ni.”


Emilia tersenyum kerana soalan tadi tidak tertuju kepadanya. Semacam bangga dan mula lah di tunjukkan lagak sombong bodohnya tu.


“Tapi perlu di ingat bukan semua lelaki sukakan perempuan yang langsing dan kurus, ada juga lelaki yang sangat berminat dengan perempuan gempal…terpulang kepada citarasa masing-masing. Apa yang saya katakan ni adalah tentang pengawalan penyakit…orang gemuk cepat terkena penyakit dan perempuan yang banyak cellulite cepat menggeleber dan menjadikan kelihatan cepat tua…jadi metabolisma dalam diri seseorang tu pun memainkan peranan…setengah orang makan banyak tapi tak gemuk kerana kadar dan kandungan metabolisma dalam badannya berfungsi dengan baik.”


“Mengalahkan saintis pula uncle ni… kalau dia kelentong kita mana tau…tapi reasoning tu meyakinkan…terbaik lah woook” Elizabeth memerli saya.


“Saya pun tak tahu kelentong saya ni menjadi ke tak…tapi tujuan saya baik…bila niat baik kelentong pun berfaedah…tergantung nawaitu…”


“Sekali saintis sekali macam ustaz…manusia yang banyak alam dalam satu jiwa tiada lain….uncle lah orangnya…pening dan mungkin boleh menyesatkan jiwa-jiwa murni seperti kita orang ni,” Emilia menambah kata.


“Lia kau ingat tak masa makan kat rumah kita satu malam selepas Haikal balik dari klinik tu…aku perhatikan selepas makan dia menjilat setiap jarinya…dan dia tak minum cuma selepas setengah jam atau lebih baru dia minum…aku dok fikir benda ni dah lama tapi tak jumpa jawapannya…mungkin sifu di sebelah ni tau sebab musababnya kot…”


“Ye la sekarang baru aku teringat…tapi takkan lah sifu ni nak tau semua apa yang Haikal buat…jelmaan jelmaan juga tapi tak semestinya semua sama.”


“Kalau saya ada jawapan yang logik dan masuk akal apa kamu nak bagi saya?”


“Apa saja,” serentak jawapan keluar dari mulut Emilia dan Elizabeth.


“Betul ni apa saja saya boleh dapat?”


“Betul la…tapi kan Liz jangan lah mengada-ada minta…yang blue-blue tak main eeh.”


“Kamu berdua dalam otak kamu tu tiada yang lain…ingatkan saya ni kemaruk sangat ke…anak dah hampir setengah dozen dan dah bangka seperti kata kamu tu…apa yang saya mampu lagi?”


“Lia…oh...Lia, kita ni di sini dah banyak jumpa species jantan…yang bangka lah yang paling dahsyat perangainya…kau ingat lagi tak Lia jantan jenis mana yang meraba kau dulu tu…bukankah yang boleh di panggil datuk…grandpa la kalau uncle susah nak faham…tu contoh terbaik…”


Emilia menganggukkan kepala tanda setuju. Rupanya mereka ni ada pengalaman pahit berkait gangguan seksual. Padan lah semalam Emilia ada bagi tahu tentang gangguan seksual di tempat kerja, sekarang baru saya teringat balik.


“Jadi kamu ni nak sama kan saya dengan orang lain…mentanglah saya di alam kebangkaan kamu buat rujukan bahawa semua jantan tu sama…ingat sikit ye bukan semua orang suka makan daging, dan bukan semua orang tak suka sayur…jadi kalau kamu berdua ni fikir yang saya ni pun tergolong dalam spesies yang sama…alangkah sedihnya saya kepada kamu yang cetek fikiran ni…dan kamu telah merendahkan martabat kamu sendiri…sepanjang kita bergaul mesra di sini ada pernah satu kali saya cuba berbuat atau kamu fikir saya menyerong…eh…vocab baru ni kurang tepat agaknya…takpe janji kamu faham maksud yang tersirat.”


“Wow…berjela panjang macam trailer tayar 36…eh..Liz ada ke tayar 36 tu…takpe janji kau faham…hihihi…uncle tahu kan yang kami ni sangat respek dengan uncle…gurauan kami tu untuk menduga sedalam mana lautan hati uncle…lautan perlu di duga sekali sekala…kalau uncle ni jenis species lipan bara merayap takde nya kami nak layan uncle macam ni…kami tahu uncle ni bukan makhluk perosak, makhluk penyelamat kami ada lah…dan kami bangga ada orang seperti uncle yang sanggup melayan budak ingusan seperti kami ni…tu uncle  yang cakap kami ni ingusan lagi…dah lupa ke…kalau lupa boleh di maafkan atas faktor umur…bila aku tengok uncle serious geli teramat segala rongga-rongga aku….,” sambil Emilia mencuit paha Elizabeth dan saya pun tak tertahan geli hati mendengarkan tutur kata Emilia tadi.


Saya turut ketawa sambil Emilia dan Elizabeth mengurut-ngurut paha saya. Kami mengadap jalan dan membelakangkan tempat letak kereta oleh sebab itulah agaknya mereka berani menggosokkan tangan mereka ke paha saya kerana agak terlindung dari pandangan ramai.


“Banyak sangat lah rongga-rongga kamu yang nak geli tu ya…menyampah betul dengan lagak kamu berdua ni.”


“Liz, boleh kau tolong pergi ambilkan lidi sapu?”


“Kenapa?” Elizabeth bertanya dengan agak kehairanan dengan permintaan Emilia tadi.


“Kamu ni slow lah…,” sergah Emilia kepada Elizabeth yang macam orang dalam kebingungan.


“Tak faham aku…kau ni pun dah kena badi uncle juga ke?”


“Kau dengar tak tadi uncle cakap apa…dia cakap menyampahkan…bila ada sampah kita kena sapu…bila sapu sampah…perbuatan itu di panggil menyampah…macam memasak lebih kurang gitu la.”


Saya betul-betul kagum dengan tahap daya pemikiran dan kreativiti yang di pamerkan oleh Emilia. Nampaknya dia semakin pandai mencipta ruang, peluang dalam mempelbagaikan rentak hujahnya. Daya kreativitinya makin berkembang. Saya sangat teruja dengan kehebatannya dan membuatkan saya ketawa tak tertahankan.


“Hebat kamu Lia….saya tabik spring buat kamu,” sambil saya mengangkat tangan menunjukkan gaya tabik spring.


“Uncle lah sifu terhebat…selepas ni ramai lah guest resort ni yang akan kami gulai dengan ayat yang di perturunkan oleh maha guru kami uncle Sam…”


“Kegelian sungguh saya jadinya..,” kata saya sambil menahan ketawa.


“Lagi satu vocab yang boleh kita praktikkan…mesti marah DBP kat kita ni kan uncle,” kata Elizabeth.


“Memperkayakan tata bahasa apa nak salahnya…bagus apa….oh! tadi ada kamu bangkitkan hal orang bangka yang kemaruk seks…ni serius nasihat dari saya yang juga sedang membangka ini…kamu tahu apa dia istilah STD…tu adalah Sexually Transmitted Diseases seperti gonorrhea, syphilis..tu penyakit kelamin bagi orang yang mengamalkan persetubuhan dengan ramai pasangan…jadi kamu jangan sekali-sekali terlibat dengan kegiatan haram ni…orang sekarang tak takut dosa tu pasal dibuat macam-macam hal…kalau terkena penyakit ni tiada maaf bagi mu…dulu masa perang Vietnam dengan Amerika, askar Vietcong banyak menggunakan wanita pelacur dan di suntik satu jenis virus penyakit yang di panggil Vietnam Rose..ramai lah askar Amerika menderita terkena penyakit tersebut…tu salah satu punca Amerika kalah perang…Nauzubillah minta di jauhkan.”


“Eish…ngerinya….ni nasihat berguna dari uncle ni Lia...ingat tu pesanan mulia ni…minta di jauhkan lah semua ni…nak kahwin pun kena berhati-hati pilih pasangan sekarang ni…”


“Betul cakap kamu tu Liz, sekarang ni penyakit kelamin ke, apa ke bukan saja melalui persetubuhan haram…melalui penagih dadah yang jadi doktor dok cucuk badan sendiri tu pun bahaya juga… AIDS/Acquired Immune Deficiency Syndrome yang di sebabkan oleh kuman HIV/Human Immune deficiency Virus tu pun satu gejala yang sedang melanda orang kita sekarang ,” saya menerangkan pada mereka berdua tentang bahaya penyakit berkenaan.


 “Bukan saja melalui persetubuhan, melalui penagih dadah pun bahaya juga, ada juga Lia dengar isteri-isteri yang innocent mendapat jangkitan HIV melalui suami yang suka main pelacur dan mengambil dadah…dan yang tidak boleh di terima melalui blood transfusion…sedihkan kalau jadi macam tu,” Emilia pula menambah.


“Sangat….kamu tahu asal usul AIDS tu datang mana? Dari Afrika yang bermula dari berok…dan di jangkiti oleh manusia…masih belum ada betul-betul vaccine penyembuh lagi penyakit AIDS ni,” sambung saya lagi tentang penyakit-penyakit bahaya zaman moden ini, sambil Emilia dan Elizabeth dengan tekun mendengarnya.


bersambung di bahagian seterusnya...

WATER CONVOLVULUS.....bah.3

$
0
0

Selepas kena hentam kow-kow dengan Tun Teja, Hang Tuah tak dapat nak melelapkan mata. Terguris betul hati Hang Tuah di buatnya. Dulu dengan PGL pun dah kena tapi tak seteruk ni. Haru betul Tun Teja ni. Mentang-mentang lah dia cun, nak eksyen lak.


Hang Tuah asyik memikirkan apa strategi yang harus di gunakan agar Tun Teja leh jatuh hati padanya. Talian hayat masih ada tapi risau gak kalau talian hayat tu hampeh tak tersangkut hati Tun Teja, takkan nak give up. Kalau give up jawabnya tak leh balik Melaka nanti murka Sultan Melaka tengok balik berlenggang tangan kosong. Takkan nak bawa balik ikan patin muncung jer...tak boleh jadi.


'Tuah, kamu dah bangun ke?'


'Dah lama bangun...bukan dah lama bangun takleh tidur pun semalam.'


'Nape lak tak leh tidur?'


'Mau nya nak tidur, pedih ni masih terasa la nek'


'Kira nya kamu ni jenis mudah terasa gak ya'


Sambil nenek menghidangkan sarapan untuk mereka  berdua pada pagi yang bening itu, Hang Tuah berputar ligat fikiran dok cari jalan macam mana nak buat untuk menambat hati batu Tun Teja tu.


'Nek...saya nak tanya sikit'


'Pe dia....nek dah lewat ni,  lambat masuk kerja kena soal siasat lak nanti'


'Nape...ketat gak aturan istana di sini yer'


'Memang la...takut gak kena tindakan disiplin nanti...tiga kali datang lewat, kena bagi jawapan bertulis...tu yang payah'


'Satu jer soalan...sebenarnya apa kegemaran atau kesukaan Tun Teja tu nek?'


'Ooo itu...Tun Teja ni sangat teruja dengan hiburan'


'Maksud nek dia suka joget ke'


'Joget tu memang la...tapi yang paling suka menyanyi'


Hang Tuah tersenyum. Memang tepat lah kali ni dia akan gunakan tali hayatnya dengan alunan seruling dan nyanyian.


'Dia pandai menyanyi la ye nek'


'Eh kamu ni...orang Pahang memang terkenal pandai menyanyi...suara merdu giler, tapi kat sini tak ramai yang boleh duet dengan Tun Teja ni. Penyanyi lelaki tak leh nak duet dengan dia'


'Ooo camtu'


Rupanya orang Pahang ni memang turun temurun pandai menyanyi. Teringat akan Siti nurhaliza, Sudirman, Juliza dan ramai lagi. Mungkin di sebabkan oleh corak pemakanan. Ikan patin kot puncanya. Takde lagi orang buat kajian apa hubungan makanan dengan kemerduan suara. Ni boleh minta research grant dengan Kementerian Komunikasi dan Multi Media atau pun Kementerian Kebudayaan untuk buat research topik ni. Kalau tak silap lah kerajaan ada peruntukan grant dalam bidang creative content. Mana tau kalau betul ikan patin yang banyak omega tu ada pengaruh dan penyebab suara merdu, boleh lah di komersilkan.


'Ni nasi kerabu ke nek?'


'Ya betul, ni kesukaan Tun Teja'


'Ooo gitu...macam mana nak masak makanan ni nek...nampak tak banyak ramuan, yang banyaknya kerabu...tapi ni mesti bagus untuk kesihatan'


'Memang la...awek muda la jika amalkan selalu makan kerabu'


'Betul la tu, sangat setuju...tengok Tun Teja cantik semacam...nek pun mana nampak tua...masih cun gak lagi...kalau chettiar tengok leh tergoda dengan nek ni'


'Sudah lah kamu, asyik nak mengampu jer...'


'Tak ampu...tapi yang  benar'


Nenek tersenyum bila mendengarkan Hang Tuah memuji kecantikan Tun Teja dan dirinya. Memang pun Hang Tuah ni kuat sangat pong...tapi kalau ternampak sangat pong nya makan diri gak. Nak pong pun biar berpada-pada.


'Nek masak sendiri ke nasi kerabu ni?'


'Takdenya...mana sempat, ni nek beli kat orang Kelantan yang jual di seberang pagar istana ni...oleh kerana makanan ni sedap dia orang tak yah ambil lesen niaga...terkecuali'


'Nape lak terkecuali?'


'Kamu ni kira bengap gak...betul la seperti kata Tun Teja tu...kamu ni bengap'


'Nenek pun main bantai saya gak...asyik kena jer ni...saya kurang faham la...tempat saya di Melaka semua kena ambil lesen dengan pihak Majlis Tempatan...mamak cendol pun kena ambik lesen gak walaupun cendol tu teramat syioook....tapi kat sini takde lak cendol tapai'


'Ada...kat sini di panggil CPT'


'Apa tu? Lain macam bunyi, canggih gak tu'


'CPT tu Cendol Pulut Tapai dan satu lagi yang femes kat sini  ialah ICT...makan dengan CPT...terangkat....syioook'


'Apa lak tu...?'


'Kamu ni teruk betul la...ya lah kamu dari Melaka mana tau semua ni ...ICT tu Ikan Celup Tepung...ni pun Tun Teja punya kesukaan.'


'Hebat ye orang Pahang ni'


'Sebenarnya semua makanan ni orang Kelantan yang hijrah kat Pahang ni lah yang mulakan...sekarang dah femes merata Pahang ...orang Kelantan dulu sampai sini melalui laut dan ada yang kahwin dengan orang tempatan. Ada juga penjual batik yang berniaga kat sini dan akhirnya menetap kat Pahang ni. Orang Kelantan kan suka berniaga...setiap ceruk rantau kat sini penuh dengan peniaga Kelantan tak kira laki pompuan'


'Tau nek...tok nenek saya pun asal Kelantan gak...kata mak saya dulu tok nenek dia pegi ke tanah jawa belajar wat batik, pah tu singgah ke Jambi berniaga kat sana dan dari situ lah ke Melaka...nek tak percaya ke?


'Susah nak tak percaya, nek ni tak belajar ilmu sejarah, tapi ye la asal batik di kawasan ni memang lah Kelantan dan banyak lagi lah dan unsur-unsur rekabentuk bangunan pun ada pengaruh dari tanah jawa...bangga gak la ada orang Melayu cam tu'


'Hebat gak nek ni dalam bidang rekabentuk...terkesima saya.'


'Tengok orang la...nek ni kan keje kat istana, ramai lah pedagang dan orang luar negara datang jadi nenek curi-curi dengar lah berita cam ni...nape tak percaya ke?'


'Menarik ye...ada ke resepi nasi kerabu ni...bila ingatkan Kelantan kawan saya bagi tau masakan percik gak terbaik...betul ke?'


'Memang la...banyak sangat la juadah dia orang tu...belum lagi laksam, nasi dagang ikan tongkol, nasi tumpang, ketupat dakap, kueh tahi itik, buah gomok, serabe, sema, buah tanjung, buah peria, nekbat, akok...banyak la, panjang lagi senarainya sampai tak terbilang...'


'Menarik sungguh'


'Kamu ni yang dok asyik tanya minat Tun Teja ni nape?'


'Saja jer....takkan tanya pun tak  boleh nek?'


'Bukan tak boleh tapi kepelikan lak'


'Ada sebab la...nenek tunggu la nanti'


'Nek dah lewat ni...nak kena masuk keje lak ni'


'Bengang gak ni, tak tau nak wat pe?'


'Kau tak nak pegi niaga ke hari ni?'


'Niaga apanya, kain dah abih'


'Lupa lak nek...nanti nek tanya pasal bayaran tu la dengan Tun Teja, kalau dah dapat bayaran tu nanti kita makan besar la ye.'


'Kecik punya hal la nek...cakap jer nak makan apa?'


Masa tengah dok sorang-sorang ni banyak la masa nak memikirkan strategi camner nak usha Tun Teja ni. Di keluarkan seruling dalam beg galasnya, di gilap dan bersihkan semua ruang dalam seruling tersebut dengan penuh hati-hati. Malam nanti seruling tu nak di gunakan untuk mengalunkan beberapa buah lagu demi memikat Tun Teja. Berdebar-debar dada Hang Tuah menunggu malam nanti. Malam ni adalah malam yang akan menjadi sejarah samada berhasil atau tidak usahanya nanti.


Petang ni sungguh damai. Langit petang sangat indah dengan pancaran warna warni menyirami hampir seluruh taman istana. Bayu bertiup lembut menyapa tubuh Hang Tuah yang sedang berlengging di beranda. Sambil tersenyum Hang Tuah mengelus-ngelus rambutnya yang ikal. Ingatannya jauh melayang terkenangkan sahabat berempat yang sedang berada di Melaka. Sebelum datang ke mari Hang Tuah sudah berpesan pada Hang Jebat suruh tengok-tengokkan Melor sekiranya dia sampai di istana Melaka. Memang Melor menyatakan bahawa dia akan susuli nanti setelah satu purnama. 


Melor adalah cinta pertama Hang Tuah. Cinta pertama memang sukar untuk di lupakan. Walau pun Hang Tuah di kelilingi oleh ramai dayang istana yang cun melecun, hatinya tak pernah tertarik dan tak pernah teringin untuk curang. Kira hebat juga cinta Hang Tuah dan Melor ni. Kalau orang sekarang tengok jer awek cun, takkan di lepas peluang. Anak Sultan pun ada yang di jadikan bini nombor dua. 


Sedang Hang Tuah tengah mengelamun, dari jauh ternampak nenek sedang menuju ke rumah. Ada banyak barang kat tangan nenek. Entah apa lah yang di bawa nenek hari ni. Nampak macam barang makanan. Hang Tuah tinjau dari jauh sambil melangkah turun anak tangga untuk menolong nenek membawa barang tersebut naik ke rumah.


'Apa benda nek? Macam barang makanan jer'


'Ya la, memang barang makanan pun'


'Dari mana nek dapat semua barang makanan ni?'


'Dari istana, tadi ada rombongan tunang Tun Teja datang, di bawanya makanan ni untuk santapan Diraja di istana.'


'Kata santapan DiRaja yang nek bawa balik ni nape?'


'Ni yang Tun Teja bagi untuk kita berdua, dia nak suruh kamu rasa makanan Terengganu'


'Ingat juga dia pada saya'


'Dia bagi tahu ni semua sebagai tanda maaf dia hentam kamu semalam'


'Eh apa puloknya saya takde hal la'


'Kamu pegi dapur salinkan makanan ni dalam bekas, pah maghrib nanti nek panaskan dan kita makan malam bersama'


Hang Tuah pun membawa bungkusan makanan yang di bawa balik oleh nenek tadi ke dapur. Setelah meletakkan bungkusan tersebut Hang Tuah mengambil beberapa bekas dan pinggan untuk menyalin makanan daripada bungkusan tersebut. Hairan juga Hang Tuah melihat ada di antara makanan tersebut yang begitu asing baginya.


'Banyak betul makanan ni nek, ada yang tak pernah saya tengok pun'


'Tu biasa la bagi kita kat sini, takde yang peliknya'


'Ni macam ikan tongkol masak kari'


'Ooo tu nasi dagang dengan lauk ikan aya, sedap tu....tersohor la kalau kat Terengganu, Pahang ni,'


'Yang macam acar timun ni untuk apa la nek?'


'Tu makan dengan nasi dagang tu la'


'Kalau tak silap ada juga nasi minyak ala Terengganu, keropok lekor, semua tu kegemaran dan makanan yang dah sebati dengan orang Terengganu....'


'Nampak macam sedap jer semua ni'


'Memang la sedap Tuah, kat Melaka takde semua ni' 


Selepas menunaikan solat maghrib Hang Tuah dan nenek makan malam bersama. Berselera betul nenek makan sedangkan Hang Tuah panjang leher nak menelan makanan yang begitu asing baginya. Tapi selepas beberapa suap baru lah terbuka seleranya. Banyak juga lah yang dimakan oleh Hang Tuah dan nenek pada malam tu.


'Macam mana? Sedap tak makanan orang Terengganu ni?'


'Sedap nek, baru  pertama  kali saya pekena nasi dagang dengan ikan tongkol ni'


'Baru kamu tahu betapa syoknya jadi orang sini'


'Tempat saya ikan tongkol apa orang sini panggil ikan aya ni hanya setengah orang jer yang makan, orang Boyan suka la, lagi pun ikan ni kira murah sangat'


'Orang Melaka mana pandai masak ikan tongkol ni'


'Betul nek...asyik masak asam pedas jer naik jemu gak'


Setelah selesai makan malam mereka berdua beralih ke beranda sambil makan keropok lekor dengan teh o wangi. Seronok betul nampaknya Hang Tuah di layan dengan begitu baik oleh nenek pengasuh. 


Selepas solat isya' nenek masuk ke dapur untuk mengemaskan pinggan mangkuk. Hang Tuah pula berdiri di tepi tingkap sambil meninjau-ninjau ke arah bilik beradu Tun Teja. Nampak dari kejauhan bilik Tun Teja terang benderang mungkin juga baru balik dari dewan untuk santapan DiRaja tadi. Jam baru lebih kurang 9.30 malam, kira malam masih muda dan memang sesuai lah untuk berehat setelah kekenyangan makan tadi. Perlahan-lahan Hang Tuah mengeluarkan seruling dari dalam beg galasnya. 


Kalau seruling dah keluar tu dah mula lah dia dengan episode selanjutnya camner nak tackle Tun Teja tu. Nak tackle Tun Teja ni strategi kena baik, bukan senang tak boleh cincai jer. Hang Tuah ni pun bukan calang-calang panglima Melayu, putar belitnya pun hebat gak, maklumlah dah banyak pengalaman bab-bab tackle awek ni. Kena hentam dengan awek-awek cun pun dah banyak kali...apa kata orang, alah bisa tegal biasa.


Hang Tuah mula meniup seruling tu perlahan-lahan dengan irama mendayu lagu cinta. Volume kena jaga kalau terlebih terdengar pula kat Tuanku yang tengah rilek tu kacau jadinya. Hang Tuah pilih lagu yang istimewa untuk alunan dan halwa telinga sesuai dengan malam yang syahdu ni. Silap pilih lagu pun parah gak. Dia alunkan lagu yang dapat membuat menarik perhatian hati anak-anak muda....kira sekarang ni lagu 'Kehilangan', 'Di saat mencintai mu' cam tu la lebih kurang. Selepas dua tiga buah lagu di alunkan, nampak jendela di bilik Tun Teja terbuka. Dayang Tun Teja membuka jendela setelah mendengar bisikan lagu alunan seruling Hang Tuah.


'Kamu ada dengar alunan seruling ke?'


'Dengar Tengku Puteri...memang sedap betul la alunan seruling tu, ada lak dengar suara orang nyanyi'


'Dari mana datangnya suara tu ye...cuba kamu turun ke halaman cer tengok dari mana datang'


'Baik lah Tengku Puteri'


Dayang pun turun ke halaman untuk mencari dari mana arah datangnya suara alunan seruling tersebut. Setelah di amati, ternyata suara tersebut datang dari arah rumah nenek inang pengasuh. Dayang tak tahu yang Hang Tuah tinggal di rumah nenek, yang tahu hanya Tun Teja saja. Setelah pasti arah datangnya suara tersebut, maka naiklah dayang tu ke bilik peraduan Tun Teja.


'Tengku Puteri patik dah dengar dan dapat agak dari mana datangnya suara alunan seruling dan orang yang bernyanyi tu'


'Dari mana datangnya....pelik gak beta rasa, selama ni mana ada orang pandai tiup seruling'


'Ya betul Tengku Puteri, patik rasa suara tu datang dari arah rumah nenek inang pengasuh. Tapi patik heran gak, mana nenek inang pandai tiup seruling dan yang nyanyi tu lak lelaki'


'Tak pe nanti esok beta tanya kat nenek'


Sebenarnya Tun Teja dah dapat agak siapa yang meniup seruling dan penyanyi pada malam ni. Tersenyum tersengih Tun Teja bila dapat tahu tu adalah Hang Tuah punya hal. Dayang perasan yang Tun Teja macam tengah angau. Seronok lah tu bila tahu hal yang sebenar. Sekarang baru dia tahu dan dia gak pun dah mula respek kat Hang Tuah ni. Rupanya bukan saja pandai wat bisnes, seorang seniman rupanya Hang Tuah ni. Mulalah hati Tun Teja jadi kacau. Kalau lah siang hari dah tentu di kunjungnya rumah nenek tu. Ni dah malam takleh wat pe la. 


Hang Tuah dapat lihat dari kejauhan ada ternampak bayangan orang sedang menongkat dagu di jendela bilik peraduan Tun Teja. Sebenarnya Tun Teja sedang memasang telinga mendengarkan alunan seruling di malam yang sepi dan indah bersama sinaran rang bulan yang menambahkan seri malam. Hang Tuah naikkan lagi volume tiupan serulingnya agar dapat di nikmati oleh telinga-telinga yang masih terbuka. Tersenyum tersengih Hang Tuah. Seronok tak terkira hatinya. Ya lah dah pukatnya mula mengena, cuma dia dok pikir camner lak nak bersua muka agar senang sikit nak tackle Tun Teja tu.


Hang Tuah ni pun smart gak strateginya. Bila orang tengah syok dok dengar lagu nyanyiannya, dia pun terus stop. Bila orang tengah gian dengan lagu-lagu alunannya, tiba-tiba hilang, memang frust lah. Tun Teja pun dah gelisah semacam. Nape lak tengah asyik syok-syok dengar musik tu tiba-tiba lak hilang....haru betul Tun Teja. Ni yang buat tak sabar nak jumpa. Sekarang baru Tun Teja tahu betapa langit tu tinggi rendah. Tu baru stage awalan. Tengok nanti sapa yang tergila-gilaka sapa. Dulu dia hentam Hang Tuah, sekarang mungkin terbalik kot lak.


'Tak sangka gak nenek yang kamu ni seniman rupanya'


'Seniman jalanan nek...biasa la kalau tak ramai orang masa berniaga tu saya pekena la dua tiga lagu, pah tu ramai lah dok kerumun'


'Hebat gak taktik kamu ni ye'


'Orang berniaga macam-macam gimik la nek nak tarik pelanggan'


'Ya, tu kena gunakan lah kelebihan yang ada'


'Tau takpe'


'Kurang asam kamu'


'Nek tengok la nanti apa jadi'


'Cam pelik jer bunyi...ada pape ke ni'


'Eh takde lah, maksud saya bila saya perform kat padang ke stage, nek tengok betapa lah saya ni di gilai....'


'Pernah perform kat stage ke?'


'Kat Melaka dan luar negara ada gak....masa di Majapahit dulu tu'


'Kira kamu ni dah go global la ye'


'Sikit-sikit....sekarang nek harus bangga ada anak angkat superstar'


'Sangat'


'Sangat pe?'


'Sangat bangga dengan kamu la....bengap betul kamu ni yer'


'Lain macam nek ni dah kena pengaruh Tun teja ke ni?'


'Tun Teja tu pun belajar dari nenek gak...nenek ni kira sifu dia la'


'Ooo patut la celupar semacam'


'Kamu tu jangan over sangat...nanti kan malam ni makan rumput tidur kat laman tu...mau?'


'Nenek ni joke sikit pun tak boleh, mentang-mentang lah kita ni menumpang'


'Tengok mula sedih giler tak menentu....joke dengan serious banyak bezanya tau'


'Ni yang buat saya sayang nenek...terbaik lah nek ni...muaaah'


'Menggoda kamu'


'Tengah training nek'


'Lain macam benar cakap kamu ni....ni mesti ada apa-apa...cer citer'


'Takde pe nya nek...wat lawak takkan tak boleh'


'Baik nenek masuk tidur daripada melayan otak biul kamu ni'


Dan mereka sama-sama ketawa.


Malam tu Hang Tuah memasang angan. Tersenyum gembira dia. Strategi pertama dah agaknya mula menjadi. Sekarang perlu di fikirkan camner nak masuk gear dua. Kena jumpa Tun Teja in person dan masa tu la dia akan ayatkan Tun Teja tu. Tapi kalau tu tak berhasil juga dia masih ada talian hayat terakhir iaitu nenek inang pengasuh. Dan malam itu Hang Tuah dapat tidur dengan nyenyaknya. 


Awal pagi-pagi Hang Tuah dah bangun. Selepas solat subuh sebelum sarapan pagi, Hang Tuah berlegar-legar di halaman rumah sambil buat exercise...dah lama pun tak praktis bunga silat...mungkin dah tak lama lagi kena guna pakai gak ilmu persilatannya kot-kot kena kejar masa nak wat lari Tun Teja kemudian hari. Kacau betul impian Sultan Melaka ni. Mana nak fikir strategi nak wat lari anak dara tunang orang, nak kena berniaga lagi, kena main musik, menyanyi dan guna akal fikiran nak ayat kan awek...banyak kerja sangat...kena research dan present kan...aduh. Harap-harap dapatlah khidmat cemerlang nanti kot. 


'Nenek dua tiga hari ni sibuk sikit'


'Nape lak nek?'


'Malam lusa tu istana nak adakan pesta hiburan tari menari sempena lawatan rombongan tunang Tun Teja.'


'Orang luar istana macam saya ni boleh pegi tengok juga ke?'


'Tak  boleh, hanya pegawai besar istana jer yang boleh ikut serta...nape kamu nak pegi ke?'


'Kalau boleh molek sangat la nek....cer nek tanya-tanya'


'Nak tanya sapa?'


'Takpe la kalau tak boleh pun...janji nek wak balik gulai lebihan jamuan tu pun ok gak'



Nenek tu pun pergi la buat kerja rutinnya jadi pengasuh Tun Teja. Macam biasa lah buat apa yang di titahkan oleh Tun Teja. Oleh kerana dah lama sangat berkhidmat di istana tu, nenek kira agak free juga lah nak sembang dengan Tun Teja tu, walau pun masih ada protokol tapi tak lah ketat sangat.


'Semalam beta ada dengar suara alunan seruling datang dari arah rumah nenek, sapa yang tiup tu nek?'


'Oooo bunyi seruling tu...nek pun terpaku gak mendengarnya, tak sangka betul la dia tu pun seniman...bangga la nenek'

'Apa dia nek? B a n g l a?'


'Bukan Tengku Puteri...maksud patik....b a n g g a...'


'Sapa yang nek maksudkan tu...beta kenal ke orang tu?'


'Rasa-rasa Tengku Puteri cam orang tu...'


'Biar betul nek ni...kalau beta nak jumpa macam mana ye?'


'Susah gak kot Tengku Puteri, sekarang kan tunang Tengku Puteri ada sini...susah la kerana Tengku Puteri kena selalu berada dengan tunangan'


'Ya la betul tu...tapi teringin sangat nak jumpa dan kenal sapa tu'


'Tengku Puteri jangan terkejut....orang tu ialah Tuah'


'T U A H...biar betul'


'Ya Tengku Puteri...patik pun langsung tak sangka dia tu hebat main muzik dan bernyanyi....suaranya aduh merdu sungguh'


'Beta dengar dari jauh ni pun merdu sungguh suaranya'


'Kalau Tengku Puteri dengar jarak dekat...peeergh patik yang tua ni pun leh tergoda habis'


'Nek jangan wat hal dengan Tuah tu...jangan dok kacau ganggu jiwanya lak...beta tak suka nek kacau musafir'


'Takde la kacau cuma patik bagi contoh kiranya patik ni muda...dia  tu dah macam anak sekarang ni...'


'Teruja nya beta...dari semalam lagi beta dah dapat rasakan yang Tuah ni bukan sembarangan orang...jadi betul lah telahan hati beta'


'Dia dah tak berniaga lagi jadi dia kat rumah je la...tapi dia tu rajin semua kerja rumah dia yang lakukan...balik rumah semua dah bersih...sampai kat laman tu pun di tanam macam-macam pokok...ada pokok buahan, ada bungaan macam-macam benda di buatnya...mungkin nak hilangkan boringnya kot'


'Ooo baru beta teringat harga kain semalam yang masih belum beta jelaskan...nanti petang sebelum nek nak balik tolong ingatkan beta ye...sian gak kat dia mungkin dah takde duit belanja sekarang ni'


'Baik lah Tengku Puteri'


Selesai semua tugas nenek pun balik lah ke rumah. Masa sampai di rumah Hang Tuah sibuk berkebun di halaman rumah...berpeluh lencun di buatnya. Melihat badan sasa Hang Tuah nenek rasa sangat teruja. Kalau lah nenek masih muda memang di tacklenya Hang Tuah ni...tapi dah umur senja ni tak boleh buat apa la.


'Tuah kamu ke sini jap'


'Ada apa nek?'


'Ni ha...Tun Teja bagi duit untuk bayaran harga kain kamu tu...'


'Nape cepat sangat bayar? Nek minta dengan dia ke?'


'Takde la...dia yang bagi, katanya takut kamu dalam kesempitan wang, dia kesiankan kamu tu...elok lah dah ada bayaran...boleh kita raikan'


'Kecik punya hal la nek...kalau dapat ajak Tun Teja sekali kan baik'


'Berangan lah kamu...takdenya Tun Teja tu leh kuar istana tanpa pengawal peribadi....kamu ingat dia tu apa...ayam?'


'Eh nenek ni marah semacam jer'


'Eh...kamu bercakap ni dengan pengasuh dia....dah tu permintaan bodoh, memang bodoh la jawapannya'


'Saya cakap kalau'


'Kat istana Pahang ni takde kalau-kalau nya...pasti tak boleh'


'Tak boleh takpe la jangan kecoh lak'


'Aik kamu ni...lawan tokey nampak'


'Maaf nek, gurau jer tu....orang Melaka memang cam ni gurau cam kasar tapi tu dah biasa'


'Tau takut'


'Nek nak masak ni...kamu tu dah lama sangat gian nak makan kangkung belacan...pe kata kamu pegi kutip kangkung kat parit tu...nanti nenek masak istimewa untuk kamu'


'Baiklah nek....memang pun dah gian sangat dengan kangkung nek....malam ni agaknya terlepas lah rindu dan gian kat kangkung tu'


'Seronok kan main ye kamu'


'Dah tentu la nek ...tu kan sayuran kegemaran saya dari azali lagi'


'Taruh racun kan baru tau'


'Lain macam gurauan nek ni...brutal betul'


'Bukan apa...nenek dengki dengan suara merdu kamu tu...sampaikan Tun Teja asyik dok tanya sapa yang nyanyi malam tadi...teruja betul dia dengan suara kamu tu'


'Pe dia?...Mimpi ke ni?...Macam tak percaya pun ada'


'Ya...Tun Teja yang tanya'


'Malunya saya....'


'Buat-buat malu konon....sudah lah...pooorah lah'


'Ni dia kangkung....masak yang istimewa ok'


'Banyaknya...nak bagi makan kambing ke?'


'Saya ni kalau kangkung setalam pun leh habis...kalau arnab tengok memang tabik la....peminat tegar kangkung lah katakan'


'Banyak lah tegar kamu...nyusahkan saja banyak-banyak sangat ni...mana nak muat kuali'


'Jangan masak semua...saya wat ulam mentah juga...nak try gak cicah budu malam ni...mana tau kow punya'


'Geliga gak otak kamu...tak pernah fikir dan tak pernah rasa makan kangkung mentah....ya..kita cuba malam ni. Kalau sedap nek kan bagai tahu kat Tun Teja ni idea kamu'


'Eh jangan wat pasal nek...murka nanti'


'Mana tau Tuanku Sultan gak suka idea ni...kan senang leh dapat darjah kebesaran....kamu tak suka dapat gelaran Dato Pahang ke?


'Nenek ni main-main lak....kita tengah gigil ni'


'Tak salah apa penjual kain ke penjual karpet ke dapat gelaran Dato'....ok pe...dah ramai pun cam tu'


'Tak mau la nek...susah kan saya jer...kalau betul dapat gelaran tu, tiap kali ada perayaan saya kena ke sini, saya jauh kena belayar 40 hari, kena lak jam tu pokai...kalau datang kena bawa hadiah...saya tahu gak semua tu'


'Takde sapa nak bagi pun kat kamu yang sengkek ni...nenek saja jer nak tengok reaksi kamu'


'Tadi saya cakap tu pun kalau....kalau jer'


Hang Tuah pun beredar kat ruang tamu sambil membelek-belek seruling keramatnya tu. Ada la tu idea gila-gila yang akan di guna pakai nanti malam ni. Bau belacan yang sedang di tumis nenek betul-betul menaikkan selera. Sampai terjatuh seruling kat tangan Hang Tuah tu....menggigil tangan teringatkan kangkung belacan tu....memang betul la Hang Tuah  ni hantu kangkung. Memang tepat lah gelaran yang dia dapat...Tuah Kangkung tu.


'Dah siap pun...bukan susah nak masak kangkung belacan ni...kalau lebih masak nanti layu lak...masak kangkung ni kena pro, kena tahu nak handle api dan stirring....'


'Tu pasal saya suka kangkung nek, orang dok kutuk pasal kangkung tapi sebenarnya kangkung ni unik'


'Lain macam puji pasal kangkung, kamu ada share ladang kangkung ke'


'Ada gak la..dah keje dengan pemerintah kena la sokong'


'Ooo kira kaki ampu gak kamu ni yer?'


'Nak idup nek...kena ikut arus...cam ni lah dah jadi pegawai pemerintah....prinsip entah kemana dah'


'Elok la cam tu....jadi pak turut'


'Nenek pun sama kan?'


'Dah nasib kita Tuah...kamu tu untung'


'Nape lak untung?'


'Ye, masih ada tuahnya...nama kamu tu bagus sangat'


'Main perli sakan pah masak kangkung belacan ni'


Tak tahan rasanya dengan perbualan tersebut mereka ketawa sambil menikmati kangkung belacan. Di patah-patahkan kangkung mentah sambil di celup dalam budu. Selera sungguh mereka makan malam ni...nenek pun ikut celupkan kangkung mentah tu dalam budu. Baru lah nenek tu tahu yang kangkung mentah ni ada banyak gunanya. Tu pasal pernah nenek ni tengok orang Siam masukkan kangkung mentah dalam 'som tam'...rupanya memang lazat. Kangkung mentah juga dapat balance kan taste yang biasanya ada pedas, masam, manis tu jadi lebih enak. China yang masak 'yong tau foo' pun guna kangkung yang di celur sebagai satu ramuan wajib. Kalau makan steam boat pun sama gak, mesti ada kangkung. Tengok betapa hebatnya kangkung ni. 


Seperti biasa, selesai jer makan malam, nenek akan kemaskan dapur dan Hang Tuah pun ada juga lah tolong sama kemas apa yang patut tapi biasanya tak banyak kerja berat yang memerlukan tenaga jadi nenek boleh lakukan sendiri. Hang Tuah pula keluar ke beranda sambil pekena sirih pinang wat cuci mulut. Khabarnya pinang dan daun sirih ni bagus untuk gusi dan gigi, yang tak bagusnya ialah kapur tu yang ada chemical yang merosakkan anggota mulut.


Malam semakin melabuhkan tirai. Hang Tuah tahu masa ni biasanya pun juga yang Tun Teja tengah rilek. Ada baik nya lah juga kalau di alunkan dua tiga buah lagu untuk memecah keheningan malam. Malam ni pun bulan mengambang penuh, bintang bertaburan bagaikan memagari bulan. Indah sungguh suasana malam ni. Mengikut kata nenek kala bulan mengambang begini Tun Teja suka sangat keluar menyedut udara malam sambil bersiar-siar di tepi kolam di atas titian kayu yang merentangi kolam tempat Tun Teja bersiram. Hang Tuah dok tinjau-tinjau kalau-kalau Tun Teja akan keluar bersiar-siar. Kalau nasib baik, memang takkan di lepas peluang nanti nak adjust Tun Teja tu.


Malam ni sekali lagi Hang  Tuah meniup serulingnya dengan di iringi oleh suara merdunya mendendangkan beberapa buah lagu cinta yang di ciptakan sendiri. Hang Tuah pun dah takde banyak masa kerana misinya ni pun ada gak timeline nya. Dia di beri tugas lebih kurang setengah purnama untuk menjayakan misi ini. Tu tak termasuk jumlah perjalanan yang memakan masa dua setengah purnama. Satu purnama satu bulan, masak gak la nak abih kan misi nafsu serakah Sultan Melaka tu. Kadang-kadang jadi orang hebat dan ternama ni pun banyak sangat tugasannya. Walau dapat segala keistimewaan kadang-kadang tak berbaloi. Betul lah leh dapat treatment yang bagus, naik djong di Raja, ada pembantu peribadi, makanan istimewa dengan chef dan pelayan yang terbaik tapi menjayakan misi Sultan sangat lah berat. 


Terfikir gak oleh  Hang Tuah untuk bersara awal, dah tak tahan lagi dengan kerenah Sultan. Kalau bersara awal pun ada gak kerja...boleh jadi professional consultant bela diri, jadi instructor silat pun ok gak, atau leh jadi PI, mercenary dan macam-macam di bidang keselamatan. Mungkin gak leh pegi ke luar negara. Khidmat bakti pro cam ni memang di perlukan oleh kerajaan luar. Kat Siam, China, Sepanyol, Turki dan banyak lah negara yang berminat untuk lantik perunding keselamatan ni secara kontrak. Kalau Hang berlima tu join force memang terbaik la. Tapi Hang Tuah ni jenis setia giler dan dia pun kesiankan kat Sultan mahu tak mau pun dia stay la.


Sedang asyik Hang Tuah mengalunkan lagu dengan serulingnya, tetiba ternampak jendela bilik peraduan Tun Teja terbuka dan dapat di lihat oleh Hang Tuah ada seseorang sedang menongkat dagu melihat kearah luar di taman istana. Hang Tuah dah dapat mengagak yang tu mesti lah Tun Teja. Hang Tuah pun goreng-goreng seruling nya agar lebih mendayu-dayu. Tengah syok-syok Hang Tuah berhenti. Nampak imbasan dari jauh yang Tun Teja frust bila Hang Tuah memberhentikan alunan serulingnya. Hang Tuah dapat dengar yang Tun Teja sedang marah-marahkan dayang-dayang mungkin atas lain sebab tapi puncanya mestilah kes Hang Tuah yang berhenti menyanyi. Sekarang baru Tun Teja rasa gelisah semacam. Padan muka tu nak mainkan orang sangat, kan dah dapat balasan.


Hang Tuah dah dapat perasan yang jerat nya dah mula mengena. Tak lama lagi memang kemaruk gila la Tun Teja tu kat Hang Tuah. Hang Tuah dah dapat idea macam mana nak masuk istana untuk perform pada malam pesta tari menari esoknya. Kedengaran nenek masih mengemas kat dalam bilik. Hang Tuah memberanikan diri memanggil nenek keluar untuk bersembang-sembang.


'Nek dah tidur ke masih baring-baring mata terbuka?'


'Lom tidur lagi...camner nak tidur bunyi bising seruling kamu tu'


'Maaf la nek, saya tadi nak test seruling ni dah lama benar tak guna nanti takut tersumbat lak'


'Nenek ok jer, dah lama takde hiburan, dapat dengar lagu kamu tu pun wat teringat zaman remaja masa tengah bercinta....jiwang abih sampai basah tikar bantal ni'



'Nenek ni dah melebih-lebih lak'


'Betul la...kenangan mengusik kalbu yang masih terluka ni...kamu apa tahu erti cinta....kamu kata kan kamu ni masih bujang kan...mana tau pasal cinta cintan ni'


'Betul la nek masih bujang tapi saya pernah tackle awek-awek cun'


'Apa jadi....kosong jer kan?'


'Ya la nek semua melepas, nak wat camner pengorbanan...'


'Kamu tu yang tak serius kot, main acah-acah jer mana leh jadi...patutnya dapat terus ngap, baru macho'


'Kali ni la nek...memang ngap betul...nak tanya sikit ni nek?


'Apa ke hal nya?'


'Boleh ke agaknya kalau saya perform percuma jer kat istana malam esok....janji saya dapat masuk istana cukup la'


'Setakat nenek yang nak rekomenkan kamu perform tu memang tak dapat punya la...perlu networking gak...kalau Tun Teja minta sah dapat la...tapi nak ke dia minta kamu perform nanti...tak mungkin la rasanya...'


'Nenek tanya dia ke...mana tahu dia setuju'


'Kalau dia yang tanya, nenek jack dia kow kow tapi untuk nenek mulakan dulu usul ni, takde la jawabnya'


'Terima kasih nek kerana ada niat nak nolong...tu pun dah cukup bagus'


'Ada lagi permintaan kamu?'


'Tu jer nek...cam perli jer ni'


'Selamat malam nenek nak bangun pagi lah esok ni, nak dok layan citer kamu ni sampai subuh pun tak abih'


Hang Tuah bentangkan tikar di serambi rumah. Hang Tuah tak suka sangat tidur dalam bilik, sebaliknya lebih selesa kat serambi jer. Panglima perang mana suka tidur atas tilam empuk, tak rugged la cam tu. Tapi sampai sekarang ni nenek dan semua orang Pahang tak tahu bahawa Hang Tuah ni panglima besar dan hebat. Mungkin pernah dengar nama, wajah lom pernah lihat jadi mesti tak sangka peniaga kain ni Hang Tuah yang sebenar. Kalau sekarang tak sampai setengah jam dah  merebak dalam FB, Twitter, Whatsapp....kat blog lagi la gempak.


bersambung di bahagian 4....





























WATER CONVOLVULUS....bahagian 4

$
0
0

Selepas solat subuh seperti biasa Hang Tuah ke laman rumah mengerjakan kebun sementara menunggu nenek sediakan sarapan untuk mereka berdua. Hari ni Hang Tuah tanam pokok bunga melor. Semalam Hang Tuah dapatkan benih pokok tersebut semasa dia keluar ke pekan. Ada nampak orang jual benih tu, lalu di belinya pokok tersebut...pokoknya segar dan sedang berbunga. 


Hang Tuah menanam pokok bunga tersebut dengan penuh berhati-hati. Di tanam pokok itu betul-betul di penjuru pagar agar terhindar dari bahaya binatang. Hatinya sungguh sayu bila mengenangkan Melor cinta pertamanya. Pokok yang di tanam ni adalah sebagai lambang cinta kasihnya terhadap Melor yang kini berjauhan demi memikul tugas atas arahan Sultan Melaka. 


Walau pun ini misi Sultan tapi dia turut melibatkan dengan hati dan perasaannya, juga buat Tun Teja dan Melor yang tak bersalah itu. Apakah dia telah melakukan kecurangan terhadap Melor demi mencapai hasrat serakah Sultan Melaka. Tapi yang dia tahu pasti niatnya baik atas pengorbanannya sebagai hamba kepada pemerintahnya, Sultan Melaka. Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa demi negara tercinta. 


'Tuah, mari lah sarapan...dah nek siapkan ni'


'Ni macam keropok nampaknya'


'Ya ni keropkok lekor dari losong Terengganu...setengah orang pantai timur panggil ni keropok gotel'


'Gotel...apa mende tu?'


'Sebelum jadi cam ni, keropok ni di gentel-gentel atau gotel-gotel untuk di bentukkan begini...pah tu baru rebus dan di potong'


'Rumit gak kerjanya ye'


'Memang la...keropok terbaik kamu tau di buat dari ikan jenis apa?'


'Jangan tanya la nek, memang saya tak tau langsung'


'Ikan tamban...terbaik wooo'


Lalu Hang Tuah pun mencuba keropok gotel yang tengah panas-panas tu dan di cicah nya dengan sos yang rasanya pedas dan manis gitu. Beruap-ruap asap kuar dari mulut Hang Tuah. Di ambilnya dua tiga keping lagi dan di makan dengan lahapnya. Nenek memerhatikan gelagat Hang Tuah yang sedang makan. Dah bergelas-gelas air di teguk, maklumlah tengah kepanasan selepas berkebun tadi.


'Lepas makan ni jangan lupa kemaskan dan basuh semua pinggan mangkuk yang kotor tu kat dapur'


'Baik nek...jangan lupa tanyakan benda yang saya minta semalam tu yer'


'Tanya tu boleh lah tapi tak pasti dia orang terima ke tak cadangan merapu kamu tu'


'Lom cuba lom tau nek'


'Pandai la kamu ni...nyusahkan orang jer pagi-pagi ni'


'Aaiikk merungut pula dia'


'Pe dia kamu cakap?'


'Takde pe nya...cepat-cepat lah pegi keje tu...nanti kena tindakan disiplin lak...kan susah nanti'


'Baik la...nek pegi dulu, jangan lak dok merayau tak tentu arah, kan sesat sapa yang susah...nenek juga la'


'Baik nek, saya tak kemana pun...usah bimbang dan ragu'


'Ayat pagi yang baik...senang hati nek....nek pegi dulu ye'


Sesampai di istana, Tun Teja sedang menunggu. Awal bangun Tun Teja pagi tu, teruja sangat nak jumpa nenek pengasuh. Ni pasti kes semalam...alunan seruling dan nyanyian Hang Tuah. Belum sempat nenek melangkah masuk di terpanya nenek kat pintu dan terus di bawa masuk ke biliknya.


'Dayang-dayang semua boleh keluar, beta ada hal peribadi yang nak di bincangkan dengan nenek'


Semua dayang-dayang pun akur atas perintah Tun Teja.


'Nek, beta nak tanya sikit ni nek....'


'Kalau ada apa yang patik boleh tolong Tengku Puteri...patik sedia'


'Memang ada kena mengena dengan nenek pun ni'


'Seingat patik takde pun patik buat salah laku'


'Memang nenek buat salah besar...nenek kena terima hukuman ni'


'Tengku Puteri, selama patik di sini rasanya patik berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas menjaga Tengku Puteri'


'Jangan lah panik nek..tapi hal ni memang ada kena mengena dengan nenek secara langsung'


'Susah patik nak faham Tengku Puteri'


'Usahkan nenek, beta sendiri pun dah gelabah ni'


Sambil Tun Teja mengheret nenek ke jendela yang sedang terbuka luas.


'Nek nampak taman istana yang menghala ke rumah nek tu kan'


'Ye...dah tentu la Tengku Puteri'


'Ha...ni lah yang nak kita bincangkan...tapi nek kena bercakap benar tau'


'Patik masih samar lagi ni'


'Cam ni...beta ada dengar alunan seruling dan suara merdu orang menyanyi pada malam tadi...suara tu datang dari arah situ la'


'Seruling dan orang menyanyi....siapa ha...?'


'Nenek jangan nak berdrama lak...nanti kang....nak hidup susah ke nak senang?'


'Sebenarnya Tengku Puteri...patik pun ada dengar dan memang patik tak sangka langsung...'


'Habis tadi tu nek buat bodoh jer...macam takde apa yang berlaku'


'Patik ni memegang amanah Tengku Puteri'


'Amanah siapa pula?'


'Amanah penyanyi tu la...patik dah agak Tengku Puteri akan tanya semua ni...patik kan tau Tengku Puteri suka pada hiburan...lebih-lebih lagi nyanyian'


'Yang nyanyi tu TUAH kan?'


'Ye Tengku Puteri...dan dia minta patik rahsiakan kerana dia takut nanti akan di halau keluar kerana mengganggu ketenteraman'


Baik punya alasan yang di berikan oleh nenek demi membantu Hang Tuah mencapai hasratnya, pada hal alasan yang nenek lontarkan ni takde pun dalam skrip masa mereka berbincang pagi tadi. Memang nenek ini ada kelas tersendiri. Baik punya auta. Ya lah orang berpengalaman memang dia dah tau mana soft spot Tun Teja tu.


'Tu yang beta cakap tadi tu salah nenek kerana membiarkan Tuah tinggal di rumah nenek'


'Tak pe lah Tengku Puteri, nanti karang patik khabarkan ni semua pada Tuah biar dia cepat-cepat pulang ke Melaka'


'Nenek ni jangan nak buat hal pulak...baru nak masuk daun ni....maksud beta nenek dah buat salah kerana membuat jiwa beta jadi kacau...beta dah angau ni'


Bila mendengarkan ucapan Tun Teja tersebut, bukan main lagi seronok hati nenek tapi dia buat bodoh jer di depan Tun Teja.


'Patik minta maaf la Tengku Puteri'


'Beta yang sepatutnya berterima kasih banyak pada nenek kerana mengembalikan ceria beta dengan adanya Tuah tu...kan nenek tau yang beta ni tak sukakan Megat Panji Alam tu...semua ni kerana terpaksa...'


'Jadi Tengku Puteri nak patik buat apa?'


'Takkan nak buat bodoh jer...kena cari jalan macam mana beta leh jumpa Tuah tu....perah otak tu...nenek kan ada pengalaman skandal dengan pengawal istana dulu'


'Dulu lain sekarang lain'


'Jangan banyak songeh, nanti kan beta citer semua skandal nenek kat Tuanku....mau ke?


'Bila kena ugut ni yang tak tahan Tengku Puteri...patik dah blank ni'


Mereka berdua pun berbincang macam mana nak capai hasrat Tun Teja tu. Pening gak kepala nak fikir lagi pun masa ni Megat Panji Alam ada kat Pahang atas lawatan DiRaja. Kalau ternampak oleh Megat Panji Alam haru biru jadinya, nanti lunyai Tuah di kerjakan. Selepas berbincang sekian lama akhirnya mereka mencapai satu keputusan yang brilliant. Memang Tuah pun suka kalau dia dapat tahu rancangan Tun Teja ni.


'Nek, hari ni beta bagi nek half day off, nenek balik bincang elok-elok dengan Tuah apa yang kita rancangkan ni. Jangan lak sampai tak jadi...kalau gagal beta nanti dedahkan skandal nenek pada Tuanku'


'Tengku Puteri ni asyik ugut manjang...ni yang wat rimas...tapi Tengku Puteri tak usah risau, dengan sepinggan kangkung belacan patik dapat tawan Tuah tu'


'Tu kan sayuran kegemaran beta gak tu'


'Tau tak pe...usah bimbang dan ragu Tengku Puteri, patik tahu lah camner nak handle kes ni...berdoa jer la yer'


Lalu nenek pun bergegas pulang. Ketika sampai di rumah Hang Tuah sedang berehat kat beranda. Terkejut gak Hang Tuah bila nampak nenek tergesa-gesa pulang. Macam ada emergency lak. Haru biru hati Hang Tuah, takut-takut nenek kena tibai kat Tun Teja kat istana tadi. Aduh....gelabah betul hati Tang Tuah. Nenek tu pun melajukan langkahnya macam ada sesuatu yang urgent nak di sampaikan. Berdegup kencang tak terkata jantung Hang Tuah. Belum lagi nenek melangkah tangga dah terkumat kamit mulutnya.


'Habis lah kita Tuah kali ni'


'Sabar nek, rilek dulu tarik nafas panjang-panjang'


'Dah takleh tarik nafas ni Tuah...ni dah ketentuan nasib kita berdua...nampaknya...'


'Nampak apa nenek?, Cer citer biar jelas sikit'


'Kamu tak nampak aku tercungap ni....ni semua kamu punya pasal la suruh tanya tu ini..kan dah kena'


'Aduh camner ni...maaf lah nek....saya tak fikir leh jadi cam ni pulak'


'Kamu kena bertanggung jawab atas segalanya ni...janji?'


'Janji nek...saya bertanggung jawab sepenuhnya'


'Kamu belum makan tengah hari kan?'


'Lom lagi nek...tak kemana pun dok tunggu nenek jer seharian...ingatkan berita gembira...tapi hampeh'


'Ooo hampeh ye...makin celupar kamu sejak dua menjak ni'


'Tu saya kutuk diri sendiri, tak ada kena mengena dengan yang  masih hidup dan yang mati'


'Banyak lah auta kamu tu...orang Melaka semua perangai cam ni ke? Ni la kes nya kalau banyak berkawan dengan chettiar...nak mutar belit jer la'


'Makin kasar nampaknya mainan nek ni, ungkit pasal negeri pulak....takpe tunggu la'


'Kamu pun dah pandai main ugut-ugut gak sekarang ni'


'Bukan ugut tu...tapi ancaman dan ingatan jer...siap lah ye'


'Tak takutnya...setakat ancaman penjual kain macam kamu ni...tak ada pe kesan pun'


'Apa apa lah nek....tunggu jer la ketika dan saatnya...ramai-ramai kita belayar.....eh..lapar la pula rasanya dok melayan nek ni'


'Apa kata nenek masak untuk makan tengah hari ni dan kita boleh bincang masalah besar ni masa kita makan nanti....'


'Baik lah nek'


'Sementara tu kamu pegi kutip kangkung kat parit tu'


'Kangkung lagi'


'Aaik kamu kata kangkung tu makanan kegemaran kamu, tiap saat pun leh makan tanpa jemu'


'Betul la, saya takut nek jer yang naik jemu nanti'


'Apa nak jemunya kalau dah ada budu leh cicah yang mentah pun selera giler tu'


'Jadi hari ni kena makan yang mentah jer la'


'Kamu ni bengong kelu gak yer...mesti lah ada yang masak, yang mentah tu side dish jer la'


'Ooo gitu rupanya'


Hang Tuah pun terus ke parit yang penuh dengan kangkung. Di petiknya kangkung yang segar menghijau tu untuk hidangan makan tengah hari. Ni mesti best punya, tak pernah lak makan kangkung waktu tengah hari. Pasti berpeluh sakan nanti.


'Nah...ni dia nek...saya petik yang terbaik hari ni...baru ni petik masa malam tak nampak sangat, hari yang terbaik punya, petik masa cahaya matahari terang benderang'


'Nenek tak pernah bagi tahu kamu sebelum ni kan...kangkung ni adalah sayuran favourite Tun Teja...kira sama citarasa dengan kamu la...'


'Ye ke?...Bagus gak tu'


'Kalau lah kamu ni berkahwin dengan Tun Teja...contoh jer jangan nak berangan lak..awak tu sapa nak kawin dengan Tun Teja...ni contoh jer tau...kamu kena ada ladang kangkung, pasti bahagia sampai ke anak cucu'


'Pandai ke dia masakkan kangkung ni...takut saya gak yang kena masak nanti'


'Nenek kan ada leh masakkan....apa dah lupa kan nenek bila dah kawin dengan Tun Teja'


'Kalau nenek dah kojol...sapa nak masakkan?'


'Ooo kamu suka la nenek kojol cepat'


'Tu contoh...contoh jer tu'


'Ooo pandai lak kamu ni nak kena kan nenek yer'


'Dah nenek yang sifu nya....hahaha'


'Seronok la tu....tunggu la masa makan nanti ni...tau la kamu langit ni tinggi ke rendah...tunggu ye Tuah oooi...tunggu.'


'Potong stim betul la nenek ni...kacau bilau kepala otak ni'


'Apa kata sambil nenek masak ni kamu pergi bersihkan seruling kamu tu...ada gak faedahnya nanti'


'Nenek ni buat orang confuse la'


Sedang nenek sibuk memasak di dapur Hang Tuah mengambil beg galasnya lalu di keluarkan seruling saktinya dan di bersihkan segala lubang agar tiada yang tersumbat. Kalau dah lubang tersumbat maka tak akan merdu lah nanti bunyinya. Hang Tuah pun naik heran nape nenek asyik sibuk menyuruhnya membersihkan seruling. Ni mesti ada hal pelik punya. Apa pun kena lah Hang Tuah confirm nanti apa citer sebenar. Tak sabar pun ye Hang Tuah nak tahu citer sebenar. 


'Nek dah siap masak ni. Kamu ambik semua lauk ni dan hidangkan, nek nak masuk bilik tukar baju jap. Ni dah berbau nanti tak selera lak kamu bau nenek ni'


'Macam-macam la nek ni. Saya ok jer kalau nenek tak pakai apa pun lagi berselera jadinya'


'Kamu jangan nak poyo sangat ...mentang-mentang lah nenek ni dah seribu kedut bukan main perli lak ye'


'Nek yang cakap dulu, lawak dengan serious tu banyak bezanya...saya apply jer balik apa yang nek cakap'


'Banyak lah pandai kamu ni'


'Saya tak kata saya pandai...nek yang kata'


'Sudah lah....hidangkan semua makanan tu kat ruang tamu...tengah hari cam ni panas kalau nak makan kat dapur tu....kat ruang tamu tu kan ada arus angin lintang dan harum bau bungaan tu kan leh menambahkan selera....'


'Baik lah nek akan saya bereskan kerja ni semua...dah siap nek kuar la makan.'


'Kamu buka semua tingkap biar masuk angin...kan sekarang ni musim buah dan bunga pun sedang kembang mekar...masa ni la banyak unggas yang menjalankan kerja pendebungaan...betul-betul di keliligi alam semula jadi kita ni'


'Wah pandai betul nek ni yer...ilmu sains nek ni hebat gak ye''


'Boleh la nak wat cari makan...kita kena banyak bergaul tak kira peringkat...nenek belajar ni pun dengan orang-orang yang dapat projek landskap istana ni.'


Hang Tuah pun mengambil kain saprah dan di bentangkan di ruangan tamu. Pinggan yang berisi makanan di susun rapi. Air minuman lak di letak di bucu saprah agar terlindung dari tiupan angin ynag berhembus dari taman bunga kawasan istana. Dah siap semua tunggu nenek kuar jer.


'Dah siap semua...jom la kita makan'


'Banyak gak lauk hari ni nek'


'Masakan biasa kan ni...kangkung dengan ikan ni jer'


'Ni ikan apa nek? Tak penah saya makan ni'


'Yang ni ikan masin...ikan sepat ronggeng, dan yang ni ikan puyu dan ni masak lemak ikan tapah...cuba la...syioook'


'Yang ikan sepat ronggeng dan tapah ni tak pernah saya rasa....nampak pun sangat berselera ni'


'Apa rasa .....sedap tak?'


'Memang terbaik nek...ikan tapah ni ikan sungai kan...tapi nape tak banyak tulang macam yang lain-lain ikan sungai?'


'Ikan tapah ni lain jenisnya...ikan ni besar, kata orang boleh makan anak monyet la'


'Eh nenek ni tengah makan citer pasal monyet lak...'


'Monyet tu kan lebih  bersih dari ayam...monyet makan buah jer...ayam tu makan apa...ha...tahu?'


'Dah la tu nek...loya tekak di buatnya'


'Kami di sini dah lali dengan citer-citer cam ni'


'Ikan sepat  ronggeng ni kena lak dengan kangkung mentah ...memang terbaik lah nek...saya dah tambah nasi ni...kalau kenyang sangat nanti mengah lak...'


'Makan tu kena berhenti sebelum kenyang...kan Nabi ada berpesan cam tu'


'Betul tu nek, saya masih ingat bahawa zaman Nabi bila makan kena duduk dan angkat sebelah lutut jadi usus menjadi sempit tak lah nak makan banyak...hebat cara tu...dan makanan yang ada kat jari di jilat...tu mesti ada sebabkan nek'


'Nah minum air ni...untuk buang angin...'


'Air apa ni nek?'


'Ni air serai campur dengan limau kasturi'


'Apa dia? Kasturi...tu kawan saya kat Melaka'


'Apa dia, kawan kamu? Pernah dengar nama tu...bukan kah tu pembesar kerajaan Melaka'


'Ya betul...tapi sekarang dia kat istana, tak jumpa saya dah, dulu masa kecik-kecik kami berjiran'


Hang Tuah tadi dah tersalah cakap lalu di putar belitnya cerita kalau ketahuan nanti siapa dirinya yang sebenar alamatnya balik tangan kosong lah. Kena murka tu dah pasti...silap hari terlucut jawatan. Tu sekarang ni dia kena berhati-hati tak boleh terlepas cakap. Nasib baik gak sempat mengelak tadi. Berdebar jantung Hang Tuah kejap tadi. Dalam berhati-hati tu terkeluar juga benda-benda yang terlarang.


'Makan pun dah habis, nek pun hari ni dapat cuti separuh hari, jadi nek ada hal nak bincang sama kamu...kamu ok ker tak ni?'


'Hal apa nek?...Nek jangan wat saya sampai pengsan dah la...takut gak ni...nek pun lain macam jap tadi...main masak kangkung kesukaan saya dan Tun Teja lagi...ni mesti ada benda bersangkut paut dengan Tun Teja ....betul tak nek?'


'Tepat sekali....ya la kalau Tun Teja bagi cuti ni mesti lah kena mengena dengan dia...berita kurang enak buat nenek la'


'Aduuuh nenek ni betul-betul buat saya berteka teki...'


'Apa yang nak takut sangat pun...habis-habis nenek kena berenti kerja dan kamu lak kena keluar dari Pahang ni...bukan hukum pancung pun'


'Saya redha la nek kalau tu dah nasib saya di Pahang ni cam tu'


'Ini semua terpulang pada kamu..kalau kamu buat yang bagus sampai tertarik hati Tun Teja kita berdua selamat kalau tak macam nenek cakap tadi la'


'Apa benda nya ni nek...berterus terang jer la...'


'Kamu ingat tadi nenek cakap apa....kan nenek suruh bersihkan seruling kamu tu...tak paham lagi ker?'


'Tengah blur ni nek...sekali kata nak kena hukuman sekali lak pasal seruling....pening la'


'Bukan main lagi kamu ni yer....main herdik-herdik'


'Pening la'


'Takkan mabuk air serai dengan limau kasturi tu lak'


'Main-main lak nenek'


'Memang kamu kena main pun'


'Main apa lak nek....aduh...orang Pahang semua cam ni ke? Suka sangat madah berhelah ni'


'Jangan nak ungkit-ungkit pasal negeri lak ok...tadi kamu juga yang tak suka bila sebut pasal negeri...dah lupa ke?'


'Belum mereng lagi nek, masih ingat dengan jelas, cuma sekarang ni nenek wat saya jadi bengung...'


'Nak tahu citer sebenar ke tak ni?'


'Apa jenis soalan ni...nanti saya terjun tangga kan....ha...patah kaki kan..ha..patah tengkok kan..ha...'


'Banyak nya ha tu....ha gini...kamu pegi kat dapur tu ambil kan kueh kat bawah saji tu...ha ...bawa sini ..ha ...kita makan...ha ..tu dessert...'


Sambil berlalu ke dapur untuk mengambil kueh seperti yang di maksudkan nenek tadi, Hang Tuah merungut.


'Kuat cikadak gak orang tua ni'


'APA...kurang mendengar'


'Takde apanya....kita ni kan pekak badak...terasa ke?'


'Jangan cakap banyak bawa mari sini kueh tu cepat sikit'


'OTW ni nek, sabar lah sikit, kalau tumpah kan saya gak yang kena maki'


Lalu Hang Tuah meletakkan dulang yang berisi kueh seperti yang di maksudkan oleh nenek. Selama ni tak pernah Hang Tuah tengok dan rasa kueh yang begitu pelik dari segi rupanya yang berwarna warni dengan kuahnya yang memang sungguh unik sekali. Nampak penampilan kueh tu memang menyelerakan. Dah cuba jap lagi tahu lah enak ke sebaliknya. Teruja sungguh Hang Tuah dengan kueh ni.


'Kamu tahu ke ni kueh apa dan dari mana asalnya?'


'Gelap gelita nek, baru hari ni dalam seumur hidup saya tengok kueh yang macam ni'


'Ni tengok ...ada pulut merah, tepung hijau, santan pekat dan manisan cair serta beras goreng....ada rasa lembut, lemak, masin manis dan juga crunchy....'


'Daripada penjelasan nek ni pun dah berair mulut saya ni nek...'


'Kueh ni Tun Teja paling suka...dalam senarai kueh, ni yang paling top'


'Apa nama kueh ni nek...namanya pendek ke panjang?'


'Apa kena mengena dengan nama pendek atau panjang?'


'Orang kata kalau nama panjang memang sedap, terbaik sampai tak terlupakan'


'Lain macam jer cakap kamu ni...ada maksud di sempadan ke?'


'Nek ni buat lawak la...tu saya dengar citer dari orang pengalaman tentang nama...ni pasti nek pun tak penah dengar kan?'


'Kita lak nak di ujinya....nama kueh ni...LOMPAT TIKAM...asalnya dari Kelantan....kan baru ni nek cakap senarai kueh Kelantan ni berjela...ni lah salah satu kueh signature dia orang'


'Nenek ni banyak sangat gunapakai bahasa asing macam la kita takde bahasa sendiri'


'Tak salah kalau tahu banyak bahasa kan...'


'Lompat Tikam...saya memang tak boleh nak relate..sori...guna bahasa asing gak la...nama dan kueh ni'


'Ni citer orang yang jual kueh ni la....dulu-dulu setiap ada pertandingan silat, juadah istimewa yang di hidangkan adalah kueh ni...kan masa bersilat tu melompat, menikam dan sebagainya...tu la nape di panggil lompat tikam...setelah pekena lompat tikam ni jiwa jadi tenang dan gemalai'


'Wow...bahasa nenek klasik giler tu...tapi masuk akal gak la citer nenek ni walau pun nenek tipu...hahaha...gurau jer nek...saya percaya citer nek ni...nek kan jenis jujur..'


'Kamu masih ingat tak malam esok ada pesta hiburan sempena lawatan Megat Panji Alam'


'Ingat...apa kena mengena dengan kita?...Nek gak yang cakap orang kebiasaan macam saya ni tak di benarkan hadir sama di majlis sedemikian'


'Betul tu, tapi kali ni lain sikit'


'Lain yang bagaimana? Tak faham la saya nek'


'Kamu akan jadi tetamu istimewa'


'Jangan dok wat lawak nek...tak masuk akal langsung, saya ni sorang pun tak kenal, pah tu jadi tetamu istimewa....akal ada ke?'


'Ooo, kamu menempelak nenek ye?'


'Habis tu citer kartun....sapa nak cayanya'


'Bukan cam tu....kamu ingat nape tiba-tiba nenek di beri cuti separuh hari oleh Tun Teja?'


'Mana saya tahu?...Nenek dah letih kerana uzur ke mungkin gak'


'Uzur apanya umur cam ni...dah menopause'


'Saya tak cakap gitu...tu nenek yang ngaku'


'Banyak cikadak la kamu ni....bengap otak kamu ni'


'Pening la'


'Asyik pening jer ni...buang tabiat ke?'


'Abih tu jangan nak loyar buruk sangat...cakap terus terang dan nyata'


'Macam ni lah...nenek terus terang je...kalau cakap berlapik kamu tu dungu....tak faham-faham....'


'Apa dia cakap la?'


'Biarlah nenek ni tarik nafas dulu...nasi belum hadam pun lagi'


'Tengok citer fasal nasi lak...abih nak kena tunggu sampai maghrib ke?'


'Pendekkan citer....malam esok kamu di minta oleh Tun Teja untuk buat persembahan di pesta tersebut....dah faham ke lom?'


'Biar betul nek, saya tak suka nenek dok perli-perli  ni...jangan wat lawak boleh tak?'


'Ni benar lah...tadi Tun Teja pesan kat nenek suruh bincang sama kamu...jadi kamu masa persembahan tu jangan lak poyo, main cam apa...kat situ ramai pembesar negeri, jangan malukan Tun Teja lak'


'Aduh ni yang buat gabra semacam...lom praktis lagi...dah malam esok...alahai Tun Teja'


'Tu pasal tadi nenek suruh kamu buat persiapan, siapkan peralatan kamu tu...cuci bersih-bersih seruling kamu tu....sekarang dah faham ke lom?'


'Baru faham...nenek serious ni, bukan main-main kan?'


'Main-main la'


'Ha tengok...hisssh haru betul nenek ni'


'Memang la kamu kena main-mainkan alat muzik kamu tu....takkan naik stage pah tu diam membisu....ada faham?'


'Lagu apa yang Tun Teja suka?'


'Tu pandai-pandai kamu la...kena ingat bukan Tun Teja saja yang kamu kena hiburkan...pembesar lain pun kena gak dihiburkan'


'Ni yang payahnya....'


'Kan kamu cakap kamu pernah perform kat luar negara, mesti kamu tahu macam mana nak handle semua ni'


'Tu lain...boleh hentam apa lagu jer...ni pula atas permintaan...di mintanya lagu baru yang belum pernah dengar...masak la saya'


'Alah, kamu bantai jer janji lunak...jangan sumbang mambang dah la'


'Bagi la clue sikit nek...payah saya ni nak buat semua orang suka'


'Cam ni la....yang muda-muda bagi lagu cinta, yang berumur bagi la lagu asli ke, langgam ke, zapin ke...takkan tu pun susah nak fikir'


'Terima kasih banyak nek....idea tu dapat membantu saya dalam persembahan nanti'


'Kamu praktis dari sekarang, tapi ingat volume tu slow sikit, nanti dah kedengaran dari sekarang dah tawar dan takde suspense nya lagi lagu kamu tu...nenek nak kuar jumpa Tun Teja...kamu praktis yer' 


Nenek pun berlalu menuju ke bilik peraduan Tun Teja. Seronok tak terkira Hang Tuah kerana hajatnya untuk masuk istana tercapai. Hebat gak peranan nenek inang pengasuh ni, tanpa nenek tu harus cita-citanya terkubur. Lalu di pilihnya lagu-lagu terbaik untuk persembahan nanti. Kali ni mesti berhasil tawan hati Tun Teja dengan syarat dia tak gementar semasa persembahan nanti. Hang Tuah dah dapat hindari stage fear kerana dia biasa buat persembahan di tempat yang lebih ramai penontonnya.


Sementara itu Tun teja menunggu nenek dengan penuh debaran. Apakah niatnya akan tercapai untuk melihat Hang Tuah membuat persembahan malam esok. Dia sangat teruja untuk berduet dengan Hang Tuah semasa pesta tersebut. Megat Panji Alam tak tahu nyanyi jadi inilah kesempatan terbaik untuk Tun Teja mendekati dan rapat dengan Hang Tuah. Ni kali lah.


Semasa nenek sampai, Tun Teja sedang berdiri di muka pintu. Di heretnya nenek terus ke bilik beradu. Tak sabar rasanya untuk mengetahui bahawa Hang Tuah setuju atau tidak untuk menjayakan majlis malam esok.


'Macam mana nek?'


'Susah juga bagi patik nak ceritakan hal ni Tengku Puteri'


'Nape lak nek....Tuah tak setuju ke?'


'Patik terpaksa menggunakan segala pengalaman patik untuk memujuk Tuah tu....rupanya keras hati gak Tuah tu'


'Habis tu camner nek?..Rosaklah rancangan kita ni'


'Tu la pada mula nya patik dah putus asa sangat'


'Nak beta jumpa Tuah tu ke nek?'


'Tak payah lah Tengku Puteri'


'Habis tu kalau Tuah tak datang nanti beta ni dah pasang angan nak duet dengan Tuah tu nek...jangan wat pasal'


'Patik dah pujuk rayu dia Tengku Puteri, tapi dengan syarat la dia nak hadir pun'


'Syarat yang camner?, Bagi tahu kat beta'


'Syaratnya dia tak mahu orang ganggu dia buat persembahan contohnya minta lagu yang bukan-bukan kerana katanya dia tak nak malukan Tengku Puteri kiranya lagu yang di minta tu dia tak dapat penuhi'


'Oooo cam tu...nanti beta khabarkan pada event manager tentang perkara ni....tu kecik punya hal'


'Dan satu lagi'


'Ada lagi....berapa banyak permintaannya ni...dah lebih Tuah ni'


'Dia minta Tengku Puteri bagi nama lagu agar dia sempat praktis...maksud patik berapa buah lagu yang nak Tengku Puteri duet dengan dia'


'Boleh...nanti beta bagi senarai lagu-lagu tu semua'


'Tuah cakap dia nak buat biar perfect dan tak nak sumbang mambang dan biarlah duet dengan Tengku Puteri menjadi yang terbaik....dia tak nak ada pihak yang malu dengan persembahan yang cincai mincai'


'Bagus gak otak Tuah tu ye...ye la kalau sumbang beta dan dia jugak yang malu....tak pe beta setuju sangat dengan rancangannya tu'


Nenek ni memang panjang sangat akalnya. Tadi diayatnya Hang Tuah kini di kenakan pula Tun Teja. Ya lah bila lagi nak  kenakan Tun Teja tu. Selama ni asyik dia je yang di kenakan Tun Teja. Ni kalilah nak balas dendam pun. Baru padan muka Tun Teja tu menurut saja apa kata nenek. Dalam hidup ni kenalah pandai berdrama dan melakonkan watak dengan baik tapi jangan sampai pecah tembelang. Perancangan kena baik dan forecast kena betul baru nampak real. Ada setengah orang nak menipu tapi tak sampai suku jalan orang dah tau taktik menipu tu. Cara nenek ni memang terbaik...takde siapa yang tahu tapi semua yang di buat tu bukan untuk menjatuhkan sesiapa tapi dengan tujuan yang baik. Jangan kita menipu untuk menjatuhkan orang lain. Itu dah masuk bab fitnah yang di larang ugama.


Dari jauh nenek nampak Hang Tuah sedang bertungkus lumus menyediakan senarai lagu yang akan di dendangkan nanti. Helai demi helai di selaknya kertas senarai lagu. Sebenarnya Hang Tuah belum tahu lagi yang Tun Teja dah sediakan senarai lagu kegemarannya. Kesian gak nenek tu tengok Hang Tuah beria-ia benar dok cari lagu dalam lembaran senarai tersebut.


'Kamu buat apa tu Tuah, sampai tak bengah-bengah dari tadi nenek tengok'


'Apa lagi nek, dok cari dan sediakan senarai lagu untuk malam esok la'


'Dah siap ke senarai lagu tu?'


'Tengah bengang ni, banyak sangat lagu yang sesuai, ni dok tengah senarai pendek kan lah...aduh kacau...masa lak suntuk'


'Nah cuba tengok ni'


'Apa dia pula nek....jangan lah dok tambah sakit kepala saya ni dengan kerja yang bukan-bukan...'


'Cer kamu tengok apa dia yang tertulis tu'


'Senarai apa pulok ni....jangan cari pasal la nek, yang dok ada ni pun dah sangat pening'


'Tengok la dulu...asyik membebel jer'


'Nenek tau apa pasal lagu-lagu ni...nenek tu pandai mengasuh jer'


'Tengok orang la dulu nak cakap pun....nanti malu sendiri kan'


Lalu Hang Tuah meneliti senarai lagu yang di berikan oleh nenek tadi. Terbeliak biji mata Hang Tuah melihatnya. Senarai lagu yang di berikan oleh nenek tadi seakan sama dengan senarai lagu yang sedang di pilihnya. Takkan kebetulan pula.


'Nek ni senarai lagu sapa yang bagi?'


'Agak kamu sapa yang bagi...Megat Panji Alam?'


'Nenek ni suka sangat bergurau la...kita serious  dia main-main lak'


'Boleh tak kamu guna otak dan akal fikiran kamu yang waras tu'


'Dah tak masuk akal la nek...mana boleh secara kebetulan...orang yang bagi senarai ni memang orang yang tahu pasal lagu secara mendalam'


'Tu senarai lagu yang di berikan kan oleh Tun Teja Tuah oooi'


'Ye ke nek?...Biar betul...camnner dia tahu ni semua lagu kegemaran saya...nenek pun tak tahu lagu yang saya suka main'


'Tu la firasat namanya....kamu faham...maknanya kamu dengan Tun Teja memang sepadan dalam banyak hal ni..'


'Oooo mungkin ya gak'


'Bukan senang nak dapat orang yang boleh jadi soul mate ni...kira kamu ni beruntung la boleh jadi pasangan duet Tun Teja ni'


'Nampaknya kena buat yang terbaik ni...biar nampak real semasa berduet nanti'


'Tapi ingat sikit jangan over lak...kat situ ada Megat Panji Alam...berhati-hati sikit, nanti kan lagu kemana kepala kamu tu pecah berkecai'


'Ni bukan anak ayam main nak hentam tak tentu pasal...tengok orang la nek'


'Kamu ni cakap besar betul...Megat Panji Alam tu semua orang takut kat dia...orang Kelantan panggil gedebe...faham tak'


'Tak kisah la semua tu janji saya dapat duet dengan Tun Teja cukup la'


'Nenek nak masak untuk makan malam nanti, kamu nak makan apa?Cakap jer nanti nenek masakkan. Setakat ikan dengan ayam ada la. Kalau nak makan daging kambing atau lembu ke kena lain hari la. Hari ni takde pulak orang jual daging datang sini'


'Takpe nek, malam ni saya tak nak makan, lagi pun tadi dah banyak makan-makan sampai kembong perut ni'


'Betul ni tak mau makan? Kamu jangan wat pasal nanti malam perut berkeroncong susah lak, kedai Siam tom yam kat simpang tu tak buka lagi, kamu gak yang cakap tukang masak tu balik ke Siam'


'Takpe...nenek tak yah susahkan saya...nek masak untuk jer la'


'Nenek makan sorang diri mana ada selera...makan ramai-ramai kan seronok'


'Maaf la nek malam ni saya nak tumpukan pada latihan untuk persembahan malam esok....saya tak nak gagal kali ni...nanti naya saya kena hentam' 


'Sapa yang hentam kamu...kamu ada musuh ke?'


'Takde la musuh...tapi kena hentam kat penonton la'


Sebenarnya tadi Hang Tuah dah terlepas cakap yang kalau gagal bawa balik  Tun Teja memang kena hentam dengan Sultan la. Nasib baik nenek ni dungu sikit dalam hal demikian kalau tak nanti terbongkar rahsia dah tak boleh nak sorok lagi. Hang Tuah menampar-nampar mulutnya.


'Biasanya sebelum persembahan berapa lama kamu berlatih?'


'Mahu gak berminggu lamanya...ya lah tengok kat mana yang nak perform la'


'Untuk jaga suara macam mana kamu buat?'


'Lain macam nenek tanya macam la nenek ni tahu pasal suara?'


'Tanya tak boleh ke?...Mana tahu nenek pun nak belajar nyanyi gak satu hari nanti'


'Tak yah mimpi la nek...dah bangka cam ni pegi surau la lagi bagus'


'Lain macam kamu hentam nenek ye...maklumlah kamu tu penyanyi tersohor...bukan saja kat sini, luar negara pun terkenal gak'


'Jangan bersedih nek...gurau jer tu'


'Gurau pun kena la tengok keadaan yang sensitif sangat jangan la buat gurauan...bukan kelekar kalau kita sakitkan hati orang'


'Serious semacam nampaknya nenek ni'


'Ada kalanya kena serious gak, tak boleh la wat lawak sepanjang masa...macam musim gak...ada hujan ada panas ada musim bunga dan macam-macam lagi'


'Maaf nek bukan maksud nak jatuhkan maruah nenek...saya silap gurau tadi tu...minta maaf sekali lagi yer'


Sebenarnya Hang Tuah tak pernah tahu siapa sebenarnya nenek ni. Yang Hang Tuah tahu sebelum ke Pahang ni melalui risikan pasukan nya, nenek ni merupakan orang yang bebas keluar masuk istana dan merupakan pengasuh kepada Tun Teja. Dan sudah tentulah nenek ni menjadi target utama dalam menjayakan misi ini. Sejarah lalu nenek ni tiada dalam rekod pasukan risikan. Sebenarnya nenek ni juga adalah satu misteri.



'Nek boleh tak saya bertanyakan nenek satu soalan peribadi?'


'Nape kamu nak tahu sangat ni?...Selama ni takde pun kamu nak tahu pasal nenek'


'Bukan apa nek, mungkin saya takkan lama lagi di sini, agaknya selepas pesta ni saya rasa nak balik ke Melaka lah'


'Nape tiba-tiba nak balik...kamu dah jemu ke tinggal di Pahang ni...rasanya banyak lagi tempat yang belum kamu lawati'


'Tak penting nek...saya rindukan kampung halaman'


'Apa yang kamu nak tahu pasal nenek ni...rasanya takde gunanya jika kamu tahu sapa nenek dan sejarah silam nenek ni'


'Mungkin bagi orang lain takde faedahnya, tapi bagi saya besar sangat faedahnya kerana saya telah menjadi sebahagian dari hidup nenek'


'Sedih gak kamu cakap camni Tuah...tapi seperti yang nenek bagi tahu tadi la...tiada apa yang bermanafaat tentang diri nenek ni'


'Sebelum saya pulang ke Melaka memang nak sangat saya tahu kisah silam nenek...boleh la kiranya nanti saya khabarkan pada ibu ayah saya yang nenek lah yang banyak membantu ketika saya di Pahang ni'


'Sebelum nenek menjadi pengasuh kepada Tun Teja dulu nenek pernah bekerja sebagai dayang istana...dan nenek di masukkan dalam pasukan artis istana dalam bidang tarian dan nyanyian'


'Ooo sekarang baru saya faham kenapa tadi nenek bertanyakan saya macam mana saya menjaga suara'


'Nenek dulu adalah lead vocalist dalam team kebudayaan istana Pahang ni...ke merata tempat nenek dah pergi buat persembahan...mungkin masa tu kamu ni masih beringus lagi'


'Aduh malunya saya...tak sangka langsung'


'Tu la Tuah dalam hidup ini kita kena selalu memandang tinggi pada seseorang walau pun orang tu asing bagi kita dan kita kena selalu bersangka baik.'


'Saya telah belajar sesuatu yang sungguh bermanafaat tentang kehidupan dengan nenek hari ni. Memang benar cakap nenek...kita tak boleh pandang rendah pada orang lain kerana kita tak kenal siapa dia...entah-entah dia lebih hebat daripada apa yang kita sangka....lagi nek...teruskan'


'Dulu nenek pernah jatuh cinta dengan seorang pegawai istana....lama gak kami bercinta...masa tu ramai gak la balak-balak istana yang dok usha nenek ni tapi nenek buat tak endah jer...ye la hati nenek telah nenek berikan pada seseorang'


'Tuanku tahu ke kisah nenek ni?'


'Tak tahu, mungkin tuanku suspek jer la kerana setiap kali keluar istana untuk buat persembahan balak nenek ni mesti ada sama...macam mana dia kelentong Tuanku tu nenek tak tahu...jadi masa kat luar tu kami bebas la sikit nak kuar jalan-jalan, mesra-mesra gitu'


'Habis tu nenek kawin ke dengan pakwe nenek tu?'


'Nak dijadikan cerita...satu hari pakwe nenek tu di tugaskan untuk berurusan dengan kerajaan Kelantan...dia pun pegi la dengan 5 orang lagi utusan.....sedih gak nak citer pun'


'Apa jadi pah tu nek....rasanya ni cinta yang tak kesampaian...mesti trajis ni'


'Lebih kurang 6 bulan dia tak balik, 3 orang lagi tu balik ke mari jadi tinggal 3 orang lagi la kat Kelantan tu....rupanya'


'Saya rasa yang tiga orang dah tersangkut dengan mek Kelantan....betul tak nek?'


'Memang betul la tu...pakwe nenek tu tersangkut dengan dayang istana...memang dia cantik giler...putih melepak...kalau kamu tengok pun leh cair la.'


'Macam mana lak nek boleh kenal pompuan tu?'


'Pakwe nenek bawa balik pompuan tu ke sini setelah pompuan tu mengandung 3 bulan....dia orang kata mereka tu nikah di Siam...tapi nenek tak kisah lah janji mereka berdua bahagia'


'Sedih gak kisah nek ni yer....tak sangka gak nek ada kisah silam yang memilukan'


'Selepas pompuan tu melahirkan anak....anaknya meninggal  dan selang beberapa minggu pompuan tu pula meninggal....dan masa tu lah pakwe nenek tu dah macam orang gila'


'Eh...trajis sungguh cerita nek ni...tak di sangka betul lah nek...'


'Nenek kesian sungguh tengok pakwe nenek tu...nenek sanggup kahwin dengan dia tapi dia kata dia sungguh menyesal tinggalkan nenek dan dia tak mahu lagi tengok muka nenek. Kamu tahu dia nampak jer muka nenek dia rasa macam dia adalah manusia jahat yang sangat zalim pada nenek....dan rasa bersalah tu lah yang di bawa bersama sehingga memusnahkan hidupnya...'


'Mungkin kerana nek ni baik dan cinta suci serta setia pada pakwe nek tu...sebab tu dia rasa bersalah sangat'


'Memang betul,  sebiji apa yang kamu kata  tu...dan akhirnya dia jadi tak siuman dan meninggal dalam penjara...sampai kini lah nenek tak nak lagi terlibat pasal couple ni...memang masa tu nenek tengah top, ramai lah balak-balak yang dok ngidamkan nenek, dan ada juga pegawai istana yang suami orang tergila-gilakan nenek,  yang jenis ni memang gatal giler...asyik nak ajak kuar, nenek bukan tak paham niat mereka tu...nenek tak layan...sehingga lah satu hari'


'Menarik gak citer nenek ni....sedih pun yer...'


'Sampai satu hari nenek hampir di perkosa oleh salah seorang pegawai istana...laki kawan baik nenek...kurang ajar betul mamat tu...'


'Dia nak buat apa kat nenek?'


'Dia ajak nenek pegi kerumahnya katanya isterinya ada hal penting nak jumpa nenek...jadi nenek pun percaya lah cakap mamat tu...nenek pun pergi...masa kat rumah tu pintu tak berkunci jadi nenek naik lah ke atas rumah dia...masa tu la dia datang dari arah belakang dan kami bergelut sampai nenek luka kat lengan ni...ha...ni parutnya'


'Oooo besar gak lukanya tu...kesian betul kat nenek ni'


'Dia tipu nenek, sebenarnya isteri dia balik kampung bapanya sakit masa tu la dia ambil kesempatan...'


'Habis tu apa jadi dengan mamat tu?'


'Dia kena buang kerja tapi dia fitnahkan nenek sampaikan isteri dia pun tak bertegur sapa dengan nenek...sekarang tak tahu mana dia org kerana selepas peristiwa tu bapa Tun Teja lantik nenek jadi inang pengasuh....nenek pun suka kerana lebih rasa selamat..'


'Jadi nenek tak pernah kawin la ye?'


'Kan masa kamu datang tu nenek bagi tau yang nenek ni sebatang kara...' 


'Ya la saya masih ingat lagi nek....takpe lah mulai saat ini saya akan jadi anak nenek....'


'Habis tu kamu nak balik ke Melaka, nenek tinggal gak sorang-sorang kat sini'


'Nek ikut saya balik Melaka..saya kan anak nenek dah sekarang ni'


'Habis Tun Teja tu nak letak mana?'


'Kita bawa dia sekali'


'Tu tunang orang...kamu tahu apa hukuman kalau bawa lari tunang orang...tunang bakal Sultan lagi tu'


'Dah kita bawa lari, mana dia orang tahu ke mana?'


'Banyak lah kamu  ni...nanti perang dua buah negeri...kamu apa tahu?'


'Pandai-pandai lah nak hidup nek...saya masih mampu jaga nenek dan Tun Teja tu'


'Kamu ni biar betul....hiiish mengarut la'


'Tak mengarut tapi benar belaka'


'Sejak bila kamu dah jatuh hati pada Tun Teja ni?'


'Sejak pertama kali bertentangan mata...saya rasa Tun Teja pun di panah asmara gak....betul tak nek?'


'Nenek nampak pun macam Tun Teja tu sukakan kamu juga la ....ada la 49.9 % gitu'


'Nenek tengok lepas persembahan nanti...dah pasti 101%...tak caya tunggu'


'Kamu jangan nak buat gila pula....kalau ketahuan kat Tuanku mati nenek di kerjakan'


'Sapa nak tahu nek...hanya kita berdua dan Tun Teja saja yang tahu pun'


Nenek sebenarnya tak ambil kisah sangat dengan cakap-cakap Hang Tuah tadi tu. Bagi nenek tu semua angan-angan khayalan dan citer Mat Jenin Hang Tuah saja. Nenek tak pernah tahu niat sebenar Hang Tuah walau pun sekejap tadi telah Hang Tuah bagi hint yang dia ada misi tertentu dan telah juga menyatakan bahawa dia serious dalam menawan hati Tun Teja. Siapa pun takkan sangka seorang penjual kain akan berjaya bawa lari seorang puteri kerabat DiRaja Pahang. Itu semua cerita yang tak masuk akal langsung.


bersambung ke bahagian 5....














MALAM PENUH BINTANG...a fiction..(16)

$
0
0

Saya sudah terlupa akan pertanyaan mereka tadi kerana asyik dengan ketawa dan gurau senda yang tidak kehabisan.


“Ok…untuk pertanyaan kamu tadi tu…jawapan saya ialah bila selepas makan, orang yang tahu apa erti dan makna perbuatan tersebut melakukan demikian menunjukkan dia seorang yang berpengetahuan dari segi adab susila makan…faham ke tak ni…terkebil-kebil jer.”


“Kami sedang mendengar ni…teruskan lah wahai sifu,” kata Elizabeth yang dengan mendengar dengan teliti tiap patah perkataan saya tadi.


“Menjilat jari selepas makan adalah perbuatan yang pernah Nabi kita lakukan…di hujung jari kita ni terdapat enzyme yang membantu penghadaman dengan chemical reaction yang terjadi setelah berada dalam mulut kita…dan dengan membasuh tangan sebelum makan bermakna kita yakin dengan kebersihan berbanding guna sudu garfu…itu sebab ramai yang terkena hepatitis B bila menggunakan alatan lain selain tangan sendiri…penyakit kuning di sebabkan oleh jangkitan bakteria pada sudu garfu…dan sekarang orang Jepun, Korea dan China atau lain-lain bangsa yang menggunakan chop stick telah beralih kepada penggunaan disposable chop stick…ada faham ke wahai dewi-dewi ku tersayang…”


“Sangat masuk akal,” kata Elizabeth.


“Apa tak masuknya…sangat masuk lah…best kan.”


“Uncle…jaga-jaga tutur kata,” sahut Emilia.


“Kamu ni Emilia memang blue gila otak kamu.”


“Hanya sebagai peringatan takut ada yang robek dan calar balar mulut kena cakar nanti.” Emilia berkata dengan selambanya sambil menjeling kearah saya.


“Ok kita sambung balik hal tadi tu…bila balik rumah nanti kalau kamu masak gulai guna santan…cuba masukkan atau tenggelamkan jari telunjuk kamu kedalam gulai tersebut...nescaya gulai tersebut cepat jadi basi…kenapa…kerana tindak balas enzyme yang ada di jari telunjuk tersebut…tapi kena ingat…kadang-kadang kamu berdua ni bendul juga…celupkan jari tu masa gulai tu sudah suam atau sejuk, jangan nak memandai celup masa tengah panas…jangan salahkan saya kalau terbakar jari…salahkan lah pada kebodohan sendiri…”


“Dalam serius bagus punya lecture, dengan muka selamba giler dia tu di akhir kata kita di kenakan  juga…tak hebat ke sifu kita ni…kau perasan tak Lia…terbaik la woook…”


“Kau ni Liz dah terbawa-bawa dengan wooook kau tu…ni penangan Aril AF la ni…betul kata kau tu Lia, dalam manis madu terpalit pahit yang menyiksa…uncle oh uncle.”


“Lia…madu-madu pahit-pahit tu saya tak nak campur…seram dan menyeramkan….”


“Tau takpe…jangan nak bermain kiranya takut terbakar diri…sifu oh sifu…kau telah membuka pintu hati ku untuk lebih terbuka melihat alam yang penuh pancaroba ini.” Emilia menyambung. Macam seronok pula mereka berdua ni.


“Wah…terbaik lah kamu ni…bangganya hati ku ini,” kata saya seperti menyokong apa yang di lafazkan mereka tadi.


“Tak ada kena mengena kebijaksanaan kami ini dengan uncle…tak usah nak menumpang dan menyombong membangga diri…”Elizabeth tiba-tiba mencelah.


“Sekarang sifu pun di kerjakan…menyesalnya diri ini memperturunkan ilmu pertahankan diri tu…kita di kuntaunya balik sampai terduduk.”


“Sedar-sedar lah diri yang semakin hari semakin menjadi basikal tua.” Emilia memulangkan paku buah keras kepada saya.


Saya merasa kelucuan yang teramat dengan tutur kata mereka berdua ini.


“Kamu cakap tadi kenapa Haikal tak minum semasa makan sebaliknya minum setengah jam kemudian…itu sebenarnya adalah rahsia lelaki...ilmu itu di perturunkan oleh orang-orang tua tempat saya juga…dengan berbuat demikian…boleh memperkasakan tenaga batin untuk lelaki dan sangat berguna ketika bersenggama…kamu mana tahu senggama tu apa…tunggu lah masa kamu kahwin nanti dan tahu lah kenapa Haikal tu berbuat demikian…itu juga amalan saya sejak dari kecil selepas berkhatan…ingat ye Liz khatan…bukan khatam.” Sambil saya tersenyum selepas menghuraikan apa maksud perbuatan Haikal itu.


“Aku sebenarnya tersangat kagum dengan ilmu dan pengetahuan yang ada pada uncle..kau tak rasa gitu Liz…perkenalan dan pergaulan kita dengan Haikal dan uncle ni banyak membawa erti yang tak terungkai dalamnya manafaat buat kita…tiada kata yang lebih sempurna untuk mengaitkan uncle dengan Haikal selain ‘kaulah segalanya’…akan kami tatang dengan penuh hormat segala apa yang telah uncle perbuat untuk kami berdua…perkataan terima kasih tidak dapat mencapai maksud yang tersirat di hati kami…betapa agung dan mulia serta terindahnya suasana dengan kehadiran uncle di sini…uncle menggamit memori kami dan melepaskan satu awan hitam dan kelabu yang sentiasa berlegar di pundak kami…” Emilia berucap panjang sambil memandang saya dengan sayu dan mengharukan.


Elizabeth tiba-tiba memegang tangan Emilia dan sebelahnya lagi memegang tangan saya seraya terkumat kamit mulutnya untuk berkata sesuatu.


“Kalau kau perasan Lia mengapa terlalu banyak sangat persamaan di antara uncle dengan Haikal sedangkan mereka berdua jauh terpisah oleh jarak waktu…tetapi seolah aku melihat uncle adalah di dalam dimensi kita waktu ini…bersama uncle aku tak merasakan kita terpisah jarak waktu di segi umur…aku rasa aku berada di alam nya dan dia berada di alam kita…aku sungguh sedih dan tak mau membayangkan kita bertiga kan terpisah oleh keadaan yang memungkinkan kita tidak lagi akan ketemu dan bersama-masa menikmati suasana indah ini…”


“Liz please…tolong berhenti…”sambil saya memegang tangan Elizabeth dan seraya tunduk membisu menahan kekangan panasnya terasa kelopak mata saya di genangi airmata di pagi syahdu ini. Elizabeth menggenggam erat tangan saya seolah tidak mahu melepaskan.


“Maafkan kami uncle…kami terbawa oleh perasaan yang sukar untuk di bendung…uncle kini seolah pelindung kami dan kami berharap uncle akan hadir lagi ke sini walau dalam bentuk apa pun…kami sedia dan tak akan, tidak sesekali pernah menghapuskan bayangan uncle dalam hidup kami…uncle…uncle…” Emilia seperti mengeluh tentang perasaannya yang kini terbuai dengan kata-katanya sendiri.


“Lia…..tolonglah…jangan lepaskan uncle pergi dalam keadaan begini…biarlah uncle berlalu dengan damai di hati membawa segala kenangan bersama kamu berdua…akan uncle pahat kan kenangan ini menjadi satu tugu tanda mercu kita bertiga….”


Kerana sebak yang teramat saya tidak dapat meneruskan bicara.


Terdetik di hati kecil saya bahawa saya juga akan merindui saat-saat ini setelah lembah permai ini saya tinggalkan. Saya memandang kearah Emilia dan Elizabeth yang dengan mata yang tak berkelip sedang melihat saya dengan penuh keharuan.


Matahari semakin meninggi. Sekitar lembah Bundu Tuhan ini bermandi cahaya yang indah. Walau persekitaran semakin terang, cuaca sejuk tetap bertamu. Puncak Gunung Kinabalu hampir separuh terlindung awan. Sekejap nanti akan terpisahlah saya dengan semua keindahan yang sedang terpancar di depan mata, dan saat-saat begini akan menjadi memori yang tak terlupakan.


“Kamu lihat di sana tu…burung-brung camar dan segala unggas berterbangan sebebasnya keluar dengan tujuan masing-masing. Indah kan alam ciptaan Tuhan ini. Masa begini lah kita mendapat cahaya yang sangat berguna untuk kesihatan manusia…jarak antara jam 9-11 pagi adalah waktu terbaik untuk tubuh badan manusia memanafaatkan UV rays…pancaran ultra violet sangat bagus untuk kulit manusia…setengah saintis berpendapat pancaran cahaya ini dapat membantu memulihkan barah kulit…tambahan pula dengan vitamin udara percuma yang ada di sini…kamu tahu vitamin udara yang saya maksudkan itu ialah negative ion…memang negative ion banyak terdapat di persekitaran hutan yang menghijau dan paling terbaik dikawasan air terjun…kamu beruntung jadi penghuni di sini…satu hari jika berkesempatan saya masih bernyawa mahu saja saya mengangkat beg ke sini dan bersama menjadi penghuni walau pun saya mungkin tidak di undang dan  di perlukan…”


“Kalau uncle berbuat demikian Lia lah orang pertama yang akan sujud syukur ke hadrat Ilahi…,” terharunya saya dengan pengucapan Emilia tadi.


“Berbalik kepada cerita kami dengan Haikal…sebaik saja kami nampak kereta Mini Cooper menghampiri tempat letak kereta ini, kami berdua berdebar-debar tak terhingga. Kami nampak Anastasia memberhentikan keretanya di tepi cerun menghala ke tangga dan sudah pasti mereka tidak dapat melihat kelibat kami. Setelah mengucapkan selamat tinggal Anastasia berlalu dan kami nampak Haikal sedang menuju tangga untuk naik ke atas di biliknya.”


‘Assalamu alaikum’


“Macam terkejut gaya nya Haikal mendengar ucapan salam dari Lia, sambil kami berdua pergi merapatinya.”


‘Wa alaikum mussalam warah matul lahi wabarakatuh…eh kamu berdua rupanya…buat apa malam-malam cam ni kat sini’


‘Kami ada hajat…nak bincang dengan awak…bukan saja saya nak dengar cerita awak tapi Liz yang kat sini pun memang nak sangat-sangat berhajat nak jumpa awak’


‘Kalau esok boleh tak…saya ngantuk dan kurang selesa, belum mandi lagi ni…’


‘Esok takut sudah terlambat dan jangan ada yang menyesal nanti’


“Sebenarnya uncle itu taktik Lia untuk pastikan Haikal meluangkan masa bersama kami. Kalau tidak dia memang nampak sangat mahu mengelak dari kami berdua.”


“Pandai juga guna cara saikologi ye…betul tu saya pun bila orang cakap macam tu, memang kena jumpa juga, takut apa pula yang di maksudkan terlambat tu…hebat cara kamu ni.”


“Tu dulu sebelum belajar teknik pukulan maut dengan uncle lagi…kalau macam sekarang ni tak sempat dua langkah dah K.O. kami kerjakan,” ujar Emilia dengan seronoknya.


‘Apa sangat pentingnya kamu berdua nak jumpa saya ni…kita kira rengkas saja lah ye…jom kita kat pangkin tu …letih berdiri ni’


‘Letih berdiri ke letih di kerjakan’


“Dengan spontan perkataan tu keluar dari mulut Liz…Lia tarik-tarik kan tangan Liz minta dia bersabar. Lia tahu Liz dah tak tahan sabar sangat tu.”


‘Cara kamu cakap ni buat saya kurang senang..saya faham maksud kamu tu…jadi mari kita mulakan…apa sebenarnya yang penting sangat sampai tak sabar tunggu hari esok’


‘Kami keliru...yang lebih keliru Liz ni…nape buat kami macam ni?’


‘Apa yang dah saya kelirukan kamu…saya pun keliru dengan soalan kamu ni…’


‘Kenapa awak pinggirkan kami…dan macam selalu mahu avoid untuk jumpa kami…entahlah tak faham dengan perangai awak…semua orang KL perangai macam ni ke…lagak semacam’


‘Orang macam saya ni di katakan berlagak….semua manusia ni sama tak kira dimana…di tempat saya ada samseng dan saya ingat dalam hutan manusia semua baik tapi perangai orang kat sini ada yang lebih teruk dari binatang’


‘Kasar cara awak cakap pada kami orang  kat sini…ingat sikit awak tu baru saja kena bantai nanti kena sekali lagi kami tak tahu…mulut tu jaga sikit’


‘Atau peristiwa saya kena bantai tu rancangan awak berdua…bukan boleh percaya orang kat sini’


‘Sejahat orang di sini tak ada yang buat perangai tikam kawan kat belakang…setahu kami yang lebih binatang perangainya, orang-orang kat bandar besar tu….sumbang mahram, bunuh diri, rasuah, penipu, perompak, pemabuk, judi, jual orang, jual dadah segala macam yang ada kat dunia ni semua ada kat tempat awak tu….sekarang siapa yang lebih binatang’


“Lia berdua saja berdailog dengan Haikal sementara Liz diam memerhati. Mendengar apa yang Lia cakap tu Haikal terdiam…lama juga dia membisu…mungkin yang Lia cakapkan tu ada logik…Lia pun berhati-hati juga keluarkan pendapat, kalau salah nanti termakan diri pula.”


‘Sekarang kamu dua orang ni bagi tahu nak suruh saya buat apa?’


‘Kami nak tahu sebab musabab kenapa kami di pulaukan dan awak memilih orang yang baru di kenali untuk menemani awak ke hulu ke hilir siang dan malam’


‘Ooo itu puncanya…kira dengki khianat la ni ‘


'Ya memang kami jeles tapi kenapa berlaku secara tiba-tiba dalam masa terdekat ni yang buatkan kami rasa kami ni macam tembikai boleh di golek sana sini dan akhirnya pecah…kami yang merana tau…’


‘Apa hak kamu berdua untuk menentukan siapa dan dengan orang jenis mana yang boleh saya keluar…perlukah saya minta izin dengan kamu semua’


‘Yang awak tetiba lari daripada kami ni kenapa….apa salah kami…itu yang kami nak sangat-sangat tahu puncanya…kalau kami tahu senang bagi kami nak teruskan buat keputusan…ini tanpa apa sebab main tinggalkan macam tu saja …awak tahu macam mana Liz ni begitu prihatin dan sanggup jaga awak siang malam mengalahkan bini masa awak terlantar kat hospital tu dulu…dah lupa atau dah hilang ingatan’


‘Ooo macam tu, ni kira nak minta balas jasa lah ye…orang kalau hatinya ikhlas tak payah nak cerita-cerita, ini sikit jer buat kerja memekik heboh sekampung…kalau macam ni lah perangai orang sini…ngeri lah..nyesal lah datang ke mari ni…dulu ingat tempat ni selamat dan bahagia jauh dari manusia jahat…ye la ada binatang jer sini…ingat ok lah…tapi haiwan kat sini lagi ganas’


‘Awak jangan nak buat kami ni naik darah…nanti tak pasal-pasal ada yang masuk lagi hospital’


“Lia pun jadi berani tak tahu kenapa uncle, pada hal berjalan pun belum betul lagi…kelakar…entah-entah Lia yang masuk hospital…Lia tengok Haikal terkebil-kebil. Liz yang masih berdiri kat pagar depan kami tak cakap sepatah pun.”


“Aku sebenarnya sangat terharu dan kagum dengan sikap kau yang berani sangat berhadapan dengan Haikal tu…aku masa tu risau juga maklumlah Haikal tu kan macam Tony Jaa…silap haribulan dia naik darah di lipatnya kita berdua.”


“Betul juga kata Liz …kan Andry dengan kawan-kawannya pun tak mampu nak kalahkan Haikal tu…ini pula kamu yang perempuan, banyak mana sangat la kudrat kamu tu” kata saya menyampuk cakap mereka berdua.


“Masa tu uncle, Lia nampak Haikal ni macam ular tedung yang Lia pernah bungkus dengan kain tudung kepala masa kat kebun dulu…ular tedung yang bisa tu pun Lia bungkuskan ini kan pula setakat Haikal yang dah cedera kepala tu….Lia kalau tengah naik angin Lia rasa macam boleh terbang…ni kuasa Rungus dan Suluk kot…”


“Betul tu…saya dah tengok kamu terbang,” saja saya kata begitu pada Emilia nak tengok reaksinya.


“Bila uncle…tak perasan pula uncle nampak Lia terbang.”


“Saya dah kena banyak kali…tangan terbang kamu tu yang secepat kilat mencubit dengan gaya terbang kamu.”


Kami bertiga sama-sama ketawa mengingatkan gelagat masing-masing.


‘Tanya diri sendiri kenapa saya macam dah tak minat nak berhubungan dengan kamu berdua….sebelum nak menuduh orang periksa diri tu dulu…jangan sedap-sedap nak buat orang merana, pah tu main tuduh-tuduh…saya ni masih boleh sabar…’


“Masa tu uncle Liz dan Lia macam tetanya-tanya apa yang telah kami lakukan hingga membuat Haikal menuduh kami macam tu…kami terpinga-pinga…,” tiba-tiba Elizabeth berkata-kata semacam keliru dengan apa yang Haikal ucapkan.


‘Setahu kami tak ada apa yang kami berbuat salah pada awak…apa yang kami buat semuanya dengan niat yang baik’


‘Kamu sedarkah apa yang kamu cakap ni…kamu ingat saya ni hati batu, hati cacing, hati ular, hati kaldai….hati entah apa-apa…sakit kepala ni boleh saya tahankan lagi tapi sakit hati sangat lah menyiksa…faham ke tak ni…?’


‘Awak tu yang menyiksa hati kami ni, awak pula yang katakan kami tuduh awak buat benda macam-macam yang kami tak faham…apa semua ni?’


‘Kamu sedar tak perkataan ‘kami’ kamu tu yang membunuh dan menyiksa batin saya…kamu sengaja mengoyak meleburkan sekeping hati yang sangat berharap ketemu damai di sini…kamu tu yang membahasakan diri kami telah membunuh segala rasa indah saya di sini…’


“Tiba-tiba saja Liz menangis terisak-isak sambil dia duduk mencangkung bersandarkan pagar yang mengadap jalan dengan memekup mukanya. Isak tangisnya membuat Lia lagi keliru uncle…payah Lia nak faham waktu tu.”


“Kau tahu Lia waktu tu aku dah faham apa maksud nya bila dia kata perkataan kami tu yang menyiksa dia…itu yang buat aku rasa sangat bersalah dengan dia…aku waktu tu mau saja melutut dan minta di ampunkan segala apa perbuatan aku yang begitu menghiris kalbunya..”


Dengan perasaan hiba Elizabeth menceritakan perihal sebenar apa yang berlaku saat itu. Emilia merapatkan dirinya kearah Elizabeth seraya di peluk bahu Elizabeth mendekati ke dadanya. Saya turut terharu.


‘Siapa yang lebih terluka…yang melukai atau yang di lukai….tolong jawab soalan yang sangat senang ini….saya pun tak tahu samada saya telah berlaku adil kepada kamu semua dengan tindakan saya ini atau saya sedang menzalimi diri saya sendiri.’


“Masa tu isak tangis Liz menjadi-jadi sambil meletakkan mukanya ke atas lutut dan waktu tu uncle Lia pun jadi keliru kerana soalan senang yang dilemparkan oleh Haikal seakan terlupa untuk Lia menemukan jawapan oleh marah yang sedang membara. Ketika Lia menghampiri Liz dan memegang bahunya Liz terus bangun dan berlari kearah jalan keluar resort ini…kat bawah tu la uncle Liz ni lari…Lia mana boleh lari laju…kaki masih belum pulih betul……kau ni Liz memang buat hal betul malam tu…buat aku panik takut kau apa-apakan diri kau…”


‘Tolong lah awak pergi kejar Liz takut nanti dia berlari ke jalan besar waktu ni banyak truck yang lalu lalang kat situ…saya tak dapat nak kejar dia dengan kudrat saya sekarang ni…tolong lah saya merayu pada awak…saya melutut mohon simpati…saya buat apa saja yang awak mahu tapi tolong selamatkan Liz tu…dia adalah separuh nyawa saya…’


“Lia merayu pada Haikal, merayu dengan sepenuh hati…Lia tengok Haikal macam orang sedang kebingungan dan sepantas kilat dia berlari mengejar Liz yang sudah hampir dengan jalan besar….Lia hanya dapat memerhati adegan tersebut ditepi pagar ni…dalam hati, Lia berdoa setulus jiwa raga agar tiada apa yang terjadi ke atas diri Liz.”


Sekali lagi saya melihat Elizabeth menggosokkan tangannya ke atas shawl biru di kepala Emilia dengan satu percikan rasa hormat dan penuh kasih sayang. Hebat sungguh drama pentas yang mempamirkan kesucian dua hati yang terpaut rapat hasil dari kesengsaraan yang mereka tempuhi yang hanya mereka berdua saja faham akan getir dan nikmatnya erti sebuah persahabatan yang melangkaui batas anutan, suku kaum dan juga budaya. Hati mereka berdua seolah tercantum dan begitu tak terleraikan.


Semalam saya hanya berpeluang melihat mereka dalam kesamaran lampu neon dan hari ini dengan jelas dapat melihat dalam sinar matahari pagi. Siang hari ini baru saya perasan yang Emilia mempunyai tahi lalat di bawah bibir sebelah kiri yang memaniskan lagi wajahnya yang putih berseri. Hidungnya yang sederhana mancung di indahkan dengan padanan tulang pipinya yang tinggi dengan dahinya yang sedikit menyerlah menjadikan mukanya membujur ke bawah. Shawl biru yang menutupi sebahagian rambut di kepalanya menzahirkan kecantikan yang membuat mata kita tidak jemu memandang.


Rambut Elizabeth yang panjang mengurai kelihatan subur, licin dan berkilat. Tubuhnya sedikit gempal yang tidak keterlaluan dengan mukanya yang agak bulat di serikan dengan mata hitam nya yang bulat dan galak. Pipi gebunya yang kemerahan dengan bibir seulas limau termuncung ke depan menjadikan wajahnya begitu seksi dan memikat. Mereka berdua ini merupakan contoh ciptaan sempurna Tuhan yang membuat kita sedar betapa agungnya hasil ciptaan itu untuk kita yang bernama manusia memanafaatkan ke jalan yang di redhai. Kita memuji ciptaan Tuhan bererti kita memuji kehebatan dan kewujudan Allah Yang Maha Esa…


Orang sekarang bercerita tentang urban look, berbangga dengan kecantikan demikian tapi bagi saya wajah plastik urban look tidak memberi apa makna malah membawa tafsiran berbeza saya dengan ramai orang…saya lebih menggemari sesuatu yang asli, dengan hanya sedikit calitan make up wajah dengan kecantikan asli pasti menyerlah…kalau ada urban look yang berlawanan saya namakan kampung look yang bagi saya lebih segar, bercahaya, membangkitkan rasa nikmat dengan pantasnya ketika memandang. Mungkin saya melihat dari sudut saya seorang pelukis, tafsiran saya tentang kecantikan di nilai dari kaca mata seorang seniman.


“Lia nampak Haikal berlari sepantasnya dan Lia dapat melihat dalam cahaya bulan purnama penuh di malam itu Haikal memeluk Liz dalam dakapannya. Lia memerhati dari kejauhan dengan satu rasa kepuasan kerana Liz telah di selamatkan oleh orang yang paling bertakhta di hatinya…dalam satu sudut lain hati perempuan Lia tidak dapat menidakkan betapa cemburunya Lia waktu itu…kemudian Lia tersedar bahawa itu hanyalah khayalan dan rasa simpati dan kasih sayang Lia buat Liz memadamkan rasa yang lain dalam diri Lia.”


Saya melihat Emilia tersenyum tetapi dapat di rasakan senyum itu ada pahitnya dalam keterpaksaan lalu Elizabeth terus memeluk Emilia seraya berkata:


“Lia maafkan aku yang tidak pernah ingin membuat kau terluka, aku lebih rela aku di lukai dari melihat kau merana tanpa aku di sisi, malam itu semasa Haikal menyambar tangan aku dengan kerasnya aku hampir terjatuh dan waktu itulah Haikal memeluk aku dalam dakapannya. Masih aku ingat Haikal berkata.”


‘Maafkan kiranya tindakan saya buat kamu sangat terluka…saya sayang kamu tapi saya tahu sayang yang tidak mungkin bersatu…tidak mungkin’…


“Sambil dia mencium pundak dahi Liz dengan satu ciuman panas penuh kesyahduan yang paling manis, agung, hebat yang tak terlupakan. Liz menangis semahunya di pelukannya. Lama kami berpelukan tanpa sengaja dan kami sedar perbuatan kami tidak manis jika terpandang orang. Perlahan-lahan Liz melepaskan tangan Liz yang merangkul pinggang Haikal sambil dia mengiringi Liz memanjat balik jalan yang sedikit berbukit menuju ke sini…jalan tu dan tempat ini uncle adalah kenangan yang melebihi perkataan terindah.”


“Ketika mereka berdua beriringan naik menuju ke sini Lia merasakan nikmat yang tak terhingga. Bahagia Liz adalah bahagia Lia. Sedih dan sengsara Liz adalah jua sebahagiannya untuk Lia rasakan. Sambil Lia duduk di pangkin ini Liz menerpa kearah Lia dan terus merangkul leher Lia semahunya. Lia biarkan apa yang ingin dilepaskannya…Lia masih ingat dengan jelas semua tu uncle…”


‘Maafkan aku…maafkan aku…maafkan aku Lia..’


“Masa tu Liz menggoyang-goyangkan kepala semaunya sambil kedua belah tangannya menepuk-nepuk belakang Lia…hati perempuan Lia yang lembut tidak mungkin menjadi keras untuk menahan duka mendengar rayuan maaf dari Liz berkali-kali…dan Lia menangis tersedu sedan dalam dakapan Liz….dah mula ni uncle…bila flashback semua ni Lia dengan sendirinya rasa sedih balik…rasa baru semalam peristiwa ini…apa lagi bila berhadapan dengan jelmaan Haikal yang ada kat sebelah ni…”


“Kau ingat tak Liz masa kau menerpa ke arah aku Haikal berdiri tegak tanpa sebarang kata dan aku dapat melihat dia dari hujung mata aku yang dia juga sedang bersedih menyaksikan gelagat kita berdua…dan aku sungguh kasihan melihatnya yang sedang kaku berdiri sambil menahan tangisan…aku tahu kerana dia mengelap-ngelap matanya beberapa kali dan selepas tu dia duduk di penjuru bangku ini seperti seseorang yang sedang menyesali sesuatu…aku tahu pasti dia sedang tersiksa.”


“Ya Lia aku tersedar dari tangisan aku dan terlihat Haikal dipenjuru bangku ini…lalu waktu itu uncle, Liz merangkak ke arahnya sambil memegang tangannya…Liz goncang-goncang tangannya namun dia dengan keras kaku membiarkan apa yang Liz lakukan. Masa tu juga Lia datang melutut di sebelah pahanya… kalau uncle ada masa tu uncle pasti menangis”


Sebenarnya Emilia dan Elizabeth masih belum terperasan yang saya juga sedang menahan airmata dari mengalir. Saya sedaya upaya cuba bertahan namun titis demi titis membasahi seluar jean yang saya pakai.


“Kau jahat Lia, tengok apa yang kau buat pada uncle…”


“Kau pun sama sedang menyiksa uncle.”


Saya tahu mereka berdua berbuat demikian untuk meredakan situasi dari tekanan  yang berlebihan. Saya juga semahunya tidak ingin untuk terbabit dalam soal hati dan perasaan yang mereka harungi bersama Haikal suatu waktu dulu. Tapi hati dan perasaan saya terbawa sama menjelajahi detik dan peristiwa mereka bertiga menjadikan saya seolah terlibat sama.


“Lama kami berdua di sebelah Haikal. Liz cuba menahan tangisan tapi lagi di cuba lagi lah rasa sedih menerjah dada. Liz memerhatikan Lia menarik-narik tangan Haikal yang sedang membisu. Bila mendongakkan muka kearahnya, Liz dapat melihat airmata di pipinya menitis membasahi bajunya. Waktu itu bulan terang, bintang banyak sedang mengerlip bertaburan di angkasa dan cahaya dari bumbung tempat kami duduk ni terpercik ke muka Haikal. Tiba-tiba Liz terasa ada tangan yang sedang membelai rambut di kepala Liz dan sewaktu Liz menoleh kearah Lia juga ada tangan yang sedang membelai kepala Lia di atas shawl yang di pakai Lia. Perbuatan Haikal itu betul-betul membuat Liz rasa tersiksa sangat…perbuatannya itu menjadikan seoalah Liz yang mewakili kedukaan hatinya.”


‘Kenapa kamu berdua lakukan ini semua ke atas diri saya yang telah dan sangat menghormati diri kamu tanpa paksaan sesiapa pun…itu yang sulit untuk saya fahami…tapi saya melakukan ini semua atas dasar sukanya saya kepada kamu dengan cara yang berbeza ke atas kamu berdua’


‘Maafkan saya…maaf yang terbanyak saya pohon dari awak...bukan niat Liz untuk menyakiti dan merosakkan kepercayaan awak terhadap kami’


‘Kamu tahu suatu waktu saya sangat tertarik dengan tingkah laku dan gaya serta keperibadian yang ada pada Lia tapi setelah hari demi hari saya mencuba mendekatinya, saya rasakan saya hanya bermimpi di siang hari…waktu itu saya sentiasa bersedih tika saja saya bersendirian di bilik…kalau kamu masih ingat Liz, tika kebersamaan santai kita, saya banyak bertanya tentang Lia kepada kamu, dan jawapan kamu selalu memuji Lia dan mengatakan Lia adalah cocok buat saya…tapi..’


“Masa tu uncle, Lia terus meletakkan pipi Lia di lengannya dan menangis semahunya…Lia sedar kini kenapa dia sangat kecewa dengan tindakan kami.”


‘Setelah itu saya sengaja keluar dengan Lia hingga ke ladang Teh Sabah, sebenarnya saya waktu itu cuba mencari jawapan tentang kebenaran kata-kata Liz, tapi jawapan Lia membuat saya sangat keliru kerana dikatakan Liz sangat mengharapkan saya untuk hadir dalam hidup saya…hari-hari keliru saya lalui dengan penuh kepayahan…berganti hari saya keluar dengan kamu berdua menjadikan rahsia makin terserlah…’


“Uncle tahu tak bila mendengar apa yang Haikal katakan tu Liz merasa berdosa yang teramat pada Haikal…Liz merenung ke matanya dan Liz dapat rasakan kepedihan yang bermain di hatinya…mau saja Liz rangkul dia dan lena dalam dakapannya…lalu Liz benamkan muka Liz ke atas pahanya, menangis dengan penuh penyesalan.”


‘Setelah dinginnya sikap Lia pada saya lalu saya mula mengalih pandangan dan cuba untuk memahami hati Liz kerana kiranya harapan bersama Lia berkecai sekurang-kurangnya masih ada hati yang terbuka untuk saya selami…tapi saya menghadapi jalan buntu…saya sedaya upaya cuba mencari jawapan kamu berdua ini semacam tidak mahu menerima siapa saya sedangkan kamu berdua nampak senang untuk di dekati tapi bukan untuk di miliki….sakitnya kepala memikirkan …saya hanya bertemu jawapan setelah saya bertamu kerumah kamu di hari Andry menyerang saya…itu takdir buat saya dan saya berterima kasih pada Andry dan kawan-kawannya yang menyedarkan kehadiran saya di Bundu Tuhan ini hanya lah sia-sia…’


“Lia sungguh terharu dengan pengakuan yang di berikan oleh Haikal…niat suci kami telah menukarkan segala niat baik menjadi mimpi ngeri buat orang lain…dan kami bukan sengaja…mendengarkan itu Lia mencium tangan Haikal sepuasnya sambil minta di ampunkan kesalahan Lia…tangisan Lia membuatkan Haikal terdiam buat beberapa ketika…sambil tangannya tak henti-henti mengeluskan jari jemarinya di atas shawl yang di pakai Lia.”


‘Tapi kami melakukan itu semua di atas dasar sayang kami pada awak dan salah seorang kami dapat mencuri hati awak…tapi di bawah sedar kami rupanya apa yang kami rancangkan secara tersembunyi akhirnya masing-masing ketahuan…tapi bukan niat untuk menghancurkan mana-mana hati…Liz harap awak ngerti niat tulus itu…’


‘Bila dapat tahu kecelakaan yang menimpa Lia adalah saya penyebabnya, saya lagi rasa bersalah dan pada hari itu ketika di rumah kamu saya telah dengan nyata dapat merasai bagaimana hubungan kamu berdua dan mulai saat itulah saya bertekad untuk meninggalkan Bundu Tuhan esok harinya kerana saya fikir kehadiran saya mungkin nanti akan memisahkan dua hati yang selama ini akrab dan melindungi satu sama lain. Pada mulanya saya tak pernah tahu hubungan kamu berdua bila saja saya bertanya kepada salah sorang dari kamu jawapan yang saya dapat kamu hanya kawan…tapi ye lah Tuhan masih ingin menduga saya kerana insiden dengan Andry membuatkan saya tinggal lebih lama di sini….’


‘Ikhlas saya bagi tahu setelah berada di hospital Ranau dan saban hari saya dapat menjaga awak, tanpa di sedari perasaan sayang saya pada awak mulai tumbuh dan tumbuh setiap saat hingga berkembang mekar di jiwa saya…masa tu saya tak fikirkan apa lagi yang ada di hati saya...yang hadir  hanya lah awak…saat Anastasia muncul saya rasa segala yang tertanam di hati saya untuk awak seakan musnah…apalagi bila terkenangkan pengorbanan Lia saya jadi sangat keliru…mana yang harus saya pilih, awak atau Lia…kalau ikutkan rasa hati awak yang saya pilih tapi ikutkan rasional saya tak mahu berpisah dengan Lia…sebenarnya pilihan tidak berpihak kepada saya.’


‘Kalau awak boleh ingat lagi kenapa saya mengasingkan diri kemudiannya...keakraban Liz dan awaklah puncanya dan bila saya melawat awak di hospital dinginnya sambutan awak terhadap saya membuatkan saya tidak lagi mau menaruh harapan…sebenarnya saya  berbuat sedemikian demi Liz dan yang sebenarnya Liz pun tidak tahu niat sebenar saya waktu itu…tapi jauh di sudut hati saya, dalam diam saya sudah mula menyukai awak…kelirunya jiwa saya masa itu memikirkan di antara perasaan hati dan pengorbanan..’


‘Saya sebenarya berpura dan menipu diri saya sendiri untuk tidak melayan kedatangan kamu masa di hospital, tapi setelah kamu berlalu hati saya sangat terluka kerana melukai hati kamu…saya menjerit di dalam hati melihat kamu berlalu pergi dengan perasaan sugul’


‘Lalu bagaimana dengan Anastasia?…Kalau awak betul-betul ingin bersamanya kami dengan ini, dengan hati terbuka menyokong apa saja tindakan awak…kerana hadirnya kami tiada memberi apa-apa erti lagi….Cuma kami ingin memohon maaf daripada awak atas perbuatan kami yang terlanjur melukakan sekeping hati, sesuci jiwa awak.’


‘Anastasia datang menjanjikan kesempatan terbaik buat saya untuk menjadikan kamu berdua menjauhkan diri dari saya. Dengan demikian kamu sendiri tahu bagaimana hidup kita yang tak mungkin bersatu. Tapi kini saya sangat kesiankan Anastasia yang mulai menggantung harapan pada saya kerana sebenarnya dia bukan orang yang saya cari…ciri-ciri yang ada  padanya hanya lah pelengkap untuk bersuka ria tapi bukan untuk di miliki hati dan perasaan…dia terlanjur memberi tahu bahawa dia pernah di kecewakan dan atas dasar itu, lelaki hanya menjadi dendam buatnya…dan sedaya upaya dia akan cuba memecah belahkan hubungan intim pasangan kekasih… itu yang dia sedang lakukan untuk kita semua….’


“Haikal bangun berdiri dan bersandar pada tiang dan melemparkan jauh pandangannya kearah lembah yang masih kelihatan berkerlipan dengan lampu rumah-rumah yang masih menyala. Renungan jauhnya susah untuk kami berdua meneka…mungkin memikirkan tentang kami atau jua Anastasia.”


‘Semalam Anastasia membawa saya berjumpa pak ciknya di kampung Cinta Mata Kundasang…kami berbual panjang, bercerita tentang banyak hal, kerjaya, keluarga serta pilihan pasangan hidup. Kami makan malam bersama. Mereka keluarga bahagia dan Anastasia pernah tinggal di sana setiap musim cuti sekolah atau semester. Saya pun agak senang bergaul dengan mereka…Sepulangnya dari rumah pak ciknya Anastasia membuat pengakuan yang dia telah dengan tanpa di duga mulai jatuh hati pada saya walau pun dia mengaku pada mulanya niat nya lain terhadap saya…tapi mana boleh kita memaksa hati untuk menyukai seseorang…saya hanya membisu tak kata ya atau pun tidak…dia gadis yang baik tapi macam kata saya tadi…perbezaan taraf hidup kekeluargaan tidak menyebelahi saya…bagaimana harus saya nyatakan pada Anastasia nanti saya pun belum tahu…yang pasti dia bukan jodoh saya’


“Jauh di sudut hati timbul rasa kasihan kepada Haikal, juga pada Anastasia. Rupanya mereka dalam dilema yang teramat untuk menangani masalah yang meruntun hati dan perasaan. Orang yang disukai tak mungkin di perolehi dan yang menyukainya tidak berkenan di hati…menggapai bintang hanya dengan khayalan. Lia bangun dari pangkin dan beredar kearah Haikal yang masih berdiri lalu Lia melutut sambil memegang tangannya. Liz duduk memerhatikan kami dengan diam membisu.”


‘Rupanya jiwa awak tersiksa di Bundu Tuhan ini. Maaf mungkin tidak sesuai untuk di ucapkan tika ini, walau apa pun kami memohon maaf kerana kami antara pelaku dalam pentas hidup penderitaan awak. Kami lakukan dengan niat penuh ikhlas untuk membahagiakan orang yang paling kami sayang tapi niat suci kami memakan diri kami dan mengaitkan sekali awak yang tidak berdosa. Sebenarnya awak tidak melukai sesiapa tapi orang-orang yang awak percaya di sekeliling awaklah yang banyak menyiksa batin awak kini’


‘Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini, malah niat suci awak membuka mata hati saya untuk lebih menilai kesucian hati dan keikhlasan orang lain yang ingin berbuat baik terhadap saya…kini saya kena percaya pada ketentuan yang tersurat...mungkin ini takdir saya di Bundu Tuhan ini…apa guna saya menyesali semua ini dan sebenarnya saya lah yang mengharu birukan keadaan ikatan kasih sayang kamu berdua. Kalau saya tahu begini jadinya saya sesekali tidak akan mahu memijak bumi Bundu Tuhan ini.’


“Lantas Liz bangun dari tempat duduknya dan meluru kearah kami berdua yang sedang berada di penjuru pangkin.”


‘Awak tahu tak sebenarnya awak telah mencelikkan hati buta kami dan kini kami harus berterima kasih pada awak yang banyak menyedarkan kami akan erti perasaan hati dan pengorbanan. Awak telah mengorbankan perasaan kasih sayang awak demi kami. Awak tak mahu kami terluka dan memilih untuk di lukai’


“Lantas Haikal menutup mulut Liz dengan jarinya. Mungkin dia tak mahu lagi mendengar apa-apa ucapan dari kami berdua. Jauh di lubuk sanubari Liz, walau apa terjadi kiranya satu hari nanti Haikal muncul kembali Liz tiada akan pernah menutup pintu hati Liz padanya, mungkin masa itu antara kami berdua Liz dan Lia makin matang dan bersedia apa saja kiranya terbaik buat kami…ya….kami kini sedar pergantungan harapan di antara kami berdua akhirnya akan terlerai setelah masing-masing membina keluarga…Cuma di harapkan ikatan kasih sayang dan persaudaraan tidak akan putus malah mungkin akan lebih erat dengan adanya keluarga yang mengikat kekeluargaan kami bersama.”


“Lia pun berfikiran sama uncle, dan sangat setuju dengan apa yang dikatakan Liz…walau apa terjadi kami tetap akan menjalin hubungan seperti sedia ada…”


“Kami menarik Haikal ke pangkin dan Liz duduk di sebelah kiri sementara Lia di sebelah kanannya. Sambil memegang tangan Lia mencium tangan Haikal diikuti Liz kemudiannya. Haikal merangkul badan kami berdua kearahnya sambil membisikkan. “


‘Kira nya takdir menyebelahi kita, saya akan terima apa jua yang mendatang mungkin salah seorang atau kamu berdua satu hari nanti akan menjadi sebahagian orang-orang yang membahagiakan keluarga kita. Saya sentiasa tidak akan menutup pintu hati saya buat kamu berdua kiranya salah seorang dari kamu nanti jodoh saya… saya dengan hati terbuka menerimanya. Cuma buat masa ini kita harus bermuhasabah diri dan banyak berserah serta redha atas apa yang terjadi dan harus bertawakkal sepanjang masa. Berdoalah untuk kebaikan kita semua semoga doa ikhlas kita di perkenankan. Kiranya saya tiada lagi di dunia ini dalam waktu singkat saya mengambil peluang ini untuk kamu berdua memaafkan segala kesalahan saya agar saya tenang di sana.’


“Lantas Liz menutup mulut Haikal dengan kedua-dua telapak tangan Liz sementara Lia memeluk erat pinggang Haikal dari arah belakang sambil meletakkan pipi di bahu kanan Haikal….aduh uncle…meruntun jiwa betul dengan kesedihan yang tak terhingga saat itu.”


“Kami bertiga berpelukan dalam cahaya bulan purnama yang berseri dan bintang yang bertaburan dengan kerlipan tanpa henti menyaksikan saat perpisahan kami. Itu lah malam keramat yang memberi kami erti satu kehidupan yang penuh pengajaran tentang nilai-nilai kemanusiaan yang tiada sempadan. Semoga malam itu mendewasakan kami dan sangat berharap satu hari nanti Haikal akan muncul kembali dengan wajah yang berseri untuk mendamaikan Bundu Tuhan yang pernah melukai dan membawa seribu kenangan yang tak terlupakan buat kami bertiga.” Emilia berkisah panjang tentang detik terakhir mereka bertiga yang banyak mengukir sejarah di Bundu Tuhan ini.


“Kami bertiga perlahan-lahan meninggalkan tempat ini sambil menuju bilik masing-masing. Malam itu Lia dan Liz tidak dapat melelapkan mata. Bayangan Haikal menjelma setiap detik bila saja kami memejamkan mata. Lia memeluk Liz seseratnya malam itu dan sekelumit pun mata kami tidak bisa terpejamkan. Selepas solat subuh Lia terus ke coffee house sementara Liz muncul kemudian. Kami sarapan bersama sambil menunggu Haikal. Seperti kebiasaan kami staf tidak di benarkan untuk makan semeja dengan guest.”


“Pagi itu Liz dan Lia sediakan sarapan buat Haikal. Seperti biasa Haikal tak suka heavy breakfast, dia cuma makan 2 biji telur separuh masak, roti bakar dan milo kosong…ini sebenarnya salin tak tumpah perangai uncle ketika sarapan bila uncle ceritakan itulah juga menu sarapan uncle.”


“Setelah Haikal menyelesaikan bayaran semua bil dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua staf di resort ini, kami bertiga turun dari coffee house menuju tempat letak kereta. Setelah barang-barangnya di masukkan ke dalam boot kereta dan memanaskan enjin, Haikal mengeluarkan call card nya daripada dalam walletnya”


‘Ini call card saya, kalau rasa card ini berguna kamu simpanlah tapi sekiranya card ini tiada lagi gunanya kamu buang saja lah’


‘Awak jalan baik-baik, nanti bila sudah sampai di KL, kalau ada masa hubungilah kami di sini, saya dan Lia akan sentiasa menanti panggilan awak’


‘Awak berdua pun jaga diri baik-baik dan kalau bertemu jodoh jangan lupa hantar kad undangan’


‘Liz, entah-entah orang tu bila dah sampai KL akan terus lupakan kita’


‘Saya tak ada apa nak bagi kamu berdua, cuma ini sajalah yang dapat saya tinggalkan sebagai pengganti diri saya’


“Di hulurkan satu sampul yang entah apa ada di dalamnya. Setelah bersalaman, Haikal meneruskan perjalanannya, kami berdua berlari ke tempat inilah uncle, sambil melihat kereta Myvi yang di pandunya bergerak menuju simpang ke jalan besar meninggalkan kami yang sedang berdiri melihat keretanya berlalu sampailah hilang dari pandangan dan setelah itu Lia meminta Liz membuka apa yang ada di dalam sampul tersebut”


“Ketika Liz buka sampulnya, terkejut besar kami kerana ada wang berjumlah RM2000 beserta sekeping surat…uncle nak tengok tak surat tu…ada lagi kami simpan.”


Sambil Elizabeth mengeluarkan kepingan helai surat bertulis tangan dari tas tangannya dan di berikan kepada saya untuk membacanya.


‘Lia dan Liz…


Tiada apa yang dapat saya berikan kecualilah nota ini sebagai pengganti diri.


Terima kasih kerana kamu berdua menjadikan Bundu Tuhan sebagai tanah keramat yang tak terlupakan. Sampaikan rasa kasih sayang saya pada uncle Roni dan auntie Mary, juga kepada sesiapa saja yang banyak menabur budi semasa keberadaan saya. Budi baik mereka tak terbalas namun sejauh mana saya mencuba.


Kiranya kamu berdua ketemu Andry dan rakan-rakannya tolong sampaikan jua rasa terima kasih saya kerana jasanya yang tidak di sengajakan membolehkan saya mengenali lebih jauh dan menghadirkan diri  bersama ramai insan yang mencipta lembaran kisah suka duka saya. 


Terima kasih saya pada mereka mengatasi kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap saya. Perbuatan mereka hanya untuk melindungi kamu dan menyedarkan tingkah laku saya di luar peradaban setempat.


Hari-hari dan malam-malam yang panjang banyak mengajar saya tentang erti satu kehidupan yang mungkin tidak terzahir tanpa adanya kamu berdua. Saya sedar kini kehadiran saya sering mengancam dan menyentuh kebahagiaan orang-orang yang begitu asing dalam lingkungan hidup saya.


Sebelum kemari hati saya melonjak gembira melewati hidup kota yang membosankan dengan impian menikmati keindahan Gunung Kinabalu yang megah dan mengagumkan. Tapi sebaliknya saya di pertemukan dengan kewajaran abadi insan-insan berhati mulia yang menjadikan saya sebahagian pelakon pentas kehidupan kamu berdua. Dan saya telah menghancurkan impian banyak orang.


Sampaikan jua salam dan maaf saya pada Anastasia kiranya kamu berdua ketemunya di suatu kesempatan nanti. Kamu semua adalah hati-hati yang tanpa sengaja hadir dalam lingkungan ruang waktu yang tak pernah terimpikan oleh saya. Jauh sekali dari terniat untuk melukakan dan saya lebih rela untuk di lukai dan mohon dimaafkan atas segala kekhilafan saya sendiri. Saya bukanlah jaminan ketenangan hidup kamu semua.


Maaf kerana telah banyak mencuri waktu kamu yang hanya tersia dengan kewujudan saya dan dalam diam membuat kamu tersiksa. Wujudnya saya di antara kamu berdua menghancurkan keeratan hubungan dan kasih sayang yang sekian lama terjalin. Walau sesungguh mana kita merencanakan akhirnya ini lah takdir buat kita.


Kiranya bayangan saya menghantui kamu setiap detik, saya berdoa dengan rela hati dan tulus tak terhingga agar kamu hari demi hari dapat menyisihkan bayangan saya dari hidup kamu. 


Rasa syukur saya panjatkan kiranya dengan menghapuskan kenangan bersama dapat memberi sinar bahagia buat kamu. Kebahagiaan kamu adalah kenikmatan saya. Sekali lagi seperti apa yang saya ucapkan semalam, kiranya saya tiada lagi di dunia ini, maafkanlah saya dan doakan agar saya tenang dan aman di sana.



Dengan hati penuh tulus.

Rafael Haikal.’


Kemudian saya melihat Elizabeth dengan cermatnya melipat balik helaian surat tersebut sambil di kucupnya dengan mata terpejam sementara Emilia menggosok-gosokkan tangan di belakang Elizabeth. Saya melihat seolah surat tersebut mempunyai nilai yang sangat berharga buat diri mereka berdua. Mungkin telah berjuta kali surat tersebut di bacanya dan mungkin jua surat itu adalah azimat yang memberikan harapan agar bersinar  hari-hari mukanya dan adalah jua sebagai sebagai warkah rindu yang tak terungkapkan oleh kata. Saya sedar kini bayangan Rafael Haikal tidak mungkin terhapus oleh apa pun dan terlintas  di hati saya semoga di suatu kesempatan nanti mereka bisa menerima kenyataan yang Rafael Haikal tidak mungkin menjelma kembali.


“Walau pun sudah hampir enam tahun Haikal meninggal, tapi Haikal tetap hidup subur di jiwa kami. Entah lah uncle, bayangan Haikal sentiasa bertamu dan hampir saban malam kenangan terindah selalu menjelma dan itu yang meredakan kedukaan kami.” Elizabeth berkata kepada saya seperti meminta pengertian atas apa yang bersarang di jiwanya.


“Ya kita boleh tertipu dengan yang lain-lain tapi kita tak boleh menipu memori dan kenangan.” Tiba-tiba Emilia bersuara.


Saya mendengar kisah mereka dengan satu harapan bahawa satu hari nanti saya juga akan bertamu lagi di sini dengan membawa satu kebahagiaan walau saya tidak tahu dalam bentuk yang bagaimana.


Jam sudah hampir 12.30 tengah hari. Saya menoleh kearah bilik yang kami huni tapi tidak kelihatan pun Mem dan anak-anak di pintu  bilik. Saya menelefon anak saya Amer untuk menurunkan barang-barang dan bersiap untuk bertolak ke KK.


“Lia dan Liz…uncle banyak berterima kasih pada kamu berdua yang banyak meluangkan masa bersama uncle dan hari ini pun sanggup menunggu uncle sekeluarga semata-mata ingin mengucapkan selamat jalan. Uncle berbanyak minta maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku uncle semasa keberadaan uncle di sini. Berkenalan dengan kamu berdua membuat uncle lebih sedar akan erti pengorbanan dan membuka minda uncle untuk lebih menilai erti satu kehidupan…”


“Lia sangat berharap dari tadi agar hari akan lebih panjang dan matahari lambat bergerak dan bumi berhenti berputar kerana kami tak sanggup rasanya melepaskan uncle pergi…tapi itu hanya lah khayalan yang tak mungkin terjadi. Sememangnya kami tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kami hari ini dan tempat duduk kita ini akan menjadi teman selepas ini. Kami akan ingat segala pesanan dan nasihat uncle sebagai pedoman dalam arah tuju hidup kami nanti, maaflah sekiranya tingkah laku kami ini ada yang terlanjur.”


Lalu Emilia memegang tangan saya dan di kucupnya beberapa kali sambil itu Elizabeth pula bersuara.


“Uncle… Liz sangat berharap uncle akan menjengah kami lagi di sini kerana untuk kami pergi ke tempat uncle tidak memungkinkan kami berbuat demikian. Uncle akan selalu kami kenang dan akan sentiasa terpahat di hati dan tiada siapa yang dapat menghapuskan bayangan uncle. Liz berbanyak memohon ampun dan maaf kiranya ada yang Liz terlebih mengatur bicara dan salah laku.”


Dan Elizabeth juga memegang tangan kanan saya sambil di kucupnya begitu lama sekali. Kami bertiga berpegangan tangan seolah tidak mahu melepaskan dan tiba-tiba saya terasa tangan saya panas oleh titisan airmata dari Emilia dan Elizabeth. Saya memandang mereka berdua dengan penuh kesayuan.


“Uncleee…Liz terasa rindu sangat pada Haikal…tapi perasaan hancur luluh hati Liz dengan perginya Haikal yang tak akan kembali lagi seakan terubat dengan memandang wajah uncle dan segala apa yang telah uncle lakukan buat kami di sini seolah telah menjadi penyembuh luka kami.”


Sambil itu Emilia memeluk badan Elizabeth dan di ciumnya pipi Elizabeth dengan begitu lama sekali. Kemudian mereka berdua beralih kearah saya yang sedang memerhatikan perbuatan mereka berdua dengan penuh asyik yang menduka larakan jiwa saya yang bernama lelaki.


Sebelum melangkah pergi sambil tangan kedua-dua mereka dalam genggaman saya, sempat saya berkata untuk terakhir kalinya..


“if nobody loves some one who makes mistake, then nobody in this world will be loved because every body makes mistake”


Tiba-tiba saya mendengar Mem dan anak-anak saya turun dari tangga di tingkat satu menuju tempat letak kereta. Saya melepaskan tangan Emilia dan Elizabeth sambil bangun menuju ke kereta.


Setelah memasukkan barang-barang dalam boot kereta, Emilia dan Elizabeth menuju kearah kami sekeluarga.


“Auntie…selamat jalan dan kami harap kita akan bertemu lagi,” sambil Emilia bersalaman dengan Mem dan diikuti oleh Elizabeth.


“Kalau uncle tak datang pun auntie datang lah dengan adik-adik comel ni, saya akan pastikan auntie selamat dan seronok tinggal disini.” Dari jauh saya mendengar apa yang di ucapkan oleh Elizabeth pada Mem.


“Betul juga kata kamu…uncle ni sibuk memanjang…ye, satu hari nanti akan kami datang lagi ke sini…maaf auntie tak ingat nama-nama kamu berdua ni.”


“Saya Emilia dan ini Elizabeth.”


Saya memerhatikan perbualan mereka bertiga dan sementara itu saya melihat Suzanna dan Monica sedang berlari dari lobby menuju kearah kami.


“Bil semua dah settle kan pagi tadi?” Saya berkata sebaik saja Suzanna dan Monica tiba di tempat kami berdiri.


“Bukan pasal bil la uncle…tapi yang tu…yang abang ni kalu dia nak datang sorang pun uncle dan auntie kena izinkan lah…kami di sini dengan hati terbuka akan menyambut dia. “


Amer tersenyum tersengih macam orang sedang gelabah. Merah padam mukanya mendengar ucapan gurauan Suzanna tadi.


“Adik-adik ni pun kalau cuti semester tu cakap lah kat ayah tu nak datang bercuti di Kundasang ni…nanti akak Suzanna dan kami semua boleh bawa jalan-jalan jadi tour guide.. akak-akak ni semua boleh temankan…”


“Terbaik ayat kamu Su…aku kalau tak dapat abang dapat keluar dengan adik-adik pun jadilah,” kata Monica beseloroh.


Sementara itu Nisa dan Alia sedang di peluk Emilia dan Elizabeth.


Mereka semua bersalaman lantas Amer melangkah ke tempat pemandu dan kami semua masuk kedalam kereta Nazaria untuk bertolak pergi. Saya duduk di depan sebelah Amer. Ketika Amer memusingkan kereta dan bergerak menuju jalan keluar saya dengan jelas dapat melihat mereka berempat sedang berdiri di tempat letak kereta sambil melambai-lambaikan tangan.


“Adik-adik manis sila tunggu kedatangan saya nanti…cheerio, selamat tinggal darling semua.” Amer tiba-tiba dengan berani bersuara, dan saya melihat Suzanna melompat-lompat kegembiraan.


Apabila Amer berhenti di selekoh saya memalingkan muka keluar tingkap dan dapat melihat Emilia dan Elizabeth sedang berdiri di pagar ruang tunggu reception counter sambil memerhatikan kearah kami dan saya sempat melambaikan tangan buat kali terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan menuju KK.


Angin dingin dan kabus Bundu Tuhan seakan mengerti hati saya yang sedang di liputi kabus yang kian menebal. Saya tinggalkan kawasan  dan lembah Bundu Tuhan dengan seribu kenangan yang mungkin tak terlupakan selagi saya di beri kesempatan Tuhan untuk bernafas.


Deruan enjin Nazaria menjadi melodi indah bersama lembah, gunung dan kehijauan alam semesta serta penghuni yang menjadi sebahagian dari panorama anugerah Ilahi yang tak terhingga nilainya.


Saya menurunkan cermin tingkap di sebelah saya sambil menghulurkan tangan keluar dan memejam mata menikmati dingin bayu di lembah dan pergunungan keramat yang banyak menemukan dan mengajar saya erti nilai-nilai kehidupan yang selama ini begitu asing bagi saya.


Mem dan anak-anak pun melakukan benda yang sama seperti apa yang sedang saya lakukan. Amer membuka sunroof agar dapat menikmati angin dingin yang menerpa masuk melalui setiap ruang yang terbuka.


Melihat gelagat mereka saya terbuai bersama perasaan yang berbaur antara suka dan duka. Saya seronok sekali kerana saya telah berhasil membawa sekelumit kebahagiaan terhadap keluarga, sementara sedih yang saya rasakan kerana saya tidak mampu dan tiada kesempatan untuk selalu membuat mereka bahagia dengan bersantai melancung bersama begini. Di kesempatan yang ada ini saya sungguh bahagia yang tak terucapkan.


Tapi alangkah baiknya jika semua ahli keluarga dapat hadir bersama. Mungkin di satu kesempatan yang lain, dengan izin Allah, barangkali begitulah. Apalah yang di harapkan lagi untuk mengimpi dan mencari bahagia di hari-hari tua begini selain berkumpul dan menikmati hasil jerih lelah selama ini. Tiada yang lebih asyik bagi saya selain dapat peluang untuk keluar bersama kerana ini juga adalah terapi terbaik untuk mengeratkan tali ikatan kasih sayang dan erti satu bentuk kekeluargaan. Sudah menjadi impian setiap yang bernama keluarga untuk bahagia kekal hingga ke akhirnya. Dan saya pun tidak terkecuali.


Mungkin suasana begini lah yang di rasakan Emilia tatkala pertama kali tiba di persekitaran ini ketika bapa Elizabeth membawanya pulang ke Bundu Tuhan.


Deruan enjin Nazaria kadangkala mengaum keras bila saja menaiki bukit yang berliku dan kadangkala mengeluarkan bunyi indah sekali sekala tika menuruni lembah. Saya terbuai bersama merdunya deruan enjin dan kepulan asap yang mengekori kami.


Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit saya tenggelam dalam keasyikan suasana bersama indahnya pemandangan alam semesta serta ingatan indahnya kenangan yang baru saja saya alami. Saya seperti bermimpi dengan khayalan yang menjanjikan kesyahduan sehingga sekali sekala tenggelam  bersama deruan enjin dan akhirnya saya hanyut dalam lena yang panjang.


 Apakah mungkin saya akan muncul kembali membawa satu harapan untuk Emilia dan Elizabeth satu ketika nanti.


Saya pasti akan mengulangi kunjungan saya ke lembah permai yang penuh tanda tanya ini kerana saya perlu menyelesaikan misi dan misteri yang masih belum terungkai dan saya sangat berharap akan menemukan kesudahan kisahnya tentang persoalan yang masih belum menemukan jawapan.


Saya berharap…dan...sentiasa berharap…mungkin begitulah nanti jadinya sehingga saya ketemu dengan apa yang saya cari sekian lama.




berakhir lah jilid/volume pertama (1)....akan bersambung di jilid/volume kedua (2)....sempena tahun 2014...
selamat membaca....voila...cheers from me...

























































































BAHAYA ADA DI MANA-MANA.

$
0
0
Bismillah.


'Kau kat mana?'


Saya menerima panggilan telefon dari kawan saya Hj Muhalim pada jam 5.30 petang, 16 feb. 2014.


'Ada kat rumah...apa citer?'


'Jom la kita minum kat Hainan Kopitiam sek.9' Hj Muhalim menyarankan pada saya untuk minum di tempat biasa kita orang lepak-lepak.


'Hari ni kan Ahad, buka ke?'


'Kalau tak buka kita pegi ke Papa Rich la kat Shah Alam Mall'


'Ok la kalau cam tu...' jawab saya sambil saya bangun dari atas tikar tempat saya baring.


Saya pun bergegas mandi. Mandi banyak kali pun ok gak, maklum lah sekarang ni entah cuaca lain macam, asyik kering dan panas. Semalam ada juga hujan pada jam 6-7 petang, tapi hanya sekejap tak lah lebat mana. Ok lah daripada tak hujan langsung. Pada pertengahan dan penghujung januari sejuk semacam, konon terdapat 'tundra effect'...tapi sekarang dah kembali normal.



Semalam lain macam pula hujan. Matahari terang bersinar dan hujan pula mencurah turun. Kata orang itu adalah hujan panas. Kalau kat kampung dulu orang-orang tua suka mengaitkan hujan panas ni dengan peristiwa yang kurang baik seperti akan terjadi mala petaka atau sesuatu yang buruk akan berlaku. Itu hanya lah kepercayaan yang tiada bukti dan faktanya.



Sempat juga lah saya merakam beberapa keping gambar ketika hujan turun semalam. Di depan rumah saya terdapat kedai dan bayangan sinaran cahaya matahari senja ke atas air hujan kelihatan menarik di atas jalan dan kawasan parkir.



Oleh kerana kawasan rumah saya ni berdekatan dengan kawasan hutan Bukit Cherakah, kawasan tadahan air dan hutan simpan kekal, maka kerap lah juga turunnya hujan. Kalau sekiranya kawasan lain di Shah Alam ni kering tapi kadangkala hujan turun juga di kawasan kediaman/kejiranan saya. Untung gak tinggal di pinggiran bukit bukau ni.



Saya tiba awal di Hainan Kopitiam. Sementara menunggu Hj Muhalim saya rehat dalam kereta sambil mendengar lagu  Ruang Rindu dendangan Letto...lagu lama tapi masih menyengat. Lima minit kemudian saya ternampak sebuah Toyota Land Cruiser VX parking sebelah kereta saya. Saya tinjau-tinjau menerusi tingkap. Saya kenal orangnya tapi tak ada lah saya menegurnya kerana mungkin dia datang untuk tujuan ketemu orang lain. Dan saya melihat dia terus masuk ke dalam restoran. 


Hampir selepas setengah jam Hj Muhalim masih jua belum muncul. Lalu saya mematikan enjin kereta dan bergerak menuju restoran. Kawan saya tadi Mazlan duduk di sebelah dalam dan saya memilih tempat duduk di sebelah luar. Mazlan masih tak perasan saya yang sedang duduk di sebelah luar restoran. Saya tak nak kacau dia kerana dia asyik dengan hand phone nya.


Sambil saya meneliti menu, saya ternampak sebuah Audi A6 tiba di pekarangan restoran. Ah...dah sampai rupanya Hj Muhalim. Sambil bersalaman saya mempersilakan Hj Muhalim duduk di kerusi depan saya.


'Kau ajak Mazlan sama ke?' Saya bertanya pada Hj Muhalim.


'Ya...kau ada nampak dia?'


'Tu kat dalam, aku ingat dia datang untuk jumpa geng lain'


Sambil itu Hj Muhalim melambaikan tangan kearah Mazlan yang sedang minum. Sebentar kemudian Mazlan datang ke meja kami bersama secawan minuman yang masih terpegang di tangan kirinya.


'Eh kau Sam, aku tak perasan kau pun ada'


'Aku nampak kau tadi, tapi kau asyik sibuk dengan phone jer, tak nak la aku ganggu'


'Eh Sam kau tak pegi majlis kenduri kahwin rumah Mazlan semalam? Tak nampak pun kau?'


'Aku tak tahu...Mazlan mana ada nombor aku'


Mazlan ni kira jiran satu qariah sek 8...dia tinggal di rumah banglo mewah di kawasan saya. Menurut Hj Muhalim semalam ada majlis kenduri kahwin anak-anaknya...dia buat serentak untuk dua orang anaknya.


'Aku minta maaf la Sam aku terlupa nak jemput kau...lagi pun alamat kau aku takde...maaf ye'


'Eh tak kisah la, janji majlis kau berjalan lancar'


'Kau tahu Lim, semalam masa majlis tu jam 2 petang nasi dah habis, nasib baik caterer tu buat spare...dia cakap jemputan yang datang hampir 3 ribu orang sedangkan tempahan untuk 1500 orang..'


'Ok la tu...mesti ada yang datang bawa famili...biasa la kenduri ni kena order sekurang-kurangnya 40% extra...kalau tak malu makanan tak cukup' Hj Muhalim mencelah.


'Ada orang kata makanannya sedap...ok ke Lim  makanan semalam?'


'Ok, boleh la...masalah sekarang ni bila kenduri kawin semua rumah sediakan hidangan nasi minyak, kadang-kadang dah tak boleh nak masuk tekak,' saya menambah apa yang Hj Muhalim cakap tadi.


'Betul tu Sam...aku ingat nak tukar menu la...masakan kampung ke...nasi minyak tu bukan makanan tradisi orang Melayu kita...tapi yang peliknya itu yang popular'


'Betul tu...heran yer...tapi di pantai timur, zaman dulu la, sekarang tak tahu la...dia orang sediakan hidangan asli...makan nasi bekwoh gulai kawah...ada sira labu sekali...' saya terangkan cara orang sebelah pantai timur buat kenduri kahwin.


'Kau bawa kereta mana Sam?...Tak nampak pun kau datang?' Tanya Mazlan kepada saya.


'Tu sebelah kau tu...'


'Oh kau yang drive X5 tu..' 


Berapa minit kemudian nampak sebuah kereta yang saya sangat familiar, parking sebelah kereta Hj Muhalim. Rupanya ramai gak kawan yang Hj Muhalim ajak.


'Aku ajak Imam datang sama tadi...dah sampai pun' Hj Muhalim berkata sambil tersenyum dan mengangkat tangan ke arah Imam.


'Sejak balik dari Sabah ni nampak makin berseri kau' saya mengusik Imam.


'Projek dah berjaya la tu' Mazlan pula menambah.


'Bukan apa...sekarang banyak pihak yang dah setuju nak ambik baka benih padi aku...'


Sebenanya Imam ni dia kongsi dengan Hj Muhalim dan Richard Leong untuk mengeluarkan benih padi klon dari China. Sekarang ni tengah  buat 'experimental farm' di Tuaran. Dah hampir peringkat akhir ujian. Projek ini di jalankan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah...hasil benihnya akan digunakan untuk tanaman padi di Negeri Sabah. 


'Kau tahu tak sekarang ni ramai orang Syria yang datang macam pelarian ke tempat kita...kat flat sek 8 tu ada beberapa famili yang datang sini..sedih gak dengar citer dia orang...ramai yang lari dari kekejaman di sana...' Mazlan membuka bicara tentang pelarian Syria.


'Bukan saja Syria...yang datang dari Iran, Iraq pun makin ramai.' Hj Muhalim menambah apa yang di ceritakan oleh Mazlan.


'Aku ingat kalau kau nak tolong dia orang, lebih baik bagi zakat terus kat dia orang tak payah melalui pusat zakat' Mazlan semacam dah teruja sangat dengan kisah pelarian ni.


'Lim kau tahu tak semalam rumah Dato Noordin kena rompak?...Aku ada gambar yang dia hantarkan kat aku' saya cuba ceritakan perihal rumah kawan kita yang baru semalam kena rompak.


'Tengok...tengok' Hj Muhalim melihat gambar-gambar yang di hantar oleh Dato' Noordin kepada saya.


'Kau bayangkan kawasan rumah dia tu Gated & Guarded, tapi macam mana boleh orang masuk dan punggah habis barang kat rumah dia.' kata saya tentang tahap security yang terdapat di kawasan Gated & Guarded sekarang ini.


'Dia masih di Tropicana ke atau  kat mana?' Tanya Hj Muhalim.


'Ni rumah lain...kat Damansara...banglo gak la.'


'Kat kawasan rumah aku...belakang rumah aku la...kena juga...daylight house breaking...' Hj Muhalim menceritakan tentang kejadian pecah rumah di kawasan rumahnya yang juga merupakan Gated & Guarded.


'Kalau kawasan Gated & Guarded pun dah kurang selamat, apa lagi kawasan perumahan yang tak ada langsung security. Kat sek 8 tu kira tak sampai 5 minit dari IPK selangor pun kena rompak gak.' kata Mazlan yang rumahnya hanya beberapa meter saja dengan IPK Selangor.


'Imam, kat rumah kau tu sek 9 banglo gak tak ada security tapi ok pula' kata saya kepada Imam yang dari tadi mendiamkan diri.


'Rumah lama dia orang tak minat' ringkas saja jawapan Imam.


'Baru ni aku jumpa satu apek suami isteri...dia orang jual banglo pindah tinggal di kondo...dia kata lebih selamat' kata Mazlan.


'Ya betul...design kondo sekarang lebih canggih...macam kat Acapella tu...nak masuk pun kena guna 3 security card...dan hanya boleh naik kat unit kita jer...cam tu selamat la' kata saya menambah perbicaraan.


'Taktik terbaru sekarang, dia orang datang waktu pagi, tekan loceng kalau tak berjawab dia orang akan masuk melalui tong sampah dan ada pula yang datang masa tuan rumah ada, kononnya rumah terpilih dapat hadiah dari syarikat tertentu...biasanya bawa hamper...buka pintu jer siap lah dia orang masuk.' kata saya tentang cara penyamun yang datang ke rumah masa kini.


'Kat sek 7, memang kerja orang yang sama...dia naik motobike dan tunggu, biasanya orang pompuan nak pegi hantar anak sekolah Tadika ke apa...ketika sibuk nak masukkan anak dalam kereta, masa tu dia orang mulakan operasi jahat...tu la kena pesan kat anak bini kena hati-hati...' Mazlan pula menambah.


'Kat Shell sek 9 tu pun pelik gak...biasa nya kalau pegi kaunter nak bayar isi minyak ramai yang tak kunci kereta...lepas isi minyak ...cantik jer ada mamat tersengih kat seat belakang dengan pisau..nak buat apa...serah barang la...macam-macam taktik sekarang ni' Imam pula menceritakan kes orang-orang yang pernah terkena samun di Shell sek 9.


Macam-macam topik yang di bincangkan. Biasa lah kalau berkumpul geng-geng warga emas ni, itu lah topiknya selain cerita politik dan pasal bisnes. Bukan remaja saja lepak, yang tua-tua pun melepak gak. Tapi orang tua melepak tak ada cerita macam mana, jalan mana kul berapa nak rempit...setakat cerita kisah semasa, seperti topik politik terkini dan jual beli tanah atau jadi 'project promoter' atau cari 'funder', yang sebenarnya tak pernah sangkut, kena tipu ada la...


'Order la minuman Imam' kata Hj Muhalim.


Sebentar kemudian waiter datang membawa minuman yang kami pesan. Saya minta 'len chi kang' sejuk, Hj Muhalim yang panas sementara Mazlan dah minum teh o.


'Saya pun bagi yang ni la...macam dia orang ni...yang sejuk ye'
Imam pun minta 'len chi kang' gak. 


Sambil mengeluarkan paipnya serta di isi tembakau untuk memulakan pembakaran tembakau nya, saya lihat dia guna tembakau Blend 11, memang tembakau ni ada pewangi, baunya memang harum. Masa kat Uni dulu saya pun hisap paip. Imam ni adalah seorang Guru Besar di sebuah sekolah di Shah Alam. Mazlan pula seorang kontraktor landskap dan Hj Muhalim pula ada ladang sawit. 



'Aku ni kalau kau nak hisap paip dalam kereta aku sebanyak mana pun hisap lah, aku suka baunya yang wangi...tapi kalu hisap rokok sori la, tambahan pula hisap curut, pantang aku baunya...keluar kereta aku jalan kaki la' Mazlan beria-ia benar menyokong Imam yang hisap paip.


'Pada hisap curut baik hisap paip. Curut dah la mahal ada sampai beribu sebatang, yang jenis Havana ke apa...tu semua status simbol bukan ada apa pun' Imam seperti setuju dengan pandangan Mazlan.


'Sebenarnya hisap paip ke, rokok ke, sisha ke, curut ke semuanya tak bagus...semuanya takde faedah sikit pun....hisap apa benda pun tak bagus...memudaratkan saja' kata  Hj Muhalim yang memang bukan perokok.


'Jangan lupa ada gak benda yang berfaedah untuk di hisap...kau tengok bayi...bila dapat hisap puting terus lena, tak meragam langsung....haa betul tak?' Sambil tersenyum tersengih beria-ia Mazlan berkata.


Saya tak tahu lah samada ada 'double meaning' di sebalik kata-kata Mazlan tadi tu. Tapi tak lah boleh saya hendak menuduhnya kerana apa yang di katakan itu memang benar belaka. Jadi terpulanglah ke atas diri masing-masing untuk mentafsirnya.


'Aku tengok kau makin merah muka, makin sihat Lim' saya berkata demikian kepada Hj Muhalim kerana memang semacam ada perubahan di wajahnya.


'Aku sekarang ni buat treatment guna 'bee sting'..ada sorang pakar ni dia dulu Akitek, berhenti  bela lebah madu kat Terengganu...ofis dia sekarang kat Bangsar...aku dah 2 kali pegi treatment'


'Macam mana kau kenal orang ni?' Imam bertanya Hj Muhalim.


'Dulu Pian la yang cuba dulu, dia ada masalah nak buang air kecil, tak lawas la, lepas kena 'bee sting' kat perut tu terus ok...dia yang cadangkan kat aku...cara treatment tu dia tak caj ikut 'sting', kalau China  sinseh tu di kenakan RM20 satu 'sting'...cara dia caj cuma kena beli Royal Jelly tu jer...aku kena satu line sebelah kiri ni 20 sting...'


'Tak sakit ke?..Aku dulu terpijak lebah rasa macam nak terbakar kaki, panas pedih, bengkak terus berdenyut gila' cerita saya tentang pengalaman terkena sengatan lebah.


'Ni takde sakit..3 minit tu bila dia letakkan sengat kat badan memang la pedih tapi sekejap jer...dia ni boleh ubatkan berbagai penyakit dengan cara ni...tempat dia penuh orang...'


'Kalau untuk orang lelaki ada ke ubat...?' Mazlan bertanya, beria-ia benar dia nampaknya.


'Kau ni takde lain' saya mencelah.


'Nak gak try kalau ada faedah apa salahnya kan'


'Ada gak...dia akan letak sting tu kat situ la...dia akan bengkak, besar tu maintain tapi sakit hilang, kira magik gak tu' Hj Muhalim berkata pada Mazlan sambil tersenyum sinis.


'Kau ni biar betul...nantikan Lan ni pegi bertempik lari lintang pukang pah kena sting tu...mesti kena taruk keliling tempat, nak ubah saiz, mahu seratus sting...boleh gila sakit' saya berkata dengan penuh geli hati. Imam pun turut ketawa.


'Kalau jadi betul Sam, 200 sting pun aku ok, sanggup' dengan sombongnya Mazlan berkata pada saya.


'Kau nak buat apa?...Bukan untuk kau pun yang syok...orang lain' Imam pula memberi pandangan.


'Aah tak kira..janji rock' boleh tahan gak lawak Mazlan ni.


Kami masing-masing ketawa sehinggakan tetamu di sebelah yang terdiri dari anak-anak muda memandang kami yang tua-tua ni dengan penuh kehairanan. Ya lah, kalau jantan jumpa sama jantan kena lak topik cam ni memang kecoh la..


'Kau tahu tak menurut pakar tu, untuk jadi  se liter madu, lebah-lebah tu kena menggunakan 4 juta bungaan. Bayangkan betapa khasiatnya madu asli tu..Sam, kau cuba buat research pasal  madu ni'


'Ok jer ...madu mana? Madu yang orang pompuan tak suka ke madu mana?' Jawab saya.


'Ya tak ya gak...silap bawa balik madu ke rumah nahas jadinya' Mazlan tiba-tiba masuk campur.


'Tapi on serious note..dalam Quran pun ternyata ada cerita tentang keberkesanan madu ni..maksud aku madu lebah la' saya menyatakan persetujuan dengan rasional kehebatan madu asli.


'Jadi dari sekarang kena la guna madu...jangan bagi tahu bini, makan sorang, bagi bini  heran apa macam sudah berubah wajah dan gaya dan tinggi semangat kesukanan hahaha...' Mazlan ni kira kelakar juga bila dia mengeluarkan pandangannya.


'Kau ni..takde kerja lain...tapi betul gak kalau dah sihat maka segalanya sihat la kan...hebat mu Lan.' Imam seakan bersetuju dengan pandangan Mazlan tadi.


'Semalam Dato' Mus VP RHB cari kau Imam..dia nak apa?' Tiba-tiba Hj Muhalim melontarkan pertanyaan pada Imam.


'Ooo dia promosikan skim pinjaman bank dia kat guru-guru sekolah, tapi tu la banyak guru-guru prefer Bank Rakyat...kadang-kadang sian gak bank sekarang ni kena wat promosi lak'


'Bank dah terlebih duit deposit...jadi dia orang kena buat bisnes untuk bayar interest depositor tu...masing bank ada target tahunan...macam bisnes biasa la' Hj Muhalim menerangkan sistem perbankan kini.


'Lim rumah kau kat Sinar Fadhilat tu dah jual ke lom?' Mazlan tiba-tiba bertanyakan Hj Muhalim.


'Minggu lepas ada orang tawarkan RM600k..aku bagi tahu harga tu sekarang ni nak beli rumah teres pun tak cukup...aku punya tanah 5000kp dengan rumah banglo lagi, sekarang pun aku sewakan RM1300 sebulan'


'Kau tahu tak Sam dulu Muhalim nak jualkan RM300k, masa tu dia beli baru RM100k..tapi aku tak nak masa tu...kau tahu kat mana tempat tu Sam?' Mazlan bertanyakan saya tentang tempat yang di maksudkan.


'Kalau kau beli dulu, sekarang ada setengah owner dapat offer RM800k...projek tu Sam yang jadi Planner ...tak bayar fees...pemaju tu kan kawan kau...' Hj Muhalim berkata sambil menjeling ke arah Mazlan.


'Banyak ke Sam dia orang tak bayar?' Mazlan semacam simpati pada saya.


'Campur semua sekali dengan lain scheme bawah kawan tu la, ada RM300k...dia tu kalau jumpa aku kat klinik Iskandar sek 10 terus cepat-cepat lari..kan dulu ofis aku kat sek 10.'


'Tapi kemana dia nak lari...kalau mati naya jer la hutang tipu orang merata' Imam yang dari tadi mendiamkan diri terus bersuara.



'Kalau orang ingat cam tu selamat la dunia ni..' Hj Muhalim pula menambah.


'Aku tak mau lah jadi cam tu lagi pun dalam umur cam kita ni...contoh la Lim kau tipu aku, kau dapat RM3 juta..seminggu pah tu meninggal, ingat 3 juta tu boleh tolong kau dalam sana...orang kencing atas kubur ada la pada nak sedekahkan fatihah' saya berhenti sambil menghirup 'len chi kang' yang semakin dingin lalu saya menambah....


'Tu la pasal bila makin tua makin dekat ke alam sana, makin gelisah dan tak tenteramlah jiwa dia...aku kan dah banyak kena tipu dengan kawan-kawan...Muhalim pun tau sapa...tapi aku tengok hidup dia orang bukan senang pun malah lebih sengkek dari aku...kawan kita tu Lim...yang tu...bila tengok aku drive sport car...dia pun cakap...wah hebat mu sekarang..aku balas balik ni aku beli duit aku tak tipu orang...terus cabut pah tu..'


Jam sudah menunjukkan 7 malam. Dah dekat waktu maghrib, Hj Muhalim tinggal di Bukit Jelutong jauh sikit daripada tempat kita orang. Sambil menuju ke parkir Hj Muhalim berbisik ke telinga saya.


'Hari Selasa kita pegi tengok tanah Dato' Ramli kat Sabak Bernam...macam biasa la aku ambik kau pagi'


'Ok, hari Selasa aku free'


'Malam Selasa tu pun kita kena jumpa Nordin Kumpau...geng Sabah tu...dia ada sini, dia baru bagi tahu aku tadi'


'Nordin yang mana tu?...Tak ingat aku'


'Alah yang kita naik kereta Mini Cabriolet kat KK tu..sumbat 5 orang dalam kereta kenit tu...ingat?'


'Oh yang tu...ye la ingat sampai bila-bila...naik kereta mini 5 orang sampai terseliuh leher...nasib baik town drive...kalau long distance mau aku jalan kaki...tak sanggup berhimpit-himpit cam tu...gila betul.'


Sambil  bersalaman kami menuju ke kereta masing-masing. Saya yang akhir keluar dari parkir. Hari ni hari minggu jadi dekat Shah Alam Mall ramai juga orang dan road side parking pun penuh. Saya membelok ke kanan menuju traffic light simpang ke Masjid Negeri. Saya kehairanan kerana tiada satu pun kereta di fast lane. Semua kereta berpusu ke arah kiri dan lane tengah.


Dari jauh saya melihat kepulan asap di atas jalan sebelah lorong laju/ fast lane. Api marak sambil mengeluarkan percikan demi percikan. Saya hairan dari mana datangnya api tersebut. Tak terlintas langsung dengan apa yang saya lihat selepas itu. Saya menurunkan cermin tingkap kereta sambil saya mendongak ke atas, baru lah saya tahu bahawa api yang sedang terbakar di atas jalan tu rupanya berpunca dari bulb street lighting yang terbakar. Kemungkinan juga terkena short circuit atau jua kerana lampu basah oleh hujan dan ada kebocoran yang menyebabkan kebakaran.



Apa yang nak saya kongsikan ialah bahawa kita kena sentiasa prihatin tentang persekitaran. Bahaya ada di mana-mana. Katakan lah waktu api mula-mula terbakar ada kereta di bawah tiang lampu tersebut dan kemudian bulb dan casing lampu tersebut jatuh ke atas kereta.




Sudah tentu akan terjadi malapetaka bukan sahaja kepada kenderaan tersebut tapi juga kepada penggunaan jalanraya yang lain. Tadi pun saya melihat seorang lelaki  menunggang sebuah motosikal membawa isteri dan anaknya dengan selamba menggunakan jalan yang sedang terbakar. Saya pasti yang beliau tidak perasan tentang serpihan lampu di atas kepalanya yang  sedang jatuh bertaburan. 

Saya berkata demikan kerana sesampai di lampu isyarat dia anak beranak menoleh ke tempat api yang sedang terbakar dan kemudian mendongak ke atas tiang lampu yang sedang memercikkan api ke bawah. Saya sepatutnya membelok ke kanan untuk menuju sek 8 tapi terpaksa menuju ke jalan Masjid untuk mengelakkan kereta yang berhimpitan membelok kekanan. Silap-silap kalau tak sabar boleh berlaku kemalangan jadi saya memilih jalan selamat walau pun terpaksa pusing dengan jarak yang agak jauh.


Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa prihatin dan selalu peka dengan persekitaran dan juga kerenah pengguna jalanraya serta sentiasa berhati-hati walau pun kiranya kita rasa berada di tempat selamat seperti di parking lot, di shopping mall atau tempat-tempat yang tidak terfikir akan berlaku jenayah seperti tandas awam dan juga di pintu pagar atau pintu rumah sendiri. Hidup yang terdesak memungkinkan manusia bertukar perangai menjadi lebih ganas dari haiwan. Semoga kita sentiasa berwaspada selalu. Saya ingatkan ini untuk diri teman-teman semua jua untuk diri saya dan keluarga. Sama-samalah kita hindari dan benteras apa jua bentuk jenayah.

Wassalam. 













"THE BEAUTY AND THE BEAST OF THE CYBER WORLD"

$
0
0
IT serta teknologi terkini memang sangat banyak manafaatnya. Dalam dunia cyber yang penuh canggih ini, sekelip mata sahaja kita dapat berhubung tanpa kira jarak....borderless world. Dengan adanya GPS/geographic positioning system orang dah tak sesat lagi. Kalau yang lebih canggih ada pula Remote Sensing yang boleh dapat data secara Real Time. Dulu-dulu zaman saya buat kerja field survey kita kena buat field count untuk rumah, binatang, ladang dsbnya...sekarang semua boleh buat at the comfort of your room..tambahan dengan adanya penggunaan GIS/geographic information system.

Siapa pernah terfikir sewaktu dulu yang satu hari pintu pagar/rumah boleh tertutup terbuka sendiri, kereta boleh start engine sendiri, kenderaan tanpa pemandu...macam mustahil dan khayalan saja. Tapi dengan penggunaan simple gadget/tool seperti relay dan remote control semua tu tak ada yang pelik. Google Earth dan Satellite image yang real time pun ada...boleh dapat data terperinci..bukan saja ada imej birds eye view dan contour line tapi sekarang sudah ada software yang boleh nampak secara 3D/three dimension..boleh walk thru...jadi senang sangat lah boleh dapat data sekali dengan imej terkini.


Saya ingat tahun late 80's masa di Mekah, tak tahu lah sekarang ni...masa dulu tu nampak saja kita angkat kamera nak ambil foto datang lah polis ke apa marah-marah tak benar ambil gambar dan setengah tu di rampas kamera dan di buang filem...entah kenapa alasannya tak tahu lah...mungkin untuk security reasons...tapi dia orang lupa ke tak tahu yang pada masa tu teknologi Remote Sensing sudah ada...setahu saya di Asia Tenggara ni masih menggunakan khidmat/peralatan/teknologi Remote Sensing daripada France yang merupakan antara negara yang mempunyai ilmu dan kepakaran tercanggih di bidang tersebut.

Tactical warfare juga merupakan sesuatu penting dalam ketenteraan...sekarang orang tak payah masuk lokasi tapi hanya cukup dengan menghantar alatan untuk cyber spying...boleh dapat info/maklumat apa saja dan orang tak sedar pun cara mereka melakukan operasi tersebut...dan untuk hancurkan musuh juga di gunakan apa yang di kenali biological warfare...guna virus, tak payah susah-susah nak pegi perang. Dulu kalau nelayan ke laut juragan adalah orang penting selain juru selam yang dapat tahu mana kedudukan/lokasi yang banyak ikan...sekarang juru selam kena pencen la...teknologi hydrography sudah janggih...dalam bot dah tau mana ada tak ada ikan kerana sudah ada detector khas, tekan saja butang maklumat akan sampai di skrin kat dalam bot tu...apa  saja kerja sekarang jadi senang dan ringkas.

Satu hari nanti tengok lah manusia dah tak makan macam sekarang lagi...cuma makan semacam pil saja untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam...macam yang pergi outer space. Dan sekarang askar-askar dalam banyak negara tak payah lagi nak bawa ration yang banyak, cuma sekadar guna chocolate bar yang cukup dosage harian untuk kesihatan. Saya pernah  cuba makanan tersebut yang di buat daripada oats...cuma harganya bukan semua orang boleh mampu buat masa ini, tapi bila sudah di commercialise akan jadi macam maggi  atau macam nasi lemak atau gulai tempoyak. Nothing will be impossible with the advancement of technology...I'm talking in term of applied science only...don't misunderstood me. 

1400 tahun dulu Nabi Muhamad pernah bersabda...macam ni la rumusan kata-katanya .."satu hari nanti manusia akan lalai/rosak di sebabkan oleh sesuatu di atas bumbung..." tu kira 1400 tahun yang lalu  di mana kita tak pernah terfikir tentang satellite dan lain-lain IT/cyber tech  seperti yang terdapat sekarang. Dan ternyata benar ucapan Nabi Muhamad di mana sekarang manusia leka serta lalai di sebabkan apa yang ada dalam rumah dan yang ada di atas bumbung rumah...disc, antenna, lain-lain alat pemancar dsbnya semuanya terletak di mana?

Memang IT/cyber tech banyak membantu kehidupan manusia. Tapi yang kurang sedap sikit bila IT ni ada side effect ...tengok cara penggunaan lah. Anak-anak zaman sekarang, gen Y dan gen Z terutamanya sibuk dan leka dengan gadgets seperti PSP, gamescell phones-android, tablets yang bawa  macam-macam applikasi yang tak masuk akal sewaktu waktu dulu...social interaction di kalangan teman dan ahli keluarga  sudah menjarak...kalau jumpa kawan-kawan pun kadang-kadang naik rimas bila kita bercakap dia pula asyik texting awek ke apa...begitu juga dengan anak-anak yang sibuk ber PSP/games..nak ajak makan pun kena sms atau whatsapptwitter atau call. Ini lah satu penyakit terbaru yang di panggil IT syndrome, satu jenis penyakit cyber yang memerlukan rawatan/theraphy   untuk dipulihkan. Lagi maju lagilah hilang nilai budaya interaksi assimilasi dan social interactions dalam masyarakat tambahan pula dalam negara kita yang berbilang etnik ini....but that's already becomes a norm. So we have to really examine how sick is our generation nowadays...it's hard  to expect what's in the near future.

'Semalam ada orang cuba nak hang-out dengan I, tapi I reject'

'Nape nak reject?'

'I tak kenal la sapa orang tu...'

'Dah nama pun virtual world memang la tak kenal'

'Sekarang ni kan macam-macam terjadi..sampai leh clash dengan pakwe makwe kes cam ni'

'Yang dok nak hang-out tu mesti U dah biasa interact kat blog ke G+ kan...bukan asing la tu cuma tak jumpa in person'

'Yang U beria-ia sangat ni nape?...U selalu buat ke?'

'Takde la...U kan tahu I tak suka chatting ni...bidang IT related ni pun sangat baru untuk I..U gak yang tunjuk ajar I semua  ni'

'Tapi ada seorang ni macam sangat beria-ia benar nak kenal I, sampai berpuluh like dia...I pun dah teruja ni, macam apa nak cakap eh ni....walk extra mile gitu la, sekali ingat macam nak accept jer invitation tu'

'Tunggu apa lagi, on jer la'

'U ni I buat betul kan....betul ni U nak I chat dengan dia?'

'Terpulang lah ...beria-ia pula nampak, tadi kata orang yang beria-ia'

Ini adalah sebahagian  contoh perbualan cybernetic sekarang. Orang tak dating main sms dah....sekarang kan ada whatsapp, twitter, fb, blog dsbnya...hang-out pun canggih dengan video sekali...boleh buat video conferencing...ada invitation slot lagi tu..invite orang untuk ber video...kita tengok sambungan perbualan pasangan ini. 

'U nak tahu sebenarnya I dah reject lebih kurang 15 orang'

'Nape reject lak?...Rasanya semua fans U tu mesti lebih hebat daripada I ni kan...entah I yang paling sengkek'

'U nak I test ke.?..Tengok sapa lebih sengkek..'

'Lain macam beria-ia nampak'

'cakap kat U ni kerana I tak nak sembunyi apa-apa dari '

'Kalau dah ada niat teruja  nak kenal tu ..on jer la, tapi kalau terjadi apa-apa nanti jangan nak salahkan I lak'

'Terjadi apanya?'

'Apa-apa antara kita nanti...'

'I tak buat la ..I cuma mesra-mesra kat G+ tu jer'

'Ya la kalau terlebih mesra susah gak orang ingat macam nampak so inviting sangat maka mula la orang nak masuk daun...I pasti yang maksudkan tu mesti balak kan?'

'Betul la...'

'Ni banyak temptation untuk yang baru...orang yang dah kenal lama jadi macam dah biasa dan naik jemu pun ada kot...naluri manusia suka pada yang baru...tak kira la yang baru tu Kancil walau yang lama tu Jaguar, tetap di pandang yang baru, ya la nak merasa kelainan...'

'I cuma tanya U jer...kalau U ok pun I reject gak la'

'I sebenarnya tak nak kongkong hidup U..I ni sapa dalam hidup Unobody kan...jadi U buat la keputusan yang waras..cuma I paling pantang orang tipu I..lebih baik terus  terang, lukanya tak la dalam'

'I tak buat apa pun lagi..I cakap ni pun kerana I  nak jujur dengan U'

'Kalau kat public space tu dah mesra, kalau in private chat apa lagi..U ni lain macam sikit mesra alam tak bertempat'

'Bukan kenal pun...muka pun tak penah tengok cuma gambar jer..apa ke hal?'

'Betul, sangat betul la tu...tapi mula-mula citer topik serious konon, tunjuk baik dan gentleman semacam, pah tu slowly la masuk pelan-pelan...orang boleh baca siapa kita melalui tulisan tau...kalau yang pro kejap jer dia dapat gulai...hancuss pah tu...

"Sayang boleh kita jumpa tak...tak syok la asyik chat kat sini jer".


Pompuan lak...


"I segan la...I ni tak cantik".


"I tak kisah...dapat jumpa minum-minum cukup la"....


'U tengok apa jadi pah tu...?'


'Sori la takkan I nak buat cam tu...I tau U ni baik dan I rasa selamat dengan U ni...'

'Pasal U tau I ni baik tu pasal U berani nak buat semua ni'

Ini adalah contoh perbualan yang mungkin ada terjadi lebih kurang macam ni. Memang virtual world ni ada faedah, kebaikan macam nak dapat info, tukar fikiran, belajar pengalaman orang lain, banyak sangat yang baiknya, tapi ada juga terselit yang tak baik, terpulang kepada individu untuk mengendalikannya...kita cuba expand conversation dua makhluk di atas.

'Sebenarnya I banyak terima kasih kat U ni..sekarang I baru tahu sapa U sebenarnya'

'U ni nape?...Buat I tak sedap hati lak'

'U ni sebenarnya seorang yang jujur, dan I paling respect kejujuran orang, bukan semua orang berani dan jujur cakap cam ni kerana cakap jujur ni mungkin boleh buat pasangan terluka...memang I tak selesa bila tahu U  nak hang-out dengan orang asing...tapi ya la itu hak U...cuma kena pandai-pandai la...dan I rasa U pun tak suka buat yang sama...'

'Memang la I jeles kalau U buat cam tu'

'Kalau U nak teruskan niat U tu, I rasa lebih baik I undur diri I tak nak jadi penghalang buat kebahagiaan U nanti I lak disalahkan...tak pe lebih baik cam ni daripada I tau sendiri yang U ni tipu dan buat kerja yang I tak suka di belakang I'

'U ni buat I gelisah dan confused la...ramai kawan-kawan I yang chat tapi ok jer..I tahu la batasannya...I dah ada U cukup la'

'U tahu tak jantan kalau dok usha betina bersungguh-sungguh lak tu, apa tujuan nya, mesti bersebab, ada tujuan...U ni bukan pakar saikologi, doktor ke atau apa-apa yang boleh sembuhkan penyakit tapi sekadar aktif di alam maya tulis artikel tu ini...dan tujuan U atau dia nak berintersaksi tu pun untuk seronok-seronok kan...jadi kalau ni tak cukup seronok buat U...U go ahead la...no sweat...I pun boleh gak cuba nasib hang-out dengan sapa-sapa...mana tahu nasib menyebelahi I lak..'

U ni kita kan dah lama kenal dah 2 tahun, rasional la sikit'

'Ya 2 tahun kenal tapi macam 2 bulan kenal dengan cara U sejak aktif blogging ni...macam ni la, U proceed dengan niat U tu, dan the moment U start to do whatever dengan mamat tu U bagi tahu I dan kita boleh la ikut jalan masing-masing...sekurang-kurangnya U jujur bagi tau jadi sakitnya tak lah dalam daripada tertipu di siang hari'

'I tak buat la, I cuma teruja nak kenal mamat tu sapa, tu jer'

'Kan I dah cakap, the moment U start your activity maknanya kita bukan siapa-siapa lagi...kalau U buat gak maknanya dah ready bila-bila masa untuk hilang I demi mamat yang U tak kenal batang hidungnya...maknanya U sanggup ambik risiko tu..sama jer kalau tipu I tak tahu, tapi buat apa nak tunggu sampai I tahu sedangkan dalam hati U tu dah tau U buat benda yang I tak suka, jadi lebih baik sekarang daripada later on...wasting time jer.'

Disini kita dapat lihat yang perempuan tu cuba untuk mempertahankan niat dan maksudnya tapi yang lelaki cuba untuk membuat perempuan tu faham yang dia bermaksud baik dan very mean dengan pendiriannya. Apa yang cuba lelaki tu buat adalah untuk menghalang perempuan tu terbuai oleh keinginan penangan alam cyber ni...kita tengok apa jadi seterusnya..

'Maaf kan I ye...I takde pun nak selingkuh belakang U, tu pasal I citer semua ni, ni dah sifat I suka terus terang...maafkan I ye kalau buat U terluka'

'Apa orang kata...kalau apa yang ada di depan mata ni nampak kurang menarik...the grass always looks greener on the other side of the fence....pada hal rumput tiruan..biasa la sifat manusia...dan nak ingatkan U sekali lagi untuk terakhir kali...sekiranya U buat juga tak nak larang apa pun....cuma kalau satu hari U tertipu...masa tu U nyesal tapi penyesalan U tu dah terlambat...U simpan jer la perkataan maaf U tu.'

'Keras sangat bunyinya ni....U trust me ok I takkan buat semua tu'

'I tak larang U nak fb, blog ke apa tapi masih tak cukup ke dengan semua tu sampai kena private chat pula...tu yang I ni heran...mungkin hebat benar ayat mamat tu...sampai U sanggup argue dengan I'

'Bukan argue la...I tanya U punya pandangan dan restu je'

'Tak yah la kita nak panjang-panjang kan hal ni...U buat la apa yang terbaik untuk diri U...tengok la apa I nak  buat nanti...hang-out juga ke atau I tutup jer blog I...cari port baru'

'U ni........I tau I ni tak baik dan tak kuat sangat tu I perlukan orang macam U untuk melindungi I,  I sentiasa rasa selamat dengan U.'

'Kenapa I suka pompuan yang jujur, ikhlas dan terus terang...kerana kalau U tinggalkan  sekali pun, sekurang-kurangnya U dah jujur dan dengan itu I ada kenangan untuk di bawa bukan dengan benci dan dendam kesumat...tapi kalau I tahu tertipu I akan dendam dan terluka yang dalam..so I believe if you want to leave, leave in grace and do it in good faith...kita tak boleh tipu memori dan memori yang indah itu lah yang kita boleh bawa bersama menemani di saat suka dan duka'

'U ni buat I sedih lak, ok trust me I will not hurt you dengan perbuatan I ni, trust me...promise'


Daripada contoh perbualan di atas, kita boleh  buat berbagai andaian. Mungkin perempuan tu berjanji hanya untuk comfort kan lelaki itu saja dan dia akan teruskan niatnya di atas godaan nafsu cyber nya. Jika itu yang terjadi mungkin dia akan hilang kasih sayang dari orang telah cuba menyelamatkannya dan orang yang di kenali bertahun lama. 

Dari situ bermula lah zaman perempuan itu jadi penipu di sebabkan kalah oleh nafsu cyber angkara seorang lelaki yang dia sendiri tak tau asal usul cuma terpikat oleh ayat-ayat puaka lelaki tersebut. Dari seorang yang jujur, berterus terang, dia telah menukar wataknya berpusing 360 deg. Dan apa terjadi pada lelaki yang cuba menyelamatkan hubungan yang telah lama di bina....mungkin ini baik untuknya dan menjadi pengajaran untuk memilih teman di masa akan datang, atau mungkin atas dendamnya dia pun terikut sama dan menjadi Cassanova yang hebat....sesuatu yang terjadi mesti ada detik permulaan sejarahnya. 



Kita dapat lihat  apa yang dunia cyber boleh lakukan ke atas kehidupan kita..mempertemukan yang hilang atau menghilangkan yang sedia ada. Kisah di atas hanya setitis dari jutaan kisah suka duka yang benar-benar terjadi ke atas diri manusia di alam maya ini. Jadi kita tepuk lah dahi dan cari mana  cara yang paling pantas untuk di ikuti. Dunia cyber memang macam badan manusia...ada kiri ada kanan...everything comes in pair and as people say it takes two to tango.


terima kasih 
cheers.




















words of wisdom

$
0
0
Peristiwa kelmarin itu hanya satu kesilapan. Aku mohon satu kesempatan untuk membuktikan aku juga masih seperti dulu. Aku tidak mahu membuat pilihan yang tidak enak di hatiku, pilihan yang tidak pernah ku inginkan....

tapi akhirnya aku tidak pernah punya pilihan. Keikhlasanlah yang selalu hadir menceriakan hari-hari ku. 


"Yang paling aku takuti apabila ikhlas itu hilang"

impian seorang atuk

$
0
0
bismillah

Here's another one....


kalau atuk bawa ni malam-malam kira ok gak gamaknya
atuk ni dah tua, tapi jiwa atuk masih rock
jangan marah ye, atuk gurau pagi-pagi ni
atuk cuma nak bahagiakan diri sendiri dengan berangan....

salam hari minggu
wassalam
cheers.

konsep amalan

$
0
0

Konsep amalan tergolong kepada 'lima' kategori:

1. beramal berseorangan

2. beramal dan berkawan

3. beramal, berkawan dan menolong orang

4. beramal, berkawan, menolong orang dan berkorban

5. beramal, berkawan, menolong orang, berkorban dan ikhlas

Semaklah diri kita sendiri yang kita ini terdiri di peringkat mana.

Jelas lah bahawa Islam menggalakkan kita untuk tidak bersendirian di dalam mengerjakan amal soleh. Kita digalakkan untuk bermasyarakat dan tidak menjadi individu yang pentingkan diri sendiri sahaja. Manusia sedemikian adalah serendah-rendah kategori di mata Allah. Kita sangat digalakkan untuk bermasyarakat serta membantu rakan taulan dengan berkorban dan juga melakukan amalan tersebut dengan penuh ikhlas.


Dan ini bertepatan dengan galakan untuk kita menjalankan fardhu kifayah kerana fardhu kifayah juga adalah sama timbang tara nya dengan fardhu ain yang lebih cenderung kepada pembentukan peribadi manusia itu sendiri.


Tahap ikhlas pula terdiri kepada tiga kategori:

1. ikhlas sebelum melakukan

2. ikhlas ketika sedang melakukan

3. ikhlas selepas melakukan

Sekiranya kita menolong teman dengan ikhlas tetapi mengungkit dan menghebahkan pada orang lain tentang keiklasan itu maka dengan sendiri pertolongan tersebut akan menjadi sia-sia. Mungkin ramai yang tidak sedar yang kita telah banyak melakukan amalan dengan cara yang salah samada sengaja atau tidak di sengajakan.

Jadi muhasabahlah diri kita sendiri agar amalan kita mendapat berkat. Melakukan solat berjemaah adalah 27 kali lebih baik dengan solat sendirian. Konsepnya bahawa kita tiada di galakkan menjadi selfish dan hanya mementingkan diri sendiri. Sebilah lidi jauh beza kekuatan dibanding seberkas lidi. Ramai yang berkata bahawa aku tidak payah pedulikan orang lain, aku yang menentukan hidup aku sendiri dan jangan peduli dengan apa yang orang kata. Tapi perlu di ingat bahawa kita hidup bermasyarakat dan bukan sendirian seperti di dalam gua. 




Ugama diturunkan untuk menjadi panduan buat manusia...contoh yang paling senang...kenapa perlu adanya lampu isyarat...cuba bayangkan kiranya semua orang menjadi selfish dan pentingkan diri dan tak peduli apa orang lain kata...maka sudah tentulah porak peranda sistem jalanraya dengan pemandu kenderaan yang masing-masing dengan sikap mementingkan diri. Apakan terjadi....kita sudah tentu tahu jawapannya bukan.. 

Jadi kita perlulah kembali kepada cara-cara melakukan amalan seperti yang digariskan dalam panduan hidup bertamadun seperti yang telah di anjurkan oleh ugama kita. 

Renung-renungkan lah.

sekian wabillahitaufik...
salam dini hari
wassalam.

(rumusan dari ceramah oleh seorang ustaz dari Indonesia)

selasa yang damai

$
0
0

bismillah

semalam nyenyak sekali  tidur...

Uuuiseh...tiba-tiba hujan la pulak pagi ni. Semalam jerebu semacam. Elok sangat la tengah catu air hujan lak turun. Is it due to rain harvesting?..semuanya kuasa Allah...tu tak dapat dinafikan lagi...manusia hanya berusaha sedaya mungkin dan yang sebaik-baiknya di sertai doa pada Allah.


Sejuuuknya pagi ni...best...Kat highway kalau hujan biasa sesak sikit la. Tambah lak waktu ni yang ramai nak pegi keje. Teringat masa pegi keje zaman saya dulu...kereta tak banyak cam sekarang...jam 7.20am dari rumah sempat lagi clock in sebelum jam lapan...sekarang takde nya cam tu.

Ada sorang motivator/lupa nama cakap masa nak pegi keje pagi2 tu, dalam kereta la, kalau boleh elakkan dengar radio...Eh...apasal lak tak leh dengar radio? Rupanya, katanya kita biasanya di pagi hari akan ada berita macam2 melalui akhbar dan lain2 media... juruhebah akan baca....macam2 cerita sensasi la kuar... cerita bunuh, rompak, rogol, samun, buang anak dan macam-macam yang negatif....Di pagi hari kita dah di dedahkan telinga kita dengan berita buruk yang kita pun tak suka dengar...Jadi pagi kita pun suram....ooooh baru faham....Cam tu rupanya...good idea...jadi kalau cam tu nak dengar apa lak?


Dengar lah apa saja yang dapat menenangkan jiwa dan fikiran...sambut pagi dengan tenang...baru segar dan bersemangat...Tul gak tu...nape tak terfikir eaak..? Kan banyak benda yang kita leh dengar yang leh wat kita seronok...dengar lagu2 spiritual, Quran recitation, lagu jiwang untuk yang angau pun boleh...apa saja yang boleh buat hati jadi damai.

Sekarang dah canggih....ada 'you tube'...pilih jer la apa...tapi jangan lah buka kat traffic light nanti kena hon kat orang belakang. Sampai kat parking di ofis tu buka search lagu untuk di postkan buat ucap selamat pagi kat teman2 semua....teman2 semua mesti seronok tengok ada lagu yang di postkan oleh kawan...mesti tersenyum masa keje...kan tu juga contoh wat amal...buat  orang gembira...tambah gembira teringatkan kita kepada yang postkan lagu tu...berbalas text mengetext sebaris dua dengan kawan2 baru masuk keje...sweet kan cam tu...cam good jer...

Sampai kat ofis sebelum breakfast, scroll dulu fon ke lappy...nak jawab semua text yang masuk....tersenyum lagi...kan bahagia gitu...ni bukan lagi citer lawak tapi ni la yang sebenar berlaku di zaman dunia IT ni...Dulu nak ajak gi breakfast kena ketuk meja kawan...sekarang dok jauh beratus batu pun leh lagi pelawa, ajak2 bukan ayam.....

'Jom I belanja U makan',

'I tengah makan  ni, nak join?',

'Datang lah cepat nanti I tunggu you ok'.

...Waah..sweet gitu...dan pagi2 leh nampak lagi teman kita sarapan apa...siap video lagi...muka pun tersengih-sengih senyum sendiri....kan best tu...cam tu la cool pagi2...ni asyik nak marah tambah2 kat rumah garang semacam bila kat luar bukan main lembut jawab text mesej....dunia yang sudah mula merubah perangai manusia....environment creates man...betul la ungkapan tu...

Bila jalan sesak saya ada gak dok perati gelagat manusia moden ni...ada yang nampak cam cakap sorang2...kalau dulu cakap sorang2 ni dah buang tabiat....dah biul gitu...tapi sekarang dah sangat normal...kalau tak nampak yang cakap sorang2 cam pelik lak...cam ada yang tak kena jer...Ada yang gelak bagai nak rak, cakap sorang2 dengan penuh ekspresi, siap jari tunjuk langit pun ada....ada yang nak rasa jadi singer pun banyak gak...geleng kepala sana sini...fon jadi cam mike, mata tutup rapat...gaya full mark tu siooot...macam2 ada...

Ada sekali kat traffic light, kan main lagi dia ni nyanyi, saya kat sebelah, saya wind down cermin dan saya angkat ibu jari....dia pesaran..dia pun turunkan cermin...

'Join sekali bang?'...Dia pelawa saya

'Cantiiiik'...saya cakap dan kita sama2 ketawa...

Kan cool tu...cam comel jer...saya tak nak citer la yang dalam kereta tu minah ke mamat...rahsia la..cam tau jer...cam leh agak jer...

Yang paling saya "kagum" adalah mat2 motor, bukan kap cai punya...tapi 'superbikers'...kan motor laju tu...kan main lagi...tengah ride pun leh tengok fon...ada gak cam tu..dah la fullface...agak2 la bro...ke longkang nanti...tapi biasa bikers ni ada ego semacam...ya la machine dia kan laju...mana ada kereta yang dapat kejar...pick up semacam...saya tak kata orang kerana sewaktu waktu dulu juga sama...


Kebetulan masa tu kawan, junior masa Uni dulu agen jual Harley kat jalan 222, Bangsar tu selalu ajak kita kuar sama...beli motor pun dapat discount 15%...tapi group saya tak pakai Harley...kita orang rider group jer...kena BMW la RS1100...Main motor ni macam orang gila golf gak la..gear/attire saja beribu..ada attire/code sendiri...custom made helmet, jacket, seluar kulit, boots, glove, guards sana sini macam2 la...weekend turun Singapore.


..Tempat kita sini mana ada yang kelas...takkan nak tempah kat Pertama komplek ...motor dah 1000-1200cc...main baju pertama komplek ...agak-agak la lu bro...lu jangan kasi gua panas....tu jer la...tapi sejak langgar kerbau kat Langkawi tak mau lagi dah...masa tu baru teringat keluarga...anak2 tengah membesar, bapak lak dok syok sendiri... dan bila teringat member patah 8 masa ambil selekoh round about kat Nilai...masuk bawah lori...dia tunggang Titan...dia pun dah bersara sekarang ... tinggal kenangan jer la....


Kita orang geng bike dulu kini tukar image pakai 4 wheel la pulak...ikut usia bhaa ..hahaha...kisah lama2 memang indah .....bagi yang muda2 tu layannnn jer bike...jangan ke longkang atau lompat divider dah....

Hujan pun dah semakin berhenti...renyai...saya pun sebelum melalut sangat....baik berhenti sampai di sini dulu...jumpa lagi kay...mau breakfast dulu bhaa...saya memang selalu late breakfast...dah terbiasa...

cheerio
wassalam.
10am 4hb feb 

cell phone....koleksi saya

$
0
0

bismillah

Lain macam jer bunyi tajuk tu.


Macam la banyak sangat koleksi fon sampai nak nyampaikan disini....jangan salah anggap...Saya cuma nak kongsikan aja mungkin orang zaman ni ada yang tak pernah tengok pun apa yang saya pernah gunakan dulu....cool jap yer...


Rasa saya ada umur fon saya lebih tua dari bloggers yang ada kat sini...haaaa kan menarik tu. Jom kita tengok apa yang saya nak cuba cong...cong is not the best word...maksud saya nak tunjuk dan explain kenapa, mengapa saya beli fon2 tu semua...


Sebenarnya saya tak kisah pada jenama. Biarlah orang nak megah dengan brand saya tak ambil pot punya, lu punya hal la... saya suka benda2 yang pelik2, aneh2, cam weird2  gitu....senang citer yang tak mahal dan tak femes la. Sebenarnya yang pelik2 ni la jadi perhatian...bukan semua orang ada otak kronik, suka pada yang aneh2...tu kira limited edition...bukan senang nak jumpa spesies ni kan...helo helo cam nak kena kan orang jer....


Bagi saya 'madness is relative'...Setengah orang cakap mamat ni dah biul nampaknya...Cakap benda yang pelik2 susah nak faham...Ada kan kita penah dengar orang cakap cam tu...Sebenarnya orang yang tak paham tu yang biul...Oleh kerana frequency berbeza maka kita nak tuduh orang lak tak betul...ada ke patut cam tu.


Penah dengar citer pasal artis Vincent Van Gogh?...Saya selak sikit citer pasal dia. Bukan apa tapi nak citer pasal frequency ni...VanGogh ni asal dari Belanda, dia kira artis tersohor la sekarang ni, tapi dah 100 tahun lebih meninggalkan dunia yang fana ni.




Biasa la manusia mati meninggalkan nama...Masa hayatnya orang tak kenal sapa pun dia ni...Hidup melarat maklum la artis....hahaha...Teringat saya masa saya di Bali tempoh hari, ada sorang artis ni bagi tahu...


'Kiranya tidak sengsara bukan artis namanya'....tergelak sakan saya..


Tapi bila teringatkan yang artis ternama dunia dulu semuanya sengsara ....ya benarrrr tu pak...


Kat mana dah kita ni?...Melalut lak yer...oooo pasal Van Gogh ye...


Masa hidupnya tahun 1890an, Van Gogh tinggal di Perancis. Masa tu Perancis ni kira negara karyawan cam tu la lebih kurang. Jadi ramai lah artis yang pegi sana. Van Gogh ni takde ramai kawan. Orang ingat dia sewel screw dah banyak loose. Sian gak kat dia. Dia cakap apa orang cemuhkan. Sampai dah tak tahan sangat dia bunuh diri, mati umur 30 tahun. 


Masa dia 'crazy' dia tinggal di Arles untuk dapat rawatan mental. Di situlah dia menghasilkan banyak karya agungnya. Tapi masa tu satu keping lukisan pun tak terjual.


Dia hidup atas belas kasihan adiknya, Theo yang kerja sebagai Art Dealer. Sebelum dia tembak diri dia  kat ladang bunga, dia ada bagi telinga dia yang dia potong kat sorang pompuan...hooker...kira makwe dia gak la...Pompuan ni jer yang kira dok layan dia.


Sekarang lukisan dia terjual dengan harga ratusan juta pound untuk satu keping dan menjadi rebutan aristokrat  dunia. Pernah saya tengok lukisan original dia kat Glasgow dulu yang di simpan dalam kaca bullet proof. Terbaik la. Hebat betul. Dengar citer lukisan tu di insurance lebih mahal dari rumah atau kereta atau apa saja la...


Dia jadi femes ni pasal surat2 dia yang dia tulis pada Theo/sekarang dah di bukukan dan saya ada buku tu masa saya beli di Glasgow sempena 100 tahun kematian Van Gogh...it's a limited print. Nasib saya baik dapat satu. Selepas 6 bulan Van Gogh mati adik dia pula sakit kerana murung dan meninggal. 


Mereka dua beradik sangat rapat...jadi adik ipar Van Gogh isteri Theo, J Van Gogh Bonger usahakan buat pameran untuk memperingati/in commemorative kematian Van Gogh ...Tak ramai yang hadir masa tu tapi selepas surat2 Van Gogh di jilidkan dan orang baca apa yang ada dalam otak Van Gogh satu dunia jadi kagum dengan tahap kepintaran dia. Dia sebenarnya/ikut kajian la weiii...saya tak tipu kalau kajian ni bohong saya pun bohong juga la...jangan mareee yer...Van Gogh ni 100 tahun advance pemikirannya tentang color philosophy....wow...cer tengok. Masa dia hidup orang ingat dia sewel...


Ni semua tentang perception manusia pada orang lain...Biasa la manusia...Dalam ber'blog' ni pun ada yang dok ngata dan syak orang itu ini macam2 hal. Dah jadi lumrah kehidupan...sebenarnya yang tersirat tu penting, orang tak nampak, asyik pikir negatif jer...Jangan kita judge orang ikut suka hati jer. Tak semesti orang tak setuju dengan kita maka orang lain tak betul. Check diri sendiri dulu...jangan sangat judgemental semacam...don't insult people'sintelligence....Sebenarnya frequency Van Gogh ni dah jauh berbeza dengan manusia zaman tu...actually dia seorang genius. Dia bukan manusia biasa2...dia manusia 'tak  biasa'. Nak wat lucu lawak lak... tak kena tempat haaa....ada aku kisah....



Cuba kita tengok balik......macam mana 
dia jadi sewel....dia cakap apa jer orang bantah...orang yang bantah tu pula sebenarnya buta kayu. Jadi kalau dah hari2 orang dok ngata dia cam tu...dia pun terus gila...Rupanya susah gak jadi orang istimewa ni yer...Orang lain tak gila, kita lak yang jadi gila... Yang dok ngata orang tu takde guna sesen pun...tapi Van Gogh yang 'gila' tu banyak me 'revolusi' dunia seni satu antero dunia...Sapa yang hebat? Orang yang dok  kata dia gila ke atau Van Gogh lebih hebat?....


Saya pun pegi lah melawat kebanyakan tempat2 yang pernah VanGogh tinggal dulu...kat ladang bunga tu saya berdiri dan rasa sayu pun ada bila teringat Van Gogh dok pikul easel dan kanvas dok melukis sorang2 kat situ menghibur duka lara hatinya.....dan sambil tu saya pun berangan nak jadi cam dia..tapi tak bunuh diri la...kita Islam mana leh cam tu..


Satu lagi tempat saya pegi kat Barbizon. Satu penempatan seniman di Perancis gak la....Orang2 hebat ni sebenarnya hidup dengan apa yang dia yakini...dan biasanya mati muda...'the good always die young'...macam Van Gogh, EgonSchiele, Sudirman Hj Arshad dan ramai lagi....senang cakap cam ni la....radio FM dengan AM...tak sama bunyi kan?...Cam tu la lebih kurang beza kita dengan orang-orang istimewa ni....


Sewaktu waktu dahulu saya pernah mengajar/part time lecturer kepada  Architectural student final year untuk subject Environmental Planning bagi tempuh 2 semester...Saya gunakan cara saya dengan segala hands on experiece saya la...takde dalam buku tapi related to the subject la...Saya punya student takde yang fail in fact mereka seronok sangat belajar benda baru... Kelas saya always full attendance....Lain macam ni nak masuk bakul keeeer wei...Saya gunakan konsep...do serious thinking with laughter....Masuk lecture biasa la ngantuk giler...tambah sekarang bukan nak dengar sangat pun...main sms, whatsapp la...lagi pun ada internet...cantiiiiik jer la senang belajar...klu fail gak....entah laaaaa....main2 la tu...Untuk menarik perhatian saya guna pakai konsep pengajaran Glenn Capelli ....do serious thinking with laughter...menjadi lak tu...kan main budak-budak tu seronok...


Citer pasal aneh maneh ni...dalam bergaul dan pilih kawan pun saya suka teman yang cam weird2 gitu, macam pelik sikit la pada yang biasa2 ni....Yang biasa2 ni banyak dah ada kat pasar malam pun ramai...Kalau yang degil, keras kepala, garang, apa kat orang complex personality....cam2 tu la lagi seronok berkawan...interesting, challenging tapi bukan yang jenis conversion disorder/nak tahu pasal sindrom ni baca blog saya terdahulu...sori...gua takut beb....gua dah jumpa...seraaaam nyeeer rasa weeei...geli geleman pun yer. 


Setengah orang suka pada benda yang senang dapat tapi saya sebaliknya....go beyond, outside the box baru nampak macam2...inside the box nampak 4 dinding jer la....apa yang seronoknya cam tu...outside the box macam2 leh nampak...yang orang tak nampak kita nampak...tu yang wat interestingnya...Dalam design philosophy, banyak di ajar tentang falsafah mengenai subjectmatter tapi bukan pada detail drawing itself...detail drawing, anydraughtsman leh buat, tambah sekarang dengan Auto Cad bagai...tapi yang ada ilmu design philosophy tu yang dapat di lahirkan manusia pereka yang di panggil thinking designer..


Yang ada kelebihan akal sikit la...dan praktikkan lah konsep element of adventure,  surprises, statement of  entrance, sense of recall dan berbagai lagi yang melibatkan bidang reka bentuk. Place making sangat penting dalam menentukan kedudukan dan menjadikan sesuatu rekaan/design itu boleh dimanafaatkan oleh orang ramai....dan ini di kenali sebagai holistic approach in environmental design....menarik kan...ngantuk ke baca ni...heavy eah....dan sekarang ni pula dok gila pasal sustainable development, green building/GBI la macam2...untuk safe city planning orang guna konsep CPTED la...Kalau yang simple ni pun tak dapat nak garap malu la jadi designer...Kita tak nak la jadi designer cap ayam ....hoooo terlabih sudaaa...nanti ada yang tak senang dan marah gua ni...helohelo jangan celupar...tak sayang mulut keeeer...On serious note we must be knowledgeable in our quest...whatever la..


Tadi nak citer pasal fon....entah merayau kemana lak pegi....sabar ye adik kakak...


wassalam
cheerio mates


kita sambung malam esok la ye...



FACEBOOK SYNDROME

$
0
0
bismillah

Waaah...macam best jer bunyi tajuk ni...

Bila ada perkataan syndrome, mula rasa gabra. Ya la syndrome ni ada kena mengena dengan penyakit...Tapi apa kena mengena dengan facebook/fb dan g+ lak ni?...Baik kita tengok adakah semua ni kena mengena dengan diri kita yang kini ramai sangat dok ada kat fb....g+...


Ada berbagai ragam manusia yang dok joinfb dan g+ ni...Masing2 nak contribute...ye ke contribute tu? Ada bermacam perangai manusia yang kronik pun yer yang dok post kan macam2 benda. Celik jer mata terpampang la bermacam posting...ada lagu, quotes, gambar, video dan macam2...cer kita tengok jap apa ke benda yang di maksudkan dengan syndrome ni...?


Tapi apa pun, terpulang atas niat la semuanya...Ada yang buat posting untuk kenakan orang...Di kenen2nya dengan posting yang berbau hostile pun yer...dan bila terkena kepada yang di tuju maka rasa panas cuping telinga la...Sampai ada yang gaduh2...tu satu hal...Ada gak yang posting ke arah spiritual, yang agama2 gitu...kalau tujuan nak share yang baik tu ok la .. kita ambik yang positifnya..dapat gak pahala. 


Setengah tu pula, ada yang bersifat dengki, hati hitam legam...Saja2 di kacaunya apa yang orang lain posting....ni jenis enter frame, adalah niat tertentu tu...Busuk hati tak leh tengok orang lain senang...Biasanya ni berlaku bila ada persaingan minat...yang ketara tentang orang yang ingin memikat awek atau pakwe...Yang peliknya ada gak spesies yang tak suka posting tapi di komen setiap posting orang. Kalau yang posting tak komen langsung tu biasanya nak share info jer...tu ok tak la bahaya sangat...syok sendiri jer...tak kacau orang.


Posting yang baik2 pun ada...sampai yang ketemu jodoh pun banyak. Kalau cam ni laman sosial ni macam ejen mencari jodoh gak la....Yang ni bagus gak  untuk bina masjid...Dan yang seronok nya bila mula jawab menjawab komen like sana sini...cam mesra la gitu. Daripada mesra2 katfb, G+ terus merebak ke lain...macam ni pun ada gak...Tapi tak pe la asal mereka bahagia dan tak ganggu hidup orang lain...Tu dah kira private matter...Pandai2 la nak hidup...jangan dok kacau orang dah.


Ada setengh tu bila orang tak like, terus jadi emo...ni bahaya...dan merajuk terus..dua tiga hari diam pah tu masuk balik...Yang komen berbau lucah pun ada...Dia dah tahu semua orang kan baca tapi di komen gak yang lucah2, siap dengan gambar lgi tu...uuueeeh tak malu. Yang buat advert macam2 pun ada gak...tapi kadang2 tu dia orang cari makan..mana yang ada rezeki dapat melalui laman sosial ni kira ok la...


Ada gak jenis yang di panggil gian posting dan gian baca atau gian nak tengok apa orang komen....Bangun pagi jer, mata terbuka separuh tapi dah wat checking...berapa ramai yang like atau yang add...Kalau ramai seronok la...tersenyum tersengih...Kalau tak, dia jadi gelisah semacam. Ada setengah lak yang suka follow orang punya....dengan harapan satu hari akan ada sambutan dari orang yang di follow...follow pun ada tujuan tersirat...biasanya di add apa saja posting yang orang dia suka tu postkan...ini pun juga penyakit....


Macam2 lagi penyakit di laman sosial ni...Di sebabkan terlampau taksub dengan semua ni  maka masyarakat jarang berinteraksi lagi...mau nya tidak...abih asyik senyum sendiri dengan gadget di tangan...kalau jumpa pun bercakap sambil mata ke lain...nyampah betul kalau jumpa orang camni.


Kat senarai di bawah ni kita tengok la mana tahu kita pun terkena badi syndrome ni...Sedikit sebanyak mesti ada yang terkena...Kalau dah terkena tu pandai2 la berubat...pegi terapi...sendiri mau ingat la...



Jadi cuba la semak diri kita sendiri takut2 kita gak ada penyakit ni...Kalau dah nampak symptom tu cuba2 la baiki keadaan agar terlepas dari hadiri sesi terapi...Penyakit ni kalau tak di rawat boleh membahayakan diri terutama perasaan marah, dengki, khianat pada diri sendiri dan pada orang yang kita pun tak kenal secara peribadi tu...

Juga postings dan komen2 tu mencerminkan sikap, sifat dan kadangkala membuka pekung sendiri...Daripada orang tak tahu perangai kita, alih-alih dah terhebah...Kalau yang gedik2 sangat tu yang meminta perhatian tu pun kena la semak diri...jangan lak terkena badi conversion disorder...lagi parah....Sama2 lah kita renung2 di dini hari Jumaat yang mulia ni...dah abih...


wassalam
salam dini hari jumaat yang penuh berkah.

cell phone...koleksi saya (2)

$
0
0
bismillah

(continuation of part 1)

Pada awal tahun 90an cell phone/hand phone ni adalah satu gadget yang kira baru gak la masa tu...tak la secanggih yang ada sekarang ni. Masa tu sapa2 ada hand phone kira hebat sangat la...ada berbagai jenama...Nokia, Motorola, Ericsson,  poular sangat masa tu...Samsung, Sony tak berapa nak ada...apa lagi i Phone, Blackberry tak usah citer la...haaa ni yang nak saya citerkan ni...sabar ya..

Masa ni saya baru buka syarikat juru perunding...kena mengena dengan bidang hartanah la...mula beroperasi di sek 17 Shah Alam, kongsi ramai2 dengan Akitek, QS dan sorang lagi Town Planner. Masa tu ada la teman2 perunding tu guna hand phone....kita yang masih belum ada ni terkulat2 la...nak beli bukan murah...RM4k tu biasa jer harganya...kalau yang hebat tu puluhan ribu..nama glamor fon tu ATUR..cam tu la rasanya...ingat2 lupa.


Mau tak bangga giler kalau bimbit benda tu...bila nak call wat kuar letak atas boot kereta....stylo giler...dulu tak ramai orang jahat...letak la apa pun ok...time ni jangan wat pasal...

Ada jenis Nokia saya lupa lak namanya...yang tu kontraktor suka pakai pasal very tough /hardy...kalau anjing nampak kira gabra gak la...maunya tidak kalau di baling mau bertempik anjing tu...dah la besar, rupa bentuknya mengerikan.


Saya ni kira dah lewat gak la berkecimpung dengan bidang cell phone ni...orang lain semua dah ada saya masih putih mata. Syarikat baru mula hanya denga satu meja satu kerusi...kita la kuli kita la tokey...masa tu bilik saya kat hujung sebelah belakang...premise ni kedai dua tingkat..yang bawah tu ada apek jual barangan letrik...oleh kerana bilik saya letaknya di bahagian airwell, hari2 la saya dapat bau makanan yang di masak oleh nyonya kat bawah tu...kadang2 dia tanya

'Lu mau cuba ke ini makanan?'....Teringin gak tapi oleh kerana kuali tu multi purpose/use...geli gak nak makan......


Bila saya pindah ke sek 10, masa tu makin maju bisnes saya jadi kena cari tempat yang lebih besar, dari kepala sebiji sampai saya leh ambik staf 15 orang...kira ok gak la...tapi overhead bertambah berlipat kali ganda la...Masa tu ok kerja tak kehabisan...claim pun senang...Nak jadi citer...ada satu pemaju dari Kajang, nama dia Peter ni selalu la datang ke ofis saya...banyak nar tanah dia...susah sangat dia nak cari saya...ya la kadang saya ke Pejabat Tanah, JKR, Majlis Daerah, Jab Perancangan Bandar dll, jadi susah gak la nak jumpa. 


Satu hari dia datang bawa saya pegi ke D Mall KL...dia kata nak minta tolong saya pilihkan hand phone untuk dia. Saya sebenarnya tak perasan apa tujuan dia bawa saya ke D Mall tu. Kita pun pegi la kedai telefon...dia belek sana sini macam2 jenis fon..Saya peratikan saja...Hati tu memang berbunga nak kan sangat tapi duit saya sayang la...Bukan senang nak dapat duit walau pun tadi saya kata job senang nak dapat....saya kena fikirkan overhead dulu.

'Lu tengok mana satu cantik'

'Saya tak suka yang besar, yang nipis cam ni ok la...'

'Itu macam ke?'

'Ya la lu businessman kasi yang cun sikit la baru gempaq..stylo gitu'

'Lu pilih mana satu..wa ikut lu...lu design punya orang mesti ada taste ma'

'Bagi saya yang ni elok sikit, ada cover...cantik ooo'

Dan dia pun panggil budak yang jual tu minta tunjukkkan cara nak guna cam ner...saya dok perati saja la. Sebenarnya Peter ni dah ada fon tapi yang jenis baling anjing tu...Selepas budak yang jual tu tunjukkan semua cara2 guna dia pun beli la....jenis Philips..harga RM4800...ohmy...mahal gak, ...ye la saya tak pernah pakai jadi tak la saya tau semua ni.



Dulu beli fon takyah pakai IC bagai...main hentam saja. Jadi pemaju kawan saya ni beli atas nama syarikat dia la...boleh lepas incometax dan fon tu sebenarnya di beli untuk saya...Bukan free wooooo...tolak fees...Saya pada mulanya tak la terima tapi dah semacam kena paksa...Saya ingat lagi apa dia cakap..



'Lu ni bisnes punya orang, mesti pakai ini...nanti senang orang mau cari lu'

'Tapi saya selalu ada ofis dan ofis pun ada telefon ma'

'Aya lu haa jangan itu macam pikir...sekarang semua orang bisnes pakai ini...lu bisnes punya orang mesti ada style lo...baru orang confident sama kita...lu ada faham ke?'

'Oooo itu macam ...mana saya tau'

'Lu sini dengar baik2 aaa...dalam bisnes punya hal...orang tengok lu apa macam...sudah established itu jam orang takde datang ofis ma...atas jalan pun boleh berniaga...tapi kalau lu miskin nampak orang banyak tanya, fikiran banyak kacau woo...susah mau kasi lu kerja maa...lu ingat tu...wa beli ni mau tolong lu'

'Terima kasih ye bagi tau ini macam sama saya'

'Sikit hal la tu'

Sejak hari tu kan main lagi saya bergaya dengan fon baru...kira jam tu saya punya ni antara yang ternipis la...Terbaru la katakan...pah tu ramai lak kawan2 pergi window shopping, intai2 fon baru...Fon baru tu functionnya hanya leh buat call, terima call dan sms...lain tak dak. Masa tu kita berapa kerat jer yang ada fon, mula rasa lain macam especially bila ada awek tengok kita tengah telefon...bangga semacam...tapi control gak takut capai status riak...kita jer yang ada orang lain takde mesti sedikit sebanyak tu ada rasa bangga...aduuuh...

Kadang2 kelakar gak masa tu...ada fon pun nak sms sapa...takkan kat ofis nak sms telefon...jadi tak ada la juga fungsi sms tu..hanya banyak untuk wat call dan terima call. Masa dulu mana ada banyak Telco...saya punya guna 010....ni mungkin telekom punya servis. Masa tu yang bestnya pilih jer nombor apa, boleh siap2 booking lagi nak nombor apa...sekarang susah la dah terlalu ramai pengguna.

Ada satu jenis telefon tu buatan Malaysia, saya lupa apa brand, harga kira murah la...Tapi yang peliknya bila nak wat call kena berdiri kat bawah tiang letrik baru leh wat call...Kalau takde tiang letrik tak leh la nak wat call...Macam bodo jer dok berdiri bawah tiang letrik bercakap sorang2...jap jer company tu bungkus....hahaha lawak tul la. Tu saya cakap tadi gen sekarang tak tau ini citer...

Sebelum fon ni timbul orang pakai pager...selit kat pinggang...macam stylo la sangat kalau ada pager tu...Bila ada signal masuk jer...dengan bangganya angkat dan check tengok kat skrin...Tapi leh terima jer mesej, nak call kena masuk pejabat guna telefon biasa...kira mesej notification saja...tu syarikat kepunyaan tycoon Hong Kong terkaya...Lee Ka Shing...member saya Yaakob dapat jadi ejen. Mula2 dia tak nak, tak faham apa tapi orang Telekom suruh ambik jadi agent...pah tu kaya raya dia...Kalau sapa2 penah nampak bangunan Hutchinson Paging kat KLCC tu...haa tu la dia...sampai Yaakob tu wat business besar kat South Africa....tu la nasib dan rezeki namanya.

Lama gak la fon Philips ni saya pakai...Oleh kerana fon ni adalah cinta pertama saya, tak sampai hati saya nak buang begitu saja...Maka saya simpan elok2 jadikan momento dan kenangan sepanjang hayat....Macam emo la pula yeeer...Memang emo pun...Macam buah hati pertama gak la...Tiada dapat di hilangkan kenangan tu walau kita tidak bersama...Kita tak dapat menipu dan membuang memori..Ia sentiasa hadir walau sejauh mana ingin kita lupakan....Beria-ia nampaknya ni...ada kenangan lalu ke tu?...Takde, tu cerita kawan2...heeeeeeee....

Teknologi sentiasa bertukar dan bergerak pantas tambahan dalam bidang IT ni...Ada saja ciptaan baru bertali arus...Hari ni beli esok dah jadi obsolete...Begitu la juga nasib yang menimpa ke atas cinta pertama ni....Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal...Macam pernah saya katakan saya ni bukan brand conscious...janji saya boleh guna ikut kehendak/keperluan saya...Hati saya berputik pada cinta kedua saya....Nak tahu siapa dia...?Tunnnnggu jap yer nak pegi ambik ni...Jangan boring tunggu kalau nak tengok...jangan terkejut...jeng..jeng..jeng...ini dia yang saya maksudkan tu...


Hanya lah sebuah fon yang tak glamour langsung...yang orang tak pandang la...Tapi saya suka yang orang tak berapa gemar janji menepati citarasa saya dan dapat berbakti pada saya dengan penuh jujur...heeee macam cinta la pulak yer...Sepanjang perhubungan kami berdua, saya sangat teruja dengan kehadirannya...she never fails to give the service to me, at whatever time day and nite...and all that makes me cherish her presence very much...yes I do...Waaah macam cinta gitu...chill babe...Walau pun harganya ratusan ringgit saja tapi saya rasa it's a value formoney. Sebenarnya bukan paras rupa yang penting...keserasian tu yang boleh menambat hati dan membuat kita bahagia. Kalau ukuran tu terletak pada paras rupa maka tiada lah dia di sisi saya. Tak semesti yang murah tu tak berharga...cam pelik je bunyi...takde apa yang pelik pun....tepuk jer dada tu...Oleh kerana saya dah intim sangat dengan dia ni, semua key pad tu saya dah ingat...tutup mata pun saya boleh guna...Tengok la papan mukanya...semua huruf dan nombor telah wash out...tak nampak apa pun...Tapi saya boleh wat call dan sms even masa driving atau dalam gelap...Yang masa driving tu salah sebenarnya buat perangai cam tu...don't drive and texting/calling....Tu dulu...dulu2..bukan sekarang ni...Saya suka pada Alcatel ni kerana saiz nya yang kecil dan paling ringan waktu la...Jadi senang saya nak bawa ke sana ke mari....boleh masuk dalam poket jean saja...tak la susah2 kena ada pouch bagai...



Saya utilised kan fon ni ke tahap maksima...Tengok la sampai kena tampal dengan tape...tapi masih gak saya guna sehingga lah satu hari jantungnya berhenti berdegup...dah meninggalkan saya...frustnya saya waktu tu...Tapi apa nak buat dah takat tu jodoh kami...sedeeey...

Dah panjang ni...nanti rimas lak baca...tahniah la kalau boleh habiskan baca artikel ni.


wassalam
cheeroi mates


kita sambung lain kali eak...sabar jap jer...




ARTIST/PELUKIS WARGA EMAS TERSOHOR

$
0
0
bismillah

Manusia diberi berbagai keistimewaan oleh Allah. Dengan keistimewaan itu terpulanglah kepada individu tersebut untuk memanafaatkan sepenuhnya. Mungkin tidak sedar kita ada kelebihan itu......dan ramai yang nampak keburukan orang lain tanpa menyedari bahawa keburukan itu sebenarnya rahmat tersembunyi bagi orang-orang yang kita cemuhi.....


Waaah...apa sebenarnya yang nak disampaikan ni...


Pernah dengar nama Grand Ma Moses/GMM...Mungkin nama ni begitu asing bagi setengah orang....tak pernah dengar pun....sekarang lihat baca apa yang nak diperturunkan ni....kita sama-sama enjoy cerita ni.





Nama sebenar Grand Ma Moses ialah Anna Mary RobertsonMoses...waau panjang namanya......sehebat orangnya juga...Dia merupakan seorang American Folk Artist yang sangat terkenal di seluruh dunia...seorang selebriti sebenarnya...sabar ye...nanti kita tau siapa dia sebentar nanti...


Lahir pada 7 sept. 1860 di Greenwich New York..  Meninggal pada 13 disember 1961 di Hoosik Falls New York dalam usia 101 tahun....Wow...panjang sekali umurnya. Menarik juga ya.


Menyingkap kisah lampaunya, Grand Ma Moses (GMM) ni adalah satu dari 10 orang adik beradik. Pada usia 27 tahun, berkahwin dengan seorang'hired man' di sebuah ladang yang dikenali sebagai Thomas Salmon Moses (1887-1927) pada 9 nov 1887....waaaah kebetulan sama dengan tarikh lahir saya....teruja jadinya..... Masa tu GMM adalah seorang pembantu di ladang tersebut. Mereka di kurniakan 10 orang anak, lima meninggal semasa masih bayi lagi. Kira peramah dan terlebih mesra habis GMM ni sampai ada 10 orang anak.





Setelah suaminya meninggal pada tahun 1927, GMM menjadi balu dan bekerja di ladang untuk menyara keluarganya....biasalah orang kampung mana lah dia bersekolah tinggi. Kerja kebun, bela ayam itik dan di masa lapang dia membuat kerja tangan. GMM ni rajin. Kebanyakan hasil kerja tangannya dihadiahkan pada kawan-kawan, jiran tetanga yang selalu ke rumahnya. Kerja tangan apa yang dia buat....haaa...nak tahu.....sebenarnya dia ada kemahiran di segi tekat menekat, sulam menyulam....embroidery...


GMM buat semua tu kerana cintanya pada bidang seni. Seronok-seronok untuk habiskan masa lapang. Dan dia tahu dia takkan kaya dengan menjual hasil sulamannnya. Dia melakukan kerja tersebut hinggalah umurnya 60 tahun. Kemudian setelah usia makin menjangkau tua, akhirnya dipenghujung tahun 70an dia mula beralih kepada membuat lukisan di atas kertas kerana pada tahun 1876 dia telah mengidap arthritis...di mana tangan nya tak lagi kuat untuk memegang jarum sulaman. Sebenarnya adik perempuan GMM yang cadangkan dia beralih kepada melukis di atas kertas.





Menarikkan kisahnya.


Subjek lukisan nya adalah apa yang dilihat hari-hari di sekelilingnya...tentang pemandangan kampung, ladang, bangunan kemudahan masyarakat dan rumah-rumah yang terdapat di persekitannya. Folk Art/Primitive Art ni tidak menggunakan skala, warna yang ori juga tidak menggunakan kaedah perspektif. Seninya ini hanya sebagai hobi dan kebanyakan hasil tangannya adalah sebagai hadiah juga greetings untuk teman dan jiran-jiran.....boleh dikatakan konsepnya adalah 'create from nothing to something'





Semasa hayatnya dia telah menghasilkan ciptaan/lukisan lebih kurang 1600 kanvas/keping dalam masa tiga dekad...jadi memang dia merupaka seorang yang prolific dalam menghasikan karya. Lukisannya tak pernah terjual. Ada beberapa keping lukisannya di letakkan di sebuah drug store di bandar tempat tinggalnya....Lukisan-lukisan tersebut dipenuhi habuk dan tiada yang berminat untuk membelinya......Nak dijadikan cerita pada satu hari datang lah seorang hamba Allah ni singgah di drug store tesebut....Nama orang ni ialah Louis J Caldor, seorang jurutera dan juga Art Collector....ni berlaku pada tahun 1938...Masa tu harga sekeping diantara $3-$5...Louis ni beli semua....ya la murah sangat harganya kan....Lepas tu dia terus ke Eagle Bridge, rumah GMM...adalah baki 10 keping lukisan...semua diborongnya....Louis ni seorang Art Dealer, mesti dia ada rancangan baik punya...orang lain tak nampak apa yang dia nampak....





Pada tahun 1939, tiga keping lukisannya telah disenaraikan untuk pameran dalam 'Contemporary Unknown American Artist' di pamirkan di Museum of Modern Art, New York. Tahun 1940 dia telah mengadakan pameran solo bertajuk'What A Farm Wife Painted' di Otto Kallirs City Gallery New York...diikuti oleh satu lagi pameran 'Meet and Greet With The Artist'...Setelah itu berbagai pameran lah yang telah dijalankan.....makin tersohor nenek glamor ni...wah...macam jeles saya...


Lukisan GMM pada thun 1942 'Old Chekered house' yang pada masa itu bernilai $10.00 kemudiannya mempunyai nilai insurance $60000.00.....pada tahun 1950 pamerannya memecah rekod kunjungan dan tersebar ke seluruh dunia.....aduuuh hebatnya nenek ni...





Tahun 1951, National Press Club telah menamakan GMM sebagai Woman Of The Year.  Masa umurnya mencapai 88 tahun dia telah dinobatkan sebagai 'Young Woman Of The year' oleh Mademoiselle Magazine....heeee kalau kat sini orang kata...apa buang tabiat ke, umur 88 jadi Young Woman Of The Year....Itu penghargaan di atas jasanya yang bermula dari usia warga emas....muda la di bidang lukisan ni....ngerti kan kita maksud tu....wah....saya pun terbawa-bawa ni....


Hebat tak hebat nenek ni, President Harry S Truman telah menganugerahkan beliau Woman National Press Club Trophy untuk kejayaan cemerlang di bidang senilukis pada tahun 1949....Waduuuh nenek...hebat benar ya sehinggakan Presiden Amerika teruja sekali dengan nenek GMM ni....Tahun 1951, GMM menjadi tetamu dalam rancangan See It Now sebuah program TV yang dihoskan oleh Edward R Murrow. Tahun berikutnya 1952, telah dikeluarkan auto biography - Grand Ma Moses-My Life's History....makin glamor nenek ni...





Pada tahun 1960, semasa harijadinya yang ke 100, majalah LIFE pada keluaran 19 sept. telah memuatkan GMM sebagai front cover...wooo majalah LIFE tu...edaran satu dunia...pada masa yang sama New York Governor, Nelson Rockefeller telah menamakan hari tersebut sebagai 'Grand Ma Moses Day'...Betul-betul hebat nenek ni...memang hebat betul...


GMM ni tak pernah hadiri sekolah seni, melukis kat dapur sebagai studio tanpa guna easel, atas meja saja bantai...ok gak hasilnya. Orang sekarang tak mudah dengan alatan canggih tapi hasilnya hampeh ....gaya jer lebih, habuk pun tak dak....sori eak melalut sikit. Sebagai menghargai jasa beliau, Philadelphia's Moore College of Art telah mentauliahkan GMMFirst Honorary Doctorate Degree.....cer tengok nenek ni...hebat betul kan...tak sekolah pun tapi atas cinta dan jujur berkarya maka dia telah menjadi terkenal seluruh dunia...





Kematiannya telah menjadi berita muka depan akhbar di seluruh Amerika dan Eropah....Setelah kematiannya tahun 1961, pameran bergerak diadakan di seluruh Eropah dan Jepun. Bennington Museum, Vermont mempunyai koleksi terbesar untuk hasil ciptaan GMM. Pada tahun 2006, hasil ciptaan GMM pada tahun 1943, 'Sugaring Off' telah dilelong dengan harga $1.2 juta....Otto Kalir Gallery telah menghadiahkan lukisan bertajuk 'Fourth of July' kepada White House pada march 2014.


Inilah kisah hidup seorang yang sudah meningkat usia dan masih boleh mampu untuk menggegar dunia dengan hasil seni ciptaannya. Umur bukan faktor penghalang untuk kejayaan...Tak kira tua muda, passion dan kesungguhan terhadap apa yang kita lakukan itu sangat penting....Jangan patah semangat...Patah kaki patah sayap masih ok tapi kalau semangat dah patah tak dapet den nak nolong lagi....hahaha....jadi adik kakok tua muda sinsing lah lengan dan berjuang terus di bidang yang anda minati...In sha Allah dengan berkat doa kita semua bisa berjaya....hoooray...


Petikan dari seorang Art Historian, Judith Stein tentang GMM.....

'a cultural icon, a spry, productive nonagenarian was continually cited as an inspiration for housewives, widows and retirees. Her image of America's rural past were transferred to curtains, dresses, cookie jars and dinner ware and used to pitch cigarettes, cameras, lipstick and instant coffee'









Dah berakhirlah sebuah kisah menarik untuk dijadikan sumber inspirasi terutama bagi yang sedang membangka...kalau pandai bawa diri orang muda pun boleh terkalah hahaha....sapa kata warga intan kurang nilainya...lebih bernilai ada la....






Teringin sekali nak ikut jejak GMM. Bukan jadi nenek tapi jadi atuk yang hebat....saya selalu terfikir 'saya ni retro dan limited edition'....monolog dalaman....uuuiseh puji diri angkat bakul...ya la kalau tak puji diri sendiri sapa lagi yang nak puji...betul tak...ahhh ...ada aku kisah...


bravo....cheerio...ecosse

wassalam.









PELUKIS TERMUDA YANG MENJADI JUTAWAN.....siapa dia...nak tahu?

$
0
0
bismillah



Beberapa hari lepas ada saya cerita tentang pelukis tersohor dunia yang menjadi satu lipatan sejarah kerana berjaya menjadi selebriti ketika usia emasnya....masih ingat kan siapa dia?....Ya ...memang bijak...Mestilah GMM...Grand Ma Moses...Kali ni kita bercerita pula tentang pelukis termuda yang menjadi selebriti terkini....Waaah ni mesti menarik kan....Nak tahu kena baca selanjutnya...


Pernah dengar nama Kieron Williamson? Mungkin ada yang telah tahu siapa dia tapi rasa saya ramai yang belum pernah kenal siapa pemilik nama ini....Haa...Dari mana dia, siapa dia dan keluarganya dan macam mana dia boleh menjadi seorang yang terkenal di abad ini?..Semoga paparan ini akan menjadi satu sumber inspirasi kepada anak-anak muda atau kepada ibu bapa yang mempunyai anak se usia beliau....



Kieron Williamson di lahirkan pada 4hb Ogos 2002...Muda kan budak ni...Tempat lahirnya adalah Holt, Norfolk England...ohhh...Mat Salleh English dia ni rupanya...Bapanya bernama Keith Williamson berusia 47 tahun sementara ibunya bernama Michelle berumur 40 tahun bekerja sebagai nurse dan nutritional therapist. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Billie Jo. Keith Williamson adalah seorang kontraktor bangunan. Pada tahun 2007, Keith telah mengalami kecederaan di buku lali nya dan doktor menasihatkan dia berhenti membuat kerja-kerja berat. Sedih dengan apa yang menimpa dirinya, Keith beralih menjadi Art Dealer...kerja tak lah berat sangat.



Bermula lah kehidupannya dengan mengumpul lukisan-lukisan untuk di jual. Masa tu lah Kieron ni selalu dok perhatikan apa yang bapa dia buat dengan lukisan-lukisan yang ada banyak kat rumahnya. Kieron ni mengikut cerita ibunya Michelle memang ada satu perangai pelik juga la...Masa umur setahun, dia selalu perhatikan lukisan yang tergantung di rumahnya hingga senget-senget kepala...Apa yang diperhatikan masa tu tiada siapa yang tahu.




Pada satu hari..ehhh...macam cerita purba lak pula ...maka nak jadi cerita, keluarga Williamson ni pergi libur di Cornwall...kira tepi pantai la...mungkin kalau tempat kita ni macam PD la kot...kira nya masa tu Kieron ni berumur 5 tahun... tahun 2008 la kot...Kat situ Kieron ni minta di beli kertas dan alatan melukis. Di saat itu la dia mula melukis apa yang dia nampak macam pemandangan teluk, laut, awan, perahu nelayan dan lain-lain yang di senanginya..'drawwhat he saw'. Lukisannya itu macam lukisan budak-budak la..'childlike paintings'...tetapi yang anehnya karya-karyanya agak detail berbanding budak-budak se usianya...ikut panduan perspektif dan skala yang betul...Pada hal sebelum tu dia tak pernah melukis...sepatah haram pun tak tahu apa-apa pasal lukisan.



Balik daripada libur tersebut, Kieron tinggalkan semua alat-alat permainan dan computer games nya..toys la...mak bapaknya ingat tentu lah dia akan sambung main toys dengan adik nya BillieJo...Tapi langsung dia tak minat malah asyik melukis sepanjang masa. Bulan berikutnya ibu bapanya menyedari ada sesuatu yang 
special tentang Kieron ni...Mereka sekeluarga memberi galakan pada Kieron untuk berkarya memandangkan bakat semula jadinya.



Setahun kemudian, tahun 2009, masa umur Kieron 6 tahun, di adakan pameran solo pertama di sebuah galeri di Holt..galeri yang bertanggungjawab terhadap pameran tersebut ialah Picture CraftArt Gallery..sambutan di luar dugaan. Tiada siapa yang sangka lukisannnya habis terjual...19 keping lukisan terjual dengan harga pound sterling/PS200.00-PS1500.00 dengan jumlah terkumpul PS14,000.00...Wah dahsyat betul budak Kieron ni....maka tersebarlah berita tentang seorang budak sebagai 'prodigy' yang mahir dengan lukisan cat air dengan kelebihan mempunyai teknik perspective dan shading yang betul. Biasa la lepas tu banyak lah TV station yang datang untuk temu bual dan tak sampai setahun Kieron menjadi perhatian ramai di seluruh dunia.



Oleh kerana bakat semula jadinya yang hebat  galeri tempatan sediakan kelas khas untuk belajar dengan pelukis-pelukis terkenal tempatan...dia seorang jer budak yang lain-ain semua tua bangka yang belajar lukisan di galeri tersebut...tutor-tutor yang mengajar Kieron terdiri dari Brian Ryder, landscape artist dan Tony Garner yang mengajar secara one to one dalam medium pastel. Kelas berlangsung pada Jan - Julai  2009.



Hujung tahun 2009 telah di adakan pameran kedua...wow..sungguh tak di sangka semua sold out dalam masa 14 minit dengan hasil pungutan jualan PS18,200.00 untuk 16 keping lukisan. Pada Julai 2010 pamerannya begitu mendapat sambutan sehingga ada yang terpaksa bermalam dan beratur di pintu galeri untuk membeli lukisannya...Sold out dalam masa 30 minit...Nak tahu berapa hasil jualan...PS150,000.00. Dahsyat betul budak ni.



Kerana kehebatannya, dia di panggil Mini Monet. Semasa satu pameran ada seorang curator yang pernah bertugas dengan galeri tersohor di London menilai hasil karya Kieron dan menyatakan 'he'san old master returned'...Kieron ni sebenarnya budak pemalu...macam budak-budak se usianya... Keliling kampung naik basikal dan main bola macam biasa lah. Sekolah kat kampung nya...dan dia melukis di dapur rumahnya...Memang berselerak dengan alatan lukisannya la...Dah tak macam dapur lagi..Tunggang langgang...Tapi tu la tempat yang dia paling suka...Biasa lah rumah orang putih kat dapur  tu ada taman.



Sekarang dia dah nak tamat sekolah rendah kat Ludham Primary School dan pada September ni dia akan belajar kat rumah...Biasa la budak bijak cam ni tak leh sangat nak campur dengan lain-lain budak nanti rosak kepala otaknya lak...jadi bapanya fikir HomeSchool lagi baik untuk anaknya.




Budak yang di panggil 'sweetly monosyllabic' ni telah terkenal seluruh dunia. Mengalahkan pencapaian Pablo Picasso..Di mana Picasso pada usia 9 tahun telah melahirkan karya yang berjudul LePicador...Tapi Kieron pada usia 7 tahun telah  mengumpul PS150,000.00 dalam hanya beberapa minit. Antara lukisan yang sangat di sayanginya ialah potret datuk nya Jeff Warrick Jefferies yang menjadi koleksi peribadinya. Bila di tunjukkan pada datuknya...datuknya sungguh terharu sehingga mengalirkan airmata...mungkin teringatkan potret Van Gogh...



Pada julai 2013 Kieron telah mengumpul kekayaan sebanyak PS1.5juta...(kini melebihi PS2 juta). Dan dah beli rumah sendiri di Ludham East of Norwich pada usia 11 tahun...hebat....hebat budak ni. Kini lukisan landskapnya bernilai PS35,000.00 sekeping dan ada juga tempahan dari kalangan orang-orang bangsawan dunia dengan harga PS45,000.00 sekeping. Di antara pameran terhebatnya ialah pada 2011, 33 keping dengan jualan PS100,000.00 dalam masa 10 minit. Sekarang dia telah ada syarikat sendiri yang menguruskan hal ehwal nya...Kieron Williamson Ltd.



Kieron kini menjadi satu phenomena terbaru dunia. Dia mempunyai penggemar dari seluruh dunia...Amerika, Taiwan, Jepun, Australia, UK, Germany dan beberapa buah negara Eropah serta AmerikaLatin...dari 35 buah negara dengan 1800 penggemar karyanya.


Pernah di filemkan di German, Danish dan FrenchTV..International News Channel- UK's TV Shows dan juga pernah menjadi tajuk utama di dada  akhbar perdana UK. Kieron juga pernah di temu ramah di BBC's The One Show dan ITV's ThisMorning. Dan di filemkan sebagai sebahagian dari channel 4 documentary juga keluar di rangkaian television America dan Australia.


Michelle, ibunya pernah berkata:

'As a family we try to hold on to normality as much as we can but its nightmare to be honest, a big ethical and legal nightmare'.

Ya la nak menjaga kebajikan Kieron bukan senang...tekanan perasaan tentang kritikan-kritikan melulu....ada yang menuduh bapanya yang melukis dan gunakan nama anaknya dan berbagai tuduhan yang kurang menyenangkan. Ada yang berkata ibu bapanya mengambil kesempatan dan menggunakan duit hasil titik peluh anaknya untuk berjoli. Oleh kerana itu mereka melantik peguam khas untuk mengawal selia perjalanan hidup Kieron.


Yang terbaru Kieron mandapat tawaran untuk menjadi model bagi keluaran fesyen sebuah syarikat terkemuka pembuat pakaian Gap yang berpusat di Los Angeles untuk modelling shoot serta mendapat tawaran dari Samsung untuk menjadi duta produk, tapi atas alasan tertentu kedua-dua tawaran tersebut terpaksa di tolak.



Sekarang ni Michelle sedang menyiapkan buku yang berjudul:

'Kieron Williamson coming to light - the remarkable story of a child's gift to painting'

Petikan kata-kata Kieron tentang masa depannya:

'I want to carry on painting. I don't think I will go to University, but if I do it will be to study Architecture. I also want to be a writer.'

Kieron on his future.





Selamat maju jaya Kieron...Semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi dan membuka minda dan mata hati semua tentang anak-anak  special yang mungkin ada di kalangan kita tapi mungkin tidak di ketengahkan. Semoga Allah membuka pintu hati untuk melihat bakat-bakat yang boleh kita banggakan di peringkat dunia..in sha Allah..Amin.


Semoga anda mendapat manafaat dengan tulisan jurnal dari hamba yang dhaif ini....saya menulis dengan gaya saya sendiri, cara saya sendiri....main campak sana campak sini...macam memasak tanpa resepi...bebas.

wassalam.
1.30 pagi.


CINTA KE UJUNG NYAWA

$
0
0
bismillah

Cinta adalah sesuatu yang kompleks...terjadi pada setiap manusia, haiwan dan juga kepada tumbuhan...waah ...Hari ni pandai pula saya bercerita tentang cinta....banyak pengalaman ker?...Banyak tu tak lah...ada lah sikit2 kalau kata tak ada langsung ...bohong lak kan...

Dalam erti yang lebih luas lagi jika disabitkan dengan spiritual, maka kita beralih kepada cinta ynag lebih agung, cinta pada para Nabi dan Rasul... yang tertinggi cinta pada Pencipta, ia itu AllahAzzawajalla...

Uiseeeh...nape lak ri ni main topik cinta ni...dah macam buang tabiat agaknya...Sabar dulu yer..Hari ni saya nak sentuh tentang cinta sesama manusia....alaaa yang biasa orang dok citer...Cinta antara pasangan lelaki dan pompuan la apa lagi...Uda dan Dara, Romeo and Juliet cam tu la.



Sebut saja cinta maka takkan leh lari dari cemburu...Kalau tak cemburu pun tak gak bagus...Macam tak sayang jer...yer la kalau takde rasa cemburu langsung maknanya memang sudah tak sayang ...Dah tak kisah....lu gua lu gua...Apa cer bro?...Tapi ada gak couple yang kuat cemburu...biasanya couple yang muda2...Silap2 tangan kaki naik sebab cemburu yang keterlaluan...ni bahaya ...Cemburu biasanya di sebabkan oleh orang ketiga ke keempat ke...Memang campur tangan dari luar...yang parahnya bila salah satu pasangan tersebut yang dok layan semacam maka lagilah jeles tu membiak...Tambahan pula jika yang di cemburui itu adalah orang yang lebih segalanya....paras rupa, harta, kedudukan dsbnya...Menjadi2 lah cemburu tu.

Masa muda atau pada awal cinta tumbuh, segalanya indah belaka. Cinta harus di iringi pengorbanan baru lah rasa cinta itu penuh makna dan nikmat. Cinta akan pudar apabila pasangan tidak menghormati antara satu sama lain walhal tika mulanya cinta bersemi dunia ini adalah seakan milik mereka berdua. 

Trust adalah satu2 kriteria yang sangat penting dalam mengekalkan hubungan cinta. Tanpa trust maka akan punahlah segala harapan yang ingin di bina. Trust mengatasi segalanya begitu juga dengan cinta ikhlas. Ada setengah pasangan hanya berpura mencintai di sebabakan niat tertentu. Ada pompuan mencintai lelaki di sebabkan kedudukan dan harta benda serta status tambahan dalam dunia yang penuh materialistik, pun juga lelaki mencintai wanita atas sebab dorongan nafsu semata. Ini yang banyak juga terjadi antara pasangan.




Jadi pandai2lah memilih pasangan dalam melayari alam cinta yang begitu kompleks. Apakah bahagia sebenar wujud dengan cinta sejati? Ya, mungkin benar. Kita lihat ibu bapa kita yang kebanyakannya berkahwin secara arranged marriage tapi hidup kekal ke akhirnya dan berapa ramai yang berkahwin atas dasar cinta akhirnya berantakan. Kenapa terjadi demikian? Ada banyak faktor luaran yang memihak kepada keruntuhan ikatan perkahwinan tersebut. Tambahan di zaman serba canggih dengan segala kemudahan dan pendedahan yang ketara waktu ni. Kini untuk mengenali seseorang kita tak perlu lagi bersua muka cukup hanya bersua di alam maya saja. 

Apa yang saya nak ceritakan di sini bukan tentang cinta dan hubung kait dengan kehidupan di alam maya. Tapi...apakah jenis cinta yang dapat membawa manusia setia sepanjang zaman dan kekal hingga nafas terahkir. Saya sangat teruja melihat keakraban pasangan golongan berusia yang masih berjalan berpimpin tangan dalam usia yang hanya tinggal beberapa waktu saja lagi. Dan rata2 mereka bukannya terdiri dari golongan berada. Cukup hanya mereka yang hidup di kampung2 jauh di pedalaman. Mereka boleh makan bersama di bawah pokok di kebun atau di sawah padi. Mereka masih dapat bergurau senda seadanya. Dengan kesederhanaan tersebut mereka mampu membesarkan anak2 dan mereka bahagia...Cinta mereka ori takde nya plastik macam setengah pasangan kini. 

Bahagia bukan terletak pada kekayaan harta dunia dan kedudukan. Berapa ramai pasangan yang kaya raya hidup berantakan. Tugas harian menjadikan jarak hubungan pasangan begitu ketara. Masing2 dengan hal sendiri tambahan dengan tuntutan hidup yang menjadikan manusia lebih menghargai kerjaya lebih dari segalanya. Maka dengan sendirinya cinta itu hanyut dari hati pasangan2 ini. Cinta bukan mengeratkan malah menjarakkan. Saya kadang2 heran dan juga jeles bila tengok makcik2/pakcik2 yang bermotosikal hidup begitu bahagia...Balik kampung saya lihat betapa mereka keluar rumah membonceng dan makan bersama di kedai kopi. 

Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan sementara ini? Tentu lah bahagia dan cinta yang terakhir. Susah untuk kita salahkan pada pasangan yang memilih cinta di luar apa yang mereka ada kini. Keserasian timbul apabila kita kenal lebih rapat dengan seseorang. Bukan tidak menghargai dengan apa yang telah di miliki tapi rasa cinta yang ada tidak cukup untuk membahagiakan diri. 

Cinta adalah sesuatu yang sangat kompleks dan complicated. Sesuatu yang sukar untuk di mengerti. Ada orang sanggup mati kerana cinta...ada yang merana atas kahwin paksa dan sanggup lari berkorban sedaya upaya sehingga ada yang terpisah dari restu keluarga. Tapi pengorbanan tersebut tiada nilainya setelah pasangan tersebut mula melupakan apa yang pernah terlafaz tika mula2 mengikat cinta. Banyak faktor luaran yang mendorong kenapa pasangan menjadi hambar di peringkat usia yang berbaki. Nak kata tak matang, usia semakin menjarak...Matang fikiran tapi tidak pada hati dan perasaan. Terbuai oleh tuntutan alam maka terpinggir rasa tanggung jawab terhadap pasangan dan dengan itu lahirlah jarak cinta yang akhirnya memisahkan dua hati.

Terlalu bebas juga tak bagus dan terlalu mengongkong juga tidak baik. Tali yang tegang jika di biarkan tegang terus akhirnya akan genting dan putus. Kena tahu cam mana nak imbangi. Perlu banyak pengalaman. Dan faktor utama yang lain adalah tolak ansur dan iman yang kuat dan cinta yang lebih terhadap pegangan ugama...keimanan sebenarnya adalah key factor. Ada ramai orang alim yang banyak kahwin cerai ..Ya betul..Tu bukan salah ajaran ugama tapi salah mereka yang mempraktikkan...

Cinta sejati bukan terletak pada nafsu berahi. Cinta sejati adalah cinta yang terlahir dari hati yang suci dan ikhlas. Berpangkal dari kejujuran dan tulus membagi rasa. Ada orang yang boleh sayang pada binatang lebih dari manusia. Nape tu?...Kerana rasa cinta yang tidak terdorong oleh nafsu berahi. Kebanyakan cinta manusia lebih terdorong kepada cinta berahi dan ini pasti tidak akan kekal. Manusia akan bertukar fisik menurut fitrah alam dan ini akan menjarakkan rasa cinta yang bersandarkan berahi. Memang sukar untuk mendapat cinta sejati berteraskan rasa ikhlas, jujur dan penuh setia. Sukar....Berbahagialah sesiapa yang bisa merasakan nikmat cinta sejati tersebut. Cinta begini datang dengan sendiri tanpa di rancang tanpa di duga. Keistimewaan itu yang membuatkan cinta tersebut bisa bertahan selamanya. Tapi sekali ia datang, memang indah dan nikmat yang tak terhingga. Cinta agung memang sangat bernilai melebihi dari segalanya.




Waaah makin serius nampaknya ni...

Saikologi memainkan peranan penting dalam jalinan hubungan antara dua hati. Kadang2 manusia terlepas pandang setelah hidup bersama sekian lama dengan anak2 yang telah membesar dan berumah tangga. Masa awal kehadiran anak2 dalam kehidupan mereka sangat teruja dan memikirkan anak2 adalah pengikat kasih sayang. Ya betul...tapi kehadiran anak2 juga membuatkan rasa cinta pasangan terjarak tanpa di sedari. Oleh kerana tuntutan membesarkan anak2 tertumpu lebih, maka rasa cinta dan kasih sayang antara pasangan sedikit demi sedikit telah berpindah pada anak2. Ya, keadaan ini memang banyak yang terjadi. Ibu begitu prihatin terhadap anak2 yang kadang waktu terabai tanggung jawab terhadap pasangan...dan sedikit demi sedikit akan menjadi satu virus dalam hubungan cinta tanpa di sedari. Dan tidak mustahil lah pasangan mula merasa sepi di rumah walau dengan kehadiran anak2. Dan dapat kita lihat betapa ramai kaum bapa yang lebih seronok di luar rumah bertemu teman sambil pekena roti canai dan teh tarik . Ini kenyataan...dan lebih ketara dengan corak kehidupan di bandar2 besar.

Jika dulu isteri suka memasak untuk suami...tapi dengan kehadiran ramai tetamu keluarga/anak2...masak sudah kurang kerana letih tambahan untuk career mothers..Akhirnya beli makanan siap, fastfood, junk food dsbnya ...Tu pasal ramai pasangan yang makan kat luar...Restoran mamak la yang popular ...outing tu bagus tapi makan bersama keluarga di rumah lebih mengeratkan lagi kasih sayang. Tapi bila dah bawa hal masing2 maka tak boleh lari dari rasa sunyi, kosong dan sepi serta terpinggir akan hadir dalam diri. Sekiranya waktu begini wujud seseorang manusia yang mengerti dan sedia mendengar dan memahami maka rasa cinta itu pun bisa berpindah. Orang yang sunyi tidak memerlukan berahi, cukup sekadar ada telinga yang bisa mendengar...Dan keadaan begini tidak lah parah kerana berahi sudah hilang, yang tinggl hanya rasa cinta dan kasih sayang yang terisi. Dan kiranya terjadi demikian maka itu adalah lahir dari nurani yang ikhlas serta penuh jujur.






Salah satu cara mengekang rasa sunyi biasanya mempertingkatkan aktiviti spiritual...banyak hadir kuliah ugama, sentiasa berjemaah di surau, masjid, melakukan kerja2 amal atau terlibat serius dengan hobi...tapi itu semua..ya betul membantu mengekang kesunyian buat sementara...Hakikat sebenar sepi dan sunyi masih wujud di jiwa. Berapa ramai yang saya lihat selepas saja solat subuh...bapa/suami2 ini berkumpul di kedai2 kopi..Tak pun balik rumah...Kenapa?...Cer citer?...Begitu gak waktu malam....Lepas berjemaah di surau2...tersengih2 dengan tosei dan carrot susu kat restoran mamak...Kedai mamak orang suka datang kerana ambience dan variety of light foods yang sangat ngam la untuk sembang2...tambahan pula musim bola...Tengok bola kat luar lagi syok berbanding kat rumah. Sekarang bukan saja lelaki yang kuar rumah, kaum ibu pun ada gak lepak2 kat restoran mamak...siap ada geng lagi...

Kenapa semua jadi cam ni?...Kerana rasa sunyi yang menuntut mereka2 ni untuk mencari damai cara mereka sendiri....Kalau tak mamak kat karaoke...test suara...Bukan untuk belajar tajwid tapi nak release tension...Habis tu nak wat cam ner kalau itu dah jadi trend kehidupan sekarang. Zaman IT ni hidup kita kena control oleh gadget2 tersebut...Makin ramai bercakap sorang2, cam orang kurang siuman...Tapi tak apa lah janji itu boleh buat orang bahagia...


Hampir2 lari topik asal ni...ok... kita pusing balik dari terbabas ni...
Macam nak marah jer ni...hmmm mau tak nya...tengok perangai lelaki2 yang sudah sekian berumur ni...lain macam sudaaa..

Kahwin di usia berumur/lanjut usia biasanya bukan di dorong oleh nafsu berahi tapi lebih menjurus kepada companionship....Perlu teman untuk memecah kesunyiaan...Kalau  kawin dah umur 70, apa lagi yang nak difikirkan tentang berahi...tak berani nak berahi dah...Saya sangat teruja dan respek  pada pasangan yang lanjut usia tapi masih mampu bermesra, berjalan berpimpin tangan, makan bersama libur bersama dan di lakukan dengan penuh intim dan rasa hormat antara satu sama lain. 





Teringat saya akan satu kisah tentang pasangan lanjut usia yang berkorban untuk pasangannya demi rasa cinta yang ikhlas dan sejati serta penuh setia...Mungkin ramai yang dah tau kisah ni tapi saya nak re cap balik sebagai panduan untuk kita semua...Apa itu pengorbanan? Dalam kesempitan hidup manusia bisa juga bahagia jika ikhlas melakukan ...Bahagia tak semestinya dengan harta benda dan kedudukan/darjat/pangkat tinggi...Siapa saja...saya ulangi siapa saja berhak untuk bahagia tak kira kedudukan, usia dan dari golongan mana. Semua makhluk berhak untuk bahagia....Tak terkecuali siapa pun...

Oh ye...hampir terlupa kisah nak di ceritakan tadi...bukan sebab faktor usia saya, tapi terbawa2 dengan naluri ingin bahagia...ceeeewah...perasan gak rupanya....

Di sebuah perkampungan, tinggal sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya...tinggal hanya mereka berdua...Anak2 biasa lah dah besar berdikari punyai keluarga sendiri tentunya sibuk melayani kehidupan masing2...Seperti pasangan berusia yang lain...mereka hidup bahagia walau dalam kesempitan yang mereka alami. Apa pun pasangan ini tidak pernah merungut dengan apa yang mereka ada..Kerana mereka tau cinta ikhlas dan kasih sayang tak berbelah bagi adalah kunci kebahagiaan mereka. 

Satu petang sambil baring2 di atas katil usang hadiah perkahwinan oleh keluarga mereka dulu2....si suami merenung mata isterinya dengan rasa penuh kasih sayang, begitu juga si isteri pun turut merasa bahagia di atas tenungan mata yang semakin rabun...Tapi masih boleh nampak dan kenal bantal selimut la......Cer ikuti dialog mereka...




H:..'Sayang...I rasa kesian tengok U..Sejak kita kawin dan ada kuarga...hidup kita tak la selesa benar cuma setakat ok ok je...' kata si suami pada isteri tersayang.

W:  'Nape U cakap cam ni?...I ok je..janji U selalu ada di samping...I'll be fine...ya serious..honestly'

Sambil di cubit pipi isterinya, si suami meneruskan bicara...

H: ' I tak perasan lak yang rambut U ni dah panjang sangat sampai ke pinggang....cantik sangat...ikal mayang lagi...'

Sambil di belai2 rambut isteriya dengan penuh kasih sayang.

W: 'Ya betul la tu...dah lama kan I simpan ni...mungkin U dah hari2 tengok tentu tak perasan ia makin panjang...bukan cam tu ke abang?'

H: 'Hmmm...mungkin juga la betul cakap U ni...rambut U ni masih lebat, cantik, ikal mayang lagi...cuma....'

W: 'Cuma apa laknya...nak ngenakan orang la tu...dah usia cam ni takyah la nak puji2 sakan...tak dapat apa pun'

Sambil ketawa kecil yang masih seksi...di usap2 telinga suaminya. Geli gak si suaminya tu...ya la dah berkurun hidup berdua mesti tau mana tempat nak di geli2 kan...terkikih2 si suami kegelian. macam teruja pun ye...

H: 'U niii..jangan main lama2 kat telinga ni...geli la...teringat lak masa muda2 dulu...U suka sangat main kat telinga ni....adoiii...kenangan terindah'

W: 'Mula la tu wat citer lawak...makin tua makin lak menjadi manjanya'

H: 'Manja dengan buah hati tersayang pe salahnya...tak bolee?' Lagi pun kita berdua je kat atas katil ni'

Sambil di cucuk2nya pinggang isterinya...terketar2 isterinya menahan rasa geli geleman...Jauh di sudut hati si suami ni teringatkan sesuatu...Ya teringatkan untuk menyikat rambut isterinya yang panjang itu...Tapi mereka tak ada sikat yang sesuai untuk rambut yang panjang tersebut. Rasa bersalah hadir dalam kalbunya...Menyesali diri tentang ketidakupayaan membeli sikat untuk isterinya. Sedih pun menerpa di kalbu...termenung...

W: 'Abang...nape ni tiba2 diam?..Termenung lak...ada I buat benda salah ke...I minta maaf ye bang...tak terniat pun nak sakiti hati abang'

H: 'Bukan cam tu la sayang...Takde apa salah pun..saja je teringat sesuatu...I'm fine..ok la'

W: 'Teringat awek mana pula ni...jangan nak menggatal...siap la kalau I tau'

H: 'U niii takde benda lain...Mana ada awek dah tua2 cam ni..walau pun I ni dalam golongan hensem lagi...takde maknanya nak ada awek bagai...tak caya ke?'

Sambil tu si isteri memegang2 jari jemari dan tangan suaminya...di elus2 penuh mesra sambil merapatkan pipinya ke dada suaminya serta di usap2 dada suaminya yang putih bersih itu..Sementara melakukan demikian dia terpandang tangan suaminya yang memakai jam di tangan kanannya...Nampak dengan jelas tali jamnya sudah semakin lusuh tapi ya la barang ori masih ada harga. Jam ni adalah hadiah perkahwinan mereka dulu.

W: 'Lembutnya jari abang ni...Jam ni jam lama kan bang....dah berapa tahun abang pakai ni tak pernah tukar...Jam ni masih elok cuma strap nya style lama sikit'

H: 'I sayang jam ni..barang lama memang dah takde jual sekarang ni...dah jadi antik...berharga ni..Eeh...nape tiba2 lak U tanya eak?'

W: 'Saja jer...bila nampak jam ni teringat kisah kita kawin dulu..Abang segak nar masa tu.....Lepas sanding tu ramai awek2 kampung ni cakap I bertuah dapat U ni...baik, penyanyang, hensem lagi tu....hiii ...cuma tak kaya la...tu je yang lain semua ok'

H: 'U nyesal ke kawin dengan I yang tak kaya ni?...Cukup untuk makan je..nak beli rumah besar, kereta mewah, melancung luar negara semau I tak mampu' ...macam sedih dan terasa pun ada.

W: 'Eeh..abang ni...makin tua makin emo lak..I tak maksud cam tu la...anak 5 orang tu adalah harta kekayaan terbaik kita yang U telah hadiahkan pada I...I tak terasa apa pun...in fact I'm so glad that we're like this...kalau abang kaya mungkin abang lupa daratan...buat I merana sepanjang usia...lebih baik camni janji kita bahagia'

H: 'I kesian tengok U kerja kuat siang malam...siang kerja kebun malam2 menjahit ambik tempahan orang kampung ni...tu yang buat I rasa bersalah tak dapat buat sesuatu untuk U'

W: 'Dah banyak yang abang buat untuk kita sekuarga...takyah nak ungkit2 lagi...haaa sebelum terlupa...pengat pisang ada lagi...dah chill punya...pekena dengan pulut kan best...nanti I ambik kan'

H: 'Tak yah la sayang..nanti I ambik sendiri kalau I teringin nanti...U rilek je...nanti I yang akan buatkan minuman untuk U...haaa amacam..'

W: 'Nape tiba2 baik ni...mesti ada apa2...baik citer sebelum small kettle ni mendidih'

H: 'Adooi U ni tak abih2 dengan jelesnya tu..tau la U jeles kerana sayangkan I...tapi jangan over sangat la..'

W: 'Ala la la...rajuk ye...korek telinga kang...'

Dan mereka ketawa terbahak2...bahagia sungguh mereka ni..Walau dalam segala keperitan hidup mereka masih mampu bergurau senda dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang...terbaik lah mereka berdua ni...

Satu hari semasa pulang dari bandar si suami ternampak sebuah kedai jam yang masih di buka. Lalu dia pun menghampiri kedai jam dan bertanyakan sesuatu dengan pemilik kedai jam tersebut. Setelah berurusan dia ke kedai cenderahati dan barang2 keperluan hias diri. Setelah membeli apa yang sepatutnya dia begitu teruja untuk pulang cepat bertemu isterinya. Sesampai di rumah isterinya berada di muka pintu menyambut kepulangannya dengan senyuman terukir. Kehairanan agak..apa kena dengan isterinya tu...Ahh tak kisah la fikir si suami.

W: 'Abang dah makan ke kat pekan tadi?'

H: 'Lom lagi...ingat nak balik makan dengan U la ni..Ada I beli nasi goreng kerabu dengan tom yam ni...jom la kita makan..masih panas2 ni best gak makan.'

Ada sesuatu yang luar biasa pada isterinya hari ni..Biasa tak pakai selendang tapi hari ni di pakai selendang biru...wah...makin ayu nampak..

W: 'Nape abang pandang I semacam je ni..ada yang tak kena ke?'

H: 'U look so stunningly pretty today...ada sesuatu yang buat U nampak cantik...selendang U tu'

W: 'Sebenarnya bang I dah potong rambut...ha  tengok ni...memang I sayangkan rambut ni tapi I nak buat sesuatu untuk abang..Harap abang tak marah ok...'

H: ' U buat apa sayang dengan rambut U yang panjang tu?'

W: 'Selepas kita baring2 semalam I terfikir nak belikan sesuatu untuk U..Selama ni I tak pernah buat apa2 untuk belikan barangan yang U suka bang...jadi tadi I kuar gi pekan dan I potongkan rambut ni..kerana ada salon yang nak beli rambut I yang panjang ni...so I jual la...dan I belikan ni untuk U bang...'

Lalu di keluarkan barangan yang di maksudkan...se utas strap jam tangan untuk suaminya...terbuka luas mata dan terperanjat betul si suami melihat perbuatan isterinya itu. Sedih pun ye.

H: 'Nape U buat semua ni?...U sanggup korbankan benda yang U sayang....mahkota atas kepala U tu semata2 untuk strap ni...memang la I suka strap ni tapi tak berbaloi dengan rambut yang cantik tu'

W: 'Tak pe la bang...I buat ni semua untuk U...tanda sayang I pada U'

H: 'I appreciate that...hmmm ...I pun sebenarnya nak tunjukkan U sesuatu...I beli khas untuk u....nak tengok?'

W: 'Nak nak...pe dia lak ni..?'

Lalu di ambil barang dalam bungkusan yang di maksudkan suaminya. Terkejut nar bila melihatnya...sambil geleng2 kepala...tak di sangkanya la ..

H: 'I ke pekan tadi beli benda ni untuk U...I dah pun jual strap jam I ni untuk I beli sikat ni ...sikat yang di perbuat dari gading gajah ni memang sesuai untuk rambut U yang panjang tu'

Mereka berdua berpelukan dengan di iringi airmata sedih campur gembira...Itu lah pengorbanan terhadap orang tersayang...mampukah kita lakukan untuk orang yang tersayang...?..Tepuk dahi tanya otak...

Apa yang saya cuba kongsikan ni bukan niat untuk offending sesiapa..sekadar berkongsi pengalaman dari yang lebih berusia untuk generasi yang lebih muda...Semoga bermanafaat...Buat yang masih baru di alam percintaan atau yang masih baru membina keluarga bersama teman tersayang...harap2 semua akan dapat melalui zaman2 yang pernah saya lalui dari dulu  hingga kini...





wassalam..






















Viewing all 132 articles
Browse latest View live